Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBInilah realiti kehidupan di Malaysia. Masih ramai lagi orang yang susah dan miskin di Malaysia ni sebenarnya. Saya berasa sedih membaca kisah benar ini. Ia membuatkan saya insaf & merasa sangat bersyukur dengan apa yang ada.
Bacalah kisah benar dibawah ini. Semoga anda juga berasa bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang.
Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk Kekanda Sultan Perak yang mangkat, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam berturut-turut mulai malam ini.
Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami..kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.
Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.
Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah..! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.
Gambar adalah sekadar hiasan
Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah..rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.
Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah..! Ada bas ker lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !
Seusai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ? Bang haji macam ni sebenarnya..saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan. Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah…!
Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta. Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.
Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, MULTY GREEN TRADING yang kalian lihat bannernya di blog sekarang, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini. Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.
Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival…ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan. Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.
Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut. Kerajaan oh kerajaan..ada jaminankah untuk rakyatmu ketika pemimpin menjerit kuat mengenai ketuanan Melayu. Boleh jalannn laa !!
(*) Ini kisah benar. Bukan rekaan. Kisah buat renungan sahabat sekalian !
Sumber dikutip dari : http://politikbanjar.blogspot.com/




















jika kita merasakan diri kita berada dlm thop ssh ,ada lg org yg lebih ssh..huhuhu..tersntuh hatiku…moga Allah mmberi rahmat n petunjuk bg kita semua..baiknya kerajaan mmbntu mgsa2 at ngara jiran yg kesushan…Tapi alangkah lebih baiknya jika dpt mmbantu rakyatnya terlebih dahulu..kalo tak krn blog nie…saya rasa cite n masalah nie sy xtahu..thnks…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedih dan memberi keinsafan…sesungguhnya ada lagi insan yang lebih susah dari kita…mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati apa jua rezeki yang kita dapat…InsyaAllah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aman Reply:
June 17th, 2010 at 11:43 am
salam…terima kasih kerana kongsikan pngalamn anda yg bg sya amt bermakna dan telah mngingatkn saya pd kisah lme,lbh kurang same ngn msalh pemuda tersebut..cme skrg dgn izin Allah daptla hdup seng ckt dgn hasil usaha dn rezeki yg Allah berikan
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…semoga anda dimurahkan rezeki kerana agak sukar mencari insan yang berhati suci…semoga Allah mempermudahkan pemuda itu mendapat pekerjaan…Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah ruah yang Allah berikan kepada saya dan kita semua…Terima kasih Ya Allah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bukan senang nak senang.. dan tak semua umat ALLAH berikan kesenangan dengan tujuan menguji insan itu sendiri..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
jazakallahu khairan katsira
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kisah macam ni memang banyak berlaku..tak mampu berikan anak minum susu..minum air kosong pun jadilah..cukup untuk dijadikan pengajarn buat kita semua..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam
semoga Allah mempermudahkan urusan pemuda itu.Amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..sebak saya mbc kisah ini..ingatlah..sekali kte membantu org..seribu kali allah akan membantu kita..insyaallah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
alangkah sebaknya hati bila baca kisah ini.
walaupun hatiku diuji dengan cinta
tetapi cahaya mataku masih dapat menikmati susu yang lebih berkhasiat,
semoga pemuda ini tabah dan dipermudahkan rizkinya.
Semoga ALLAH merahmati dirinya dan seisi rumahnya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
anna Reply:
March 5th, 2010 at 11:44 pm
ya allah ya tuhan ku,terbayang sangat la kalau kita yang berada di situasi mcm tu….insaf aku nak membazir ni!!!!!!!!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedih baca ni… sekarang ni sy pun lepas bhenti keje..bhenti krn ikutkan suami berpindah ke k.l. wpun masa keje gaji kecik rm688 tp masa tu ye la ibliskan… xbersyukur. tp bila dah menanggur mcm ni tringat masa keje… ada gak la duit masa ni. alhamdulillah…..
lepas baca kisah ni tak sangka…ada lagi yg susah. anak sy masih dpt minum susu tepung…
mmg betul, rakyat kt byk yg terbiar. banyakkan lagi la pekerjaan… saya doakan lelaki td dapat keje secepat mungkin…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
penuh pengajaran massage ini,semoga ya menjadi iktibar kepada diri saya sendiri dan pembaca semua..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Pengajaran seperti ini sepatutnya anak-anak kita yang baca semoga ia insaf atas apa yang berlaku ke atas sahabat tadi. Saya lihat anak sekarang ini hidup begitu mewah sekali sehingga budak sekolah rendah sudah ada handfon. Ini semua adalah salah kita sendiri sebagai orang tua yang terlampu memberi kemewahan kepada anak-anak kita. Kita kena sedar mulai sekarang, janganlah kita ikut kata dia bak kata orang tua-tua dulu biarlah dia menangis sekarang dan jangan kita menangis kemudian tiada gunanya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sebak baca kisah ni….
pengajaran buat saya untuk bersyukur dgn apa yg saya miliki sekarang..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sebak dn sedih baca kisah ini…ianya biat sy insaf dn bersyukur dengan rezeki dn apa yg sy miliki sekarang.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ada sorang member camni..dari kecik minum susu tin pekat manis je..dah meninggal dunia dah pun..innalillah..umurnya belum pun sampai 30 tahun
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.. hidup, mati, sakit. jodoh sume ketentuan Allah s.w.t… hidup penuh dgn dugaan kdg2 kite tak sedar org sekeliling mcm mane, kebanyakan terus alpa dgn kekayaan dunia, yg kaya terus kaya yg miskin terus melarat, kdg2 kite rase x adil dunia nie.. tp dlm ketidakadilan itu terdapat nur petunjuk dr Allah supaya kite sedar hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah.. wallahua’lam….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
semoga Allah merahmati kedua-dua insan tersebut kerana setiap yang berlaku hanya Dia yang maha mangetahui segala baik dan buruknya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]