|
Jun
23
|
Dalam seminggu, saya kendalikan 3 kelas Bahasa Jepun. Satu di tempat saya bekerja sekarang, dan satu di Kelang, dan satu lagi di Kajang. Alhamdulillah, kerja mengajar ini, selain menjadi sumber pendapatan sampingan saya, ia juga memberikan satu kepuasan sebenarnya.
Seorang rakan saya pernah bertanya kepada saya, “Eh, tak penat ke ko buat tuisyen mengajar nihonggo (bahasa jepun) ni ek?”.

Mari belajar Bahasa Jepun...
Saya jawab ringkas, “Dah minat beb. Jangan kata penat, malah aku rasa best plak. Kalau boleh, hari-hari aku nak mengajar.”
“OK, aku nak tanya ko la kan, ko minat tak main game? Apa perasaan ko bile ko main game hari-hari? Rasa penat ker best? Haa macam tu lah aku, bile dapat mengajar ni. Best ooo . Naik ketagih kita dibuatnya.” , terang saya pada member saya tu.
“Haah kan. Betul gak ko cakap.” Dia mengangguk tanda setuju dengan kata-kata saya.
“Ko tau tak, aku dah buat kerja mengajar ni sejak tahun 2003 lagi tau. Aku buat semua ni semuanya kerana minat. Mula-mula aku bukak kelas Bahasa Jepun ni, free of charge. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Malah buku nota pun aku sediakan percuma kepada student aku. Tapi tu lah, benda percuma ni, tak ramai yang hargainya. Ramai student2 aku masa tu yang ‘hangat-hangat taik ayam’ jer. Minggu pertama dan minggu kedua, ramai la yang datang. Pastu sikit demi sikit, makin kurang, makin kurang dan makin kurang.
Last2, aku pun jadi tak semangat nak mengajar. So akhirnya, aku tutup jer la kelas tu. Dah student kejap datang, kejap tak datang. Yang datang pun kadang2 hanya sorang jer. Sedangkan aku masa tu ada banyak lagi komitmen lain masa tu. “
“Haa itu pengalaman kelas pertama aku la. Aku hairan, kenapa orang-orang kita ni tak hargai langsung peluang yang ada depan mata. Bayangkanlah, aku bukak kelas tu secara sukarela tanpa sebarang bayaran pun. Buku nota pun aku sediakan. Diorang hanya perlu korbankan 2 jam jer seminggu untuk masuk kelas. Tapi…? Kelas itu tetap gagal.
Aku memang agak kecewa masa tu. Puas aku fikir, apa yang tak kenanya dengan kelas yang aku handle tu.”
3 tahun lepas, saya ada berborak dengan seorang kawan lama. Saya kongsikan pengalaman saya tu dan luahkan semua persoalan yang bermain difikiran ini.
“Memang dah jadi fe’el kita dah. Barang percuma dianggap tidak berharga. Dapat benda free, kita tidak mensyukuri. Itulah yang terjadi. Kalau ko tak percaya, cuba ko kenakan bayaran untuk kelas ko tu. Pasti ko akan dapat rasakan perbezaannya.” Begitulah antara kata-kata kawan saya tu yang saya ingat.
Pada mulanya saya ragu-ragu juga untuk kenakan bayaran. Sebab niat asal saya ialah untuk berbakti pada masyarakat. Saya nak jalankan tanggungjawab sosial saya. Jadi, kalau kenakan bayaran, tu dah kira macam bisnes dan nak ambil untung tu. Ia dah lari dari niat asal saya. Jadi, saya memang rasa serba salah pada mulanya. Tapi apabila mendengar hujah dari kawan-kawan saya, saya rasa mungkin ada benarnya apa yang diorang katakan.
“Kita ni memang tak pandai nak hargai benda yang percuma. Benda percuma di anggap biasa dan tidak berharga. Sebab tu la ramai yang ponteng dan selalu tak datang kelas, walaupun kelas tu hanya seminggu sekali. Buktinya, ko sendiri yang rasa kan?” Sambungnya lagi.
Hmmm, apabila dikata begitu. Saya akui. Memang itulah pengalaman saya. Jadi, dipendekkan cerita, saya pun mulai kenakan bayaran pada setiap kelas yang kendalikan.
Korang tahu tak apa yang berlaku lepas tu?? Saya ingatkan tiada orang yang akan join kelas saya, tapi rupa2nya, sambutan sangat menggalakkan. Malah mereka yang join kelas berbayar saya tu, menunjukkan komitmen yang sangat baik. Jauh lebih baik dari mereka yang join kelas percuma saya. Sedangkan apa yang saya ajar, dan buku nota yang saya sediakan, cara saya mengajar, semuanya sama saja. Tiada perbezaan pun macam kelas percuma saya dulu.
Tapi kenapa bila kena bayar baru diorang nak tunjukkan kesungguhan nak belajar? Kenapa kalau kelas free, diorang macam hangat-hangat taik ayam saja? Bukan ker bangang tu…Orang nak ajar secara percuma, buat main-main. Tak pernah nak hargai. Bila orang kenakan bayaran, tau pula nak bersungguh!!
Hmmm…Pelik betul la perangai manusia ni kan?
Apa2pun, saya kini sangat bersyukur pada ALLAH kerana, saya kini menjana duit sampingan yang agak lumayan juga hasil daripada kelas Bahasa Jepun saya. Alhamdulillah,saya syukur banyak-banyak pada ALLAH.
Sesungguhnya benarlah firman ALLAH dalam Surah Ibrahim ayat 7,

Sekian, sekadar coretan berkongsi pengalaman…









June 23rd, 2009 at 9:31 am
salam…
a’ah mmg begitu sbb skang mana ada menda percuma, nak masuk tndas pon kene bayar..jadi org akan angap kalo percuma pon mesti ada udang disebalik batu..lagipon kalo berbayar nie diaorg akan pikir sayang duit yuran kalo kelas tak gi..
kelas yg kat kajang tu masih bukak utk pelajar baru tak.?
kalo masih terbuka berapa bayaran, katner.?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 7:26 pm
@hehkis,
tu la pasal, memang ada baiknya saya kenakan sikit ‘charge’ pada service pengajaran tu.
skang alhamdulillah, semua student2 saya lebih
serius dan focus pada pelajaran diorang,
baru la semangat saya nak mengajar.
utk kelas kat kajang tu,
sebenarnya, saya buat ‘home tuition’ tu…
saya mengajar 2 orang budak…anak orang kaya….huhu
tentang kelas ‘free’ tu,
sebenarnya sampai sekarang pun saya masih ada buat,
tapi kelas tu saya buat kat ofis saya laaa…
hanya untuk rakan2 sekerja saya…
mungkin kalau ada ramai yang nak belajar bahasa jepun,
saya akan buatkan satu ruangan di blog ini,
khusus untuk pembelajaran bahasa jepun…
amacam? ada yang berminat?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
purlz Reply:
June 24th, 2009 at 10:01 am
aaaa…. nak wat kelas bahase jepon kat blog ni… uyooo…
saye mmg berminat…..
hehe….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 24th, 2009 at 2:51 pm
@purlz,
insyaAllah, saya akan buat ruangan belajar nihonggo nanti kay.
tungguuuuuuu…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
June 23rd, 2009 at 9:51 am
bhsa jepun mmg bhsa yg menarik .sy byk blajar dri drama dan anime jepun
acadterror’s last blog post..Photoshop : Cara letak watermark pada gambar
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 7:27 pm
@acadterror,
bagus belajar bahasa asing ni,
setidak2nya, kita ada sikit kelebihan dari orang lain,
macam kat tempat saya kerja skang,
bagi orang yang pandai speaking jepun,
diorang lebih mudah naik pangkat
kalau nak dibanding dengan ‘local grad’
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
June 23rd, 2009 at 9:59 am
biasalah tu.. dah percuma.. takde rasa apa2 kehilangan kalau tak datang kelas.. kalau dah bayar, rasa rugi la kalau tak datang…
beliamuda’s last blog post..Personal: Seminggu yang lalu (Bahagian 1)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 7:31 pm
@beliamuda,
memang betul tu….
kelas percuma ni…
diorang ikut suka diorang jer…
langsung takde komitmen,
ikut mood diorang,
mood OK, diorang datang,
rasa malas sikit, tak datang…
payahlah camtu…
kadang2, saya yang cikgu ni
yang dok terhegeh2 tunggu diorang,
diorang bleh buat main2 jer…
kelas start pukul 5.45pm…
tapi dioragn datang, 6.15pm…
habis semangat saya nak mengajar…
klu dah macam tu,
patutkah saya ‘stop’ kan kelas percuma saya tu?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
June 23rd, 2009 at 10:39 am
haaa……
kelas bahasa jepun free….???
nak join! nak join!
huhu….
mmmm…kelas tu buat katne ye?
bape kena bayar?
pukul bape n bila kelas die?
ct-k’s last blog post..kembali ke jalan yang…….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 7:35 pm
@ct-k,
sorry…utk kelas percuma,
saya hanya buat sekali seminggu,
dan tempatnya dalam opis kitorang,
so, ianya khusus untuk rakan2 sekerja saya jer.
orang luar takleh masuk opis.
sorry la yer.
untuk kelas berbayar,
stakat ni saya mengajar di pusat2 tuisyen,
tapi kalau pembaca blog pakar nak belajar,
saya boleh buatkan ruangan belajar bahasa jepun
di blog ni…
insyaALlah, tengokla nanti bile saya ada masa lebih.
saya akan cuba ‘create kan column ‘nihonggo’ untuk
korang yer…
sekadar info…
* nihonggo = bahasa jepun
* eigo = bahasa inggeris
* mare-go = bahasa melayu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
June 23rd, 2009 at 9:48 pm
Kadang2 saya terfikir, kenapalah Tuhan bagi udara dan segala2nya dengan percuma. Tak diminta sesen pun. Kalau Tuhan minta kita bayar tiap2 bulan, pastinya kita lebih menghargai. Bayaran secara tak langsung memang ramai orang yang tak sedar. Fikir2 balik, saya dah berhutang dengan Tuhan dah banyak sangat…
Bagi saya, dalam kelas bahasa ni, target student mesti tepat. Kadang2 student yang hadir tak ada tujuan dan target yang jelas (tak ada minat tapi berlakon macam berminat). Dah sampai satu tahap yang agak susah, dia akan putus asa dan tinggalkan kelas. Jika targetnya jelas dan dia terpaksa untuk mencapainya, insyaAllah dia akan stay sampai kelas complete.
Dalam bisnes, selalunya percuma hanya digunakan sebagai “umpan” sebenarnya. Mula2 saja, atau dalam waktu2 tertentu saja diberi percuma, selepas itu, bayaran akan dikenakan. Ia tak salah dan merupakan salah satu strategi atau “promotion technic” yang berkesan. Cuma bila timbul ketidakikhlasan dalam pemberian saja yang kurang enak. Bagi saya, kelas berbayar adalah lebih sesuai untuk subjek bahasa Jepun. Kalau tak perlukan yuran mahal2, RM1~5 per kelas sudah mencukupi, yang penting kita gunakan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua dan mendapat sedikit ganjaran daripada usaha itu.
Diari Jutawan’s last blog post..Mesyuarat dan perniagaan
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 24th, 2009 at 2:47 pm
@Diari Jutawan,
Terima kasih bagi komen yang bernas ni.
Aku memang suka la baca tulisan ko, Nori.
Bagus, teruskan…
Untuk makluman semua,
owner blog diari jutawan ni adalah kawan baik saya.
dia dulu tak pandai langsung tentang blog2 ni…
tapi sejak beli ebook kitblogger panduan buat blog
yang saya jual tu…
kini dia sudah mempunyai blog sendiri
dan sudah agak mahir dengan selok belok blogging ni.
kepada sesiapa yang nak belajar buat blog sendiri,
bolehlah la beli ebook panduan nya dari saya…
kepada yang berminat…
sila pergi ker :
http://kitblogger.pakarhowto.com
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
June 24th, 2009 at 9:31 am
salam….
urm, as u said, bila percuma orang kurang hargai….tapi bila berbayar, mereka x nak bazirkan apa yg mereka bayar…tu yg mereka bg komitment tu…hihi
aku mmg nak blajar bahasa jepun….skarang belajar sendiri2 je….blm mampu nak commit ambik kelas…hihi….
bestnye boleh berbahasa jepun….next time buat la entri ajar bahasa jepun k…hihi (ke dah ada?)…
yoroshiku onegaishimasu…ja ne..\(^_^)/
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 24th, 2009 at 2:49 pm
@HuRuL_AiNi,
entri ajar bahasa jepun masih belum ada.
insyaAllah, saya akan cuba buat 1 ruangan khas
untuk mereka yang berminat belajar bahasa jepun.
dewa dewa…mata.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
June 24th, 2009 at 11:04 pm
salam…
sebab mereka pegang perkataan bersyukur lah mereka xnak hargai yang free.. sbb bila berbayar mereka akan hargai dan akan anggap membazir kalau tak guna sepenuhnya.. sebaliknya pada yang free die orang akan kata takpalah tak g pun free.tak rugi pun..bukan kuar duit..tul tak???
best gak dapat blaja bahasa jepun ni..kalau dah lancar dlm blog blh la bgtau..xnak ketinggalan ni..hehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
June 26th, 2009 at 12:14 pm
Salam PH2,
Tertarik dengan tajuk artikel ini, Mengapa kita tak hargai benda percuma? Hari jumaat ini izinkan saya kongsikan mengenai Iman kita. Iman dan agama ini juga serupa. Kita dapat free ajer. Lahir-lahir sudah Islam, Alhamdulillah. Tetapi kita buat tak endah ajer. Kita tak kisah dengan Iman dan Agama kita. Kita lalai sentiasa. Kita cuai setiap hari. Kita leka sentiasa. Kita lupa Pencipta kita. Kenapa? Kerana kita dapat Iman dan Agama ini free yakni percuma.
Ayuh, saya ajak diri saya sendiri untuk sentiasa muhasabah diri dan sentiasa mengingati Allah setiap hati. Ingat Mati saban hari. Ingat untuk tingkat Iman sentiasa. Iman dan Islam yang free inilah yang paling berharga berbanding dengan benda atau harta yang paling berharga dan termahal di dunia ini.
Hargailah Iman dan Islam yang percuma ini yang ada pada diri kita.
Waallahua’lam.
Rosli’s last blog post..Reduce Expenses in a Home-Based Business
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
June 26th, 2009 at 11:56 pm
biasa la…masa percuma takde la amik kisah sgt…sebab PERCUMA…tapi biler dah kena bayar kena la manfaatkan plak sebab kena BAYAR
abg aji kim salam balik…minggu depan jd x ke umah kitaorg??
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
July 6th, 2009 at 12:31 am
Sebenarnya jurnal paling banyak dihasilkan oleh orang Jepun. Bagus Jepun ni. Bukan barat. Tapi Malaysia sebok nak mengangkat2 bahasa inggeris, padahal Jepun tak pon agung2 kan Barat. Malah berbangga dengan bahasa sendiri.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
July 15th, 2009 at 5:37 am
saje nak berkongsi pengalaman..
saye dah blajar bhs jepun sejak umo 15. masa tuh pusat rakan muda buka klas secare percuma sminggu 2 kali, 1 hari 3 jam..teruja sgt mase tu sbb mase tu saye tgh demam drama jepun..hahaha..yang daftar masuk pun pelbagai kaum..best la kan dpt kawan dgn kaum2 lain..yang ajar nye cikgu sekolah teknik jer..tp die sgt best..sporting giler..sng faham die ajar…
die ajar basic2 jer sampai lah ke tulisan jepun (hiragana aje)..sbb tempoh pembelajaran mmg pendek, bile dah abes..dpt sijil..bangge giler time tuh..saye daftar msk klaz tuh 2 kali pd tahun berikutnya. bila batch junior masuk sensei saya dah taknak tanya saya sbb die tau saya boleh jawab..tapi saya tak kesah sbb belajar berulang2 minat punya pasal.
bila kelas tu ditutup saya belajar sendiri je dgn beli buku, tgk drama, lagu2 jepun….cume yg tak best saya takde sapa nak berkomunikasi dgn bhs jepun, agak frust jugak lah. bila masuk uitm jurusan yang saya ambil mmg ade subjek bhs jepun…satu kelebihan pada saya berbanding kawan2 yang lain sbb saya dah ade basic bhs jepun, kdg2 saya tlg kawan2 saya yg lain utk improve..tp bile lame tgglkan dah jadi lupa..
sensei saya penah cakap, kalau awak tak fasih pun takpe kalau tau asas, dgn bhs jepun ni awak dah ade 1 pakej utk awak bekerja..kalau awak kerja kat company jepun awak sgt beruntung. jangan lupa isikan tentang bhs jepun dlm resume.
kalaulah saya ade kwn yg boleh berkomunikasi bhs jepun dgn saya hari2…mesti indah hidup saya…hahaaha
ganbarimasu!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
August 17th, 2009 at 1:53 pm
selalu yang terjadi, benda percuma ni orang anggap tak berkualiti..walau pun kita ni ikhlas dan sepenuh hati nak tolong bangsa kita sendiri.. mereka anggap benda percuma ni macam pinggan mangkuk percuma, nampak je cantik tapi bila terhempas terus berderai..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
pooh_78n39 Reply:
August 20th, 2009 at 1:00 pm
@ct maliha, .. ye lorrr… mmg kita dh set free sure low quality.. itu laa ingat lg masa belum keje/kawin stay ngan family.. bila mak bising x tutup kipas ke tv ke buat dekkk je… haa bila dh umah sendiri .. sendiri baru tau… duit semua tuuuuu………
memang setiap kali kita nk memulakan sesuatu yg baik susah skit dpt kepercayaan .. diorang kurang yakin dengan keupayaan kita… yg bayar pun x pass ni kn lakk free… depa rasa kita kurang kelayakkan….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
December 18th, 2009 at 11:58 am
mm…iye la…
benda percuma ni x yah susah2 da dapat….
p kalu bnda tu kena byar…kang susah tu…
da susah2 payah baru boley dapat…baru nk hargai…
kang kalu da masuk kelas…bayar lagi..pastu x lulus..
mcm kelas tuisyen…mesti dapat habuan ngn mak ayah…
jadi kena la bersungguh sket…
mcm pinggan y mahal kita beli dengan pinggan y percuma kita dapat…
kalu pinggan mahal y pecah…mesti menangis x berlagu punyer…
p kalu pinggan y dapat percuma pecah…x rasa ape2 pun…da pecah..nk wat cmne….hurm…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
December 23rd, 2009 at 8:24 pm
HUtang keliling pinggang…..
nak kerja berat-berat dah tak larat……..
gaji nak mahal tapi pelajaran tak tinggi mana…..
@ masalah yang seangkatan denganya
rahsia telah terbongkar
kerja tak teruk……..
xpayah nak jual barang…..
tidak memerlukan kemahiran komputer……
tak payah nak cari orang bawah…….
hanya memerlukan komputer(pinjam pun takpe) dan sambungan internet
rugi wa cakap kalo korang tak join
rahsianya disini http://y.ahoo.it/vypLdq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
December 26th, 2010 at 3:36 pm
konnichi wa . .
O-genki desu ka ?
apa lha dyowg tu , klass free tu . .
law sy lha semangat hbz . .
sy nk sgt2 blaja bhse jepun . .
slalu dga lgu2 jepun . .
ta phm sepatah hrm pown tp teringin sgt nk tau mksd lgu tu . .
hrp dpt wt klas bhse jepun di internet . .
nk g klass umi x bg . .
tp sy minat sgt2 blaja bhse jepun neyh . .
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
October 24th, 2011 at 5:31 pm
saya nak tanya, tahun nie tak der buat kelas bahasa jepun??
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]