Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSemalam kita dikejutkan dengan kematian Ustaz Asri Ibrahim (Vokalis Kumpulan Nasyid Rabbani). Pagi ini pula saya dimaklumkan ibu saudara kepada sahabat saya pula telah kembali menemui ALLAH SWT disebabkan barah buah pinggang.
Pendek kata, setiap masa dan ketika, tak kira tua atau muda, ada saja orang meninggal dunia. Sesungguhnya berita-berita kematian ini sepatutnya menjadi peringatan yang besar kepada kita untuk lebih beriman dan bertakwa kepadaNYA.
ALLAH SWT telah berfirman mengingatkan kita dalam Surah Ali ‘Imran ayat 185, yang bermaksud “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan di masukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
Tidak cukupkah lagi peringatan dan amaran yang ALLAH berikan kepada kita tu? Tidak insafkah kita dengan berita-berita kematian yang kita dengar saban hari?

Apakah bekalan yang kita bawa sesudah kematian??
Sahabat-sahabatku, MATI ITU PASTI. Kita boleh mati bila-bila masa saja. Esok? Lusa? Beberapa minit lagi? Mati tidak mengenal usia tua atau muda, miskin atau kaya. Yang sihat atau sakit. Yang bekerja atau sedang belajar. Bila tiba masa kita, Malaikat Maut pasti menjelma dan merentap nyawa kita. Tatkala itu, kalau kita nak menjerit melolong minta tangguhkah saat kematian kita pun sudah tidak berguna lagi.
Apabila nyawa sudah ditarik, apa yang tinggal pada kita?? Apa bekalan yang kita bawa untuk berjumpa yang Maha Esa?? Allah akan nilai apa dari kita?? Banyak mana harta yang kita ada ker? Apa pangkat kita ker? Rumah kita besar mana ker? Comel mana isteri kita ker? Hensem mana suami kita ker? Ramai mana anak-anak kita ker? Ada nilai ker itu semua??!!!
Sahabat-sahabatku, sementara masa masih ada, sementara badan masih bernyawa, marilah kita sama-sama membuat seberapa banyak amalan yang boleh. Taat lah semua perintah ALLAH, dan tinggalkanlah semua perkara yang ALLAH larang.
Sesungguhnya kejayaan kita di akhirat nanti adalah bergantung kepada sejauh mana kita dapat taat perintah ALLAH dan tinggal laranganNya, mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Kejayaan kita adalah bergantung kepada RAHMAT dan KEREDHAAN ALLAH SWT.
Jadi, apakah matlamat dan maksud hidup kita atas dunia yang sementara ini?? Apakah yang kita kejar sebenarnya?? Sudahkah kita bersedia untuk bertemu yang Maha Esa??



















Pada pagi jumaat ni, bila baca 2 blog kegemaran saya, kedua-duanya menceritakan bab kematian. Satu lagi blog saudara Tazilan, kenalan lama saya.
http://tazilan.com/2009/08/al-fatihah/al-fatihah.html#more-93
Selain itu, cerita2 kematian akibat H1N1 semakin mengisi ruangan di akhbar2.
Mafhum hadis nabi, orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Dar Reply:
August 14th, 2009 at 12:29 pm
yap…. betul betul
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sebenarnya kita sering lupa, lupa apa yee, lupa yang kita akan mati, kerana itu jugalah kita lalai mengingati yang hak ( termasuk saya ), kita terlampau yakin kita akan kesyurga, sebab berapa banyak amal yang dah kita buat, kita rasa kita takan ditanya, sebab kita tak risau pun akan kubur, tapi runsing bila kekurangan pendapatan, kita lupa Allah Taala akan tanya kalau tak solat, kenapa tak solat, nak jawab tak de masa ke?, kita merasakan Allah Taala terlampau baik pada kita, betul , tapi apa pula yang kita buat pada raja segala raja yang tak meminta sebaliknya kita yang sering meminta.
ooop dah merapu dah ni, ini sebenarnya saya peringatkan diri saya sendiri, kalau ada yang terasa saya minta maaf. salam ( beribadat 60 tahun tanpa mempedulikan yang lain, hanya tertumpu pada ibadat, tapi masih tak mampu membayar nikmat sebelah mata yang tuhan kurniakan, bagaimana kah kita ini ) ampunilah kami yaa tuhan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Jumaat Penuh Berkat.
Dunia ini hanyalah suatu tempat persinggahan yang bersifat sementara. Kita umat Bani Adam & juga Bani Jaan diciptakan oleh ALLAH SWT bertujuan tidak lain & tidak bukan, hanyalah untuk Beribadat & Mengabdikan diri kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung.
Kita (umat Bani Adam & Bani Jaan) ibarat seperti seorang Musafir yang berkelana di muka bumi ALLAH SWT ini. Dan Dunia ini juga adalah merupakan Medan Ujian & Dugaan bagi SeKalian Umat Bani Adam & Bani Jaan ini.
Cuma kita (Bani Adam) ini telah dipikulkan dengan satu Amanah yang lebih/extra berbanding Bani Jaan ini, yakni kita telah ditugaskan menjadi Khalifah di Bumi ALLAH SWT ini.
Sirahnya, pada awal permulaan penciptaan Bumi ini, Bani Jaan yang terlebih dahulu & yang paling mula/awal sekali menjadi Khalifah di Bumi ALLAH ini.
Tetapi, disebabkan banyak/ramai kaum dari Bani Jaan (umat Jin) ini membuat kerosakan di Bumi ALLAH ini, maka ALLAH ROBBUL JALIL bermesyuarat bersama Para MalaikatNya. ALLAH menyatakan, “Aku ingin wujudkan/ciptakan satu kaum (yang baru) untuk menjadi Khalifah (menggantikan Bani Jaan) di Bumi ALLAH ini.
Lalu Para Malaikat bertanya, “Ya ALLAH, adakah Engkau mahu menciptakan satu kaum baru yang akan membuat kerosakan & kebinasaan di Bumi ini juga?”
ALLAH SWT membalas, “Sesungguhnya, Aku Maha Mengetahui & lebih mengetahui dari apa yang kamu ketahui.”
Maka selepas itu, barulah ALLAH SWT menciptakan manusia pertama, yakni Nabi Adam a.s., untuk menjadi Khalifah di Bumi ALLAH SWT ini (menggantikan umat Jin dari Bani Jaan).
ALLAH SWT menciptakan Malaikat pada hari Rabu, menciptakan Jin pada hari Khamis & menciptakan Manusia pada hari Jumaat.
Saudari-Saudari yang dihormati SeKalian.
Umur kita (Umur Umat Muhammad SAW) ini tidak panjang, average pun +- 50 – 60 or mebi terlebih sket pai 70. Kalo siapa yang over 70 tu kira dah boleh consider as orang berkategori Panjang Umur.
Sungguh pun umur umat Muhammad SAW ini singkat, tetapi banyak juga Kelebihan2 yg ALLAH SWT kurnia kpd Umat Muhammad ini. Antaranya…
Kita adalah Umat Akhir Zaman, tetapi kita jugalah yang pertama sekali akan dihisab & dimasukkan ke dalam Syurga atau Neraka bergantung kepada timbangan amal kita, berbanding umat-umat Nabi & Rasul yg terdahulu dari kita.
Kita juga diberi Bonus2 (Ganjaran yg sgt besar) yg ALLAH SWT tidak berikan kpd Umat-Umat yang lain selain Umat Muhammad SAW, yakni Ummul Kitab ( Surah Al-Fatihah, yang padanya terkandung 1001 Fadhilat & Manfaat).
Malam Lailatul Qadar pd Bulan Ramadhan (Satu Malam yang mana Amal Ibadat yang kita lakukan pada Malamnya, akan memperolehi Ganjaran yang lebih baik dari kita beramal Ibadat selama seribu bulan, Masya’ALLAH).
Berbakti & Mendoakan kepada kedua IbuBapa (Syariat yg paling besar & utama selepas perintah mengerjakan SOLAT FARDHU, dan yg mana jika kita melakukannya, akan memperolehi Ganjaran yang sangat besar juga malah hidup kita akan dilimpahi Barokah, diMurahkan+diMudahkan Rezeki (walau ketika itu kita sedang berada dlm kesempitan).
Dan lain-lain lagi.
Dan, ALLAH SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Disebabkan usia Umat Muhammad SAW ini sungguh singkat, maka selain dari Bonus2 yg disebutkan di atas yang sewajarnya direbut oleh kita semua untuk mengamalkannya, ALLAH SWT telah menambahkan Satu (1) lagi Bonus yg sgt Besar, yg sepatutnya direbut juga oleh kita untuk melakukannya.
Kelebihan Bonus ini berbanding Bonus2 yg disebutkan di atas ialah, kita boleh melakukannya (serta Pahalanya kita perolehi juga), walau setelah nyawa kita sudah tidak dikandung badan lagi, berbeza dengan Bonus2 di atas yg mana kita hanya boleh beramal dengannya hanya semasa kita masih bernyawa, tetapi tidak pula kita boleh beramal dengannya lagi (serta pahalanya juga sudah tidak dikira lagi) setelah kita dijemput Malaikat Maut, yakni Izrael a.s.
Dan Bonus yg hamba mafhumkan tersebut, Saudara-Saudari yang Budiman-Budiwati bisa memperolehi ketahuan mengenainya dengan singgah sebentar di link yg hamba berikan ini.
http://originaler1982.blogspot.com/2009/03/beramal-jariahsoleh-walau-setelah-kita.html
Sekian sahaja, makluman yg ingin hamba sebarkan. Mudah-mudahan bermanfaat buat kita semua, Insya’ALLAH.
Salam Selamat Kaya Manfaat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
abah Reply:
August 19th, 2009 at 11:17 am
tulisan ini perlu berhati2, saya rasa..krn (mungkin kurang ilmu saya!) tak prnh saya baca @ mendengar bhw bani Jaan diamanahkan Allah terlebiih dahulu utk menjadi khalifah di mukabumi sebelum bani adam.
mungkin sedara bole linkkan source bacan @ kutipan coretan ini agar saya & juga yg lain dpt belajar…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
SPB Bersama STM. Reply:
August 19th, 2009 at 12:53 pm
@abah,
Salam Rabu.
Yaaa Tuan Abah yg Budiman.
Maafkan hamba Tuan. Nak cari sumber dari link url kat Internet ni agak susah juga.
Bukan semua Keilmuan, terutamanya Ilmu2 yg bersangkut paut dengan Agama (ISLAM) ini dapat diperolehi dari Internet.
Tapi berkenaan Sirah ini, hamba yakin bahawa hamba tidak silap. Kalau Silap hamba mohon ribuan kemaafan & mohon pencerahan dari yang lebih berpengetahuan & arif. Dan jika ternyata benar Komen Sirah hamba nie bukan Sirah yang HAQ, maka hamba mohon agar Pihak PHT delete sahaja Komen hamba di atas ni.
Mudahnya, Tuan rujuklah Sirah yg hamba komen ini dengan Ustaz2/Ustazah2, Tok Imam, Pak Bilal, Kiyai2 dan Insan2 yg Ahli Agama (ISLAM). Insya’ALLAH Tuan perolehi jawapannya.
Semoga Kejayaan bersama Tuan & Keluarga, di dunia wa AKHIRAT.
Wallahu’alam…
Salam Sejahtera Kalbu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 19th, 2009 at 4:08 pm
@SPB Bersama STM.,
Saya setuju…
Kalau nakkan kepastian,
bertanyalah kepada ustaz2 atau tok2 imam tentan perkara itu.
mereka2 tu lebih arif..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Kita sebagai hambanya perlu sentiasa ingat kan kematian supaya kita tidak lalai dalam mengerjakan suruhanya dan membuat segala kebaikan didunia.
Sentiasalah mengingati bahawa kematian itu ada.Semoga bagi mereka yang mempunyai keluarga gunalah masa yang ada ini untuk beramal dan berbakti pada ibu bapa.Janganlah kita lalai dan alpa.Kelalaian akan membuatkan kita akan menyesal.
Bagi mereka yang tidak pernah mengalami saat kematian ibu bapa mereka tidak akan tahu betapa sunyinya hidup tanpa kasih sayang mereka.Sementara masih ada jagalah mereka sebaik mungkin jadilah anak yang baik dan solehah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Marilah kita kongsi……
KEWAJIPAN TERHADAP ALMARHUM ATAU ALMARHUMAH
Orang yang masih hidup mempunyai beberapa kewajipan terhadap Almarhum atau Almarhumah,diantaranya:-
1) Tidak mencaci maki dan menyebut keburukan-keburukannya,sebaliknya sebutkanlah kebaikan-kebaikannya.Rasullullah S.A.W bersabda,
a)Janganlah engkau mencaci orang yang meninggal kerana mereka sudah
sampai kepada apa yang pernah mereka lakukan.
b)Sebutkanlah olehmu kebaikan-kebaikan orang yang telah meninggal
dan jangnlah engkau membukakan keburukan-keburukan mereka.
c)Engkau telah memuji kebaikan-kebaikan jenazah ini,maka pastilah ia masuk syurga.Sebaliknya engkau telah mencaci jenazah ini,maka pastilah ia masuk neraka.Kalian adalah saksi-saksi Allah di muka bumi.
2) Membayar hutang.rasullullah S.W.T bersabda”Nyawa seorang mukmin tergantung pada hutangnya sampai dibayarkan.Bagi orang yang tidak mempunyai harta dan sebelum meninggal berkehendak membayar hutangnya.
3) Memenuhi nazar.Ibnu Abbas R.A menceritakan bahawa Sa’d bin Ubadah R.A bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W sesunguhnya ibuku telah meninggal dan ia mempunyai kewajipan nazar yang belum dipenuhinya.rasullullah S.A.W bersabda “Penuhilah untuknya”
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
jika pernah tengok vcd/dvd tentang ‘seksa kubur’ (betul ke tajuk ni?) yang pernah kontrovesi suatu masa dulu, memang tak lena tidur menggenangkan sudah cukupkah amalan kita dan ahli2 keluarga kita..
memang menyeramkan dan sungguh menginsafkan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam
Tiap yg hidup pasti akan mati..Selagi hayat dikandung badan laksanakan amanat yg dikurnia Allah s.w.t sebaik mungkin…Sentiasa mengingati mati akan memelihara kita daripada melakukan sesuatu yg merugikan kita…Moga2 kita terpelihara daripada dunia yg bersifat sementara dan penuh dgn dugaan dan pancaroba….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam
takziah kepada sahabat saya,yang telah kehilangan suami tercinta , yang telah kembali ke rahmatullah pada 20hb/ogos/2009 bersamaan 29 syaaban 1430. al fatihah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]