Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Esok, Rabu, 5 Ogos 2009, Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa yang aku tunggu-tunggu setiap tahun akan bermula. Biasanya Tilawah Quran peringkat antarabangsa ni akan diadakan di PWTC, seperti tahun-tahun sebelumnya (kecuali tahun lepas, ianya berlangsung di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.).

Seperti tahun-tahun sudah, pastinya sepanjang majlis ini berlangsung, aku insyaAllah akan ke PWTC untuk mendengar secara live alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari dan qariah terbaik dari seluruh dunia.

Pada aku, adalah menjadi tanggungjawabku untuk turut serta memeriahkan majlis agama seperti ini, yang mana majlis seumpama ini seringkali hambar dan dipinggirkan oleh masyarakat Islam sekarang.

Saya menyeru kepada semua agar kita sama-sama pastikan diri kita terpaku di depan TV setiap malam insyaAllah, untuk mendengar alunan-alunan bacaan ayat suci al-Quran. Banyakkanlah mendengar al-Quran kerana Nur-Nur Quran akan masuk ke dalam jiwa kita dan kita akan mendapat sakinah (ketenangan), insyaAllah.

Sahabat-sahabatku semua. Tidakkah kita sedar, majlis yang seumpama ini adalah satu syiar Islam, yang memerlukan sokongan padu daripada kita semua ummat Islam??

Terkadang, aku berasa sedih melihat bangsa seagamaku buat endah tidak endah seolah-olah meng’anak tiri’kan majlis-majlis agama.

Lihatlah bagaimana hebatnya dan hangatnya sambutan yang diberikan apabila program-program hiburan seperti akademi fantasia, gengstarz dan sebagainya.

Lihat pulalah bagaimana hambar, pudar, lesu, lemah dan longlainya sambutan yang diberikan kepada program seperti akademi quran, tilawah quran, dan ceramah-ceramah agama.

Aduhai. Betapa perkara berkaitan agama itu dipinggir-pinggirkan, malah diperleceh-lecehkan. Bukan oleh orang kafir, tetapi oleh orang Islam itu sendiri.

Aduhai. Betapa dungu dan tidak fahamnya kita terhadap kebesaran Islam dan maksud hidup kita di dunia yang sementara ini.

Teringat aku akan kata-kata seorang ustaz dalam satu ceramahnya….

” Kita ni especially bebudak muda remaja bangsa Melayu sekarang. Terlalu leka berhibur. Terlalu banyak dengar muzik. Terlalu asyik melayan lagu-lagu rock, lagu-lagu jiwang. Sehingga takdak masa langsung nak dengar Quran. Takdak masa langsung nak dengar hadith-hadith Nabi….”

“Sebab tu lah anak-anak muda skang hatinya keras, degil, takmau dengar kata, pantang ditegur. Apabila ditegur saja, dia melenting. Dia maki hamun, pukul guna kekerasan. Malah ada yang sanggup membunuh…”

Mengapa ini semua boleh terjadi?? Memang banyak sebabnya.

Tapi salah satu puncanya ialah, kerana terlalu banyak berhibur, dan banyak mendengar muzik yang melalaikan kita daripada mengingati yang Maha Esa.

Aku bukanlah anti muzik! Bukan juga anti hiburan.

Yaaa…berhibur itu HARUS hukumnya.

Tapi perlu kena caranya. Dan berpada-pada lah jangan melampaui batas. Janganlah terlampau asyik dan lalai sampai dah tak ingat mati!!

Ni tak. Dahla Quran dan Hadith kita malas nak BACA. Takkanlah nak DENGAR Quran dan Hadith pun kita tak mahu??!! Kalau tak baca pun, sekurang-kurangnya kita dapat dengar pun jadiklah.

Sebab itulah suka aku mengingatkan sahabat-sahabat semua untuk kita sama-sama ubah sikit paradigma tu. Janganlah kita biarkan diri kita terlalu khusyuk dan seronok sangat berhibur, sehingga kita terlupa MAKSUD dan TUJUAN HIDUP kita atas dunia yang menipu daya nih.

Ustaz aku pernah kata, siapa yang suka dengar quran dan hadith, maka Allah akan menurunkan sakinah(ketenangan) kepadanya. Dan nur-nur al-Quran akan sentiasa menyelubungi hati dan jiwanya. Sehingga hatinya akan menjadi lembut dan mudah menerima nasihat serta cenderung untuk melakukan kebaikan.

Moga Allah sentiasa beri petunjuk dan hidayah pada kita semua. Amin.

Artikel lain yang best-best :