Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB
Orang selalu kata “Jangan menilai buku dengan kulitnya”
Tetapi hakikatnya majoriti kita menilai benda dengan luarannya
Pabila melihat seorang manusia contohnya
Ramai yang akan melihat luarannya saja
adakah mancung hidungnya
Adakah gebu kulitnya
Adakah licin dahinya
Adakah seksi bibirnya
Adakah mantap ‘body’ nya
Adakah tinggi dan sasa orangnya
Itu semualah yang dilihatnya
dan itulah yang menjadi fokus utamanya
Manusia ini…
Kerana ingin dilihat menarik
Kerana ingin dipuji molek
Kerana ingin digelar cantik
Ramai yang rela mukanya disuntik
Ramai yang redha mukanya di’plastik’
Belanja wang ringgit untuk fizik terbaik
Aduhai manusia ini…
Kenapa ini yang digilakan
Mengapa fizikal yang dipersoalkan
Kenapa dan mengapa luaran jadi taruhan
Walau cantik ayu dan rupawan
Tapi dalaman kosong tiada bersopan
Wajarkah ia jadi rebutan
Perlu engkau sedari
Memang manusia melihat begini
Fizikal dan luaran tetap dihati
Rupa manis cantik berseri
sentiasa mendapat pujaan hati
Habis…kalau begitu…
Apa yang perlu dibuat olehku
Mengikut manusia jadi begitu
Mengejar cinta berdasar nafsu
Kasih tak dapat lemah dan lesu
Apakah comel,cantik atau ‘handsome’nya seseorang itu
bergantung segalanya pada perkara begitu?
Wahai pemburu cinta sejati
Jika begitu yang manusia mahu
Tak usah gundah tak usah pilu
Ada rahsia yang perlu kau tahu
“Ceriakan wajah mu senyumlah selalu”
Jika ini diamal olehmu
Pasti dikau dipandang tak jemu.



















yer thats rite..senyum selalu..senyum kambing pun xper…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 1st, 2009 at 5:00 pm
@najihah,
Taraa! najihah..
Yeap!
IKHLASKAN SENYUMAN.itu sudah pasti..
Sedekah yang amat mujarab tika hati landa keresahan..
Kuatkan keimanan didada Insyallah kita akan sentiasa berada dilandasan yang benar
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
” senyum seindah suria…yang membawa cahaya…
senyumlah dari hati.. dunia mu berseri..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Hey guys i wish to share with you a way i make $500 daily and i only spend 5 minuites doing it a day! I strongly suggest you check their website out as there is really a brilliant video that explains every thing you have to know. Check them out at DOMINATE MOBILE MARKETING
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]