Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSemalam, lepas balik kerja, aku ada menerima SMS dari isteri yang meminta aku belikan YONG TAU FU (betul ker ejaan ni?) sebagai menu makan malam nya. Entah kenapa, sejak isteri aku mengandung, kerap juga dia minta beli kan yong tau fu untuknya. Dalam minggu ni saja, dah 2 kali dia nak makan yong tau fu.

Minggu lepas pula, dia ‘kemaruk’ nak makan nasi goreng kampung. Hampir setiap malam minta dibelikan nasi goreng kampung. Sampai pekerja restoran tempat aku beli tu pun dah kenal benar muka aku ni. Belum lagi aku sempat nak order, pekerja kedai tu sendiri dah tegur siap-siap;
“Assalamualaikum bang. Macam biasa ker bang? Nasi goreng kampung telur mata 1, bungkus?”
“Waalaikumussalam. Haah, orang rumah saya yang ketagih nasi goreng kampung. Sedap sangat kot nasi goreng kampung kat kedai ni. ” Jawab aku sambil ‘tersenyum kambing’ kepada pekerja kedai tu.
Oops termelalut pulak. Sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal makanan kali ni. Tapi aku nak cerita pengalaman aku berhadapan dengan peniaga pasar malam yang tak perihatin terhadap pelanggannya.
Begini ceritanya…
Semalam, lepas balik kerja, aku singgah di pasar malam untuk tapau yong tau fu yang dipesan oleh isteriku. Sampai-sampai di salah satu gerai yong tau fu di pasar malam, aku lihat ramai betul orang beratur menunggu giliran untuk bungkus yong tau fu masing-masing.
“Aduh, panjang nya barisan.” Keluh aku dalam hati.
Tapi suka tak suka, mahu tak mahu, bini punya pasal, terpaksa juga lah aku beratur sekali.
Kira-kira 20 minit menunggu dengan penuh ‘kesabaran’, maka tibalah turn aku.
Bila dah siap bungkus, pekerja kedai tu terus hulur yong tau fu tu pada aku sambil berkata ;
“17 ringgit yer bang”
Aku pun terus buka wallet, ambil sekeping duit RM50 dan hulur pada dia.
“Alamak, takde duit kecik ke bang?”, tanya brother yang membungkus yong tau fu untuk aku tadi tu.
Aku belek-belek lagi duit dalam wallet aku, kot-kot ada duit kecil. Tapi memang tak ada. Aku pun membuat isyarat tangan pada dia mengatakan aku pun tak ada duit kecil.
Aku lihat muka brother tu berubah sikit bila aku katakan aku pun tak ada duit kecil. Dia nampak macam kecewa, malah nampak macam seolah-olah tak puas hati dan nak marah pada aku sebab bayar dengan duit RM50 tu. Masam mencuka semacam jer muka dia.
“Eh hello brother, salah aku ker tak ada duit kecil? Tanggungjawab pelanggan ker yang kena siapkan duit cukup-cukup untuk buat pembayaran?”. Begitulah kata-kata yang bermain dalam fikiran aku masa tu.
Kemudian, brother tadi tu cuba pergi ke gerai sebelah untuk menukar RM50 tu kepada duit sepuluh-sepuluh. Tapi malang, kedai sebelah pun tak ada duit kecil.
Brother tu pergi pula ke gerai yang berhadapan dengan gerai nya. Tapi malang sekali lagi, di gerai hadapan itu pun tiada duit kecil.

gambar adalah sekadar hiasan
Brother tu kembali ke gerainya. Di wajahnya penuh rasa kehampaan (tapi dia tak sedar bahawa aku pun sebagai pelanggan dia tersangatlah rasa hampa dan kecewa dengan peniaga sepertinya yang tak menyediakan duit kecil secukupnya untuk urusan jual beli perniagaannya).
Kembali ke gerai, dia menunjukkan isyarat tangan pada aku. Aku faham isyaratnya adalah duit kecil tak ada. Dia terus menyambung kerjanya membungkus yong tau fu untuk pelanggan-pelanggan lain tanpa memperdulikan aku lagi. Aku terpaksa berdiri terpacak di depan gerainya menunggu duit baki aku, RM33 (RM50-RM17) tu.
Beberapa ketika berlalu, disebabkan dah tak tahan menungggu, aku pun bersuara ;
“Bang, tak ada lagi ker? Dah lama saya tunggu ni…”
Bila aku bersuara. Barulah brother tu nampak macam gelabah. Lantas dia pergi mencuba sekali lagi ke gerai-gerai berdekatan untuk menukar wang RM50 tu. Akhirnya, dapat juga dia menukar wang tersebut. Setelah kembali ke gerainya, dia pun menghulurkan duit baki RM33 kepada aku dengan muka yang agak tak berperasaan (bengang?). Kenapa nak bengang? Sepatutnya pelanggan (aku) lah yang bengang!!!
Apa-apun akhirnya, berakhir juga penantian aku disitu.
Aku tengok jam. Rupa-rupanya dah lebih 35 minit aku habiskan masa aku di gerai tu semata-mata nak beli yong tau fu. Kecewa dan terkilan sungguh aku. Kalau tak kerana isteri, memang dah lama aku CANCEL order yong tau fu tu.
Sekian, begitulah cerita aku membeli yong tau fu di pasar malam semalam. Mengenang kembali perkara itu, ada beberapa perkara yang aku rasa aku kena nyatakan di sini sebagai peringatan kepada sesiapa yang ingin berniaga.
- 1. Tolong sediakan wang kecil secukupnya
Menjadi tugas peniaga untuk sediakan wang secukupnya untuk memudahkan urusan jual beli. Aku ada banyak pengalaman di mana peniaga gagal menyediakan duit kecil sehingga menyebabkan pelanggan kena tunggu lama untuk mendapatkan duit baki. Jangan ambil mudah perkara ini sebab ia boleh menyebabkan pelanggan malas dah nak datang membeli di kedai anda.
- 2. Banyakkan senyuman
Kalau nak meniaga, murahkanlah senyuman. Kata orang tua, banyak senyum murah rezeki. Yer aku faham, berniaga ni cukup letih dan memenatkan. Tapi kot yer pun letih, muka kena kontrol. Awak tu peniaga, jangan la masam sangat. Pelanggan pun takut nak tengok. Pelanggan pun takut nak masuk gerai awak.
- 3. Kena berinteraksi dengan pelanggan
Kalau boleh, cuba la bercakap-cakap dan berkomunikasi dengan pelanggan. Jangan diam seribu bahasa. Cuba la jadi mesra sikit. Sebab biasanya pelanggan suka dengan peniaga yang mesra. Dan, kalau terpaksa buat pelanggan menunggu, tolong la MINTA MAAF. Jangan buat tak tau jer pada pelanggan yang menunggu. Tunjukkan yang anda tu prihatin dan rasa bersalah kerana membuatkan pelanggan menunggu. Jangan la buat tak tahu.

Mungkin ada peniaga yang ambil mudah, atau pelanggan yang tak kisah mengenai perkara-perkara yang aku catatkan ni. Tapi percayalah, kalau anda nak maju dalam perniagaan, tolong ambil kira tentang perkara ini.
Sekian. itu saja mesej yang ingin aku sampai dalam entri kali ini. Kalau anda seorang peniaga, tolong ambil perhatian tentang mesej aku ni. Kalau anda ada kawan-kawan yang berniaga, t0long forwardkan post ini kepada mereka.
Itu saja untuk kali i ni. Terima kasih.
.



















salam.
mmg benar senyum menambah rezeki,dan ia adalah sedekah.
terima kasih atas information yg sgt berguna tu.mudah-mudahan peniaga lebih perihatin kepada pelanggan.tanpa pelanggan siapa anda peniaga.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
May 20th, 2010 at 10:13 am
@salmi,
muka kena manis jika tidak orang nak pandang kita..tegur kita pun takut
.-= surihati_ku´s last blog ..Kisah aku di pasar malam dan peringatan buat peniaga! =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.dalam banyak2 bangsa,aku bleh bg bangsa cina lebih bintang skit dr bangsa lain.bangsa jepun yg amat terkenal dgn menghormati pelanggan itu pun belum boleh lawan lagi cara org cina attract pelanggan melalui body language and mimik muka.bayangkan seorang tauke cina tua sebuah kedai runcit bleh mengucapkan ‘terima kasih’ kpd pelanggannya yg berumur jauh lebih muda drnya (rasanya dh mcm pangkat cucu).
cuma yg aku perasan org melayu kita ni amat gemar berniaga bagi menyahut 9/10 punca rezeki.tapi adakah mereka x prsan yg body language dan mimik muka ketika berinteraksi tu bleh menjadi attraction untuk urusan jual beli seterusnya.wallahua`alam. (ala…bangsa cina tamadun mereka dah terlalu lama.tamadun melayu ni br lg…eheheh <—ayat penyedap hati)
tp ayat ni aku ckp gemar tanam dalam2 di sudut sanubari aku.
‘aku berniaga ni kerana nak bantu org lain’ -maka jiwa kita akan sentiasa dlm keadaan nak membantu.
tp kalo….
‘aku berniaga ni kerana nak carik untung’ -maka jiwa akan sentiasa nakkan untung.bila tertekan je dgn situasi,mulalah itu dan ini,begitu dan begini..
.-= wak´s last blog ..:: Pengajaran Dalam Kisah :: =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
May 20th, 2010 at 10:27 am
@wak,
macam -macam ragam orang.tapi mmg suri setuju degan pandagan anda tu orang cina kalu kita pergi kedai mrka msti dia akan ckp terima kasih.
dan ada sesetengah dari mereka akan tnyer kita kau pege mana? dah lama aku tak nampak muka kau kat kampung ni..suri klu beli barang dapur mmg selalu beli kat apek ni..huhuhu dari keci sampi besar mmg katanya tak pernhnya berunag tingkah.. bila dah beli msti apek tu akan cakap terima kasoh lowh nnati datang lagi ya..
.-= surihati_ku´s last blog ..Kisah aku di pasar malam dan peringatan buat peniaga! =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hm bukan peniaga xsediakan duit secukupnya. tapi klo sume2 pelanggan datang bagi duit RM50 camne? klo 10org bg RM50, so abes la duit kecik peniaga tu klo die sediakan duit kecik dalam RM500.. bagaimana klo org lain beli kurang dr sepuluh? then duit kecik dah xde..dan xde pun disebabkan org2 yg bg duit RM50 td.. xboleh juga salah kan diorang. juga xboleh sama kan dengan supermarket jugak.
xsalahkan sapa2 pun kt sini.;)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
puteri Reply:
May 20th, 2010 at 1:18 pm
@caja, Tapi caja.. bukan ker klu xde duit kecik sekali pon kita nie org melayu sesama islam.. kan lebih baik klu kata ” sekejap yea..takde duit kecik laa.. klu dh lama beri cdgan suh dia g beli brg lain dulu br dtng balik… Apa pon yg penting budi bahasa dan senyuman tu… Tak rugi klu kita berckp baik dgn pelanggan.. rezeki kita pon diberkati allah.. Dlm perniagaan Pelanggan menjadi satu keutamaan.. Perniaga dimana2 pon etika nyer sama….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
bdak baek Reply:
October 2nd, 2010 at 12:21 pm
@caja,
betul apa yg ko katakan, die hnya peniaga pasar malam, so, mkne nyer, die xsalah, ko pun xsalah, pelanggan bersabar lah sikit.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
silenthacker Reply:
September 16th, 2011 at 1:40 am
@caja,
aku meniaga daging.. time gaji, ramai giler orang datang nak beli. tapi asyik hulur duit besar .. kadang beli daging cincang rm3, hulur dui rm50 .. ramai yang datang wat style macam tu.. kamu bukan tak sediakan duit kecil..beribu kami bawak. tapi kalau dah ramai sangat hulur duit rm50, rm100 tapi beli barang nilai yang kecil, teruk ar kami…
betul, tak salah siapa2.. cuma ada segelintir, memang niat nak tukar duit pun.. ada je duit kecik dalam poket.. tapi saje je hulur duit besar..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
information yg sgt berguna,
custormer pun kena sediakan duit kecil juga,begitu juga peniaga.
kerana peniaga dan pelanggan saling memerlukan diantara satu sama lain.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Dalam hidup, kita ada pilihan, jika perkara ini terjadi kepada saya, tiadalah repeat sales bagi peniaga tersebut…
Senyum… Kenapa mesti LOKEK? Agaknya peniaga Muslim sekarang tak cukup telaah ilmu muamalat daripada ilmu yang junjungan kita tinggalkan…
Cuba kita ikuti kisah teladan di bawah :
Pada suatu hari Abu Yazid Al-Busthami, ahli sufi terkenal didatangi seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya. Lelaki itu memang terkenal rajin, ringan tulang dan kuat ibadat. Namun hidupnya sentiasa dilanda kesulitan. Dengan wajah murung lelaki itu mengadu kepada Abu Yazid.
“Sepanjang hidup, saya tak pernah lupa beribadat kepada Allah. Orang lain tidur saya masih bermunajat.” Lelaki itu diam seketika, mukanya kelat tanpa secalit pun senyuman.
Abu Yazid memerhatikan wajah lelaki yang sedang duduk dihadapannya. Raut mukanya itu seperti orang yang menangung masalah yang maha berat.
“Selalunya sebelum isteri saya bangun pagi, saya sudah mengaji. Saya tidak pernah lupa tuhan, tapi…….” lelaki itu tidak dapat meneruskan kata-katanya.
Abu Yazid mengangguk kerana dia memang amat mengenali jirannya itu, rajin dan warak. malah dia tidak pernah melihat orang sebaik dan serajinnya.
Kemudian lelaki itu melepaskan keluhan yang berat, “…entahlah tuan, nasib saya selalu malang dan hidup penuh dengan kesulitan…”
Abu Yazid memegang bahu lelaki tersebut dan berkata, “Sahabatku, senyumlah. Mulai hari ini, ubah penampilan kamu kerana aku lihat kamu tidak pernah senyum dan dahi sentiasa berkerut walaupun ketika bercakap dengan aku. Cubalah senyum, insya Allah nasibmu akan berubah. Rasulullah SAW adalah orang yang paling miskin semasa hidupnya. Namun wajahnya tidak pernah keruh, bermuram dan berkerut dahi, baginda sentiasa senyum, ceria dan wajahnya berseri-seri.”
Abu Yazid menyambung sambil melemparkan senyuman kepada lelaki tersebut. Lelaki itu hanya mengangguk tapi raut wajahnya masih tidak berubah. Dia seperti belum dapat memahami apa yang telah disampaikan oleh Abu Yazid.
“Menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah orang yang bermasam muka dan membuat orang lain curiga padanya,” Abu Yazid menambah.
Setelah mendengar nasihat Abu Yazid, lelaki itu balik, lelaki tersebut telah mengubah penampilannya. Sesiapa sahaja yang ditemui dia akan mendahului dengan salam dan tersenyum walaupun mereka tidah pernah dikenalinya. Lelaki itu berubah menjadi peramah, kerut-kerut di dahinya sudah dibuang jauh dan mukanya sentiasa manis. Dari hari ke hari hidupnya semakin senang dan rezekinya melimpah ruah.
Full entry : http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/senyum-itu-satu-sedekah.html
.-= Bawang Goreng´s last blog ..Sebelum Akhirat =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
puteri Reply:
May 20th, 2010 at 1:21 pm
@Bawang Goreng, Betul tu bawang goreng.. sama2 lah buang yg keroh ambil yg jernih…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya pun pernah terjadi benda mcm nie..biasanya kalau di kampung,mane ada supermarket kan,so kena pegi kedai runcit jer.masa kita masuk kedai tu,muka toke kedai tu dah la masam mencuka,pas tu kita nak cari barang tak jumpa kita tanya toke kedai tu ckp awak cari la sendiri kat rak belakang tu,mesti ada.tapi samapi kesudahnya tak jumpa.saya terus jer kuar kedai tu,tak beli pun takper.tp apa yang saya nak simpulkan cuba kalau kita pegi kedai yang bangsa lain mcm cina ker,mesti layanan nyer lain.btl tak???????????????????????????????????
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya pun pernah terjadi benda mcm nie..biasanya kalau di kampung,mane ada supermarket kan,so kena pegi kedai runcit jer.masa kita masuk kedai tu,muka toke kedai tu dah la masam mencuka,pas tu kita nak cari barang tak jumpa kita tanya toke kedai tu ckp awak cari la sendiri kat rak belakang tu,mesti ada.tapi samapi kesudahnya tak jumpa.saya terus jer kuar kedai tu,tak beli pun takper.tp apa yang saya nak simpulkan cuba kalau kita pegi kedai yang bangsa lain mcm cina ker,mesti layanan nyer lain.btl tak???????????????????????????????????
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hehhe
selalu jd mcm ni~
.-= inas´s last blog ..yang banyak bukan menandakan benar =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
June 2nd, 2010 at 11:33 pm
@inas, sebenrnya kat mana-mana tempat sering terjadi..pasar mlm mmg dah tentu punyakan..huhu
.-= surihati_ku´s last blog ..Senarai Kabinet Malaysia 2010 (Kemaskini 2-Jun-2010) =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tak juga..cina pun ada yg sombong dan berat mulut gak..ada satu kedai
borong di pasar besar klg..managed by chinese family..anak pmpuan dia
muka cantik tp masam sokmo..budi bahasa ..out..ucap ‘tima kasih’ jauh sekali.. hari tu saya di kedai dia tgh nak beli telur..ada satu mamat tu tnya..”moi..cli api
ada lagi tak..?” nak tau amoi muka masam tu ckp apa..”..itu gantung sana
awak tak da nampak ka ..?..dulu saya kerap gi kedai dia..ramai customer masa tu tp ..skrg ni..sori la..nmpk customer dia pun da mula kurang, semua gi kedai sebelah dia..
senyum dan ucapan terima kasih tu satu sedekah yang paling mudah
dan tak ada modal…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
suka sgt bc stori kat atas…memg kena btg idung para peniaga skang ni…diarg memg x patut layan customer like that…kalo kita xde…xde nye punca rezeki diarg…so kalo nak jadik peniaga berjaya…mestilah adil dan saksama…kita sebgai manusia pun suka dilayan elok…kenapa diarg xleh fikir kalo diarg berada di tempat kita as a customer….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
wahh…dah senarai pendekkan perkara yg vital, bila sang empunya diri nak mula berniaga pulak heheh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Memag macam itu lah peniaga melayu berniaga. Saya selalu menegur peniaga yang tanya pelanggan “tak ada duit kecik ke ?. Sebab kekadang baki yang nak dipulangkan pun cuma 40 sen tapi tanya tak ada duit kecil. Berbeza dengan peniaga cina walaupun mereka kena pulangkan jumlah 90 sen pun mereka tidak bertanya ada duit kecik. Dia ingat pembeli sekarang duit kecik2 agaknya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam… memang betul.. sgt mencik….
saya kalu tggu camtu muke da macam ape dah…
masam tahap cuka lebey cuke.. tak patut ..
sbb dorg niaga.. bkn suke2 .. cari rezki plak tuu..
ape la.. org niaga ni mcm2 kene jg tau…
kalu cust tak suke ke ape… niaga dorg tak berkat..
sorry la… kalo ade gerai camtu .. 1x je sy p… tak p p dah…. babai je…
.-= nanahana´s last blog ..Saya Ada Pages di Facebook =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
memang benar…ada segelintir peniaga pasar mlm…kedekut senyuman..masam mencuka..
agaknya dlm hati mereka ni (peniaga ) “aku apa kisah,kau nk beli,beli larr..”…ni sbb mereka dah rasa besar kepala..sbb laku …duit pun agaknya dah berkepuk kepuk…
ini lah yg susahnya….mereka tk pikir perasaan pembeli, kalau mereka juga dilayan begitu,mcmana rasa..?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedapnya nak pi pasar malam nanti
Apasal Tak Nak Beli Brg Online
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum
Kadang2 saya saya cuba gak memahami perasaan peniaga ni. Kerja memang penat. Dok kat api sepanjang hari memang panas. Memang susah nak senyum kalau macam tu. Mereka pula jenis jarang berduit. Dapat duit jualan digunakan utk beli barangan jualan utk esok. keuntungan dihabiskan untuk keperluan lain. jadi memang tak berduit tunai. Ada sikit2 setakat 300-400 duit kecil memang tak cukup. Sebanagi penggemar yong taufu, aku memang hangin kalau hal mcm ni berlaku. Dah la yg memilih fishball lambat, nak kena rebus lg. Last2 aku belajar buat yong taufu cara komersial. Puas hati aku. Skrg dah tak ngidam lagi. Tak larat nak makan dah. Beli tenggiri sekor buat pelbagai fishball, sebulan dpt mkn. Modal tak sampai RM30.
.-= Norasikin´s last blog ..Kenapa kek saya tak seperti yang dijual di kedai? =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
setiap bangsa ada ciri dan konsep mereka berniaga.inilah rahsia mengapa mereka berjaya dalam bidang mereka.
cuma nak tambah skit :
sblm ni aku lebih cenderung memilih kedai yg aku nak beli brg mesti berkenan kat hati dulu sblm aku masuk n beli brg.x kisah ar apa bangsa/agama tauke kedai tu.skali tu aku dgr dlm bab jual beli kena ada syarat2 tertentu br sah jual beli.aku tros konpius dgn pendirian aku.
skali tu ada ustaz bg tau dlm kes tertentu cthnya :
kereta ustaz tadi rosak n nak antar repair.tya kedai melayu/islam dia kata kena tukar spare part dia n charges dia lebih kurang RM200++.sbb x puas ht g plak kedai cina n tauke tu ckp bleh repair je n xperlu tukar part dia.charges dia plak cuma bbrp RM je.dalam kes ni berjualbeli dgn cina tu di bolehkan,sbb Nabi SAW mengajar ummatnya agar tidak di tipu.
tapi kalau sekdr beza harga barang hanya bbrp sen atau ringgit (yg tidak melampau) baik berjual beli dgn org muslim.nanti kalo dia dah kaya and sampai haul dia,bleh le dia bayar zakat.
dgr pnrgn tu je…tros aku lega.hilang skit konpius.susah beb nak elak syubahat.dah le tiap2 hari kita berurusan jual beli.
(sorry tuan blog kalo lari dr tajuk…)
.-= wak´s last blog ..:: Pengajaran Dalam Kisah :: =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sebagai peniaga,kita mesti mengutamakan pelanggan.
Sebagai pelanggan kita kena juga la bertolak ansur.
Apa pun sebagai manusia,kita tak dapat lari dari segala salah dan silap.
Jadi kita perkecilkan kesilapan kita dan banyak memperbaiki diri.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya dh biase sgt jupe peniaga mcm tu..same la mcm sesetengah sales girl kt supermarket..sombong..kite tanye buat xtahu jer..suruh tanye org lain..kot ye pun xtahu jwb la elok2..kalu xde kite sbg pelanggan xdenya org nk bayar gaji dia tu..sabar je la dgn karenah2 org yg mcm ni..Sahsiah diri memasing la tu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mm..tulah agaknye sbb org melayu ni susah sket nk maju dalam bab2 bisnes2 nie…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
June 2nd, 2010 at 11:32 pm
@Asma’, kebanyakan orag cina gak yang bijak berniaga yer..tgok jer dimana mereka ditempatkan pasti perniagaan mrka maju bak durian runtuh..hehe
org cina berniaga mana ada sifat deng sesama sndiri..malainkan org mlu mmg ada jenis yang paten begitu..huhu
.-= surihati_ku´s last blog ..Senarai Kabinet Malaysia 2010 (Kemaskini 2-Jun-2010) =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
June 3rd, 2010 at 10:51 am
@surihati_ku,
mm..tulah pasal…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ade kalanye memang ade peniage mcm tu…
Sebagai peniaga mesti utamakan pelanggan… kerana itula mate pencarian diorg…
kalau tak mane nak maju….Senyum itu sedekah…tak rugi kalau senyum malahan org yg murah senyuman murahlah rezekinye….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
lau beli rm2 tp byr rm100 patut ke??????
x perlu diperbesarkan masalah dan menyalahkan peniaga atau pembeli..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
May 27th, 2010 at 10:30 am
@ina, huhu..sb kedua-duanya pun manusia jugakan..hhuhu..lain orang lain benar ragamnya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
eleh setakat nak tukar 50 x kan xde kot….tapi kalo nk harapkan peniaga sediakan duit pecah kadang2 x cukup…pelangan nie ade yg kaye2 belaka..kalo 20 pelangan yg beli brg harga RM17 sume bagi duit RM50 mane nak cukup beb..tak kan org peniaga kecik nk sediakan duit kecik sampai RM1000….keadaan mcm nie dua2 kene bertolak ansur..
.-= Johnytim´s last blog ..P1 Completes Word’s First 2.3Ghz =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
customer always right..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Bang biasalah bang stakat meniaga pasar mlm nih biasalah duit kecik memang ada bawak tapi dah ramai sgt org kasi duit bosau memang abis la bang….. lagi2 time gaji semua duit wangi drp bank….
Peniaga tu pun patut infom la minta tolong sabar ka minta maaf ka
… So bang lain kali nak p pasar mlm bwk la duit sepuluh inggit tuh byk2
Dua2 belah pihak senang bang
Saya juga peniaga dan saya juga seorang pembeli , saya paham situasi ini…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
akak seronok tgk ramai peniaga makanan terutama bulan puasa.
Pendapat akak..berniaga nih bukan jer nak cari untung..tapi nak jugak pahala. Kalau jual makanan tu..kueh atau lauk ker..buatlah sedap2..bukan cincai atau suka2 hati jer..kalu sedap, pelanggan akan puji, peniaga dpt pahala..pelanggan akn dtg lagi bahkn siap promote..
ada tu dah la tak sedap langsung, basi pulak tu..pelanggan merungut, peniaga dpt dosa..hasil pun tak halal!
kpd peniaga makanan..pikir2kan laa…jgn nak cari untung duit jer..cari gak untung pahala!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
dalam topik ni peniaga pun tak boleh disalahkan juga. Muka cuka kurang bahasa dia tu yang tak sepatutnya. soal penyediaan duit kecil tu peniaga dan pembeli sama kena ingat. takkan la nak beli barang rm1 bagi duit rm50 sebagai contoh. agak2 la. bukan bank.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…saye lihat kisah ini dari sudut yang berlainan. pade pendapat sayelah, semua ni ujian kepade saudara semata2. mungkin Allah SWT nak uji kesabaran dlm hubungan manusia dengan manusia..mungkin saudara boleh renung balik di mana tahap kesabaran @ keimanan saudara dlm situasi ini.. berhenti menyalahkan pihak lain, muhasabahlah diri..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…ini pandangan akak ya…i rasa u yang salah , x boleh salahkan peniaga , peniaga x semua ada wang kecil, dan sepatutnya u permudahkan juga urusan, beli lebih sedikit untuk sedekahkan pada jiran-jiran kalau nak cepat dapat wang tukar…n maybe ketika u tulis artikel ni emosi u still angry…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
wanie Reply:
February 12th, 2011 at 5:42 pm
selalu gak jadi kat saya benda mcm nie. Sebenanrnya attitude sesetengah org yang menjadikan kite marah.
memang orang yang berniaga patut ada duit kecik. Kalau mcm saya xkan pegi la waktu petang sbb baru kalau hulur duit besar msti dorang wat muka masam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
verry good. i have share this page. thanks.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]