|
Nov
06
|
Ini ada satu kisah benar yang saya terima dari salah seorang rakan pejabat saya. Saya kira semua orang mesti baca kisah ini agar kita sama-sama dapat ambil iktibar.
Tolong ingatkan mak atau sesiapa jua orang tersayang yang tinggal di rumah sorang-sorang. Kejadian rompakan zaman sekarang ini sudah menjadi semakin kronik dan menakutkan. Macam-macam teknik dan strategi yang diambil oleh perompak-perompak tak guna zaman sekarang ini.

Kita wajib berhati-hati dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya sebelum apa-apa yang buruk terjadi kepada kita atau keluarga kita.
Saya rasa risau betul membaca cerita dan kisah-kisah sebegini. Sebab kita pun bila-bila masa mungkin terkena pengalaman macam ini kalau tidak berhati-hati.
Baca dan ambil lah peringatan dan pengajaran. Saya doakan semoga kita semua dihindari dari segala musibah dan nasib malang. Semoga Allah lindungi dan rahmati hidup kita semua. Amin…
Kisah perompak yang tidak berhati perut…
Saya terpaksa mengambil beberapa hari cuti kecemasan kerana pada malam semalam iaitu pada kira-kira 12.30 malam (hari isnin malam selasa 20th Oct 2009), rumah saya telah dimasuk oleh 3 orang lelaki (berusia 20an).
gambar adalah sekadar hiasan
- Saya di ikat tangan kebelakang, di tanggal pakaian dan diambil gambar sebagai ugutan. Sekiranya saya melaporkan kepada phak polis mereka akan menyebarkan gambar tersebut.
- Kemudian mereka meminta wallet saya. Saya dipaksa memberikan pin number ATM (both maybank & cimb). Mereka menyepak/terajang bila no pin yg saya berikan “salah”. (kerana ada gang mereka yg pergi ke ATM). Saya di “hostage” oleh 3 orang lelaki sementara yg lain ke ATM. Malangnya ATM mesin tidak boleh digunakan selepas pukul 12 tgh malam. Mereka terpaksa menunggu hingga pukul 6 pagi bau keluar dari rumah saya. Sementara menunggu, setiap sudut rumah saya di geledah.
- Mereka juga meminta saya password & id internet banking (maybank2u) kerana mereka ternampak bil2 yg telah saya bayar menggunakan maybank2u. Walaupun di pukul saya berjaya menipu yg transaksi tersebut di buat menggunakan computer pejabat dan password di lock dalam komputer tersebut. Sekiranya saya melihat atau bersuara, mereka memukul kepala atau menendang saya. Walaupun pada mula nya saya berjaya membuka ikatan tangan, tetapi sukar utk bertindak kerana bimbang mereka akan lebih ganas kerana salah seorang dari mereka memegang pisau yg di ambil dari dapor. Bila mereka sedar ikatan tangan saya terbuka, saya dipukul lagi dan diikat semua kehadapan. Semasa kejadian saya diatas katil dan tidak dibenarkan bergerak.
- Lebih kurang pukul 5.45 pagi, saya diarahkan meminum secawan air (rasa coklat, tapi pahit). Meraka kata ” kami hendak keluar sekarang. Minum dan baring”. Saya hanya tersedar dari tidor pada pukul 3 petang, dalam keadaaan “terhoyong hayang” seperti mabuk. Handphone, laptop telah hilang. Talian telefon rumah semua di potong wayar. Dalam keadaaan separuh sedar, saya tidak dapat menghubungi sesiapa kerana semua nombor disimpan dalam handphone.
- Selepas menyambung semula wayar telefon yg dipotong, saya secara tidak sedar menelifon 999. Dan 30 minit kemudian 2 orang pegawai polis datang. Mereka melihat saya seperti “mabok”, mereka tidak benarkan saya memandu ke balai, sebaliknya mengikut mereka. Tiba di balai saya terkejut kerana jam dinding “4 petang”.
- Selepas itu baru saya sedar mengapa mereka memberi minuman tersebut, supaya memberi masa kepada mereka mengeluarkan semua duit dalam account bank saya. Mereka juga menggunakan credit card utk membeli barang. Saya sempat mencetak statement maybank2 “today’s transaction”.
- Selain handphone, laptop, mereka juga mengambil kad pengenalan dan lesen memandu, Meraka memaksa saya memberikan nama ibu (utk tujuan pengesahah online oleh pikah bank). Beberapa barangan peribadi lain juga diambil.
- Oleh sebab itu , saya memerlukan beberapa hari utk membuat kad pengenalan, lesen memandu, kat ATM, pemeriksaan doktok etc. Saya hanya boleh dihubungi menggunakan 03-61565471 (rumah) atau email. Sekarang saya tidak mempunya card credit utk membeli handphone dengan segara, insya allah selepas selesai saya akan beli.
- Jumlah kerugian hampir 20 ribu:
- Cash di rumah rm1500 – rm1800
- Maybank account RM 7500 (6 kali dikeluarkan kerana limit yg tinggi) & dan transfer account dan pembelian melalui cash card
- Credit card rm 3,000 (setakat pagi tadi sebelum dilaporkan)
- ATM CIMB rm 3,000 (nasib baik limitted 3000 per day)
- Accessaries, jam, pen, pakaian (blazer) dalam rm 3,000
Tetapi saya bersyukur kerana tidak di “apa apa kan” hanya dipukul/terajang/tendang. Saya merayu kepada mereka, saya bagi apa yg mereka minta cuba jangan apa apa kan saya. Setakat ini hanya tangan kanan saya yg bengkak dari sakit.
Ramai yg tanya macam mana mereka masuk. Mereka mencapai kunci yg digantung di dinding. (tersorok)
Beberapa pengajaran yg saya dapat:
- Jangan simpan lebih dari satu atm card atau credit card dalam wallet
- Jangan simpan lebih dari 500 dalam saving or cash account yg ada atm card
- Jangan melawan ketika kejadian. (saya seperti sudah jangka akan berlaku, kerana minggu lepas saya berbual dengan Puan Rus & Maaris pasal kejadian pecah rumah)
Sekian, semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan pengajaran.










November 6th, 2009 at 2:05 pm
Assalamualaikum. Pertama sekali takziah kepada mangsa kejadian. Sesungguhnya itu pengalaman berharga dalam hidup. Nyawa di hujung tanduk. Sekarang memang perlu berhati-hati dengan perompak dan kes pecah rumah. Kalau dulu perompak banyak ugut je tapi sekarang kalau mereka cakap nak bunuh memang mereka tak takut untuk buat betul-betul perkara tu. Jenayah memang menjadi-jadi sekarang!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 7th, 2009 at 12:01 am
Salam Pakar
Pertama sekali bersyukur kpd Allah s.w.t. kerana mangsa selamat wpon jumlah kerugian agak besar..Dlm kita berhati2 klu nak berlaku..berlaku gak…cuma yg pasti kita ambil langkah2 yg sewajarnya bagi mengatasi kejadian sama berulang lagi…Takot gak sekarang nih..perkara yg x disangka2 boleh berlaku tak kira tempat , masa n keadaan…Yg lebih menakotkan lagi andaikata penjenayah menggunakan kekerasan dan membunuh insan yg tidak berdosa..Moga2 kita sentiasa di bwh peliharaan allah s.w.t..insya-Allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
najwa Reply:
November 9th, 2009 at 10:05 am
@Nani, takziah kepada mangsa dan bersyukur kerana saudara masih selamat…2 tahun yg lepas saya juga pernah mengalami nadib yg sama….ada seorang lelaki dtg ke umah(sy bersembang melalui tingkat, sbb suami x de kat umah), dia ckp yg dia sepupu jiran saya, kebetulan jiran saya tiada di rumah so dia nak pinjam telefon, dia kata nak tel hospital sbb kawan dia kemalangan…saya bagi handset…selapas tu saya cam ikut je apa yg dia nak melalui tingkat tu, dia x guna pun h/set tu, bila dah dapat dia terus pergi…saya ingat tp x boleh bertindak aper2…bila anak saya tanya nama umi bagi h/set kat org tu bru saya terpikir yg dia tu penipu/pencuri…. so sy nak ingatkan berhati2 la dengan org2 yg kite x kenal…cam2 cara diorg guna..kadang2 diorang guna gula2, asap rokok….saya pernah dengar, org di pukau ketika tumpang payung ketika hujan….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 9th, 2009 at 10:35 pm
@najwa,
hmmm…macam2 cerita saya dengar…
risau jugak kita dibuatnya…
apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni.
langsung takde fikir dosa pahala…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 9th, 2009 at 11:13 pm
@Nani,
amin insyaAllah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 7th, 2009 at 12:49 pm
as-salam..
pertama sekali takziah pada mangsa.. harapnya bersabar, mana tahu selepas ni rezeki makin bertambah..
zaman sekarang ni, bukan setakat dalam rumah je dirompak, malah kat mana2, tepi jalan pun jadi.. malah dalam telepon pun ada.. 2,3 kali ada orang call handphone saya & suami, kononnya kami menang peraduan dan minta no akaun maybank. bila saya kata tak ada akaun maybank (padahal ada) mereka suruh saya cari jugak kawan2 atau sedara yang ada.. saya tanya la ‘bank lain tak boleh ke?’ mereka jawab, ‘kami deal dengan maybank je..’ saya pun tanya lagi ‘ eh! bukan ke kalau menang peraduan, diaorang bagi cek dan boleh bank in di mana2 bank? awak nak menipu ni, saya mana ada masuk mana2 peraduan..’ terus mereka putuskan panggilan.. nampak sangat nak menipu..
kes rompak maybank2u ni, dah siap ditampal kat bank dan mesin ATM.. jadi beringat le jangan bagi apa2 butiran akaun anda pada orang yang anda langsung tak kenal..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 9th, 2009 at 11:07 pm
@ct maliha,
terima kasih atas perkongsian pengalaman dan pandangan yang berharga ini…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 7th, 2009 at 9:36 pm
Begitulah..takdir hidup…semoga Allah melindungi kita dari segala musibbah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 9th, 2009 at 11:12 am
@emma,
Benar tu emma,
sekarang ni walau dimana kita berada kita haruslah berhati2..
tak kiralah sama ada kita ada kat dalam rumah, dalam kereta, masa berjalan, apa-apapun tindakan mereka, kita haruslah berwaspada sebab mereka ini mencuri, meragut, membunuh orang tidak mengenal usia..
Disini juga Suri ingin mengambil kesempatan untuk memgucapkan takziah kepada mangsa kejadian diatas…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 16th, 2009 at 4:39 pm
Salam Isnin.
Hamba turut berasa simpati atas insiden rompakan yg berlaku.
Maka atas asbab perkara2 yg sedemikian rupa, hamba menyeru kepada SeKalian Loyal Follower Laman PHT & sesiapa saja yg terbaca komen SPB With STM ini, agar mempersiapkan diri kita dengan Ilmu2 Pengetahuan & Kemahiran yg berkaitan dengan Pertahanan Diri (Self-Defense).
Hamba dengan penuh rasa sukacita, ingin menggalakkan Kalian agar memasuki kelas & menjadi Ahli Seni Persilatan Harimau Putih.
SeKalian Pembaca yg Budiman-Budiwati, marilah kita fikirkan & renungkan bersama.
Hamba tiada niat ingin menidakkan kebagusan Kelas Seni Persilatan2 lain yg wujud di Tanah Melayu kita ini, tetapi, kebanyakan darinya memakan masa yang agak lama untuk mencapai ke tahap yang Kalian impikan (bagi yg benar2 berminat dgn Seni Silat ini).
Pembelajaran & Perguruan Seni Silat2 lainnya, lazimnya kelas latihan mereka diadakan hanya 1x/2x seminggu, biasanya pd weekends. Untuk mencapai ke tahap Master, memakan masa bertahun-tahun.
Tetapi, dengan menyertai Perguruan Silat Harimau Putih ini, dengan yuran serendah RM50 sahaja, Kalian akan diajari dan diperturunkan segala keilmuan2 batin ini secara total, yg mana Master2 Harimau Putih ini juga akan mempercepatkan proses pembelajaran & perguruan, dengan melakukan *PENGISIAN ILMU TAHAP TERTINGGI*, kepada ahli-ahli muridnya.
Setelah selesai sahaja proses Pengisian Ilmu, Kalian sudah punyai ilmu pengetahuan & kemahiran Seni Silat Harimau Putih (beserta Ilmu Pertahanan Diri spt Kebal, Kederat Gagah dll), Kaedah Rawatan Ghaib (boleh berubat orang & diri sendiri, yakni Self-Healing), Kasyaf Pendengaran & Penglihatan (Telinga & Mata ke-enam, +- macam Ilmu ‘Scan’), Pembukaan Hijab (membongkar Rahsia sesuatu perkara), serta Keilmuan Menggunakan Qadam (untuk pelbagai kegunaan tujuan2 tertentu yang tidak bercanggah dgn hukum ISLAM) dll.
http://originaler1982.blogspot.com/2009/08/pengajian-perguruan-ilmu-seni.html
Sekian sahaja, pemakluman yg ingin hamba selitkan.
Salam Zahir+Batin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 22nd, 2009 at 12:54 am
ape lgkah2 pihak brkenaan ptut buat?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 22nd, 2009 at 12:56 am
ape lgkah pencegahannye?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
December 13th, 2009 at 12:09 pm
mm..byk pengajaran y boley sy amik…mekasih tuk pngajaran nie…
Alhamdulillah…setakat ni umah x pernah lagi kena…
moga2 x kena la…mintak dijauhkan….huhu..
umah member pernah kena…
Alhamdulillah x kena ape2 mmber tu…
perompak x profesional y buat…nk duit je…
semoga kita semua dijauhkan la dari semua ni….Aminn…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
March 15th, 2011 at 12:25 am
takziah buat mangsa yg dirompakdgn begitu teruk…ya allah tujuan saya menlihat web site ini utk mencari satu cara utk menhilangkan trauma saya di rompak di stesen petronas tempat sy berkerja ptg td..tp bila melihat kejadian yg menimpa mangsa saya rasa saya lebih beruntung…tp kehilangan saya jgk agk tinggi dalam RM16,000 dan lagi buat saya rasa sedih bila berlaku perkara sedemikian suami saya marah2 katakan saya cuai krn terlupa menanggalkan brg kemas saya kerana semlm sy pulang ke kg dan memakai brg kemas pergi ke kenduri kawin di kelantan(phm2 ajer la org kelantan memang terkenal dgn brg kemas nya yg byk) hampir 7 tahun saya meyimpan duit utk dpt gelang idaman hati tu..akhir nya dlm sekelip mata brg yg br saya pakai tak sampai 48 jam dah hilang dr mata…mungkin itu bukan rezeki saya…yg penting nyawa…jam 4.30 ptg sewaktu sy sedang bercakap2 dgn supervisor di luar kaunter tiba2 dtg 2 org lelaki melayu bersanjatakan parang..mengacu kan parang tu tepat ke perut sayayg sedang sarat mengandung 7 bulan…dia memaksa saya menanggalkan 2 utas jam dan 3 bentuk cincin (salah satu nyer ada cincin kawin) semua brg kemas yg saya pakai pemberian suami saya..termasuk lah satu gelang bernilai RM9770 yg baru saya beli 2 hari lepas… sewaktu kejadian takde perkara lain yg saya pikir keselamatan anak dalam kandungan saya…dan jangan lah dia apa apa kan saya…itu saje,dan saya bersyukur sb saya tak di apa apa kan cuma agak terkilan sgt sb brg kemas tu semuanya ada kenangan yg tak ternilai harga nyer…YA ALLAH..kenapa budak melayu..cukup sifat nya gagah perkasa org nyer tp jd perompak
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]