|
Nov
13
|
Bacalah luahan kata hari Jumaat ini…
Siapa dia? Siapa diri ini?
Tatkala ku menghadap sebuah cermin
Tampak sesosok tubuh
Yang sangat lama kukenal
Dan sangat sering kulihat
Namun aneh
Aku semacam belum mengenal
Siapa yang kulihat itu??

Siapakah dia itu?
Tatkala kutatap wajahnya
Hatiku bertanya
Apakah wajah itu wajah yang kelak akan bercahaya
Bersinar indah di syurga sana?
Ataukah wajah itu yang akan hangus legam di neraka Jahannam?
Tatkala kutatap mata
Lubuk hatiku berbisik bertanya
Mata itukah yang akan menatap
Allah Robbul ‘Alamin
Rasulullah Habibullah
Para sahabat Radhiallahuajm’in
Menatap dengan penuh kenikmatan dan kerinduan?
Ataukah mata ini yang akan terbeliak
Melotot, menganga terburai menatap neraka jahanam
Siksaan yang amat dahsyat?
Apakah mata yang tak terlepas melihat maksiat ini
Akan terselamat dari ahzab di sana nanti?
Wahai mata…
Apakah yang tatap dan lihat selama engkau hidup di muka bumi ini?
Tatkala kutatap mulut
Apakah mulut itu
Yang kelak akan berkumit-kumit penuh keyakinan
Mengucapkan Laailaaha Illallah
Di saat malaikat maut datang menjemput?
Ataukah menjadi mulut menganga
Dengan lidah Terjulur
Dengan jeritan bingit memekik
Bergetar menakutkan setiap pendengar yang ada
Di saat sakaratul maut datang menjelma…
Ataukah mulut itu menjadi pemakan buah zaqqum Jahanam
Yang amat dahsyat
Menjadi pembakar, penghangus kerongkong dan usus
Wahai mulut yang malang
Apakah perkara yang engkau ucapkan
Tipu daya, perkataan dusta, umpat caci, carut mencarut?
Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan?
Berapa banyak hati-hati yang remuk hancur luluh
Dengan pisau kata-katamu yang menghiris tajam?
Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu
Yang engkau ucapkan untuk menipu
Wahai mulut yang malang
Sedarkah engkau
Betapa engkau jarang sekali
Menyebut memuji nama Tuhanmu dengan tulus
Betapa jarangnya engkau
Dengan syahdu dan ikhlas
Bermohon agar tuhanmu mengampuni mu
Tatkla kutatap tubuh
Apakah tubuh itu yang kelak akan penuh cahaya
Bersinar, bersukacita, bercengkerama di syurga?
Atau tubuh itu yang akan tercabi-cabik hancur
Mendidih di dalam lahar membara jahannam
Kemudian bercantum semula
Menanggung derita yang tak akan pernah berakhir
Wahai tubuh
Berapa banyak maksiat yang telah engkau lakukan
Berapa banyak orang yang telah engkau khinati dan zalimi
Berapa banyak hamba Allah yang lemah
Yang telah engkau tindas dengan kekuatanmu
Berapa banyak orang datang meminta pertolongan
Tapi engkau buat acuh tak acuh tanpa peduli
Padahal engkau mampu menolong
Berapa banyak pula hak-hak orang lain yang engkau rampas?
Ketika kutatap mu wahai tubuh
Seperti juga ku renung akan isi hatimu
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu?
Atau sebagus daki-daki yang melekat ditubuhmu?
Apakah hatimu segagah ototmu?
Atau ia selemah daun-daun yang mudah layu berguguran
Apakah hatimu seindah penampilanmu?
Ataukah sebusuk kotoran pada pakaianmu?
Apa yang terzahir nampak dicermin
Dengan apa yang tersembunyi
Betapa ianya berbeza…
Apa yang terzahir nampak dicermin
Dengan apa yang tersembunyi
Betapa aku telah tertipu
Aku tertipu oleh topeng itu
Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng
Hanyalah topeng yang menipu belaka
Betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng yang ada
Betapa semua yang indah itu
Hanyalah topeng yang menipu
Sedangkan aku…..
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu…
Aku malu ya Allah…..
Aku tertipu…
Tertipu kerana nafsu diriku…
Wahai Allah…..
Selamatkanlah aku.
Amin ya Robbal ‘Alamiin.









November 13th, 2009 at 12:04 pm
As-salam..
peh, lontaran yang sangat mendalam & bermakna buat peringatan diriku jua..
thanks pakar;)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 13th, 2009 at 3:36 pm
saya masih mencari cermin (sahabat) yang boleh berkata benar, bukan membenarkan kata2 saya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Man Ibn Rayu Alhaj Reply:
November 17th, 2009 at 6:44 am
@ct maliha, Tundukkn nafsumu ,duduk dlm maqam mutma’inah (tenang) sehinggakn kau rasa sungguh lazat & sentiasa siapsiaga utk melaksanakan perintah ALLAH SWT, meninggalkan larangannya tanpa ada soal jawab hatta bisikan didlm hati, mengamalkan Sunnah RASUL SAW dgn yakin itulah cara hidup yg membawa kejayaan hidup didunia & akhirat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 13th, 2009 at 3:48 pm
kan best kalu aku blh menahan diri dari melakukan perkara2 keji n menahan nafsu..mg Allah sentiasa memberi petunjuk kepada hambaNya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 17th, 2009 at 9:48 am
@najihah,
hai najihah..
lumrah manusia memang tidak terlepas dari melakukan kesalahan demi kaselahan..
selagi usia masih ada perbanyakkanlah buat solat taubat setiap hari..insyallah hati anda akan tenang..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 14th, 2009 at 8:38 pm
aku hanya insan biasa..
dalam mcari keredhaaNYA aku sering mlakukn kesilapan.
sesungguhnya aku takut dengan hari akhirat..kerana aku tidak sempurna imannya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Man Ibn Rayu Alhaj Reply:
November 17th, 2009 at 6:51 am
@iera, Nabi Adam AS mengambil masa 40 tahun utk bertaubat asbab suatu kesilapan, itupun diterima di Padang Arafah. Umat Nabi Muhammad SAW sentiasa diterima taubatnya setiap kali melakukan kesilapan sebesar mana sekalipun & dimana jua dgn syarat2 spt dikehendaki.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 15th, 2009 at 9:35 am
Tubuh dan segala anggota badan yang kita miliki hari ini pinjaman dari yang Maha Esa. Walau apa sekalipun rupa atau bentuk yang diberikan, kita harus bersyukur dengan kurniaan yang telah dianugerahkan dan seharusnya menjaga amanah bagi setiap anggota tubuh badan kita daripada melakukan perkara mungkar. Mmg wajar setiap insan mengambil sedikit masa duduk di hadapan cermin sambil muhasabah diri dengan perkara-perkara sepertimana luahan pakar.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Man Ibn Rayu Alhaj Reply:
November 17th, 2009 at 6:59 am
@Leyna, Dan setiap anggota itu membawa mesej ttg kebesaran ALLAH SWT. Pandanglah pada cermin zahir & teleklah pada cermin hakiki. Inilah jln Islam, ingatkn saudara seagama yg lain utk kebaikan diri kita jua akhirnya. Wallahu ‘alam bissawab.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 15th, 2009 at 8:20 pm
Alhamdulillah ….terima kasih pada pengirim…aku sedar siapa diriku…malu memikirkannya…terima kasih padaMu Ya Allah….yang sentiasa bersamaku.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 20th, 2009 at 10:22 am
@emma,
Salam Jumaat..
Benar tu EmmA, daku juga turut menginsafi diri ini jua..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 16th, 2009 at 5:06 pm
Melihat cermin hanya akan menzahirkan kekurangan yang zahir..namun apakah cermin yang sesuai untuk menilik jiwa yang mungkin berdebu dan bertitik hitam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 17th, 2009 at 9:51 am
@Motivasi Kerja,
kembalilah semula ke jalanNya..disitu akan dirimu temui cinta yang Agung Dari NYA..
dan pasti tidak akan sesekali ia akan mengecewakan dirimu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 17th, 2009 at 7:08 am
Salam. Air yg suci jika dituang ke dlm cawan yg kotor maka kotor jua jadinya. Maka sucikanlah cawannya terlebih dahulu. Tanda meningkatnya iman ialah bila kita rasa seronok, suka, lazat & bersemangat melaksanakan perintah ALLAH SWT & tinggalkan larangannya. Begitulah jika sebaliknya. Wallahu a’lam bissawab.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 17th, 2009 at 9:53 am
@Man Ibn Rayu Alhaj,
As-Salam,
Terima kasih Man Ibn Rayu Alhaj diatas perkongsian ilmu anda disini.kami amat menghargainya;)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 17th, 2009 at 8:40 am
asalamualaikum,saya mahu mencari ketengan jiwa agar jiwa saya tenteram.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 17th, 2009 at 10:04 am
@norhaida binti nordin,
Hai,
Norhaida binti nordin
Berbagai cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa.
Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, mereka seni melukis..
Sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama manusia, menikmati keindahan alam, memancing dan lain-lagi.
Tapi disini Suri sarankan anda mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.
Kerana itu adalah antara cara yang terbaik kita sbg orang islam dalam mendekatkan diri kepadaNya dlm kehidupan seharian kita..;)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 17th, 2009 at 10:11 am
memang betul apa yang suri cakapkan,memang saya mencari ketenangan jiwa dengan membaca al-quran dan melakukan solat sunat,baru saja habis solat sunat dhuha,solat sunat wudhuk memang saya selalu praktikkan selalu,apa yang penting bagi saya,saya ingin memdidik anak-anak saya saya supaya mereka tidak lupa dari mana asal mereka,memang agak pening kepala saya mahu mendidik anak-anak yang sedang meningkat umur,anak saya yang tua perempuan,yg ke 2 lelaki,walaupun mereka membesar di depan mata saya,saya juga khuatir akan terlepas pandang dari segi agama,agamalah yang akan mendisiplinkan diri mereka.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 18th, 2009 at 8:34 pm
Muhasabah diri perlu ada dalam diri setiap insan di muka bumi ini agar kita dpt menilai kelemahan dan kekurangan kita ..kdgkala orang lain bertindak sebagai cermin kpd kita melalui teguran yg membina…demi kasih syg sesama insan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 20th, 2009 at 10:26 am
@Nani,
Hai Nani..
Ya, Suri setuju dangan pandagan nani tu..teguran yang baik eloklah kita jadikan ia sebagai memperbetulkan diri kita kembali kepada iman agar terpatri kukuh dijiwa..
Yang buruk tinggalkanlah jalan hitam yang menyesatkan MANUSIA…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 20th, 2009 at 9:25 am
Bolehkah saya gunakan sajak dan gambar ini di blog saya atau ebook saya?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 21st, 2009 at 6:27 pm
@stephen,
Dipersilakan…tiada masaalah langsung.
tapi tolong nyatakan sumber tulisan ini adalah dari pakarhowto.com
terima kasih.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 20th, 2009 at 9:27 am
Testing…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
March 5th, 2010 at 3:45 pm
hidup ini sementara tapi aku bertanya pada diri ku kalaun mati kemana
ku akan pergi ???
kalau di dunia ada rumah kalau mati ada rumah ke di sana
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
redzha Reply:
March 24th, 2010 at 12:28 pm
@jibril,
Rumah tu dah sedia ada cuma takut tak leh masuk sebab tak kenal ngan tuannya
Mestilah kenal dengan tuannya dulu kan…
Dah kenal, berbuatlah baik dengan tuan rumah kat dunia ni, nanti dia persilakanlah masuk.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
May 24th, 2010 at 9:51 am
nice words. can i take it and paste it in my blog, pleaseee?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
October 27th, 2010 at 11:49 am
Dia dan aku takkan pernah sama
Dia menjadikan aku pula dijadikan
Segala yang Maha adalah Dia sedangkan aku dipinjamkan ..
Sesiapa yang ingin kembali kepada Dia maka kenallah Dia..
supaya ditunjuk dan dipimpin ke jalan Dia..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
January 4th, 2011 at 11:50 am
Kalau nak wajah tu bercahaya,
carilah orang yang empunya cahaya,
yang dapat beri kita cahaya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]