Oct 08
Kongsi artikel ni di FB

Mungkin ada yang ragu-ragu dengan kesahihan cerita ini. Namun, saya yakin, kisah yang diceritakan ini bukanlah kisah dongeng yang direka-reka.

Hakikatnya masih ramai lagi orang diluar sana yang susah, miskin dan hidup melarat. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kalau pun mungkin tiada orang susah macam ini di Malaysia ini, namun, saya sangat pasti bahawa, kisah sebegini sangat banyak terjadi di negara-negara lain seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan lain-lain negara miskin.

Jadi, melalui kisah yang saya kongsikan ini, saya ingin mengajak anda semua supaya kita BERSYUKUR BANYAK2 PADA ALLAH atas segala nikmat dan kurniaanNYA pada kita selama ini. Kita di Malaysia ini, hidup aman damai penuh dengan segala kenikmatan dan kemewahan.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah...

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah...

Mungkin ada ramai diantara kita yang befikir bahawa hidup mereka susah, namun percayalah bahawa, sesusah mana pun hidup kita, tapi kita masih OK lagi sebenarnya. Masih ramai lagi orang diluar sana yang jauh lebih susah dan miskin dari kita.

Jadi, BERSYUKUR lah. BERSYUKUR lah. Dan BERSYUKUR lah banyak2 pada Allah. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberikan kebahagian hidup kepada kita atas dunia yang sementara ini, lebih2 lagi kehidupan di akhirat nanti insyaAllah.

Bacalah kisah yang menyentuh emosi ini…

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini adalah dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Begini ceritanya…

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya


“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu yer…….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

  1. Solat sunat
  2. Berpuasa sunat
  3. Memperbanyakkan zikir
  4. Selalu bersedekah
  5. Bermain dan mengusap rambut anak yatim
  6. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
  7. Membantu orang2 yang susah dan miskin

Sekian, semoga ada manfaat.

Hasil kiriman Nuratiah ismail (dotty_311@yahoo.com)

Artikel lain yang best-best :

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,


32 Responses to “Kisah yang menyentuh perasaan saya…”

  1. 1. sukatiku Says:

    mmg menyentuh perasaan… sebak gak la baca. kalo kita rasa kita susah, sbenarnya ada org lagi susah dr kita. so, bersyukur la dgn apa yang kita ada sekarang. sesungguhnya Allah itu Maha Mengasihani..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    aman Reply:

    salam..kisahnie da mengingatkn aku ade insan len yg lbh sush,aku bersyukur sgt dngn pe yg tlh Allah kurniakn….thanx kpda pngirim n pakarhowto

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. 2. poohn378 Says:

    ye arrr… touching ooo…
    ini mengingat kn sy pd satu cerita tv laaa.. tp sy x berapa ingat dari negeri mana tp sebelah2 negara2 arab kalau x silap..
    mencerita kn tentang kesuasahn hidup.. cerita ini juga diadaptasi dari kisah benar… mereka berkongsi kasut….

    x sangka la kat negara kita pun masih ad yg cam ni.. at least 1 baju pun x pe …. tima kasih kat cikgu yg begitu alert ni…

    kecik2 dulu selalu merajuk sebab setiap kali naik sekolah dapat 1 je baju baru… he he he…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. 3. suraya_yasmin Says:

    Kisah yg betul2 menyentuh prasaan..menitis gak airmata aku bila baca…rupanya masih ada insan yg lebih susah dari aku….aku bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan padaku sekarang…Alhamdulillah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. 4. surihati_ku Says:

    Rasa simpati turut menyentuh hatiku dsini..

    Erm..walaupun negara kita sudah maju, berteknologi canggih rupa-rupanya dicelah-celah kehidupan ini masih ada lagi segelintir insan yang hidup dalam keadaan susah…

    Seharusnya daku bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang.walau tidak segah, semewah orang lain namun bersederhana dalam kehidupan memadailah ia sebagai sebuah kehidipan yang bererti buatku ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. 5. Nani Says:

    salam Pakar

    Lama gak tak masuk web nih…tersentuh gak ngan cite ni…alhamdullilah atas segala nikmat yg diberi Allah s.w.t kpd kita..setidak2nya kisah ini memberi keinsafan kpd kita semua..bahawa masih ada insan yg lebih susah drpd kita..time kasih kepada pengirimnya

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. 6. Liana Says:

    Emm..poohn378..sy pernah tgk gak..citer tajuk Children Of Heaven..negara Iran..mmg sedih tgk citer tu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. 7. amira Says:

    sebak hati sy …

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. 8. safra Says:

    Ya Allah… tersentuh hati bila membacanya…
    Syukur Ya allah dengan apa yg kau berikan kepada ku dan keluargaku…
    Mudah – mudahan keluarga tersebut tak berhenti berdoa dan meminta kepadaNya..kerana Allah pasti akan mendengar setiap rintihan doa kita…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. 9. heri Says:

    salam emm mintak tlg bagi almat rumah tu, cuba nak tolong setakat yg mampu,,,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. 10. heri Says:

    salam macamana saya nak bantu,,tolong bagi alamat,,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. 11. wallzana Says:

    sedihnya…ceta nie.
    cam ceta filem peperangan kat vitnem
    yg sya tonton kt tv.
    Sesunguhnya Allah itu maha mengetahui….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. 12. sury_na7181 Says:

    sayu hati ni…dulu masa kecik pun susah…
    Alhamdulillah kini dah lega dan
    Insyaallah bantu org susah selagi termampu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. 13. pekakasari Says:

    akupun cikgu jugak, berapa banyak yang dapat di lihat kesusahan murid2 akibat kedaifan bkn diluar bandar tapi di tengah kota…kasihanilah mereka, dan marilah sama2 membantu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. 14. acf_3615 Says:

    begitu la kisah dunia sekarang..kadang-kadang kita rasa kita yang susah,selalu tak de duit tapi bila kita dengar kisah orang lain,baru kita tau sebenarnya kita lagi bernasib baik..jadi kita kena sentiasa bersyukur..itu baru 1 cerita, ade banyak lagi cerita sedih yang tidak kita ketahui dan mereka ini harus sentiasa diberi bantuan..wassalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. 15. nur_Qasih Says:

    salam ukhwah…. menitis air mate sy bce artikel nie… sesungguhnya kite insan kerdil kt muka bumi nie.. jd semua kesenangan dn kekayaan buknlah hak milik kite jd muhasabah dri kite bhwa kite rse kite susah tp sebenarnya renungknlah bhw ade org yg lbih susah lg dr kite…..

    hidup di desa kite nmpk susah sbb tiada pndptn dn sumber pncarian tp hdup di kota susahnya utk bersaing dgn taraf hdup kota yg tggi… ujian Allah untk hambanya yg tahu erti syukur….. wallahua’llam….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. 16. shila Says:

    waaaaaaahhhhhhhh,sedihnya………
    nangis gak tau bca cita ni…….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. 17. shila Says:

    waaaaaaaaahhhhhhhhhhhh,sdih giler…….
    nangis gak bca cite ni……..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. 18. manusia Says:

    menyentuh perasaan

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  19. 19. zati Says:

    huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhhhuuuuuuuuuuuu…………….
    ciannyer!!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  20. 20. pening Says:

    Salam, mmg terharu membaca cerita ni…sungguh x d sangka, msh ade lg keluarga yg hidup serba kekurangan hinggakan terpaksa berkongsi pakaian utk menuntut ilmu..bersyukurlah kita dgn segala ape yg kita ade walaupun x semewah orglain..sedarlah..andai kita merasa hidup kita ssh tp ade lg insan lain yg lbh ssh & menderita dr kita..jika berupaya, hulurkan bantuan kpd mereka…mmg kisah yg benar2 meruntun jiwa & jdkan ianya suatu iktibar…huhu…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  21. 21. insanprihatin Says:

    assalamualaikum…
    amat menyentuh hati setelah membace artikel ini…namun lebih terluka apabila seorang manusia yg diberikan akal dan juga fikiran juga ilmu yang dipelajari utk menjadi seorg guru seolah-olah dipersiakan,,….sesungguhnya perkara ini djadikan ikhtibar dan pengajaran kpd guru-guru lain…seorang guru tidak seharusnya menghukum pelajarnya tanpa mengetahui punca kesilapan pelajarnya. perbuatan menghukum sebelum menyelidik punca pelajar melakukan kesilapan adlh sesuatu yg tidak adil kpd pelajar…
    sekadar memberikan pendapat kerana dikhuatiri kesilapan guru menghukum akan menyebabkan pelajar bertindak ke arah perkara yang negatif…wassalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  22. 22. cik-kesom.. Says:

    laa..siannyer..berair mata saya baca citer ni..saya banyangkan anak saya kalau macam tu..hidup dlam keadaan yang sgt daif…patut bersyukur dgn apa yg kita ada walau x semewah mana…..tapi saya begitu bangga dgn anak2 itu,walaupun hidup dlm keadaan yg susah pun tetap pergi ke sekolah dan yg paling penting dgr segala nasihat emaknya….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  23. 23. norazmanila Says:

    sayunya hati membaca cerita ini.semoga anak ini akan dirahmati oleh Allah sepanjang hidupnya.Dia adalah insan terpilih untuk menghadapi kesusahan hidup.Pasti kejayaan akan jadi miliknya kelak.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  24. 24. yana Says:

    sedihnya…..menitis air mata sy mmbce…….syukur sgt kehdpn sy jauh lbh bek………alhamdulillah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  25. 25. lee Says:

    xdapat saya bayngkan….amat sebak dada membcanye.murni sungguh niat ibunya.alhamdulillah….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  26. 26. surihati_ku Says:

    @lee,
    kasih ibu bawa sampi kesyurga..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Mohammed Huzazi Sayan Reply:

    @surihati_ku, cuma ada sianak tidak menyambut kasih itu untuk masuk masuk keSyurga….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  27. 27. Mohammed Huzazi Sayan Says:

    Salam.
    Terharu. ..Moga mereka yang di atas sana terbaca dengan kisah ini.
    Seruan ku… Wahai mereka yang di atas sana , kalian renung kata-kata Saidina Umar ra. (khalifah Ar Rashidin kedua) berikut:
    ” Andaikata mati seekor anak lembu kerana tergelincir di tepi Sg Furat, maka aku takut Allah akan mempersoalkannya kepada ku di akhirat kelak.”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  28. 28. jay Says:

    sallam,
    sy bagi pihak seorg hamba allah yg daif – ada 4 anak, baru kematian isteri yg telah dibedah dgn penyakit ketumbuhan fibroid. beliau telah habis wang simpanan dan terpaksa berhutang dgn sedara terdekat. jika ada insan yg sudi membantu, sumbangan boleh di salurkan ke akaun maybank 1582 9350 7879. terima kasih. wassallam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  29. 29. luv islam Says:

    Salam…

    Sedihnya…sungguh menyentuh perasaan…ku doakan smuga kehidupan mereka skluarga akan berubah suatu hari nanti….ke arah penghidupan yg lebih sempurna…Aminn…….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  30. 30. mocha Says:

    pengajaran: selidik dulu sebelum nk marah n pukul org.huhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Why ask?

i3Theme sponsored by Top 10 Web Hosting and Hosting in Colombia

Switch to our mobile site

העלאת תמונות