Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBAdakah jodoh ada kaitan dengan keturunan?
Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 selepas sembahyang. Allah Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.?Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. ”
Seorang teman pernah berpesan..
“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” “



















laki2 yang baik hanya untuk yang pempuan yang baik. begitu juga sebaliknya..cmne plak kalo pmpuan yang dulunya hidup penuh dosa n noda ttp dh insaf adakah dia x layak untuk mendapat jodoh dr kalangan laki2 yang baik..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..saya lelaki ..umur 33 tahun..sampai skrg sya belum ada teman idup..iaitu berkahwin..saya x tau apa masalah saya,..hinggakan nak jumpa kawan2 pun dh segan..asyik kena ejek..kena perli..kawan2 semua dah ada kuarga..saya pernah bercinta..tapi x menjadi..nthla..apa nasib..dh cuba banyak kali x jadi jadi..sampai satu masa saya dh jadi bosan..tapi rezeki,ajal,jodoh tu tuhan yg tentukan…saya cuba nak dekati pompuan..tapi xde respon..pandang pun tidak..saya akui saya memng x ensem lansung..tapi sya ada persaan..tiap malam saya tertekan menahan kesunyian..sampai mengalir air mata,terdetik di hati nak buat benda yg berdosa(cari pompuan luar)..tapi saya masih takut ngn dosa..mana2 pompuan yg saya cuba miliki pasti jadi milik org lain dulu..saya tak tau apa nasib saya..dlam keturunan saya mmng ada yg x kawin sampai ajal dia..munkin keturunan ke..saya jadi pening yg teramat sgt!!!..tolong la pada sesape yg sudi tolong sya selesaikan masalah saya..sian terima kasih..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
eita Reply:
December 15th, 2009 at 4:16 pm
@nizam,
salam…sy ingin berikan sedikit pendapat tentang masalah awak.
1)usia 33 thn bknlah terlalu tua untuk mempunyai teman idup.awak masih peluang untuk terus mencari.
2) jgn pernah merasa terdesak untuk memiliki teman idup gara2 rasa malu dan tertekan akibat ejekan kawan2 yg telah bekeluarga.
3)jgn terlalu berfikir tentang kekurangan diri spti x hensem sb ia adalah sifat2 negative yang boleh menyebabkan rasa putus asa..yakinlah pada diri sendiri banyakkan berfikir positive
4)jgnlah membazirkan airmata hanya disebabkan rasa sunyi disebabkan belum mempunyai teman idup kerana syaitan itu akan masuk kedalam hati manusia lantas membuat kita terpikir untuk melakukan dosa..
5) jodoh itu bukanlah keturunan..ia adalah pemberian dari allah apabila manusia itu telah bersedia tuk memikulnya..
6)berusaha lah tanpa ada rasa putus asa..sesunguhya usaha itu tangga kejayaan
7)berdoa setiap hari..minta allah permudahkan jodoh..(betulkan niat ingin berkawin kerana allah dan ingin mengelak diri dari melakukan maksiat)bangun disepertiga malam setiap malam untuk lakukan solat hajat.insyaalah yakinlah pada allah..kerana tiada sesuatu pn yg dapat melata dibumi ini kecuali dengan izinnya
8)bacalah surah yasin setiap malam..jika awak rajin bacalah juga surah al-waqiah bukan sekadar murah rezeki tetapi awak juga akan dikurniakan pasangan yang solehah..
9)berusaha3 tanpa putus asa..kemudian berdoa3 tanpa henti dan akhirnya tawakkal serahkan saja pada allah..sesunguhya allah maha tahu atas segala sesuatu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
rossmanita Reply:
January 23rd, 2010 at 11:09 am
@eita,
kisah hdup same sperti cik nizam cume bezanyer saye wanita n nak tau surah al-waqiah dlm juzuk bape..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ainainsyirah Reply:
March 20th, 2010 at 11:15 pm
@nizam,
jgn2 tension2 en.nizam..rileks la sntiasa yakin dgn jnji Allah n tgu rezeki dariNya yg penting beusaha..skg sy memahami bukan sy shj mengalami masalah sama berkaitan sukar mndpt jodoh rupanya ada lg ramai lg dluar sana punya nasib sama spt sya dan en.nizam..apa yg pnting kite berusaha, doa istiqamah tawakal…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]