Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSeperti yang telah saya maklumkan sebelum ini. Saya ada menerima puluhan email dari pembaca setia blog ini bertanyakan mengenai pelbagai perkara. Ramai sekali yang menceritakan masalah-masalah mereka kepada saya dan meminta saya memberikan pendapat dan pandangan.
Alhamdulillah, walaupun saya sangat sibuk di pejabat, namun saya cuba juga untuk cari masa-masa terluang bagi menjawab segala permasalahan yang diutarakan. InsyaAllah, saya akan cuba jawab setakat yang termampu dan seikhlas yang boleh. Kalau sekiranya jawapan atau pandangan saya itu tidak dapat memuaskan hati anda yang bertanya, saya hulurkan 10 jari memohon kemaafan atas kekurangan tersebut.
Hakikatnya, saya ni bukanlah seorang pakar motivasi atau pakar kaunseling yang dapat merungkai permasalahan yang anda hadapi. Saya hanya seorang insan biasa yang memberikan pendapat dan pandangan berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya. Itu saja.

Adapun, memang menjadi harapan saya untuk menjadikan blog ini sebagai satu wadah atau tapak tempat untuk kita sama-sama bertukar-tukar pendapat, pandangan, idea, pengalaman dan apa saja info/maklumat, yang mungkin ianya dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada semua pembaca. Saya benar-benar berharap agar lebih ramai lagi pembaca blog ini untuk memberikan apa saja komen dan pandangan atas isu-isu yang dibangkitkan.
Seperti apa yang tercatat di ruangan “Mengapa & Bagaimana”, misi dan matlamat utama kami di PakarHowTo.Com ini ialah untuk menjadikan blog ini sebagai satu tapak perkongsian apa saja info dan maklumat yang bermanfaat.
Jadi, saya harap anda semua dapat memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada kami. Semoga blog ini sentiasa meriah dengan komen-komen yang baik dari anda semua.
Bagi mengakhiri catatan saya kali ini, saya tinggalkan kepada anda 1 masalah yang saya terima dari salah seorang pembaca setia blog ini pada 18 Feb 2009, jam 4.36 petang yang lalu. Saya kira masalah yang dilontarkan ini cukup SERIUS, untuk kita sama-sama berikan pandangan dan nasihat agar masalah ini tidak berlanjutan menjadi lebih kronik.
Berikut ini saya ‘copy&paste’ kan kandungan email yang saya terima tempohari…
assalammualaikum…
saya nak minta nasihat peribadi daripada pakarhowto….
saya ada masalahlah pakarhowto…..
saya sekarang telah mempunyai anak dan masih belum berkahwin..
saya tinggal sebumbung dengan kekasih saya (tp dia bukan bapa kepada anak saya…
dari dulu hinggalah sekarang saya x mencintai@ punya rasa seperti couple lain,pada dia..
dulu saya terima dia atas dasar kasihan,dan dia terus mendesak saya menerimanya..
hubungan kami sudah menjangkau 1 tahun 6 bulan..
masalahnya,sekarang saya jatuh hati dengan lelaki lain…
saya sudah terangkan pada kekasih saya yang saya tidak suka dan menyintainya dari dulu lagi
dan dia tahu perihal itu…
dia x kisah saya ada perasaan pada dia @ x.
tolongla pakarhowto..apa perlu saya lakukan..
saya sayangkan lelaki lain..bukan dia..
Hmmmm….”TIADA CINTA, TAPI TINGGAL BERSAMA…??” Bolehkah begitu?? So, apa pendapat anda?
p/s- PakarHowTo akan kemukakan pandangannya sikit masa lagi nanti…



















Salam,
Pandangan saya dalam masalah ini, adakah lelaki yg anda cintai itu menyintai anda juga ? Cinta sahaja tidak menjamin kebahagiaan, adakah sidia sanggup mengambil anda sebagai suri hidup yg sah di sisi agama dan menjaga anda sebaik mungkin. Cinta sesama manusia tidak berkekalan, anda perlu berpegang teguh kepada perintah agama. Nasihat saya, saudari segeralah kembali ke pangkal jalan, kasihanilah ibubapa saudari di atas yg apa saudari telah lakukan. Mohonlah keampunan dariNya, Allah Maha Pengampun dan cinta pada Allah adalah cinta yang sebenar2nya.
Maaf sekiranya kata2 saya menyinggung perasaan saudari.
Semuga saudari memperolehi kebahagiaan yg dicari di samping keredhaan dan keberkataan daripada Allah Taala, insyallah….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
BG SY,BLM TNTU LAKI YG AWK SUKA AKN DPT TRM N CINTAKN AWK SEPNUH NYE..JGN WT KPTSN TERBURU2..PK KN MNE YG TERBAIK.SELIDIK DLU N AMEK TAU DLU.KT KNE PK MSE DPN N MSE TUA KT BKN SEKDR NK HEPI JE.
MF KLU KTE2 SY MENYINGGUNG ATI AWK.
SEMANGAT N SBAR 2 PNTG.
JGN MURUNG,KNE SLALU SMILE WLUPN DE MSLH
JGN TUNJUK PD ORG YG KT NI BERMSLH K…
CAYOK2..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Waduh!!! ini kes berat ni…..Kenapa mesti jadi begini??
Saya ni bukanlah suka sangat campur hal orang lain tetapi…oleh kerana si kawan ni dah rela kongsikan “problemnya” so..kena sedialah membaca pendapat orang lain yer…..
Dalam dunia ni mcm2 kerenah manusia…sampailah serumah tapi tak cinta…. sepatutnya tak boleh gitukan?? so… kalau gitu… terus terang lebih baik daripada dipendam…terus terangpun…kena tengok masa yang sesuai yer…hati yang tenang…muka yang tenang… cuba je .. yer…
Namun demikain saya harap anda bertaubat sebelum terlambat… ok… maafkan saya jika ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam….ini mmg masalah besar…sepatutnya dia boleh bfikir kenapa dia berbuat sedemikian..kita sudah tahu dilarang sama sekali duduk serumah yg bukan muhrim…bagi pendapat saya jangan mudah terpedaya kepada insan yg dia kenali belum tentu akan mendapat kebahagian…fikir2lah demi kebaikan diri anda….sesungguhnya allah maha pengampun kepada umatnya…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salaam,
Saya cadangkan saudari terlebih dahulu sedar yang saudari sekarang berada dalam gelombang dosa yang serius. Atas kesedaran ini langkah seterusnya ialah menginsafi ketelanjuran ini berazam ingin kembali kejalan yang diredhaiNya. Lalu BERTAUBAT lah dengan sesungguh saudari tidak akan meneruskan ketelanjuran ini sampai mati. serta mengharap Dia memasukkan hidayat kehati saudari melalui DOA yang sungguh sungguh.
Saudari, sesungguhnya bila kehidupan tiada keberkatan maka sudah tentu tidak akan ada ketenangan dan untuk memanggil keberkatan ini hati mesti suci dari titik titik hitam dosa dan kebathilan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
kembali la ke pangkal jalan
bertaubat dan minta petunjuk dari ALLAH
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bagi pendapat saya la,lebih baik memilih orang sayang kat kita dari memilih kita sayang kat orang..xmestinya orang yang kita sayang boleh sayang macam kita sayang kat dia..dan bersediala untuk bertaubat..sesungguhnya Tuhan maha pengampun..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Fikirkanlah diri dan anak anda. Berubahlah ke arah kebaikan dan cari keredhaanNYA.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Bagi saya lah dah ada orang sayang pada awk tu dah lah…bina sahaja hidup baru…lelaki yang tinggal bersama awk skang lebih bnyak menjaga awk…awk x tau lagi perangai lelaki yang awk kenal tu..mana tau,,dier akan tinggalkan awk 1 hari nnti..lebih baik awk bertaubat dan nikah sahaja dengan lelaki yang telah bnyak berkorban untuk awk…pk kan masa depan anak awk tu…bukan ikut kata hati sendiri…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Maaf saya beri pandangan lagi ya…, saudari saya faham bila saudari telah melakukan dosa di sisi agama dalam tempoh yg lama sukar utk bertaubat, syaitan akan memainkan peranan agar saudari keberatan utk bertaubat.
Saudari kena kuatkan semangat dan iman utk berubah, minta pertolongan Ulama’ contoh Prof Dato’ Harun Din di Darul Syifa’ cawangan Bangi.
Masalah saudari serius dan perlukan pertolongan segera, saya yakin Prof Dato’ Harun Din dapat membantu saudari pulang ke pangkal jalan.
Saya simpati dgn masalah saudari tapi saudari kena tolong diri saudari barulah perubahan dapat dilakukan.
Apapun saya doakan saudari akan kembali ke pangkal jalan, Allah Maha Pengampun… Kalau saudari ada duit simpanan pergilah menunaikan Umrah, insyallah sinar iman akan datang dalam hidup saudari, jangan putus asa ya……
Wassalam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualikum wt saudari budiman.
Saya senang mendengar cerita yang dipamerkan di blog ini. Syukur ke hadrat Ilahi sebab saudari masih punyai nilai kemanusiaan di mana anda mahu menjaga bayi yang anda lahir dari rahim sendiri. Alhamdullillah tapi….. mengapa diulang saudari masih melakuikan dosa besar yang pernah dilakukan dulu. Benar kata-kata sahabat yang lain di blog ini. Baliklah ke pangkal jalan. Pujuklah hati saudari agar lembut dan dapat kembali ke hadrat Ilahi yang maha pengampun. Saya faham keadaan saudari yang dahagakan kasih sayang dan masih menagih perhatian seorang kekasih tapi pernahkah terfikir akan sesuatu yang telah lama dilupakan tapi Dia tak pernah lupakan saudari. Berapa lama lagi saudari nak hidup tanpa pedoman.
Saudari, bercakaplah dengan diri sendiri. Apa betul atau salah tindakan saudari itu? Saudari jangan takut pada jodoh tiada. Jangan timbulkan perasaan tidak ada yang prihatin. Insaallah kita dah ditakdir dan ditentukan siapa jodoh kita dan INGAT Jangan sesekali ambil kesempatan pada kelemahan orang lain bila saudari dalam kesesakan/kesusahan. Tak baik. Allah takkan ubah nasib kamu melainkan kamu sendiri yang mengubahnya. Kesedaran hanya terletak dalam tangan saudari bukan pada orang lain. Kalau inilah jalan yang saudari pilih makanya inilah jadinya tapi jika sebaliknya maka itu juga pilihan saudari. Untuk menyedarkan saudari dari perbuatan ini bukan mudah tapi saudari lah yang akan permudahkan semua perkara dari yang tak baik ke terbaik. Saya doakan agar saudari diberi petunjuk ke jalan benar. Amin. Wassalam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
berat gile kes die neh..
first skali, minta ampun drpd ALLAH..
kasih syg dn rase cinta akn hadir juga dlm diri kita
percayalah
mungkin lelaki yang tggl bersama itu adalah yang terbai utk die..
bersabar ea..
amin..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam semua,senyum sendirian saya membaca permasaalahan yang diutarakan hari ini,ingatkan dah kawin tapi belum rupanya,macam-macam hal,cinta tak mestinya bersatu,tak cinta pun tak semestinya boleh bersama,wahai orang Islam bersentuh kulit lelaki dan perempuan lagikan haram pe lg duduk bersama dalam satu rumah yang memungkinkan bukan setakat kulit tapi bersentuhan segala-galanya..yang haram tetap haram,x boleh jadi halal,nak jadi halal nikah lah itu wajib,berfikiran jauh tuk mendapat taufik dan hidayah dari Tuhan,kesejahtraan dunia akhirat…Syaitan ada antara kita tuk memujuk kearah kejahatan,berbincang dan cari jalan penyeselaian,…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
hmmmm b’syukur la dgn lelaki yg m’cintai anda…tak semestinye org yg anda syg tu m’cintai anda, kemungkinan nak ambil kesempatan aje so b’syukur seada2nye & b’taubat la yea dgn kisah silam anda…cepat2 lah bina masjid supaya tidak menambahkn lg dosa..fikir2 kn lah..anda ada agama kn so gud luck yea..tq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Subhanallah.
Pada pendapat saya sdri tenang dulu,
minta petunjuk dari Allah.
Kalau ikut hukum syarak sdri dah salah
tapi sebagai manusia yg lemah taubatlah dulu.
Sebenarnya sdri nak cari apa kat dunia ni.
Semua sifat yg baru tak kekal kerana itu jika sdri cari cinta,
cinta itu pun tak kekal.
Sdri akan dapat cinta tapi hidup belum pasti bahagia.
Fikirkan lah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
apa yang saya ingin kongsi,saya harap anda segera lah bertaubat..hargailah org yang mencintai kita,,,insyaallah bahagia rumahtangga…cinta boleh dipupuk,asalkan anda sedia menerima kehadiran si dia dalam hidup anda..apapun segeralah bertaubat serta minta petunjuk dari ilahi…iman adalah pendinding dari segala kemaksiatan..jadi anda perlu beramal bagi memastikan iman sentiasa teguh..hindarilah dari bersekedudukan kerana islam amat menegah perbuatan songsang itu…
sekian apa yang baik datangnya dari Allah dan apa yang buruk adalah kelemahan saya sendiri..wasalam..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam….
Bagi pendapat saya tentang kes saudari sy ingin memberi komen sedikit sebanyak… Cinta tak semestinya menjamin bahagia. Saya harap saudari berubahlah untuk mase hadapan anak yang saudari lahirkan. Nikahlah jalan penyelesaian yang tepat daripada menambah dosa besar lagi… Orang yang saudari cinta itu tidak semestinya akan membahagiakan dan menerima anak yg saudari ade skrg, saudari seharusnya sedar bahawa masih ade lelaki yang ingin menjaga saudari dan anak yang bukan dari darah dagingnya sendiri.
Saya doakan saudari diberi patunjuk ke jalan yang benar.. Maafkan saya seandainya menyinggung saudari.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hurmmmm………..ingat hukum allah ingat ajaran agama kita……habis cerita……….lalalalalalala
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedarlah…
perbuatan awak itu adalah DOSA BESAR!!!!!!!
tak malukah awak pada ALLAH!??
* p/s – tuan ‘menyampahVSmeluat’…
saya terpaksa edit komen tuan…
sebab bahasa yang digunakan agak keterlaluan.
saya faham tuan marah dan menyampah,
tetapi gunakanlah bahasa yang baik untuk nasihat orang yer. tq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Bersedudukan dengan orang yang bukan muhrim hukumnya berdosa besar … dah berdua akan datang orang ketiga iaitu SYAITAN….. cinta manusia x kan kekal tapi cinta pada ALLAH S.W.T akan membawa kemuliaan dan diredhai untuk selamanya… cari lah cinta sejati …….mungkin kita mentah dan belum matang untuk membezakan makna Cinta yang sebenarnya..oleh itu berubah dan keluar dari kepompong dosa yang penoh azab seksanya… Insyaallah….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam….
Uhhh…kes berat nih! mcm x msuk akal pun ada jg. Tp bg sy, awk kena bertaubat n kmbli ke jln yg bnr. Berdoa pd Allah s.w.t agar dikurniakan seorg lelaki baik yg dpt merima keadaan awk n ank awk. If awk da sedar yg awk da pnh melakukan kesilapn bsr dlm hidup awk sblm ni, tanamkn azam tuk tdk mengulginya lg. Fikirkn ms dpn awk n ank.. Lelaki yg tgl serumah dgn awk tu mungkin bnr2 serius n ikhlas tuk jd kn awk suri hdupnya..jg menganggap anak awk sbgai ank kndungnya. Mungkin jg dia mahu melindungi awk drpd terus hanyut dlm dunia yg tak tentu. Bukalah pintu hati awk uk menerimanya.. sapa tahu bila awk dpt menerimanya, dia akn segera melamar awk…. Yg penting, bertawakal la pd Allah s.w.t, krn sesungguhnya hanya Dia Yg Maha Mengetahui segalanya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam
1. Sila la BERTAUBAT dulu
2. Buat istikarah mintak petunjuk dr ALLAH.
Apa yang kita nmpak baik tak semestinya baik untuk kita…apa yang kita nmpak buruk tak semestinya buruk buat kita..hanya DIA yang maha mengetahui…Wallahualam…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tak boleh oooo.. begitu. Kalau ada cinta pun tapi tak kahwin tetap tak boleh. Kalau dah kahwin baru buley…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam sayang,
Untuk adik yang mula sedar…..
bukan senang nak berubah…..bila berada dalam situasi adik ni…..dilema benornya…..
Untuk adik yang disayangi….
Tabah kan hati…..ini sebenarnya ujian…
Alhamdulillah….segala puji bagi Allah,
sekarang dah mula sedar…..bila sudi berkongsi dan bercerita….itulah detik permulaan untuk melangkah kearah kehidupan yang lebih baik…sihat dan sempurna…
Bermulalah dengan niat.kendian berusaha mencari ilmu….agama,dan amalkan….pelan pelan…..insyaallah,adik akan dapat tinggalkan….yang tak elok tuh…
Kesian ler kat anak tu….
Jangan ler waris kan aper yang kita dah buat harini pada dia….pikior ler,bior ler anak kita jadi anak yang soleh dan solehah,yang sentiasa mendoakan ibubapanya…
Nak ke xnak….berubah lah biarpun pahit….x ngape,abang PakarHawTo ader…..sudi bantu..
Semoga adik mendapat hidayah,menjurus kearah kesempurnaan iman….
oklah wak PHT….jumpa lagi…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam..
saudari,bg saya saudari perlu membina hubungan yg sah disisi agama.Kerana berdosa besar hidup bersama serumah dgn lelaki yg bukan muhrim.
Mengenai persoalan cinta,saya rasa lelaki sekarang ini amat mencintai,bertanggungjawab dan terima saudari seadanya.lelaki yang saudari cintai belum tentu dapat mencintai dan memberi perhatian seperti itu.Mungkin saudari sudah tidak mencintainya tapi cinta boleh dipupuk.
contoh kawan baik saya sendiri.dia terpaksa berpisah dengan kekasihnya dan berkahwin dgn org yg tidak dicintai malah tidak mengenali langsung.Tp,setelah saya menasihatinya akhirnya dia terima.malah sekarang dia amat bahgia.Jd,cinta itu boleh dipupuk tp paling penting saudari perlu bertanya pada diri sendiri,siapa yg lebih baik dan mencintai saudari seadanya?
Saya minta maaf jika ader mengguris hati saudari.tp,ini kenyataan.Saya pernah mendengar kes seperti saudari.Kebanyakannya menyesal krn meninggalkan lelaki yg amat mencintai kiter.Ibu saya pernah berkata pilihlah lelaki yg amat mencintai kiter &jgnlah pilih lelaki yg hanya kiter mencintainya..
Sekian,wassalam..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam
kita ni memang ada nafsu sebabtu tuhan bagi ugama
ugama yg diredhai Islam je
kalau dah shahadat hamdulillah
terima Allah sebagai tuhan
allah tentukan takdir, baik dan buruk
terimalah takdir
namun Allah beri akal
kalalah, fikirlah
nanti bila dah mati mesti jumpa Alah
apa nak jawab.
nanti kalau Allah siksa kita kerana dosa kita , sapa nak tolong
bolehkah kekaseh kitatolong
mak ayah pun xdapat tolong
kena jawab sendiri
kena tanggong sendiri
bukan seharidua tau, selama nya
tak pa kalau kitabuat keputuan didunia ini
yg menggoris hati orang lain, asal nanti kita selamat di alam baqa , alam barzah, alam akhirat.
ikut lah nasihat kawan2 terdahulu.
ikut nafsu, lesu dan biinasa
ikut akal dan nasihat, selamat.
doalah dalam solat.
allah mahatahu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum w.b.t
Buat adik yg menyuarakan masalah ini, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan hidayat Nya terbuka pintu hati adik utk berkongsi masalah adik di ruangan ini.
Dari segi hukum memang lah dosa besar atas perbuatan adik yg lalu sehingga melahirkan anak luar nikah, maaf dgn kata2 akk ni. Sepertimana pendapat pembaca2 , sebelum adik meneruskan niat adik utk meninggalkan kekasih adik yg menyayangi diri adik. adik harus merenung kesalahan adik yg lalu.
Adakah adik yakin org yg adik suka akan menjaga adik sepertimana kekasih adik sekarang. Seharusnya adik panjatkan seribu kesyukuran kerana ada org yg sudi menerima adik wpun dia tahu kisah lampau adik.
Bertaubatlah dengan sebenar2 taubat dan insaflah segala perbuatan yg lalu.Jangan menambah masalah yg sedia ada dengan masalah yg baru pula.
Binalah kehidupan baru dengan kekasih adik tu, dan banyak2 berdoa kepada Allah agar hidup adik sentiasa di bawah peliharaan Nya dunia akhirat.
InsyaAllah , Allah Maha Pengasih Penyayang Lagi Pengampun, dan Allah tidak pernah menghampakan hambaNya yang bertaubat.
Hidup ini hanya sementara, akhirat jua kekal abadi.Kita dikurniakan akal dan nafsu dan diberi pilihan utk mencorak hidup kita,kiranya baik yg dipilih baiklah jadinya begitulah sebaliknya. Jadikanlah peristiwa pahit masa lalu panduan adik di ketika ini dan masa akan datang.
Memang benar kata pepatah. Cintailah Orang yang Menyintai Diri KIta daripada Bercinta dengan Orang Yang Tidak Menyintai kita kerana ia tidak akan kekal lama bilamana ada org lain di hatinya..Adakah adik yakin dia dpt menerima adik andaikata dia mengetahui kisah lampau adik.
Sebagai manusia lemah kita tidak dpt lari daripada melakukan kesalahan.Allah masih menyayangi adik . sebab itu diberi peluang untuk adik memperbaiki diri adik dan bertaubatlah sebelum terlambat.
Sekalung doa dihulurkan agar hidup adik diberkati Allah dan dipeliharaNya….Mudah2an.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya setuju ngan anna85 n eda…. lebih baik kita pilih org yg dh tentu sayang kt kita….peratus utk kebaikan hidup utk msa depan tu ada utk diri anda n anak jugak. …
Allah pinjam kan kita nyawa atas dunia ni sekejap je… dunia ibarat tempat persinggahan sementara buat kita yg bergelar insan… jd sentiasa lah bt yang terbaik…banyakkan berdoa agar Allah beri petunjuk yang baik utk meneruskan kehidupan….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya dulu kahwin tak cinta.oleh kerna hormat org tua kta bahagia selama 22thn. syukur alhamdullilah walaupun byk cubaan dan godaan dr dlm maupun luar kakak sabar ajak. petua nya jgn hiraukan apa org kata. naiwaitu mesti satu anggap itu ujian Allah. Bukan senag mengharungi detik detik hidup dek oi…pernah org gugat rumah tangga, anak sakit, tak ada duit dan tak tahu ap cara nak cari duit. Alhamdullilah sekarang dah keja , walaupun gaji sikit anak sudah ketahap ipt ..kekuatan sendiri dan jgn lupa sembahyang selalu dan rehda ujian Allah insakyallah selamat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Hanya hamba Allah yg berserah.
Dalam hidup ini, manusia ibarat meniti permatang
sawah padi. Ada masa manusia akan tergelincir ke dlam sawah padi. Ketika itu kotorlah pakaian. Tetapi manusia yg sedar akan cuba keluar dn mmbersihkan diri. Mungkin manusia akan tergelincir berkali-kali tetapi manusia yg beruntung adalah yg segera sedar dn bangun. Allah mencintai hamba-hambanya yg menyucikan diri.
Bg yg komen negative tu cuba ingt Imam Al-Ghazali berpesan lebih kurang “kita tak boleh menghina org yg berbuat dosa kerana suatu hari nnt taubat mereka lebih diterima Allah dan kedudukan yg lebih mulia” lihat lah pada diri sendiri andai terdapat noda di hati. Jdlah manusia yg sedar diri sendir dn saling mengasihani sesama manusia.
Ada manusia yg mengata/menghina dan lebih teruk menganiaya orang lain semata2 kerana merasakan org itu lebih salah. Ingat elak di akhirat segala amal baik kita akan diberi Allah kepada manusia yg kita zalimi itu termasuk mengata/mengumpat dn menaganiaya.
Dan ketika itu barulah kita sedar siapa kah yg rugi….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
entri ni memang untuk warga2 emas n untuk yg sopan2 je ea???????
jgn mara…… tanye jek….
tuan ‘menyampahVSmeluat’
terima kasih kerana selalu singgah ke blog ini
dan tinggalkan komen.
segala komen tuan, amat kami hargai.
adapun begitu,
saya terpaksa tapis setiap komen yang diberikan.
bukan untuk menyekat kebebasan bersuara dan memberikan pendapat.
tetapi, saya lebih suka gunakan pendekatan yang lembut dan berhikmah.
cuba kita lihat cara nabi SAW menangani sesuatu permasalahan.
cuba ingat peristiwa nabi SAW di TOIF…
bagaimana pendekatan yang nabi SAW ambil kepada penduduk TOIF?
dengan kekasaran atau dengan penuh hikmah dan bijaksana?
saya harap tuan faham maksud saya.
p/s- setiap entri yang dibuat adalah untuk semua peringkat umur.
semoga apa yang dikongsikan dapat sikit sebanyak memberi manfaat kepada semua.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam pada Saudari,
Apapun yang telah kita lalui dahulu,sekarang dan kemudian hari adalah telah di tentukan olehNya.Buat masa ini saudari tenangkan fikiran dan renungkan dalam dalam apa yang telah terjadi sepanjang hidup saudari.
Bangunlah di malam hari membuat solat2 sunat yang telah ditetapkan minta keredhaan ALLAH semoga saudari di beri petunjuk pada kemudian hari.
Insayaallah mesti DIA kalbulkan samada lambat atau cepat permohonan saudari itu.
Jika ada seseorang yang mencintai saudari Terimalah seadanya dan semoga cinta akan berputik apabila sudah di ijab kabulkan nanti.
Semoga berjaya saya doakan.
wsalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salammualaikum…saya syorkan awak buat solat istikhara mohon pd allah sama ada boy 2 jodoh kamu @ x …kalau ye awak bernikah r cepat2 sbb tinggal serumah dgn seorang yang tiada hubungan sah sbgai suami isteri 2 salahkan saya rasa awak pun tahu… nanti kalau kena tangkap khalwat kan susah(ceh boleh jd ustaz 2)…hancur harapan awak nanti sbb awak sayangkan boy lain kan…betol x???(maksud saya boy yang x poyo r) x pun mcm ni awak balik kepangkuan keluarga mohon maaflah kalau awak ada buat salah…jalan ni xbnyk pun boleh selesaikan msalah awak….(saya rasa r)…..apa pun nasihat saya jngan tinggalkan solat selalu berdoa agar awak di beri pentujuk dan jalan keluar masalah awak ni…x th nama kalau tahu mesti sedap nama awak ni kan (ceh pancing 2 aku ckp kau wa kah kah) ksalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
so board………………………………….hurmmmmmmmmmmm
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
so board………………………………….hurmmmmmmmmmmm
poyoooooooooooooo
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
slm sayang adikku, adik perlu kahwin atau pindah rumah segera , adik perlu nekad n tekad dlm hati ingatlah HIV, kalau berhenti sekarang adik selamat insyaallah harapnya .sayangi diri, sayangi keluarga, nilai saudari mahal harganya, bertindak sekarang ya…terimalah taqdir ada hikmat tu entah2 lepas ni ilmu agama adik makin bertambah banyak., tuhan nak bagi kemuliaan kpd seseorang bukan secara percuma, DIA uji dulu agar kamu menginsafi dan ilmu diberi melalui peristiwa. bawa bertenang dik .. balik kampung cari mak ayah hubungi 019-937-1310
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Cinta itu indah, ia tidak pernah berdendam dan ia sentiasa memberi walaupun cinta itu pernah di sakiti
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
gelabah……………………….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ade jugak yg nak memancing kt dalam ni……….
x de pilihan r 2 kt luar…..lalalala
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Slm sejahtera..mengenai cinta tiada tp tinggal bersama. Mcmnilah,bg pndpt saya walau pun tiada rasa cinta pd seseorg tp tinggal bersama ini,adalah pekara biasa terutamanya golongan perkahwinan yg d padu oleh keluarga..memang pelik bunyinya tp bg kalangan org yg situasinya begitu memang payah bgnya utk mengucpkn kata2 syg atau cnta pd org yg bru d kenalinya tba2 menjadi sebhagian dlm hdupnya..bak kta pepatah,tak kenal mka tak cinta, tp bg may perasaan tu bleh d pupuk secara pelahan2..walau kta tak knal hti budinya ,itu tak memberi masalah bg yg mengalaminya,,memanglah payah utk mengucpkan pekataan cnta pd org tesebut..tp kalau kta sudah mengenali jiwa,hati dan budinya tak mustahil alm pekahwinan akn bhgia selamanya..itu pndpt ringkas dr may…terima kasih.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum,
Zaman telah berubah, tapi adat dan budaya Islam tidak berubah. kembalilah kepangkal jalan. Bawalah lelaki yang tinggal bersama saudari ini berbincang. bagi saya elok nikah dengan lelaki ini sebab rasanya lelaki ini sayang pada saudari. Bagi saya besar maknanya kasih sayang dari seseorang yang pada kita. Hiduplah sebagai suami isteri yang sah. semailah cinta dan kasih sayang selepas bernikah nanti. itu lebih bermakna buat kita. Lagipun kita makin berumur. anak pun memerlukan kasih sayang dari ibubapa. anak juga akan lihat kita ini sebagai contoh hidupnya nanti. Mahukah saudari lihat anak saudari jadi macam saudari? tentu tidakkan……dapatkan panduan dari orang beragama. Biarlah kita selamat didunia dan selamat di akhirat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum,
Tiada cinta tapi tinggal bersama, pelik tu.
Pada pendapat saya saudari kena balik ke pangkal jalan. Jika saudari mengaku diri saudari sebagai seorang Islam saudari patut tahu perbuatan ini adalah salah di sisi agama.
Saya ingin menyatakan disini sebagai wanita kita harus sedar tentang harga diri dan maruah kita sebagai wanita. Janganlah kita terlalu murah kelak kita juga yang akan mendapat kerugian.
Saya bukanlah anti lelaki tetapi pada kebanyakan masa dan menurut pangalaman saya yang sedikit ini wanita yang akan menjadi mangsa akibat perbuatan seperti ini.
Saya harap saudari berfikir secara rasional, jangan terlalu mengikut perasaan dan nafsu. Jika ingin mempunyai hubungan dengan lelaki secara serius biarlah ia diikat dengan hubungan yang suci lagi halal iaitu perkahwinan.Perhubungan tanpa sebarang ikatan tidak akan ke mana. Sampai bila saudari harus jadi begini. Ketika muda mungkin masih ada yang tertarik namun bagaimana jika usia kian meningkat dan segala kecantikan dan daya tarikan sudah hilang. Siapakah yang akan sudi mengambil saudari sebagai suri hatinya.
Jika seseorang lelaki ikhlas kepada wanita dia tidak akan mengambil kesempatan terhadap serseorang wanita itu. Terpulanglah kepada saudari untuk memikirkannya.Fikir-fikirlah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam kepada saudari…muhasabah diri.. ingat balik hukum tuhan..dosa pahala..lihat wajah anak saudari fikirkan masa depannya..jauh lagi masa depan anak saudari 2..sebagai seorang ibu tentu sekali saudari tidak mahu anak itu tiada hala tuju dalam hidupnya.. didiklah dia berilah sepenuh kasih sayang seorang ibu kepadanya..ingatlah saudari anda seorang ibu dan juga sebagai role model kepada anak anda.. ini hanya sekadar nasihat dan pandangan dari saya hamba allah yang serba kekurangan… sebarang feedback or komen atau apa jua pandangan email saya di aerillandrea@yahoo.com… semoga allah memberi taufik dan hidayahnya kepada saudari.. ingatlah allah sentiasa membuka pintu taubat seluas luasnya kepada hamba nya..
sekian wassalam….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…saya nak cakap pun,saya tak berapa pandai. tapi bagi saya tinggal sebumbung dengan lelaki yang bukan muhrim adalah berdosa BESAR,saya tak salah kan awak atau sesiapa pun tapi kalau tiada rasa cinta buat apa kita bersama lagi kan. tapi apa yang boleh saya cakap di sini, bertaubatlah sebelum terlambat. insya-ALLAH pintu taubat itu masih terbuka lagi untuk awak memperbaiki lagi dan demi anak awak..
ok
sekian…
wassalam…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
alhamdulillah…awk dh sedar…
so, ambil keputusan terus terang dgn pasangan awk dan terus pindah
dan paling penting..taubat & kembali ke pangkal jalan..mulakan hidup baru..
bila kita dkt ngan ALLAH hidup kita akan tenang..PERCAYALAH
masih belum terlambat,ALLAH maha pengampun
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalammualaikum dan salam ceria,
Sebenarnya masalah itu anda yang “CIPTA SENDIRI”…Jadi tanggunglah akibatnya sendiri…
Senyum dan ceria selalu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya minta maaf bukan nak komen tapi nak tegur dengan saudara isyam idris ni… apa masalah saudara… kalau tak pandai bagi nasihat jangan nak mengata pulak…. hormat sikit perasaan orang n all chatters k…
assalamualaikum,….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
go SYADAH!!!! i suport u….lalalala..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
dalam situasi begini,saudari mempunyai byk pilihan,sy harap saudari pilihlah jln yg diredhai Allah,saudari sudah mempunyai anak,sedangkan saudari belum berkahwin dan sampai sekarang saudari masih lagi menjalani hidup yg songsang ni,fikirkanlah saudari berhak utk dpt hidup yg lebih bermaka…lebih baik saudari berubah sebelum saudari menyesal di kemudian hari……
tinggalkan jer lah pakwe saudari tu,kalau betul dia cintakan saudari,dia takkan tinggal sebumbung malah menghormati saudari dgn tidak menyentuh langsung saudari,tp kalau dah tinggal sebumbung,maknanya dah cam suami isteri la kn…..
orang cam ni tak boleh wat laki tau,apatah lagi kita tak cinta kat dia,cari jer orang lain k…cari seseorang yang boleh bimbing saudari dan anak dunia n akhirat… Insya Allah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sorrryyyyyyy….syadah….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
1st..sory wat pakar,bru ada kesempatan nak bc artikel ni..sory byk2 r deh!
…
Buat saudari,hidup ni mmg mcabar..bukan mudah untk mghadapinya..apatah lg soal cinta..saudari kembalilah ke pgkal jln..cinta ni mmg sronok..Namun lg sronok kalo kite bcinta kerana kite nak mdpt keredaan Allah SWT..Smoga sudari dpt mbezakan antra IMAN n NAFSU..Insyaallah..
Then wat smua pemberi komen blog ni,atie hope kite teruskan utk sm2 bantu membantu sesama mnusia wlupun lain bgsa n agama..tp biarlah dgn cr yg btol..sdgkan Rasulullah SAW sendiri x mngajar kite berdakwah guna cara kasar..sakit mane pun hati saudari n sadara mbca artikel ini tp bsabarlah..kte geram dgn mslah org len..tp kite sendiri x tau apa yg blaku pda kita ,keluarga kite ms akan dtg..cb anda bygkan skiranya permsalahan yg blaku pd saudari td blaku pd adk2 anda or sape2 yg anda syangi..so xkan sadara saudari smua nk guna cr kasar wlpun just dr sg lisan untuk memperbaiki keadaan…pernahkan sdra sadri fikirkan hati n perasaan org itu sendiri..Ingatl dan sedarlah smua,Allah akn bls wlu skecil manapun perbuatan kite..di mata kite mnusia lain..tp dimata Allah sape yg tahu..So tidak heran lah kalo org yg kite nmpak luarannya jht tu jauh lebih baik dr kite yg daif ni..k..thanks 4 all…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamulaikum saudari..
Sekadar memberi pendapat… Saudari seharusnya merenungkan kembali permasalahan saudari.. dimana punca masalah sebenar?
Cinta atau dosa?
yang mana satu yang dikatakan masalah?
pandangan saya,masalah yg patut diberi perhatian disini ialah kedudukan saudari didalm satu rumah bersama lelaki bukan muhrim..maafkan saya.apa yang perlu diubah dahulu ialah cara hidup saudari..utamakan pandangan Allah, cara hidup mengikut sunnah..kekeliruan dalam masalh cinta saudari pasti selesai.. benarkah kalau saya katakan saudari seniri masih teragak2 mengakui lelaki2 tersebut adalah cinta saudari. Timbang kembali keinginan saudari dan lelaki2 tersebut.. menerima lamaran lelaki tersebut untuk tinggal bersama hanya dgn perasaan kasihan sebenarnya hanya sekadar mencari tempat bergantung..Betul atau tidak? jika salah maafkan saya. sekarang saudari merasakan sudah bertemu pasangan yg sesuai dan tidak tahu bagaimana harus melarikan diri dari lelaki sekarang? Dalam keadaan sekarang, dengan adany anak, saudari inginmempunyai keluarga yang bahagia bukan?anak yang boleh memanggil ayah, lelaki yang boleh dipanggil suami.. Saudari harus berfikir bagaimana untuk lari daripada lelkai yg tinggal bersama dan kembali mencari Allah.. jika benar lelaki yang saudari katakan cinta saudari itu, benar2 menyanyangi saudari, dia pasti menunggu perubahan saudari kearah kebaikan dan mencari saudari untuk diperisterikan..apa yang saya cuba nyatakan disini ialah jgn sampai saudari digunakan sekali lagi dgn lelaki ke2 untuk keseronokan nafsu mereka..saudari seorang wanita dimana harus mempertahankan harga diri saudari..Setiap kita manusia tak telepas dari dosa, ampun dan taubat kepada Allah. Cari keredhaan NYA. jalan penyelesaian untuk apa jua permasalahan pasti terlerai..dgn izin Allah. Titip kan doa dan pohon hidayah dariNya.Ingatlah tiada dosa yang tidak diampunkan Allah jika kita benar2 insaf dan bertaubat padaNya melainkan dosa Syirik.Semuany atas pertimbangan Allah..Saudari pasti berjaya!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saudari_islam Reply:
April 16th, 2010 at 1:21 am
@saudara islam,
salam.
saya setuju t’hadap pandangan saudara islam .
cinta ?
hurmm,,
sayangkan allah tu lebih penting .
bertaubatlah .
plus have u read “10 protocol of yahudi” ?
;p
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
masalah cinta saudari sebenarnya kecil jika dibandingkan masalah dosa keterlanjuran dan dosa tinggal sebumbung dgn lelaki yg bukan mahram..apa2 pun Allah itu maha pengampun…InsyaAllah pintu taubat masih terbuka
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Allah Maha Pengampun…..justeru mohonlah keampunan dari NYA…..Adik sekarang dalam kategori berzina kerana tinggal sebumbung tanpa nikah….Ingatlah Dik….macamana kalau Allah ambil nyawa tanpa sempat bertaubat……Ingatlah dik…dunia ni persinggahan yang sementara akhirat yang abadi dan kita akan hadapi sensorang….bayangkanlah….aman atau tidak kubur kita bergantung apa yg kita amalkan….akak juga mengingatkan diri sendiri gak…n smua pmbaca…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
akum..
sabau jer lelaki macam tu
ada jugak eh jenis macam2…
means x paham bahasa kata orang melaka, dah orang x suka blah jer la..
kalo macam tu awak keluar jer dari rumah 2..
wsalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum..
hai sumer…. saya mempunyai satu masalah…
harap sgt ade yg bley bagi pendapat…
ok…
sy lelaki berumur 20an.. perwatakan sy yg lembut agak menarik perhatian sape2 yg melihat sy…
sy mempunyai seorg abg agkt yg sudh berkahwin..
sebelum sy mengenali die, die memg mempunyai masalah dl rumah tangga…
die mempunyai sepasang anak…
hid0p abg sy memg xmcm yg anda bygkan..
die tidak menyintai isterinya walaup0wn sudah 9thn mereka tggal bersama…
walaup0wn dkurniakan sepasg ank lelaki dan perempuan…
mereka selalu tidak sependapat…
baru2 nie mereka memutuskan untuk berpisah…
yg menyedihkan sy, isteri nye se0lah2 mengaggap sy punca die dan suaminya hendak berpisah…
pada hakikatnye mereka memg tidak serasi..
sy tidak tahu mengapa isteri nye b0leh berfikir sebegitu…
memang abg agkat sy nieh lebih suka utamakan kwn2…
sy tak tahu mcm mane nk buat..
ape yg harus sy lakukan…
haruskah saya meninggalkan abg agkat sy..?
adekah org mcm sy nieh memg slalu di anggap punca..?
sy buntu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 8th, 2009 at 2:53 pm
@matahari,
Salam matahari..
Em suri agak sedih jugalah bila terbaca masalah matahari ini..tapi pada pandagan peribadi suri sendiri antara sebab..
Sikap matahari yang haapy go luck ni buat abang angkat matahari tidak merasa bosan tika bersama dengan matahari
Maaflah andai suri katakan mungkin kehadiran matahari sedikit sebanyak menganggu kerukunan rumahtangga mereka. itu yang dia kurang selesa akan kehadiran matahari disisi suaminya..
Kemudian apabila adanya matahari, mungkin si isteri merasa agak kecewa sedikt sebab statusnya sebagai isteri tidak dilayan sebaiknya sebagai seorang isteri, kawan, kekasih, teman..
Matahari jaganlah bersedih hati..matahari jaganlah meninggalkan dia (abang angkat) tapi renggangkanlah sedikt hubungan matahari dengan dia ini sedikit sebanyak matahari telah memberikan ruang kepada mereka agar kemesraan suami isteri itu akan terjalin..
Matahari selitkan dalam sebulan 2x untuk berjumpa dengan abang angkat matahari tapi adalah lebih molek jika pertemuan itu matahari berkunjung kerumahnya dan bukannya berjumpa dia di tempat-tempat awam. cara ini untuk meyakinkan si isteri bahawa hubungan anda anda dengan suaminya hanyalah sekadar adik dan abag angkat sahaja.sesekali kunjungan matahari kesana bawalah sedikt buah tangan untuk mengambil hati isteri abg abgkat matahari tu.
TIDAK ..
semua insan macam matahari dianggap punca terkadang masalah dalam rumahtangga mereka juga mungkin ada masalah jua cuma mereka tidak pamirkan sahaja kepada pandangan Kkita…matahari jaganlah selalu mengusutkan fikiran sangat sebab setiap yang berlaku itu mungkin ada maksud yang tersurat..
ini mungkin sebahagian yang dapat suri huraikan.harap matahari berpuas hati dengan ulasan seri..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
zaman serba maju ni, tak pelik kalau macam2 masalah ada… cuma rasa terkilan gadis sekarang ni macam dah tak sayang kesucian dan maruah diri sendiri.. senang2 je serah diri pada lelaki yang bukan bergelar suami. kononnya bukti cinta, tapi sedarlah wahai para gadis.. lelaki yang benar2 cinta dan sayangkan anda takkan meminta sesuatu yang bukan haknya malah mahu menjaga anda dengan sebaik2nya bagai menatang minyak yang penuh. lelaki yang tahu menghargai anda adalah lelaki yang tak sanggup menyusahkan anda dan mahu melihat anda gembira…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
MamaSha Reply:
August 12th, 2011 at 2:07 pm
@ct maliha,
salam…
Mama setuju bebenar tentang perkara ini… Ingatlaj harga diri tuh penting untuk seorang wanita… Allah itu Maha Pengasih, Maha Pengampun…taubatlah dik… hentikan terus apa yang sedang dilakukan sekarang yang memang ternyata berdosa besar dan dilaknati Allah..
Fikir masa depan adik dan anak… Cinta dan NAfsu dalam hasutan syaitan memang mengkhayalkan…tetapi tidak lama… Bukan ketenangan dan keindahan hakiki yang dirasai….
Berpindahlah segera.. carilah mereka yang boleh membantu atau dapatkan nasihat /kaunseling agama…. Mohon ampun pada Allah s.w.t ,pada keluarga dan dekatkan diri pada yang Esa. Bina kembali harga diri adik dan berhati-hati dalam perjalanan di dunia yang fana ini.
Wassalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ye betul tue..1000% sy setuju..
hati-hati..cinta tu lautan nafsu yg buas..
kalo ati dah syg..ape2 pun blh berlaku..
pandai2 lah..
yang penting, jgn sampai tergadai maruah diri..
cinta, cinta jgk..tp tgs sbgai wnta perlu ada..
syg yg btl2 syg tue khas untuk org yang dah ijab kabul jer..
sebab tu rasulullah suke if mahar sorunk wanita tu murah..Allah muliakan..
tp zaman loni len plak citer..haiiiiiii…dunia-dunia..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]