Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSetiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w keran bginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.
Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.
Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahajamengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.
Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anada berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiasa pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.
Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana sicantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal diAkhirat.
Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah penghuni syurga itu, baragkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.
Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt. !!!




















yup..betul..betul..betul..
kebanyakan org yg cantik..mudah mendapat Fitnah ..berbanding ngan org kurang cantik..kekekekeke….betulkan jika silap..
p/s : nasib tak perasan cantik..huhuhuh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
baru ku sedar dan insaf.mengalir airmataku sambil membaca pesanan untuk orang cantik.Terima Kasih kerana menghadiahkan pesanan yang bernilai untuk manusia di bumi Allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
org cantik nii…lagi susah nak dpt pasangan hidup, sbb terlalu cantik, maka terlalu detail ler nak cari pasangan.sbb rasa diri tu cantik. Sb tu ada kwn akak yg rasa diri tu cantik, ramai yg terbujang smpai skrg..malah ada rasa2 diri tu di level cantik lagii, ramai laa pulak pasangan nya..
payah jgk! pyudah hidup tinggal sorang diri tanpa pasangan.
hargailah apa saja yg dikurniakan pd kita..ramai jer org yg gemok dan berbadan besar bahagia dunia akhirat dgn pasangan n anak2..berbanding yg cantik2..xnak beranak sb takut gemok!
remeh jer hal ni sebenornya utk org biasa-biase….org yg rasa cantik jer yg dok sokmo susah hati mikir pasal niii..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]