Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Assalamualaikum dan bertemu kembali di topik yang hampir sama tetapi tetap berbeza.

Kepada golongan rakyat marhaen seperti kebanyakkan kita, perhentian bas merupakan satu keperluan atau mempunyai keutamaan yang tinggi dalam kehidupan seharian sebagai golongan pekerja.

Tidak dinafikan ramai yang lebih suka menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja atau pergi bersiaran di gedung membeli belah. Tetapi, dengan kenaikkan harga minyak yang agak mendadak (walaupun hari ini PM mengumumkan penurunan sebanyak 15sen), lebih ramai yang memilih pengangkutan awam seperti bas untuk bergerak kemana-mana atas penjimatan dan ekonomik.

Sudah pasti, sebagai seorang pengguna yang inginkan kemudahan dan keselesaan,kita sering impikan hentian bas yang bersih dan selesa sebagaimana yang dinikmati penumpang-penumpang kapalterbang yang menunggu di balai pelepasan di lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Bagaimanapun, sering dilihat hentian bas sebagai tempat menunggu dan menuruni bus dicemari dengan sampah-sarap yang besar dan juga kecil. Sering kelihatan sampah seperti bekas minuman, PUNTUNG ROKOK, juga yang paling banyak, tiket bas itu sendiri.

Begitulah nasib tiket bas yang bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang, naik bas dapat tiket, turun bas, tikaet pun buang. Tidakkah terlintas di benak kita yang ‘bijaksana’ supaya tiket yang sudah menjadi sampah harus dibuang di tempat yang sepatutnya. Lantai atau permukaan bumi di sekeliling hentian tersebut tidak memerlukan tambahan lanskap yang berwarna-warni(atau hitam putih tiket RapidKL, RApidPenang pun warna warni gak) dengan tiket bas yang kita beli itu.

Disebabkan sikap kebanyakkan kita yang kerap tidak ambil peduli tentang hal yang kononnya kecil dan remeh, maka, maruah negara pasti boleh tergadai di mata pelancong-pelancong asing yang mungkin menggunakan hentian tersebut. Usahlah kerana perkara yang kecil, sering kita salahkan Pihak Berkuasa Tempatan yang sering kita sedia maklum tidak ‘mampu’ menyediakan prasarana seperti bekas sampah yang mencukupi.

Jadi sebagai seorang dari golongan bangsa yang telah merdeka selama 51 Tahun, anjakkanlah pemikiran kita ke arah sebuah negara yang mempunyai rakyat yang mengahargai kebersihan dan keindahan alam ciptaan Tuhan untuk dikongsi dengan generasi yang mendatang.

Artikel lain yang best :