Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBLangit tak selalu cerah.
Awan pula tak selalu mendung.
Selepas malam,pasti datangnya siang.
Selepas ujian,adanya nikmat.
Selepas musibah,insyaAllah turunlah rahmat.
Begitulah diri ku.
Terkadang jiwaku,emosiku,perasaanku dan ‘mood’ku merudum lesu.
Terkadang pula diriku begitu ceria,bersemangat dan penuh tenaga.
Ada masa2nya hatiku begitu riang dan gembira.
Tetapi di masa yang lain, tiba2 hatiku jadi gundah, gulana tidak menentu.
Begitu juga dengan imanku.
Adakalanya rasa semangat dan ghairah untuk beribadah datang mencurah2.
Masa itu iman mencanak naik setinggi gunung.
Tak lama lepas tu, tetiba, rasa malas seperti keterpaksaan untuk ibadah pula datang menggodek jiwa.
Tatkala itu, iman jatuh merudum seperti pasaran saham yang tengah menurun.
Begitu juga dengan rezeki.
Sungguh pun ia memang ketetapan yang azali di luhummahfuzz.
Tetapi ia tetap ada pasang surutnya.
Itulah lumrah kehidupan seorang insan biasa.
Semuanya berlaku dalam percaturan dan kehendak Allah yang maha Esa.
Kita makhluk Allah atas muka bumi ini memang tak ada apa2 kuasa.
Semua yang terjadi adalah dalam genggaman dan pencaturan Allah.
Sesungguhnya MAKHLUK ITU LEMAH
dan ALLAH SAJALAH YANG MAHA BERKUASA.
Habis, kenapa mesti lagi hendak berhajat kepada makhluk??
Tidakkah itu bodoh namanya??
Yaa Allah…
Engkau saja kami sembah, dan
Engkau saja tempat kami mengadu dan mohon pertolongan.
Tetapkanlah iman kami.
Jangan Engkau bolak balikkan hati2 kami.
Kami tagih rahmat dan redha dari MU.
Amin.



















Manusia mmg lemah. Terkadang jiwaku,emosiku,perasaanku dan ‘mood’ku merudum lesu. Tak lama lepas tu, tetiba, rasa malas seperti keterpaksaan untuk ibadah pula datang menggodek jiwa. Tatkala itu, iman jatuh merudum seperti pasaran saham yang tengah menurun. Sewaktu inilah syaitan cuba memasukkan jarumnya ke dalam jiwa kita..banyakkan beristighfar..amalkan pendinding diri, mudah-mudahan kita tidak tersasar dr jalan yang benar. Pendinding diri yg sy amalkan spt berikut”
Perlu dimulakan pada hari selasa iaitu selepas solat setiap waktu baca surah Al-Fatihah satu kali.
Pada hari rabu pula baca sebanyak dua kali setiap kali selepas solat.
Hari khamis sebanyak tiga kali setiap kali selepas solat.
Hari jumaat sebanyak empat kali setiap kali selepas solat.
Hari sabtu sebanyak lima kali setiap kali selepas solat.
Hari ahad sebanyak enam kali setiap kali selepas solat.
Hari isnin sebanyak tujuh kali setiap kali selepas solat.
Bermula hari selasa yang baru maka bacaan perlu dikekalkan sebanyak tujuh kali setiap kali selepas solat sehingga akhir hayat kita.. Ilmu ini disampaikan oleh seorang saudara saya yg merupakan pelajar Darul Syifa’ iaitu pusat perubatan secara islam. Insyaallah diri kita akan dilindungi oleh utusan Allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]