Oct 23
Kongsi artikel ni di FB

Salam semua,

Hari ini saya terima satu email daripada isteri saya. Ceritanya menarik untuk saya kongsi kan di sini buat pedoman kita bersama.

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.

gambar adalah sekadar hiasan

gambar adalah sekadar hiasan

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. ‘Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum lelaki……’ nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. ‘Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?’ Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. ‘Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,’ katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri… Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis… Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah swt sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir *MANAR ISLAM*
*Di kreditkan kepada saudara Rosli Hanip

Artikel lain yang best-best :

written by PakarHowTo \\ tags: , , , , , , , , , , , , , , ,


24 Responses to “Kisah benar : Gadis terlampau!!”

  1. 1. najihah Says:

    kita kena sentiasa patuh pada suruhan Allah..cinta padaNya cinta ABADI

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Najwa Reply:

    @najihah, Inilah dia fenomena masyarakat.
    Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
    Marilah kita pakat mengingat,
    Bahawa dunia hari ini makin singkat,
    Esok atau lusa mungkin kiamat,
    Sampai masa kita semua akan berangkat!
    Berangkat menuju ke negeri akhirat.
    Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
    Masa tu, sindri mau ingat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ezzlan Reply:

    nauzubillah…..jdikanlah ia pengajaran….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. 2. safra Says:

    Ya Allah.. betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT…

    jadi janganlah pula kita jadi manusia yang angkuh… mempertikaikan kekuasaanNya… dosa pahala syurga n neraka bukan mainan… bukan utk disenda guraukan… semua itu hanya milik Allah…hanya DIA yg layak menentukankannya… kita sebagai hamba Nya yang hina kena la patuh pada suruhanNya…. insyaAllah selamat hidup kita didunia n akhirat…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. 3. suzimarini Says:

    Itu la jadinya kalu tak berilmu, bertuhankan nafsu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @suzimarini,
    Hai suzimarini ..
    Ya..ya..Suri sokong juga akan pendapat kamu tu..
    Suri pun nak naik marah ni..
    Inilah bahana orang yang sombong, bongkak lagi bangga diri dengan kecantikan yang diperolehi dijamu oleh semua mata2 syaitan yang jahat..

    Nah, itulah azab yang wajar di berikan kepadanya akhirnya makan diri sendiri jua…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. 4. Rossuhaida Says:

    Tsenntuh hati sy ketika membaca cite tsebut,rsa sedih n mula sedar bhawa
    Allah itu Maha Mgetahui.setiap pbuatan ada balasan ye.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Rossuhaida, erm, benar tu rossuhaida..so adalah lebih elok kta buat perkata yg baik2 sahaja didunia ini..yang difikirkan waras oleh akal & fikiran..

    MAKA JAUHILAH…
    segala larangannya jika kita ingin hidup aman dan damai kelak ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. 5. darmia Says:

    Allah swt akan Maha kuasa ats sgala yg ada di lngit dan di bumi…sgala perbuatan kita akan diketahui-Nya walaupn skecil zarah…..Krn mulut badan binasa…moga amal ibdahku ditrima…dosa2ku diampunkan…huhuhu..nauzubillah….mga kita sume dlm rhmat-Nya..Amin……

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. 6. emma Says:

    Kisah yang hebat…patut jadi renungan…Semoga Allah sentiasa melindungi kita. Buat apalah nak mohon masuk neraka…kena setitik air panas pun dah menjerit…apatah lagi….nauzubillah…
    Baik kita berkongsi dengan kata-kata Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani ” Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat.Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah da keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku.Tempat kerja, syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke mana pun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. 7. ima Says:

    salam… nauzubillah..jauhnya pegangan agama arwah gadis tersebut.. semoga dgn cerita ni dapat menjadi ikhtibar kpd kita semua sebagai umat islam..dan terutamanya pd diri saya sbgai seorang perempuan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. 8. surihati_ku Says:

    as-salam untuk semua..
    Nauzubillah…tak pasal2 dah dapat dosa ni..tengok kejap apatah lge dosa…

    :(

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. 9. Najwa Says:

    Inilah dia fenomena masyarakat.
    Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
    Marilah kita pakat mengingat,
    Bahawa dunia hari ini makin singkat,
    Esok atau lusa mungkin kiamat,
    Sampai masa kita semua akan berangkat!
    Berangkat menuju ke negeri akhirat.
    Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
    Masa tu, sindri mau ingat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. 10. acf_3615 Says:

    sesungguhnya kisah ini banyak pengajarannya. pertama mulut jangan celupar bila bercakap tentang agama. kedua kita kena nyawa kita ni hak Allah, jadi kalu dh Allah nk ambik hak dia,bila-bila masa dia blh ambik.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. 11. dura Says:

    kekuasaan Allah itu besar…janganlah kita mempersendakan perintah Allah sesungguhnya hukumnya adalah berdosa..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. 12. Nani Says:

    Nauzubillah..minta2 kita dijauhkan drpd sikap riak dan sombong dengan nikmat yg diberi Allah s.w.t terhadap kita yg mana kekuasaan Allah mengatasi segala2nya..Moga2 kita tergolong di kalangan mereka yg sentiasa bersyukur dan sedar apa yg diberi Allah s.w.t. hanyalah pinjaman dan tiba masa kita dikembalikan kepadaNya….amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. 13. ct maliha Says:

    sebab itu kita kena sentiasa jaga pertuturan seharian kita… jangan cakap ikut sedap mulut je..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. 14. Asma' Says:

    mm..jangan dicabar kuasa Allah…
    kerana mulut bdn binasa…

    p/s : nape gmbr kat ats tu sexy sngt…huhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. 15. pening Says:

    Salam, rse sedih & terkedu dgn cerita ni…d hrp dpt kita jadikan iktibar d dlm hidup kita ni..sedarlah walau setinggi atau segah mane pun kita d bumi ni tp jgnlah kita lupa akan pencipta alam maya ini iaitu Allah, sesunguhnya Dia lbh Berkuasa akan semua kejadian alam ni..jgnlah sesekali kita mendabik dada utk mengatasi kekuasaanNya itu…Nauzubillahiminzolikk…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. 16. AZIZ Says:

    CERITA KARUT…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. 17. AZIZ Says:

    CERITA KARUT DAN DONGGENG….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. 18. surihati_ku Says:

    @AZIZ, huhu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  19. 19. Hamba Allah Says:

    Seksi tul gambar nie.. Hmm.. elok la jgn dipamerkan di website islamik ini..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    i luv islam Reply:

    BETUL KATA ‘HAMBA ALLAH’ TU..
    TAK JADI NAK BACA ARTIKEL NI..
    BURUK BETUL LAH GAMBAR KAT ATAS TU..
    TOLONG AMBIL TINDAKAN SEGERA..
    NANTI TAK PASAL2 ORANG YANG TENGOK DAPAT DOSA DAN APATAH LAGI ORANG YANG MEMAPARKANNYA…

    p/s.. : bukan nak memaki ..tapi ini untuk kebaikan semua

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Why ask?

i3Theme sponsored by Top 10 Web Hosting and Hosting in Colombia

Switch to our mobile site

העלאת תמונות