Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Belajar Buat Blog Sendiri Dengan Mudah!

Semalam, saya ada menerima satu email yang panjang dari salah seorang ‘rakan cyber’ saya (bertaraf ‘akak’ kepada saya). Beliau melontarkan satu permasalah yang sukar untuk saya jawab. Begini ceritanya.

Menurut beliau, beliau ada satu masalah, iaitu keluarga suami beliau sering meminta wang untuk berbagai2 sebab. Pada setiap bulan suami beliau memang sering memberikan wang kepada mak, ayah dan adiknya yang masih belajar.

Masalahnya, bukan itu saja, keluarga suaminya juga selalu meminta pertolongan untuk keperluan2 yang lain juga, yang beliau rasakan itu tidak patut. Malah, barangan lain juga contohnya kereta pun ditinggalkan di kampung suami beliau untuk kegunaan keluarga suami beliau.

Keluarga Bahagia

Kawan saya tu sebenarnya bukanlah kedekut atau berkira sangat sebenarnya. Dia faham, suaminya juga ada tanggungjawab terhadap keluarga mak ayah dan adik beradiknya.

Tapi apa yang merisaukan kawan saya tu ialah, kalau semua perkara nak dirujuk kepada suami dan minta bantuan suami beliau jer, macammana diorang nak kumpul utk hari tua diorang? Begitulah luahannya.

Jadi apa pendapat anda dengan masalah kawan saya ni? Antara keluarga sendiri dan keluarga adik beradik, yang mana satukah anda lebih utamakan? Apa jalan penyelesaiannya kepada masalah ini? Apa pandangan anda?

Artikel lain yang best :