Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSejak akhir-akhir ni banyak betul cerita yang menyentuh hati yang saya terima dari pembaca setia blog ini. Semalam, saya menerima 1 lagi cerita @ kisah benar yang betul-betul membuatkan air mata saya meleleh keluar.
Saya memangis mungkin sebab membayangkan penulis adalah diri saya. Saya baca kisah ini sambil mengenangkan ibu saya yang disahkan menghidap kanser baru-baru ini. Aduhh…memang betul-betul membuatkan hati saya begitu tersentuh dan tak keruan…

Bacalah kisah di bawah ini dengan penuh penghayatan…
Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.
Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.
Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .
Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.
Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.
Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja. Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.
Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UiTM (masa tu masih ITM) Shah Alam, jurusan elektrik untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, mak cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik…aku tanya mengapa pulak. Mak kata ada surat kat depan ry. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia… “lepas dah anak mak 2 orang. Tinggal 2 lagi tu, tak tau macam mana.”
Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu, abang sulung aku yang tanggung. Masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. Masa aku tingkatan 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik semuanya lelaki. Abah la orang paling gembira. Dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, aku tengok abah yang mengasuh adik, lebih dari mak. Syukur pada Allah, harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.
Namun, setahun selepas adik lahir, mak jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit mak tak sembuh-sembuh. Abah bawak mak pergi ke Hospital pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan.
Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.
Mak setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik perempuan yang masih kecik. Apa nasib adik bila dia dah takde nanti. Aku cukup tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “Mie… nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu jer. Mie…. kain batik mak ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang, bukak ambik”. Air mata memang tak boleh tahan.
Sampai masa, mak terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu, tangguh dulu pelajaran aku. Aku balik kampung, kena jaga adik. Lepas operate, mak dah mula jadi lemah. Kesian sangat aku tengok, doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah.
Lepas 2 minggu mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital Jengka. Bermula hari tu…keadaan mak makin hari , makin teruk. Seminggu mak ditahan di hospital.
Kemudian, doktor bagi balik, keadaan mak dah elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duduk kat rumah, pastu abah terpakasa bawak mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, mak akan terus muntah.
Doktor kata, penyakit mak dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital, mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. Tapi masa tu mak masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Dia tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak-gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok mak. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. Semakin hari, keadaan mak semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk cuti satu semester. Abang aku yang di jepun pun balik.
Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam-pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, pemikiran mak dah menjadi tak berapa normal. Dia dah tak kenal dah orang yg pergi melawat dia, kecuali hanya anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan mak di hospital Jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.
Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami lelaki, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran sebab kami takde adik-beradik perempuan (kecuali adik). Lagipun mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.
Akhirnya, kami bawak mak balik ke rumah. Sebab mak kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang mak dah takde harapan. Bila mak sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka. Apa yang dia sebut, kami cari. Kami ambik semua baju baru mak, kami pakaikan pada dia. Mak sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia semakin membesar.
Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas mak tersekat-sekat. Masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu. Seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.
Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda-tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan mak setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.
“Mak… emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum.” Banyak lagi aku nak sebut pada mak, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi mak, kami cium kaki mak. Air mata mak mengalir. Kami letak adik tepi mak. Bagi mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok adik. Kesian adik, lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. Tak dapat merasa kasih sayang mak lagi. Mak bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi mak. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan mak. Tak nak mak terseksa lagi. Tak lama, mak sesak nafas, abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian…betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘mabuk kematian’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.
Akhirnya….
“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ”
Ibu tercinta pergi buat selamanya………
Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini….. linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.
INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA.
Sekian, semoga kita semua dapat benar-benar menghargai ibu kita. Hiburkan hati ibu, gembira kan mereka selagi mereka masih hidup. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh atau solehah yang dapat membuatkan mereka berbangga memiliki anak seperti kita.
.




















blinangan airmata baca entri kali ini…..:(
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:17 pm
@iidyll, sesekali jasa ibu nd bapa perlu juga di kenag selalu.tanpa mrka sapalah kita di dunia ini
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
macherz Reply:
July 15th, 2010 at 12:45 pm
Bace artikel nie teringat kisah aku…aku baru berkahwin bulan 12 ari tu…3mggu lepas aku kawin mak aku kembali ke rahmatullah sebab sakit kanser hati…xsmpi 2mggu mak aku pergi ayah aku pulak pergi tinggalkan kami adik beradik…time tu aku masih di tahun akhir pengajian…hanya Tuhan jela tau camne au nak control prasan n truskan pengajian…aku baru kaawin xsempat nak manje2 dgn dieorg pas kawin xsempat suami aku nak knal arwah btul2…tapi aku redha…tapi smpi skang aku masih sedih….kpd yang msh ada mak ayah..hargailah…kalo mereka da xde satu keberkatan dlm idup kite pun da ilang iaitu “doa” dr mereka…mereka plak perlukan doa dr kite sbg anak…Al-fatihah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
adi Reply:
September 8th, 2010 at 4:52 pm
mm btul tu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam begitu terharu dan sedih membaca kisah ini. Semogna memberi iktibar kepada kita semua dan kisah ini kita jadikan pedoman dalam hidup kita.
Bertuah ibu dalam kisah ini mempunyai anak-anak yang bertanggungjawab dan begitu perihatin terhadap ibu mereka.Takziah diucapkan dan Al-fatihah amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
sedih sggh baca citer ni..
jasa ibu x ternilai dan tiada galang gantinyer
.-= mamaizzya´s last blog ..Hari hari adalah hari bapa =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:18 pm
@mamaizzya, sebab dia hayalah satu tiada dua..dari itu hargaillah mrka selagi hayat mrka msh ada
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
teresak2 saya membaca entri ni..sdh sgt2….moga kite same2 dpt membalas jasa ibu bapa kita smpai hujung nyawa mereka…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:18 pm
@put, harap-harap begitulah hendaknya sahabatku
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
besyukurlah pde ynag msh punya ibu bape…kasih dan sayangilah mereka..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:19 pm
@bintuawang, turutulih kehendak mrka seperti mana mrka menuruti khdak kita swktu kita msh keci lgi
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sebak..
ibu memang tiada galang gantinya..
.-= ibuintan´s last blog ..Lupa dan terlupa =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
abdullah Reply:
June 20th, 2010 at 12:13 am
aku sungguhterharu dgr citer ini.hampir sama dengan saya yg menanti anak yg kelima.harap2 lah perempuan.empat org semuanya lelaki.moga2 kita semua sabar setiap ujian allah.allah bersama dgn orang yang sabar
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:22 pm
@abdullah, orang rumah hamil ya, tahniah dari pihak kami. semoga kehamilan tsbut bjlan dgn lancar.llki @ perempuan itu ttak penting yang perlu ia slmat Alhamdulillah sb tak smu org nak merasai kehamilan msh tdk dapt lagi. Syukurilah atas nikmat dan rzki yang di beri.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
abdullah Reply:
September 1st, 2010 at 10:11 am
alhamdulilah.dah scan baby perempuan.baru boleh beli pakaian warna pink.tapi takut pulak nak pelihara baby perempuan.takut besar2 g ke lombok pulak. moga2 allah kurniakan anak2 penyejuk hati ibu bapa.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:20 pm
@ibuintan, kasih itu mmg sukar di cari ganti.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sdeh bc entry ni…
berlinangan air mata bc…;(
sayangi, hargailah ibu ayah kita selagi mereka msh ada..
.-= nora´s last blog ..ISRAEL LAKNATULLAH menyerang kapal bantuan ke GAZA =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aman Reply:
June 20th, 2010 at 2:23 am
salam….pengorbanan ibu dan bapa memang xmmpu dibayar ngn wng ringgit….hargailah mereka……….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:23 pm
@aman, bnar tu kawan..walau kita letak segantang emas..jutaan berlian sekalipun ia tdk blh sama dgn pengorbanan kita thdp mrka. kasih ibu ayh kasih yg sejati.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:24 pm
@nora, selalulah beri perhatain kpd mrka kala usia mrka sudh lanjut..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cerita ini amat menyentuh hati saya, terisak-isak saya ketika membacanya, teringat kepada arwah ibu saya dimana saya tak sempat untuk menatap wajahnya yang terakhir, Alfatihah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:31 pm
@nik, Al-fatihah..pada insan yang telah pergi.semoga roh mrka akan mersa tenang d sana
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
putrisalju Reply:
August 21st, 2010 at 8:33 pm
Bersyukur walaupun aku bertugas di tempat jauh aku masih berpeluang menatap wajah ibu bapaku buat kali terakhir buat selamanya.Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Al-fatihah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya bangga dengan anda!Anda adalah anak yang soleh, semoga Allah membalas jasa anda menjaga ibu anda..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
nak nangis aku huhuhu… semoga allah mencucuri rahmat ibu beliau.. amin…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tak sanggup nak bayangkan hidupku tanpa ibu…A love so complete,someday must leave and must say goodbye…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:52 pm
@sarah, sebab ada ibu maka adanya anak dimuka bumi ini
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
speechless..berlinangan air mata aku bc kisah ni..terbayang wajah mak..
‘mak, akak sayang kat mak’
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:32 pm
@ina, kasih anak dgn ibu mmg agak sukar dilupkan sampi bila2
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
insaf sgt bile bace entry ni.tkziah buat penulis cerita ni..thanx sbb sudi kongsi pengalaman suci ni.seriously sgt terharu…smg arwah ibu penulis ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.amin dan al-fatihah.
.-= mayy´s last blog ..my mummy n my daddy..i wont leave u. =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 7:00 pm
@mayy, begitulah kasih naka thdp ibu yang tercinta…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Kasihnya ibu membawa ke syurga kasihnya saudara masa berada….itulah pepatah yg seringkali kita dengar…mmg benar pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya…Hargailah dan sayangilah ibu sementara ia masih ada kerana kasih syg yg dicurahnya tak sama dgn apa yg dpt seseorang anak berikan…seorang ibu sanggup berkorban harta dan nyawa demi kepentingan anak2nya. Al Fatihah buat ibu mertuaku jua ibu2 yg telah pulang ke rahmatullah..Moga2 mereka di tempatkan di kalangan org2 beriman…aminnn
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedih….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:59 pm
@melz, layarkan doa buatnya.Al-Fatihah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sayunye entri kali nie… T_T
.-= mr.eims @ perfume´s last blog ..Original Perfumes Currently On Stock =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:59 pm
@mr.eims @ perfume, hatiku tersentuh layu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sedih gak baca citer ni…tp syg aku msh mempunyai emak tp emak aku lebih kan adik2 yang lain..hati ini yg sedih
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:33 pm
@rose flower, jaganlah bgtu buruk sangka dgn ibu anda.walaubagaimanapun ia ttp ibu anda.hargailah dia..kasihanilah dia smtra dia ada di depan anda..klk jgn myesal d kmudian hari anda juga yg rugi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya amat terharu dan menitiskan air mata membaca entry ini, kerana saya dapat berkongsi bagaimana step by step menjaga pesakit kanser ini, tidak sampai 2 bulan, kami sekeluarga mendapt tahu, suami saya menghidap ketumbuhan dalam otak, grade 3, sudah banyak tempat menolak untuk pengubatannya kerana kedudukan tumournya agak complicated dan agak lewat, termasuk HKL, Hospital Queen Elizabeth Singapore, Hospital Pakar Kanser di Nilai dan kini kami menunggu jawapan dari sebuah hospital diAustralia.
Bukan mudah untuk menerima hakikat ini, saya harus tabah dan kuat semangat demi suami dan anak2. Saya terima ini sebagai satu suratan takdir dan dugaan dari Allah untuk menguji kami sekeluarga.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cerita ni….hampir 100% sama dengan apa yang kami alami……redha kan kematian ibu..itu lebih baik daripada kita menyaksikan kesesksaan menanggung kesakitan..Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurgaNya..amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:30 pm
@emma, oh ya ke.semoga mrka yang pergi akan merasa hatinnya aman takala melihat kasih anak yang melimpah thdp ibunya semakin mencurrah2..
kasih ibu akan kekal d sanubari jasamu di sanjung tinggi
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
:’( sayu dan sedih..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
berlinangan air mata sy..bila membaca citer ini. tahniahlah buat penulis kerana sanggup berkorban utk mak.
kasihnya ibu membawa kesyurga dan
kasihnya ayah membawa bahagia.
.-= zue´s last blog ..Terlewat dan Terawal. =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:28 pm
@zue, itulah tanda kasih yang di bawa hingga ke akhir hayat..akan di kenang pada yang tlah pergi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sayu sedih
gembiranya mak dan ayah yg punya anak2 yg abil berat pada kedua org tuanya ….alhamdulilah penulis kerana dpt balas jasa emak wlaupun bukan dgn wang ringgit tu lgi bernilai darinya ….semoga ia di tempat bersama2 org yg beriman…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:28 pm
@awang, pasti hati ibunya akan tenang disana kan sb dpt tgok anak2 dia kesemunya hampir bjya dlm hdup..
bgtulah sjuk perut ibu yang mengandungkannya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedihnya…
sy pon bru khilangan ibubapa serentak dlm 1 kemalangan..
memg sy redha tp ada msnya kdg kala pilu menyelubungi hati..
hanya allah yang tahu..
manakan ku cari ganti…hari2 yang berlalu sepi….tercari2…
andai masa dapat diputar kembali..andai nyawa dapat ditukar ganti….
Ya Allah…ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku…tempatkanlah mereka dikalangan org2 yang beriman…Al fatihah!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:27 pm
@cik ayu, Allah Hu Akbar.satu berita yang amat menyedihkan dari pihak kami. ya semoga bahagia meka akan ti tempatkan org2 yg beriman.
sabarlah shbatku..dia telah di jemput pergi..kita yag disini layarkanlah doa padanya stiap hati..slpas solat moga hati2 mrka akan tenag di sana.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mengalir lagi air mata ni..wlwpn berkali2 membacanya..mengingatkn kisah yg hampir sama dgn arwah mak busu sy..
utk sume jagalah kesihatan..lagi2 anda d klgn family yg ada history penyakit spt ini…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 6th, 2010 at 10:25 pm
@ati, sungguhpun itu bhgian masing2 namun yang pasti jika ajal sudah menjemput pasti ia akan pergi jua
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam…sedihnyer sy bila bc criter ni..btol,bile sy letak diri sy sbg mie ni,sy lg sedih..bygkn diorg adik bradik llaki yg jg mak…bt mie,bykn bersabar.. :’(
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:58 pm
@LiLy SuHaiLi, suri pun begitu jua..sdh…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.. sedih..saya telah kehilangan ibu sejak 13 tahun yang lalu.sesiapa yg masih ada ibu,hargailahnya.kehilangannya tiada ganti..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sooo sad…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:55 pm
@najihah, setiap insan ada bahagian masing2..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.
AlhamduliLlah. terima kasih kepada yang menkisahkan cerita benar ini. ianya mengingatkan saya kepada ibu saya yang telah pergi pada tahun 2001. jalan ceritanya sama seperti saya. cuma saya sedang belajar di upm, tinggal di kampung yang sangat miskin dan ibu pergi kerana heart attack kemudian disusuli dengan stroke.
terima kasih sekali lagi.
.-= wan mohd noor´s last blog ..Kem Mukhayyam Permata Terbilang Pelajar PMR SMKA Wataniah =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:56 pm
@wan mohd noor, sabarlah sahabat..setiap ujian dan dugaan ada hikmahnya.
cekalkan hti.kuatkan smgat dia sentiasa mendoakanmu di sana
suri amat bersimpati atas apa yng telh berlku..sabar ya sahabatku..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
slm…sedihnye….mak saya dulu pun kene kanser….tp alhamdulillah dpt kesan awal n skrg ni da sihat….sejak peristiwa2 saya makin rapat ngan mak dan sgt mghargai mak…bile dgr kwn2x xde mak,saya syukur sgt sbb masih ade mak lg…skrg ni ape je yg saya nk buat saya akan dapatkan nasihat mak dulu….syg mak sgt…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:54 pm
@yana, jagalah dia semasa ia di samping kita.sementara mata kita dpt melihtnya. gembirakanlah hatinya spjg hayat dia pasti tu sudah pasti buat dia senag sllu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sebak dada ni bila bc kisah2 ni…mcm ader kene ngena dgn kisah hidup aku….bezanya cuma mak aku koma akibat darah tinggi…x de peluang utk kami sekeluarga menjaga dia swktu mak aku sakit…terus pegi tinggalkan kami buat selama-lamanya….Al-Fatihah utk mak tersyg..semoga rohmu dicucuri Rahmat Yang Maha Esa…Amin..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
July 18th, 2010 at 6:53 pm
@irdina, Allah..Tuhan lebih sayangkan dia..kami disini amat sedih juga atas pemergian dia..sabalah sahabatku..bykan doa buat dirinya disana ya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya pun kehilangan kedua ibu bapa jugak.mereka adalah kurniaan yg paling berharga buat kita.bila dah takde baru terasa azab kehilangan mereka.hidup ni rasa kosong je..setiap saat teringat kat mereka lebih2 lagi kalau ada masalah.bagi mereka yang masih ada mak bapak..hargailah mereka sepenuhnya..sebab kalau mereka dah takde..menangis airmata darah sekalipun dah tak guna.mereka takkan kembali lagi..Al fatihah..semoga mereka ditempatkan bersama org2 beriman di syurga Mu Ya Allah..Amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam. Tak terkata selepas habis membaca entri ni. Pengorbanan ibu yang sukar untuk diganti tetapi pendidikan yang ikhlas telah membuatkan anak-anaknya menjadi anak yang soleh memberikan bakti yang terbaik selama ibunya masih hidup.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedih baca cerita awak..menangis saya dibuatnya..semoga ibu awak ditempatkan bersama org yg soleh..semua org sayangkan ibu tapi kadang2 kita selalu lupakan dia..bila dah takde baru menyesal..jgnlah aku jadi macam tu..insyaallah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
emm suka sangat baca cerita ne…memang sedih..air mata pun x segan2 keluar..teringat mummy d rumah,abah…n pengalaman bagaimana berurusan dan menjaga pesakit kanser d wad…memang amat menyayat ati..melihat ketabahan mereka walau pun mereka amat sakit….semoga kisah ini dapat memberi keinsafan kepada kita semua ….amin…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
pd saudara emie sekeluarga, byk2 b’sbr… Tuhan lbih menyayangi arwah.. Doa dari ank2 yang soleh amat2 arwah hrpkan.. al-Fatihah,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
MEMANG SDIH NYA CTEW NI MEMANG MELELEH AIR MATA TERUTAMA MASA TUNGGU BUKA NI….AKU RASA RNDU PADA MAK AKU NI…………..KAWAN2 BERBAKTI LA PADA IBU KITA YA INGAT TU NI LA MASA KITA NAH BALS JASA MAK KITA YANG TELAH MELAHIRKAAN KITA..INGAT TU.JANGAN SAMPAI KITA TAK SEMPAT NAK MELAKUANNYA…..PERCAYALA JIKA ITU YANG BERLAKU ADA PASTI AKAN MENYESAL..INGAT TU YA KAWAN2………
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
vcxfvdfdg
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
memang meleleh lah air mata baca citer ni..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
huhu ~ sedey . belenang aer mate . =.=
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
belenang aer mata . =.=
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Memang sedih dengar cerita nie.cerita nie menyentuh perasaan saya bila kenangkan ayah dan ibu saya.Abahku excident langgar lari.sakit selama 2 bulan dan pulang ke rahmatullah pada 20/12/2007.manakala ibuku tinggalkan aku setahun setelah abah tiada.ibuku pulang ke rahmatullah pada 24/12/2008.Kasih ibu bapa yang tiada pengganti.Janganlah abaikan mereka semasa hayatnya masih ada.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
takziah buat penulis…saya juga baru kehilangan ayah pada mei lepas akibat kanser darah…ayah pergi slps mendapat rawatan kemo yg pertama..terasa kehilangan yang amat sangat sehingga ke hari ini…pergi yang tak kembali…Al Fatihah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
syurga di bawah tapak kaki ibu.sayangilah ibu kita
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ibu adalab anugerah yang tidak ternilai di muka bumi ini….ibu adalah insan yang amat mulia di sisi Allah…setiap jasa dan pengorbanan yang telaqh diberikan oleh ibu tidak mungkin kita dapat membalas dengan setiap wang ringgit yang kita perolehi…jasa dan pengorbanan mu tidak mungkin ku lupa hingga akhir hayatku….ibu,ketika mu mengalirkan airmata kerana perbuatan ku,hatiku sakit bak ditusuk pisua yang tajam…hatiku menangis ibu…tapi apakan daya ku,aku tidak sempat melihat wajah mu wat kali terakhir ibu…aku menyesal seumur hidup ku……ingat la wahai teman2..sayangilah ibu kamu ketika dia masih bernafas….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sebak n sedihnya bila baca entrini..blinangan air mata..betapa besarnya pengorbanan ibu kepada anak2nya..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Amin..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.. separuh citer air mate dah laju je turun…ya allah sedihnye.. tak sanggup nak hadapi kehilangan abah atau mak.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul… kite je yg tahu sedihnye klu mak abah kite tak de… sesungguhnya Allah maha mengetahui segala2…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Memang sedih…tapi yg konfius sikit kat mentakab ada hospital pakar ke? aku ni orang mentakab
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
meleleh air mata aku baca cerita ni.sedih sgt.ttba teringat masalah yg sedang melanda keluarga aku.kecilnya hati seorang ibu tatkala anaknya berkata yg dia ingin berhenti belajar dan mahu kahwin.fullstop.segala nasihat sang ibu ditepis.lantas di mana lagi nilai seorg ibu di mata anak?terciumkah nanti sang anak akan bau syurga?mohon ditunjukkan jalan yang benar oleh-Nya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedih
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum…
hmmm sdihnya ak baca cite nie..
pngorbanan seorg ibu..terlalu bnyak pngorbanan ibu..
walaupn sakit tp xtunjuk coz xnk anak2 sdih tgk ksakitan yg dialami..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
bile aq bc cerita n aq teringatkan maklong aq yg mninggal psl kanser pankreas, ktorg x prnh tngglkn dia dok seorang sejak dia fist kener tahan kt wad.. x snggup rsnya tngok dia menderita bile doc slalu ambk drah.. wlapun dia hanya makcik, tp kepergiaan dia ttp dirasai, sbb dia yg jg ktorg adeq bradek dr kecik… seemoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
kisah ni hampir sama ngan kisah hidup ak..mak ak mninggal sbb kanser hati..series hmpir sama..ak baca skali imbas je..ak tau rasa sedih tu..tuhan je y tau..al-fatihah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
3
0
[Balas Di Sini]
ni xmcm kire membunuh kew?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yana Reply:
November 4th, 2010 at 10:25 am
npe ckp cmtu kay…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
AsriMN Reply:
December 1st, 2010 at 4:49 pm
@KAY, Hurmm.. Aah kan.. Ada keraguan di situ… Pada pendapat aku la,, pada pikiran aku yang masih jahil dengan ilmu agama ni, macam membunuh ja, kan KAY. Ape2 pun, Al-Fatihah untuk ibunya..
.-= AsriMN´s last blog ..Betul ke Cara Kita Ucapkan Salam =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cerita ini mengingatkan nurani kepada ibu yang banyak berkorban untuk nurani sekeluarga… kalau boleh nurani tidak mahu jauh dari keluarga nurani.. tetapi nurani terpaksa berjauhan demi mencari ilmu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hmmm,,,,sgt2 sdey bce cter nih…
ak xley trme if mak ak pergi dr dunia nih…
ak nk bbkti pdnya sblm dy pergi…
i love you mummy….=’(
.-= rinie´s last blog ..Kisah isteri hendak berlaku curang Mesti Baca =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
cerita ni exactly mcam kisah aku.. tapi nasib aku menimpa ke atas abahku..
i miss my dad.. al-fatihah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
alhamdulilah pd yg menulis kerna dapat menjaga n membalas jasa seorang ibu n dapat rasa nilai kasih sayang ibu…tp saya x sempat nk buat ape ape mak saya meninggal masa umur 5 tahun…..x dpt nk lalui spt yg saudara lalui…saudara bertuah sangat….semoga ibu saudara berada dikalangan kekasih ALLAH…AMIN
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
sgt sedih..
sy teringat ble first time mak sy pengsan..
sy da menagis melalak2..
msa tue sy pkkan yg mak sy nak meninggal..
mmg keadaan mak sy msa tue cam da nazak..
tp alhamdullilah..
allah selamat kan nyawa mak sy..
n nak beri peluang kepada sy utk b’bakti n jga beliau..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
yana Reply:
November 4th, 2010 at 10:23 am
ya allah sdihnya bca artikel ni….meleleh air mata aq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
sedih sangat cerita ni ..
teringat kat arwah makngah yang hidap penyakit yg sme ..
kes yg sme
bru2 ni jugak la arwah meninggal ..
seresly , sikap bapak penulis , mcm bapak fie ..
wlaupun mak fie ta mcm mak penulis , fie sayangg kat mama <3
no matter what ..
.-= fiewan´s last blog ..s e n y a p – s e n y a p t a u ! =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedih sgt2.aQ menangis teresak2 smbil mmbca crta ni.sgt2 mngyAt perasaan.lebih2 aQ ni x pnaH ucApkn kata maaf ma mama aq.aQ sgt2 berdOsa.YA ALLAH…bgi aQ plUang utk aQ bersma mama aq.tuk aq memhOn kemaafan ikhlas dri mama aq…aq syg mama aq.aq cuma ada mama aq jx tnya kasi syg seorg bpa lg..aq sgt2 syg mama aq..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
maaf sekiranya saya menyuarakan pendapat yang berbeza pada kali ini. Saya adalah anak sulung dari 3 orang adik beradik. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan semua rakan rakan yg melayari website ini. Dan sekiranya ada pendapat, saya berharap agar anda semua dapt memberi nasihat atau jalan penyelesain kpd saya. Begini kisahnya, ibu saya dalam proses meminta cerai dari ayah saya. Memandangkan saya begitu rapat dgn ayah, ibu merasakan seolah olah cemburu dgn saya. Sekiranya ibu mempunyai masalah dngn ayah,sayalah yg akan menjadi melempias kemarahan ibu pada ayah. Perkataan yg kesat dan menyakitkan hati sering dlemparkan oelh ibu kepada ayah terutamanya saya. Sehingga ibu memanggil ayah ” Babi” dan sebagai membalas dendam ibu juga mengatakan saya dilahirkan gemuk seperti “babi”. Alangkah sedihnya perasaan saya ketika itu, kerana ibu menghina anak yang dkandung nya selama 9 bulan dgn mengatakan saya babi. Saya diam, seketika mengenangkan perkataan ibu seperti itu. Sedangkan saya tidak pernah menyakiti hati ibu apatah lagi membuat salah padanya. Setiap yg ibu lakukan kepada saya, saya berikan layanan yg baik. Tetapi saya terkilan diatas kata kata yg dilemparkan ibu kepada saya gara-gara marah kepada ayah. Adakah semua ibu didalam dunia itu baik..saya tertanya-tanya..ibu saya tidak langsung menjaga kebajikan kami walaupun kami telahpun meningkat dewasa apatah lagi tanggingjawab nya terhadap ayah. Sekiranya anda mempunyai komen atau pandangan,,,saya ingin berkongsi dengan anda semua…diharap beban yang saya hadapi dapat dikongsi bersama dgn anda semua. Sekian terima kasih….( dari insan yang terluka hatinya)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
AsriMN Reply:
December 1st, 2010 at 4:55 pm
@linda sweet, Linda: Maafkan saya Linda kalau saya cakap; Kalau kita “kenal siapa kita”, kalau orang panggil Babi tu kira ok la sebab babi tak ada dosa. Manusia ni banyak buat dosa. Babi, dia akhirat nanti dia tak kena siksa. Kita manusia? Huhu.. Sampai bila nak simpan dendam kat mak sendiri. Maaf2 kan la dia. Biarkan dia lepas… Sebab dunia, hanya berakhir di dunia. Agak-agak bila kita dah mati, nak ingat lagi ke yang mak kita buat kat kita? Tak pun. Semua akan kira yang sendiri2.. So,, fikir-fikir kan la..
.-= AsriMN´s last blog ..Betul ke Cara Kita Ucapkan Salam =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hugiugh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sgt2 menyentuh prasaan… crita nie hmpir sme pe yg b’laku pd dri sy… arwah ibu sy pun m’hdp penyakit yg sme,barah payu dara… agk t’kilan ble x dpt m’hdpnye pergi… ibu t’syg x mau kami adk-bradk lihat drinye pergi,die mnta kwn baiknye menemani dri yg lemah 2… tp arwah ibu sempat buat kimo beberapa kali… x hbs pun coz abah t’lalu berat ht lihat ibu tanggung perit bile ubat kimo msuk bdn… setiap kali ubt kimo de dlm bdn,kami adk-b’adk serta abah kne siap sedia coz ibu sgt2 perlu’n perhatian… emosinya pun t’ganggu.. tetibe nk mrh…tetibe bdnnye rse sjuk,skejp pns… nk mkn mcm2 but dlm kuantiti yg sikit.. kdg2 lngsung x nk mkn… kami adk-b’adk semua duk kl.. time 2 sy sorg jek yg study,kakak2 semua dh kje. msing2 lh blk setiap hjung mngu. abah pulak kne kje tuk tanggung ibu. pg sblm pergi kje abh akan siap’n mknn tuk ibu… trutama abh akan wt susu b’khasiat tuk ibu.. pg,tghari & mlm sebelum abh pulang jiran blkg kami akan tlg tgk’n2 ibu.. ibu pergi mse aku ngah cuti sem… pg sblm ibu pergi,ibu mnta aku siap2 die coz kakak2 & abh pakat nk bwk jmpe Dr tuk checkup… mcm2 die mnta aku buat,smpai ibu ckp “ibu byk ssh’n adk… aku trus jwb… “ibu x pnh ssh’n adk skit pun,adk yg byk ssh’n ibu”… 2 la kenangan akhir aku b’sme ibu… dpt mndi’n die sewaktu die b’nafas,dpt mndi’n die sewaktu die x b’nfs lg… ;(
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
haten ateerah Reply:
December 20th, 2011 at 5:42 pm
@MiszEifa, tersentuh bile bace kesah awak . hope bersabar. moge ibu awak ditempatkan di kalangan orag beriman .
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Kisah ni sama cam kisah saya..arwah mak meninggal pun di sebabkan Kanser Hati..arwah tidak pernah merungut dia sakit..walaupun dari riak muka dia saya tahu dia menahan kesakitan yang amat sangat..bila saya ty..mak sakit ker..dia ckp..x..Ya Allah betapa kuatnya ibuku..menyembunyikan rasa kesakitan..semoga Mak di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan di kasihi NYA..amin..mak orang rindu sangat dekat mak..semoga mak bahagia di sana..Al-Fatihah..
.-= virogurlz05´s last blog ..KAIN ELA – UPDATE EVERY SUNDAY =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Al-Fatihah..
rupanya rmai yg senasib ngn sy.. =(
kpd yg msh ada ibu.. hargai, sayangi n bahagiakan la ibu kamu slagi dia masih ada..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kasih ibu tidak ada galang ganti. perginya meyahut seruan Ilahi merupakan satu kehilangan kpd anak-anak tetapi itulah ….KEHIDUPAN…….UMI…SEMUA ANAK-ANAK UMI DAN BABA RINDUKAN UMI…..kami anak-anak tahu bhw penderitaan umi melawan penyakit selama 6 tahun amat membanggakan kami. Umi masih bertanyakan makan minum baba meskipun umi terlentang sakit…..HANYA ALLAH YANG TAHU HATI BUDI UMI MENJAGA KAMI SEKELUARGA…AL-FATIHAH UNTUK UMI…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedih bace kisah niyh..
buatkn aku rase insaf..
kite manusie tak semestinye tidak melaku kn dose ..
walaupn sedikit..
kekadang kite tidak sedar yg kite tlah mnyakitkn hati nyer..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terharu juga bila baca komen2 kawan2 utk story ni, berat mata memandang berat lg bahu yg memikulnya, marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah utk arwah, semoga rohnya aman dan d tempatkan d golongan org2 yg beriman.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedih sangat…teringat plak pada arwah abah…hilanh dia tiada penganti bagi aku…walau pun dia garang namun dia seorang yang penyanyang………
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedih citer nie…
al- fatihah 4 arwah, amin..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam bloggerwan..sayu baca citer ni..tima kasih kongsikan artikel ini…
izinkn kongsi info ni..
kwn sy pn pernah hidap kanser tahap 4..tahap yg boleh membawa maut..puncanya dari Resdung..
kini alhamdulillah selepas amik supplement TF 4Life..dia sihat..supplement ni trbukti hapuskn 97% sel kanser..
brbanding kimoterapi yg hanya membunuh 88% sel kanser..tapi jg mmbunuh sel2 lain yg mmbuat bdn kita lemah dan rambut gugur..
Maaf kpd pembaca..sy sekadar ingin kongsikan info ni..harap terima dan memahami.
Terima Kasih
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]