Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerap kita dengari kes dan gejala sosial yang berleluasa di sekolah. Terutamanya sekolah menengah. Ponteng, merokok, melawan guru sudah jadi perkara biasa dalam kehidupan sekolah kini.

Guru-guru terpaksa memainkan peranan yang lebih besar bagi menangani masalah ini. Sejak hukuman rotan dimansuhkan beberapa tahun lalu dan kuasa guru disiplin bagaikan ditarik oleh golongan atasan dan para ibubapa, kini sistem demerit yang menjadi galang gantinya.
Melalui sistem ini, murid akan digantung sekolah dan seterusnya dibuang bila mencapai tahap mata yang diperlukan. (macam sistem KEJARA lah). Bagaimanapun, dengan perkembangan ekonomi, teknologi dan hiburan yang wujud kini, masih sesuaikah hukuman ini dijalankan supaya sepanjang tempoh penggantungan dan pembuangan pelajar akan insaf di atas perbuatan mereka?
Rasanye ia tidak sesuai lagi!!
Hukuman gantung sekolah pasti diterima mereka dengan hati yang terbuka, sekaligus mengizinkan mereka dapat ponteng secara ‘halal‘.
Pada pandangan saya,
Dengan perkembangan kini, hukuman khidmat sosial adalah yang paling sesuai dilaksanakan bagi menggantikan hukuman gantung atau buang sekolah. Hukuman seperti membersihkan kawasan sekolah, membersihkan tandas sekolah, yang seperti kita sedia maklum, ianya tidak sebersih mana pun.
Biarkan mereka melakukan tugasan yang berat dan boleh menginsafkan mereka. Tapi, pihak sekolah juga harus menyediakan peralatan dan kelengkapan yang sesuai.
Ibubapa harus menerima dengan hati terbuka. jika kawasan sekolah sudah dibersihkan, banyak lagi rumah ibadat yang memerlukan khidmat pelajar pelajar ini.
Apa pandangan anda?



















sudah lama kutunggu artikel terbaru dari Upak.
kini baru muncul.
tenkiu for the posting Upak.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 18th, 2010 at 5:24 pm
@PakarHowTo, hehehe..panjag umur dia..
ingat dah gaib ke mana??huhuhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ish hukuman gantung dan buang sekolah tu sangat tidak sesuai dengan zaman sekarang.
Dulu memang orang malu kalau tak pergi sekolah atau anak diaorang tak bersekolah.
Sekarang zaman dah berubah, orang jadi bangga coz tak ke sekolah. Bukan apa terasa diri HERO dan HEBAT, maklumlah lain dari yang lain.
So yang paling sesuai ialah ROTAN je punggung diaorang khususnya di sekolah rendah. Bukan apa kalau tak ada rasa malu pun, sekurang-kurangnya sakit jugak la punggung tu kena dua tiga das.
Amacam, mulai hari nie, mak bapak kena beli rotan dan bagi pada guru kelas, gerenti baik punya anak murid, tak percaya, cuba buat kat rumah dan lihat lah hasilnya.
Selamat Mencuba
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 18th, 2010 at 5:25 pm
@Kapt, hee..bermulalah sesi rotan macam dulu2..time tu barulah anak dok melekat kat umah..
budak2 zaman skrg sush nak di bendung berbanding dgn kanak2 zman dulu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Profession guru dah x dipandang tinggi lagi. Macam2 yg kita dengaq. Lebih menyedihkan ada cikgu yg kena pukul bukan saja oleh murid tapi mak bapak murid. Budak2 zaman ni manja sgt. Teringat kena public canning dulu. Ingat kan dpt simpati mak ayah, rupa2 nya kena tambah lagi 2-3 das kat umah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 18th, 2010 at 5:29 pm
@TSS, huhu..sabar..skrag punya anak2 bayak yang kurang makan saman..dunia dudah modenlah katakan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Memang pun profession guru dipandang sebegitu kini.
Bagus gak kena sebat macam kita dulu2 kan.
Kebanyakkan ibubapa pun sering salahkan guru tanpa usul periksa. macam anak dia malaikat. anak ustaz pun bvlum tentu sebaik bapanya.
itulah dugaan orang yang beriman.
moga bila ada anak nanti kita mampu ubah situasi ini.
Cikgu plak jgnla amik kesempatan belasah sampai msk spital plak budak2 tue.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
pernah di rotan dan dimarah cikgu waktu sekolah dulu. Masa tu memang la bengang kat cikgu. Tapi sekarang bila dah dewasa d matang ni, baru terfikir balik. Kalaulah ada peluang, sy mau jumpa balik cikgu2 yg pernah marah dan rotan saya dulu, nak ucap terima kasih banyak-banyak.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 18th, 2010 at 5:25 pm
@hmjebat, kalu tak tak mungkin kita akan jdi org kot..huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ya, good idea – khidmat sosial. In fact pesalah-pesalah juvenil & yg mereka disabit atas kesalahan ringan patut dikenakan hukuman sebegini. Kalau semua mereka disuruh bersihkan sekitar bandar, pantai dan sebagainya, sure M’sia dapat anugerah negara yg bersih dan sihat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 18th, 2010 at 5:26 pm
@Ismail N, hehe..mendidik mrka agar mencintai alam smula jadi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
I loved the post. I think your thinking is nearly matching the great sukrat’s cocept.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Very nice site!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 18th, 2010 at 5:27 pm
@Pharmd380, huhu..thanks you
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sayangnya rata2 pelajar yg dibuang sekolah adalah anak2 melayu. Saya cadangkan mereka ni dihantar ke institusi utk mengembalikan mereka ke landasan yg sebenar. Mereka perlu diberi didikan untuk mengenal diri sendiri agar lbh menghargai anugerah kehidupan. Pendek kata institusi tersebut juga merupakan pusat rawatan kpd permasalahan mereka. Rohani mereka perlu dirawat dan diberi pengisian yang betul utk menjalani kehidupan sbg hamba Allah. Tindakan buang sekolah hanya membuatkan mereka merasa diri mereka tidak berharga dan terus memilih jalan yang salah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 18th, 2010 at 5:28 pm
@Leyna, yalah suri setuju dgn pandangan anda tu..yang penting mrka ni perlu di beri nasihat..pujukan dgn baik..mungkin hati mrka akan menginsafi atas perbuatan yag lalu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sy agree dgn pndpt leyna….kebanyakan yg kena buang sekolah adalah anak melayu..kalu satu pihak saje yg mengembeling smapai bile2 pn mslh x selesai…paling penting pihak sekolah dan ibu bapa kena sepakat, ini tidak kalu yabg jenis trlalu percaya anak smpai x boleh dgr anaknya slh melenting2 x ten2 psl…ade 2 smpai masuk paper n media2 yg boleh interframe yg kate anak dier yg betul….bukan x boleh manja kan anak tetapi brbaloi2 la jgk….jgn sampi anak2 pijak kepala, sampai hilang hormat dengan cikgu……dgn prkembangan sains dan teknologi tidak di nafikan gejala jenayah dikalangan remaja semakin menjadi2….ni la dier kalau dunia dah tanpa sempadan……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]