Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSemalam, saya singgah di Masjid UM untuk solat Asar berjemaah. Setelah menanggalkan kasut, saya masuk ke masjid menuju ke tempat mengambil wudhu. Tiba-tiba ada seorang lelaki, berkulit agak gelap, berkumis nipis dan berkupiah datang memberi salam dan mendekati saya.
“Assalamualaikum bang. Nama saya Umar Bin Abdullah. Saya seorang muallaf. Baru masuk Islam. Saya lapar bang. Saya perlukan sedikit duit untuk makan.”
Beliau menyapa dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya.
“Waalaikumussalam.”
Dalam keadaan yang agak terkejut (sebab tiba-tiba saja disapa begitu), saya menjawab salamnya dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya.
Saya mendengar luahan hati brother yang menggelarkan dirinya Umar itu beberapa ketika. Dia kata dia betul-betul dalam kesusahan dan kelaparan sekarang. Dia meminta saya memberikannya seringgit dua untuk dia mengalas perut.
Melihat kepada raut wajahnya, dia macam bercakap benar. Tambahan pula, dia kata dia muallaf. Dan dia minta baik-baik dari saya untuk diberikan sedikit wang.
Saya, memang tak boleh tengok orang macam tu. Mudah benar kesian. Kebetulan dalam wallet saya, ada sedikit wang. Jadi, saya hulurkan sedikit wang kepadanya tanpa berfikir panjang.
“Terima kasih bang. Terima kasih.”
Saya lihat wajah beliau jadi ceria dan gembira.Saya lantas, menuju ke tempat wudhu, mengambil wudhu dan terus menuju ke saf untuk solat berjemaah.
Selepas selesai solat dan berdoa, saya pun menuju ke tempat simpanan kasut untuk mengambil kasut saya sebelum beredar pergi dari masjid.
Tiba-tiba ;
“Assalamualaikum. Anak nak balik ke mana ni?”
Seorang pakcik berjanggut putih pula menyapa saya.
“Waalaikumussalam. Saya nak ke PJ, ada urusan sikit.”, jawab saya ringkas.
“Sebenarnya pakcik dari Terengganu. Dah lama pakcik musafir. Pakcik nak pergi ke satu pondok untuk belajar agama. Tapi pakcik takde duit untuk beli tiket…”
Pakcik berjanggut putih tu memandang saya dengan penuh makna. Saya faham, beliau mengharapkan sedikit bantuan dari saya.
Melihat kepada perwatakan dan mendengar luahannya saja, membuatkan lidah saya jadi kelu. Tak tahu nak bagi cakap apa lagi dah.
Sambil mengeluarkan sedikit wang dari wallet saya dan menghulurkannya kepada pakcik tersebut, saya berkata ;
“Maaflah pakcik, saya pun tak ada banyak duit. Ini sajalah yang mampu saya tolong.”
Setelah itu, saya terus beredar dari masjid. Semasa dalam perjalanan menuju ke PJ, fikiran saya terus mengelamun memikirkan 2 peristiwa yang berlaku di masjid tadi. Macam-macam yang saya fikirkan.
Adakah muallaf dan pakcik berjanggut putih tu betul-betul dalam kesusahan? Atau mereka hanya menipu untuk mengambil kesempatan? Tapi, tak kisahlah itu semua. Bukan itu persoalannya. Kalau diorang nak tipu pun, itu diorang punya pasal. Tanggungjawab saya ialah, kalau orang datang minta bantuan dengan cara yang baik, dan saya pula memang mampu untuk tolong, maka tiada alasan lagi untuk saya tak tolong mereka. Jadi, saya tolong sajalah. Semoga Allah nilaikan ia sebagai amal baik untuk diri saya. Itu saja yang saya harapkan.
Saya berkongsi cerita ini bukannya nak tunjuk saya ni baik. Atau bukan nak riak. Saya cerita ini sekadar mahu berkongsi pengalaman dan apa yang saya rasa saja. Tak lebih dari itu.
Satu perkara yang saya kena beritahu anda ialah, kalau kita tolong orang yang dalam kesusahan, Allah pasti akan tolong kita balik. Jangan ingat kalau kita bersedekah atau menderma, harta kita akan jadi kurang. Tapi sebaliknya, Allah akan gandakan lagi harta kita tanpa kita sedar.
Dalam kes saya, walaupun saya hanya bagi sedikit saja wang pada muallaf dan pakcik tua tu. Tapi alhamdulillah, malam tadi, saya lihat pendapatan internet untuk hari semalam meningkat 2 kali ganda.Alhamdulillah.
Bukan sekadar itu, banyak lagi perkara lain (tak perlulah saya ceritakan semuanya) yang saya rasakan, Allah memang berikan nikmat yang lebih kepada saya berbanding hari-hari lain sebelum ini.
Sekali lagi saya ulang, saya cerita ni bukan nak berlagak atau menunjuk-nunjuk kebaikan. Tapi saya nak share pengalaman ini supaya anda semua dapat ambil pengajaran daripadanya.
Mesej saya kali ini cuma satu ;
Kalau ada orang datang meminta bantuan, atau ada orang minta sedekah pada anda, dan anda mampu untuk tolong, maka berilah pertolongan anda sebaik mungkin. Jangan banyak soal. Jangan fikir panjang. Jangan ragu-ragu lagi. Bantulah mereka sekadar kemampuan anda dengan seikhlas hati. Niatkan dalam hati bahawa anda buat itu semua hanyalah semata-mata mengharapkan REDHA ALLAH saja. Tak lebih dari itu. Semoga Allah terima kebaikan anda itu sebagai amal jariah.
Lepas tu, lupakan sajalah kebaikan anda itu.
Sesungguhnya terrrrlallu banyak kebaikan dan nikmat yang Allah akan kurniakan kepada anda tanpa diduga nanti. Percayalah…
P/s- Sedekah Mampu Menyembuhkan Penyakit (Klik Sini Untuk Baca Artikel)
.





















salam.
memang benar apa yg PKHT ceritakan dlm article di atas.
Allah akan melipat gandakan rezeki kita klu kita tidak bakhil,pabila ada org minta tlong segerakan dengan sekadar yg kita mampu,niat kat dlm hati,kita lakukan krn Allah.sbb sy sudah mengalaminya.memang benar terlalu byk…….nikmat Allah dtg tanpa diduga.Alhamdulillah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 22nd, 2010 at 10:57 pm
@salmi,
rezeki Allah itu maha luas,
dan Allah itu Maha Pemurah.
kalau kita tak bakhil dengan orang lain,
Allah juga pasti tidak akan ‘bakhil’ dengan kita.
(Maha suci Allah daripada sifat bakhil)..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam, apa yang penting adalah membantu sekadar mampu, bukan tunjuk2, tiada sangkaan buruk terhadap penerima, mengharapkan pahala dari Allah …
.-= Hisham´s last blog ..He studies in a mixed school in a foreign country and is asking about attending “sex education” classes =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 22nd, 2010 at 10:45 pm
@Hisham,
ya, paling penting…
lillahita’aala…hanya semata2 kerana Allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum.
`Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bhw Nabi saw bersabda: Barangsiapa yg menunaikan hajat saudaranya, ALLAH swt akan menunaikan segala hajatnya.’ (HR Abu Daud)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 22nd, 2010 at 10:42 pm
@AhliaAzharjaafar,
wa’alaikumussalam…
terima kasih banyak yaa ukhti atas hadith ini…
saya mencari2 juga hadith ini sebenarnya, tapi tidak berjumpa.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ske sgt dgn org yg suka menderma..ni ade org yg mcm annoying..dah derma pastu mulut nk bising..mcm nk lempang jer..dah derma,lekat dlm hati ni buat kerana Allah Taala..Allah yang bagi rezeki pada kita..so xsalah kte berkongsi rezeki tu untuk org lain juga selagi kita mampu dan kita dalam keadaan xsesak sgt..
Kalau kte bg rezeki kt org lain,Allah akn tmbhkan rezeki kte..jd xperlu risau..
tp kalau ada makcik2 or bdk 2 yg dtg mintak drma or jual kerepek kt kedai makan,xsalah kalau kte beli jer..insyaallah Allah akn nilai kebaikan kte mengikut hati kita yg ihklas.
ni x..ada yg siap kutuk2 ckp,syuhh syuhhh..kan malu tu org tu?xkesian ker?dibuatnyer dia memang org ssh..dah la kte xtolong dia,kte aibkan lak dia..
semoga mnjadi peringatan selalu buat diri saya sendiri dan org lain juga..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 22nd, 2010 at 10:38 pm
@arrin ahamad,
yer…semoga kita sama2 beringat.
actually, kalau taknak bagi pun, terpulanglah..
yang pasti, kita lah yang akan rugi besar sebenarnya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
alhamdulillah… saya salu nak bagi kalau org mintak mcm ni.tp tu la perasaan was2 jadi penghalang, kdg2 manusia pada masa ni nak ambil kesempatan…pastu bila nak bg.suami lak cakap jgn…cakap kat k.l ni mcm2 manusia ada …aduh mana satu nak ekot?? rasa hati atau…?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 22nd, 2010 at 10:33 pm
@suke,
Klu suami dah kata jangan, maka janganlah bagi.
Sebab mentaati suami itu lebih “aula” daripada memberi sedekah itu.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Semoga kita dapat bersama beramal dengan ikhlas kerana allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 5:01 pm
@roslina, begitulah hendaknya cik roslina..
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hindari penyakit dengan bersedekah…
maka benar Allah dalam sabda Nabi-Nya yg bermaksud : ” Ubatilah sakit kamu dengan cara bersedekah, peliharalah harta kamu dengan cara berzakat dan hindarilah bala dengan cara berdoa”.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:54 pm
@syda, terima kasih sahabat atas maklumat tersebut.kami amat menghargainya disini.
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
orang yang kedekut utk memberi/bersedekah sbb takut harta kita abis/kurang,maka dia TAK YAKIN bahawa sesungguhnya Allah lah yang menurunkan rezeki kepada kita.
(ingatan utk diri sendiri)
.-= wak´s last blog ..:: MengGeledah Dosa Lampau :: =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:43 pm
@wak, biarkanlah mereka dgn labu-labunya..huhuhu..
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ermm..sy ada mslh dgn org minta sedekah ni..ofis sy kt tepi jln raya..selalu sgt org dtg minta sedekah..dan yg dtg tu sihat walafiat..ade yg dtg dgn motor..kemudian buat2 tempang dtg kt sy ckp kena angin ahmar dan nk minta sedikit sumbangan..sy lihat dgn mata sendiri dia dtg dgn motor dan diletakkan agak jauh dr ofis sy..so sy suruh dia cr bos di bilik sebelah kemudian terus kunci pintu. Walhal masa tu bos xde pun.
Satu lg kes ada sorang lelaki yg sy agak umur pertengahan 30 an..beberapa kali dtg minta sumbangan..then sy ckp syarikat sy xbg sumbangan utk org perseorangan kecuali derma pd bln puasa dan juga pd org yg punya surat membuktikan mereka benar2 memerlukan sumbangan seperti yg ingin melakukan pembedahan atau sekolah2 yg ingin mengadakan aktiviti utk pelajar.
Kemudian dia dtg bawa surat ditamatkan perkhidmatan awam krn tindakan tatatertib. Dia ckp nk minta sumbangan sbb br kawin. Saya xbagi krn pd fikiran sy dibuang kerja krn tindakan tatatertib membuktikan bahawa dia adalah seorang yg tdk berdisiplin dan malas berusaha…kalau dia dtg minta kerja sy blh pertimbangkan..ini tubuh sihat mcm tu xmalu dtg minta sumbangan..bawak pulak isteri bersama untuk minta simpati.
Tapi untuk org2 tua yg sy lihat mmg tdk berupaya utk mencari rezeki mmg sy bagi la.. Apa pandangan pakar dgn tindakan saya? Adakah tindakan saya itu dianggap zalim?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:46 pm
@Leyna, jika hati ikhlas nak bagi..maka hulurkanlah ia dgn sekadar mana yang mampu..tapi jaganlah memberikan alasan yang tak munasabah sb anda tdk mahu bersedekah..
setiap manusia mmg ada pelbagai ragam..ada yang berniat jujur..ada jua sebaliknya. nmun percayalah jika kita ikhlas dlm melalkukan sestu hal pasti kita akan mendapat pahala itu dariNYA. ingat jgn sesekli melakukan kreja dlm keterpaksaan krna Allah tidak suka perkara itu sama sekali.
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Leyna Reply:
May 4th, 2010 at 1:24 pm
@surihati_ku, Hmm…sy xblh nk ikhlaskan ati bile terang-terangan org yg dtg tu menipu..sy berpegang pd prinsip golongan sebegini tdk blh dibantu agar mereka berusaha dgn cara yg betul utk mendapatkan rezeki, bkn sewenang2nya mendapatkan duit dgn menidakkan kesempurnaan tubuh badan dan kesihatan yang telah dikurniakan oleh Allah. Sy juga bimbang mereka mengintip kedudukan sy krn sy memegang jawatan di bahagian akaun dan selalu berulang alik ke bank. Untuk makluman, hanya saya seorang yang bertugas dlm pejabat, bos dan supervisor selalunya berada di bengkel bersama pekerja. Beberapa kes pukau juga pernah berlaku di kawasan berhampiran, itu yg membuatkan sy lebih berhati2.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Bagi saya, apa yang dilakukan oleh pakar adalah sangat kena caranya.lepas tu pula kalau kita dah bagi janganlah asyik dok membebel pula,kata macam-macam pada si peminta.anggaplah apa yang kita lakukan adalah sebagai tanggungjawab kita yang ada sedikit kelebihan.Moga apa yang kita lakukan Allah nilai sebagai amal kebajikan disisinya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:53 pm
@zamrimat9, begitulah kita sbg manusia..semoga amalan terbut akan subur di hati kita..
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
banyak yang dapat ilmu anda.boleh tolong saya cara-cara untuk hindarkan saka keturanan mengacau.saya amat memerlukan pertolongan dari mana-mana pihak.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Leyna Reply:
May 4th, 2010 at 1:05 pm
@norazmanila, hmmm…kena berubat la. kwn saya berubat dgn seorang ustaz kat paka, terengganu baru ni. Alhamdulillah..skrg dh pulih sepenuhnya. Tiada lagi gangguan. Dulu sealu meracau.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
jay Reply:
June 15th, 2010 at 4:20 pm
@norazmanila, salam, sy syorkan norazmanila cuba berikhtir dgn darus syifa di bangi (www.darusyifa.org) atau cuba dgn ustaz sarhan 017-6955909.wassallam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
pengalaman saya pernah bagi sedekah dekat orang yang datang rumah.tiap-tiap minggu dia datang.dia cakap dari Pattanni .Siap bagi resit ngan dokumen.satu hari saya pergi kursus kat HPA .jumpalah grup dari Pattani.semua orang kuat Pattani.Mereka mengatakan tidak memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk meminta derma dari malaysia.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikumwbh….
Dunia ini, milik pencipta kita, Allah swt. Setiap apa yang kita miliki adalah pinjaman semata2 termasuk roh dan jasad kita. Apalagi harta sedikit yang tidak ternilai langsung di akhirat jika tersalah guna kelak. Usah gusar atau bimbang dgn mempersoalkan sama ada benar atau tidak kita membantu org susah atau sekadar ditipu. Yakinlah setiap yang datang kepada itu, dijanakan atas kehendakNYA juga…sebutir pasir tidak akan mampu bergerak tanpa izinNYA dan rezeki dalam mulut kita jika itu bukan kehendakNYA, maka terluah termuntah jua….
Jika kita bersedekah kepada yang hak, pahala sedekah insya’allah menjadi milik kita, tetapi jika kita bersedekah kepada yang tidak hak atau ditipu, dua pahala di situ Insya’allah dengan rahmatNYA,..pahala bersedekah dan pahala teraniayai ditipu.
Patut atau tidak tidak timbul di sini…tetapi PATUT ker untuk kita persoal sedikit yang mahu disedekahkan…sedangkan itu harta bukan milik kita….diri kita juga bukan milik kita..yang kita beri itu tiada apa ..berbanding dengan jutaan pinjaman yang kita miliki hari ini dgn mewah sekali….
Kepada yang mampu bersedekah atau memberi….berbangga lah kerana di dunia ini, kita mampu menjadi tangan buat mereka yang memerlukan yang susah….yakni….penantara makhluk dan kebaikan dari Allah swt….
Bukan kah itu menjadikan tangan kita lebih baik?….Wallahu alam…
Jazakallah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:48 pm
@Humaira, benar kata sahabat..yang penting walau harta banyak mana pun jika kita tdk berkongsikannya pada yng lain pasti hart tu tak berkat kan..huhu..
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Dua pahala dapat….
Pahala sedekah….
Pahala di tipu………
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
masa saya masih belajar, saya pun pernah terkena..badan sihat dtg minta duit nak balik kelantan, saya pun bagi sikit..dia kata tak cukup..tapi saya kata, itu jer saya boleh bagi…dia hilang sekejap..tup,tup naik bas sekali pulak. Risik kat kakak sebelah…dia kata budak tu mmg macam tu…selalu buat macam tu….malas dan selalu meminta2
masa tu saya tak redha dengan sedekah yang diberi, rasa saya lebih memerlukannya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:51 pm
@MakTok Nia, huhu..tu dah macam penipu jer..huhu..lain kali hati2 yer, sebab ada sesetegah dri mrka ni suka mengmbil kspamtan dari kebaiakn kita..huhuh..
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Pada pandangan saya,
Sila berfikir dulu sbelum bersedekah…
- Saya pernah lihat peminta sedekah yang budak2 tak sure laa samada bangladash ke myanmar ke… hulur cawan plastik, ade mak tgh dukung anak minta derma dan biasanya bole dlihat di masjid2 time solat Jumaat… Sebab, selesai solat Jumaat di Masjid Jamek KL, ade jugak bebudak ni minta sedekah dan ramai gak laa yg menderma.. So, bila petang saya masih di karangan gerai2 masjid jamek area nak ke masjid india, saya terserempak ngan group budak2 ni tengah berjalan sambil makan Mc Donald dan memang nampak MERIAH!!
Respon peniaga2 di situ, memang perasan xtvt diorang dh lama cuma malas nak cite dan amik tindakan (Standard arr sikap orang kita)… Dan lagi, mereka bukan bersyukur dengan kemuliaan orang kita yang mudah bersimpati tapi DIKUTUK kononnya orang kita SENANG DITIPU… DIPERBODOHKAN dan lain2 nya… Ikhlas dari hati Seorang Bangla yg keje nye bagi flyers jakel kt area gerai2 tuu…
saya rasa ramai yang tau, kumpulan2 peminta sedekah ni ade kepala mereka dan mereka siap dihantar dan dijemput pulang… Berhati2 laa kgkawan sekalian, bukan niat saya utk tidak menggalakkan menderma tapi kita seakan2 menggalakkan ‘mereka’ meminta sedekah… Lebih baik kita derma di Masjid, lagi pasti duit tu kemana pergi nya…
Maaf kalo ade terkasar bahase…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:50 pm
@Hafez, ya, benar ada sesetegah dri mrka suka mengambil kesempatan. Namun apa pun ikhlaskan hati jika kita bersedekah..jagan memaksa diri jika kita tak mau malakukannya..
terima kasih atas maklmat tu.kami amat menghargainya disini.
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hhhuhu sedekah..tak semestinya dgn wang ringgit jer..banyak lagi cara lain tuk kita sedekah ..bantu mereka ngan tenaga pon kira sedekah jugak kan..
apapun sedekah amat digalakkan..apatah lagi dapat dijadikan namalan seharian..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
April 28th, 2010 at 4:52 pm
@ocean, Alhamdulillah jika begitulah cara khdupan kita pasti rezeki dan khdupan kita akan di berkati olehNYA. AMIN.
.-= surihati_ku´s last blog ..Petua untuk dapat anak perempuan atau anak lelaki =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Jk ikhlas..insyakAllah.
1.Namun ada peminta sedeqah tegar muka dia shj di masjid tu setiap jumat setiap tahun.berpanjang tahun..kesian pun ada ..meluat pun ada.Dah jadi kerjayanya pula setiap jumaat kat situ.
2.Di masjid yg sama..bapa yg sehat dan bugar menghantar ank yg sehat dan bugar tiada cacat menaiki motor ke pintu pagar masjid untuk….meminta sedekah. Aduh macamana erk..
(Masjid ini kwsn org kaya dan elite)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 27th, 2010 at 4:06 pm
@Tokmuda,
Baru pagi tadi,
saya menonton rancangan ‘Tanyalah Ustaz’ di TV9.
Menurut ustaz tersebut,
“Sungguhpun kita dibolehkan untuk menderma kepada sesiapa saja termasuk kepada pelacur atau perompak,
tetapi kita kena memilih kepada siapa yang patut kita berikan sedekah atau derma.”
Jadi, terpulanglah pada anda.
Kalau rasa diri ditipu atau ragu2, tak usahlah bagi.
Kalau rasa ada sindiket, terpulanglah, nak beri ker tak nak beri.
Cuma pesan saya,
jangan pula disebabkan sikap TERLAMPAU BERHATI-HATI kita tu,
membuatkan kita SUSAH untuk menderma/bersedekah.
kalau begitu jadinya, maka kitalah yang RUGI sebab berkira-kira sangat.
Kalau tanya saya,
saya lebih suka untuk latih diri saya menderma kepada SESIAPA SAJA sekadar kemampuan saya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
org yg mengaku muallaf tu sbnrnye da lame die dok kat msjd um tu.. sy selalu gak solat kat ctu dan saya selalu perhatikan die.. sy bukn nk sgka buruk dgn die tp saya boleh judge die dr ape yg sy nampak.
Sejak tahun lepas dia dah ada kat situ. saya pun dah 2,3 kali die mnta duit. kali pertama saya pn bagi tp yg seterusnya sy tak bagi sbb keje die mmg asyik mnta2 mcm yg disebutkn di atas.. pernah skali saya perasan die tgh bilang duit.. duit hasil “sedekah” die sepanjg hari agknye.. byk sgt sy nmpk.. hmpr sume rm5.. lebih dr ckup tuk mkn 1 hari!!
sy yakin hasil die mnta hari2 ckup utk tmpung die hidup.. tu yg die tak bekerja.. padahal kalu kite tgok die sgt sihat utk bekerja!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 28th, 2010 at 1:31 am
@zhab,
terima kasih atas info yang diberikan.
sebetulnya saya tak tahu mengenai muallaf (yang menipu?) tu,
jadi, saya berikanlah sikit sebab dia dah minta.
kalau begitulah keadaannya,
maka saya memang tak akan beri lagi dah,
lebih baik saya masukkan saja duit tu dalam tabung masjid daripada bagi pada orang yang menipu sepertinya tu.
TQ for the info
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Terus terang saya kata, saya takkan derma pada orang yang membawa seseorang (cacat, buta etc..). sbb bg saya orang yang bawa tue kan berkemampuan untuk bekerja.. kenapa tak cuba cari keje je.. kenapa mesti kejekan orang yang kurang mampu itu?
Sekadar pendapat saya sahaja.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mm..kalu ngah ader rezeki y lebih, sy bg jer…
apa y dorg dibuat dibelakang tu, mls nk amik tahu…
Wallahu’alam..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
nice..(“,)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mm..mintak pendapat kwn2 yg lbh tahu,yang mane lbih digalakkan samada berbelanja utk adik beradik/famili atau bersedekah kpda yg memerlukan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ya..orang dah minta, beri sahajalah sekadar yang mampu, tidak payah persoalkan, nak beri…berilah…tidak mahu itu semua urusan hati…hari ini hari dia….. esok lusa…siapa yang tahu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
btl.btl..sy pn ada satu pengalamn orang mintak duit nie..ada satu petang,masa sy br balik dari temuduga kerja.blk naik bas la masa tu..dalam perjalanan dr teluk intan ke tempat sy,tiba tiba ada sorang pakcik tua naik bus n nak ke satu tempat.tp duit dia tak cukup nak byar tambang.so,disebabkan masa tu penumpang just ada 3 orang jer termasuk saya n kbetulan sy duduk di kerusi hadapan,pakcik 2 pun tgk sy dengan wajah yang simpati.terus sy hulurkan rm5.pakcik tu pun mengucapkan terima kasih n bersalam dengan saya atas bantuan sy td n trus duduk di kerusi blakang.bus pun teruskan perjalanan.dlm 15 minit perjalanan,apabila sy menoleh blakang,pakcik td dah takde kat tempat duduk blakang..sampai sekarang perkara tu sy mash ingat.alhamdulillah,selps itu,sy mendapat kerja yang bagus mgkn rezeki yang diberi oleh allah atas balasan sy menderma kpd pakcik tu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
menarik artikel ni..
ada betulnya..mungkin pihak berkuasa perlu lebih peka.. mereka yg mengambil kesempatan utk menjadikan ‘peminta sedekah’ itu sbg kerjaya @ jalan mudah utk dapatkan wang perlu diberikan nasihat @ kesedaran. ini kerana sikap tidak bertanggungjawab kumpulan2 spt ini akan menyebabkan golongan yg sewajarnya mendapat bantuan dipinggirkan..masyarakat penyayang dan prihatin akan pupus oleh kerana serik dan terlalu berhati2 apabila kerap di tipu..
apapun, sekiranya kita tidak mahu tindakan kite menderma di tepi2 jalan disalahgunakan kita boleh terus menyumbang ke badan2 kebajikan, ke tabung2 bencana, pusat2 penjagaan @ mana2 individu yang kita tahu sememangnya mereka fakir/memerlukan bantuan kewangan @ lain2 bentuk bantuan…secara online juga boleh..insyaAllah..
marilah sama-sama kita membantu golongan yang memerlukan..
((asalkan kita ikhlas.. sekiranya org itu menipu..ingatlah Allah tetap melihat perbuatannya))
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
jika ada yang menyapa meminta bantuan, beri sajalah tanpa ada syak wasangka.. walaupun yang duberi hanya seringgit, ia tetap di nilai.. mungkin ia adalah ujian dari yang maha ESA mana lah kita tahu? mungkin ALLAH ingin menguji tahap kesyukuran kita dengan berkongsi rezeki dengan orang lain.. ALLAH telah janjikan harta yang kita keluarkan melalui sedekah dan zakat, akan ‘dibayar’ balik kepada kita dengan berganda.. manakala harta yang tidak dibersihkan dengan zakat, akan memusnahkan harta2 yang ada..
menderma sekarang ni telah dijadikan industri dan kerjaya bagi sesetengah orang.. saya pernah ditawarkan ‘kerja’ minta derma ni.. saya akan dapat 50% dari hasil kutipan derma tersebut.. dan baki 50% lagi baru akan diberi kepada rumah anak yatim dll.. bila dengar mcm tu, saya tolak tawaran tu sebab saya tak pasti status rezeki yang akan saya terima tu.. saya rasa seolah2 saya telah mengkhianati orang2 yang telah memberi derma tersebut.. jika saya sendiri menderma pun, saya menyangka 100% yang saya beri tu akan sampai kepada tempat yang sepatutnya.. jika ianya telah dijadikan kerjaya, tak tahulah macam mana.. orang yg mempelawa saya tu, memang hidupnya mewah ialah hari2 dapat duit.. namun hati saya tertanya, halal kah rezekinya itu??
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya cuma sedekah kalau orang tu menjual sesuatu. Sebab saya tak mau galakkan orang yang tahu meminta tapi tak mahu berusaha. Di area City Point Alor Setar ada seorang OKU yag menjual tisu (RM 0.20) dan kipas mengkuang (RM 1). Kat pasar malam Tanah Merah Jitra pun ada OKU juga menjual minyak gamat ( RM 1). Saya akan ambil satu barang dan tinggalkan duit yang lebih dari harga barang. Contohnya untuk tisu berharga RM 0.20, saya akan beli dengan harga RM 1. Kalu harga barang tu RM 1, saya akan beli dengan harga RM 2 atau lebih bergantung kepada duit yang saya ada. Selain memberi dorongan untuk mereka terus berniaga, saya juga dapat bersedekah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
apa yang kita bagi bersangka baik lah..anggap lah mereka tue memerlukan .sedekah tue bukan sahaja harta benda senyum juga merupa kan sedekah..sesungguh nya Allah nak melihat kebaik kan kita.untuk kita menbawa bekal di akhirat nanti.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
Org miskin yg dermawan,Allah lebih suka dp org kaya yg dermawan.
Bersedekah diwaktu kita susah dan sgt2 memerlukan, lebih mendidik hati jd dermawan dan pahalanya lebih besar dp dilakukan ketika kita senang.
Kalau kita berkira dgn orang,nanti rezeki kita pun Allah “kira”hehehe…selamat beramal…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mmg bnr apa yg d’ktakn dlm artikel tu
cme mngapa sdekah dlm bntuk wang jke tkot d’tpu?
bkn kh ktew bleh m’derma dgn cre lain
sprt; bri mknn
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
klau tkot d’tpu
b’sdkah lah dgn cre yg len
cnth: bri mkanan ke
x pn snyum:)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bersedekah adalah sebagian dari kewajiban umat muslim untuk membagikan sebagian hartanya bagi orang yang tdak mampu. karna sebagian harta orang yang mampu itu adalah sebagian dari hata orang yang fakir dan orang miskin .
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bagi saya la..
tak kisahlah orang yg mintak kat saya tu nak tipu wit saya ke..
tapi kalau ada wit lebih insya allah saya akan bagi..
biar lah dia nak tipu ke apa…yg penting kita dapat pahal sedekah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]