Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
MALU….
di situlah letaknya keindahan dan kecantikannya seorang wanita.
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya sentiasa dijaga kerana dia tahu itu harga dirinya.
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas.
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada.
Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada.
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya.
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali diwaktu perlu sahaja.
Bahasa nya bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada.
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang atau memuji-muji diri dan keturunannya.
Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya.
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkannya.
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya.
Beribadah dengan Tuhan tidak pernah diabaikan bahkan istiqamah pula ibadahnya.
Hubungan dengan jirannya sangat dijaga, macam menjaga keluarganya.
Ketika berjalan jauh ,dia akan pergi bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita yang boleh dipercaya.
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya.
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya.
Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya.
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali yang perlu2 sahaja.
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik;
“Abang ke mana? Dari mana? Mengapa lambat balik?Buat apa di sana?”
Tika suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik.
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya.
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya.
Tidak meninggikan suara dengan suaminya.
Kalau dia bersalah cepat sekali dia meminta maaf dengan suaminya.
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan dan dimaafkan saja.
Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya.
Itulah kecantikan dan keindahan sebenar seorang wanita.
Manalah hendak dicari wanita semacam ini sekarang???



















Melihat wanita itu pada kacamata parasrupa, maka yang cantik rupa dan tubuh jadi tarikan..
Melihat wanita itu pada kacamata lembut dan santun, maka yang suaranya lembut dan langkanya sopan jadi perhatian…
tapi bagi diri ini yang melihat si cantik ayu dan santun ini sebenarnya malas basuh baju.. bangun lambat.. bilik mcm kucing beranak… a.k.a pemalas… aku ketawa.. takpelah kalau dia kahwin nanti kedai dobi banyak, bibik ada , kedai makan byk…
dulu fikiran ini hanya meletakkan yang kemahiran mengurus rumahtangga itu yg utama.. tapi kini aku silap yang manusia lebih berkacamata rupa.. dan kesilapan ini mengajar.. bahawa dunia ini x seindah sebuah artikel yang sedap dibaca…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Leyna Reply:
December 19th, 2009 at 12:05 pm
@asam, sy setuju..inilah realiti dunia hari ini..kecantikan luaran diletakkan tempat teratas..krn itulah wanita hr ini berlumba2 mengubah ciptaan Allah yang dianugerahkan kpd mereka.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yer..mana nk di cari wanita sebegini..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
All people deserve very good life time and business loans or car loan would make it better. Just because people’s freedom bases on money.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]