Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBDari tengahari tadi, saya dok menggodek-godek file di dalam komputer saya ini, mencari kalau-kalau ada artikel bagus yang boleh dikongsikan di blog PakarHowTo ini.
Tiba-tiba, mata saya tertarik dengan satu file yang bertajuk “Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa”.
“Eh, kisah apa pulak dah ni?”, hati saya berbicara sendiri.
Saya lantas membuka file tersebut dan membacanya. Aduh, hati saya begitu terkesan dengan kisah tersebut.
“Haaa, kisah ni memang perlu dikongsikan di blog PakarHowTo ni. Bagus untuk peringatan bersama.”
Maka, saya tanpa ragu-ragu lagi, ingin berkongsi dengan anda semua tentang kisah yang sangat menarik tersebut. Semoga ianya memberikan peringatan kepada kita semua.

Kasih ibu membawa ke syurga...
Baca dan ambillah iktibar dari kisah ini.
Kisah Di Sebalik Ungkapan “Tak ada apa-apa”
Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. “Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,”katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.Saya pohon padanya, “Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?” Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.” Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,”Tak ada apa-apa”. Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, “Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau.” Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?”Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tuaseakan mahu bersuaratapi terdiam kembali.
Akhirnya dia bersuara. “Sabri ada satu kisah yang mam asusah nak lupakandan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.” Saya terkedu. Mama menyambung, “Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?” Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.”
Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, “Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama ras Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!” Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.” Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.
Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya.” Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon.”Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.” Suara ellaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selam ini.
“Syukur kamu dah insaf. Selam hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata ‘órang tua bodoh. Tak ada otak’” Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, “Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!” Akhirnya dosa si anak diampunkan.
Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan ‘tak ada apa-apa’ dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan ‘apa-apa’ yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.”… dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya.” An-Nisa’:36
P/s- Saya tidak tahu sumber asal artikel ini. Sesiapa yang tahu, sila maklumkan kepada saya supaya saya dapat ‘kredit’ kan sumbernya di sini. TQ
Saya ingin menyeru sekali lagi kepada anda semua. Marilah kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak. Selama ini, adakah kita pernah berkasar bahasa dengan ibu, ummi, mama, mum atau mak kita???
Pernah tak kita melawan cakap mak kita?? Pernah atau tidak kita meninggikan suara dengan ibu kita?? Ada atau tidak kelakukan, perangai, tingkah laku kita sehingga menyebabkan air mata ibu kita mengalir??
Wahai sahabat semua, ingatlah bahawa “REDHA ALLAH ke atas kita adalah terletak pada REDHA IBU BAPA kita kepada kita“.
Kalau mak ayah kita terasa hati, kecewa dan tidak redha dengan kita, bagaimana mungkin kita boleh selamat di akhirat nanti? Jangan kata akhirat, di dunia ini lagi hidup kita tidak akan mendapat keberkatan.
Jadi, marilah kita sama-sama menginsafi diri. Kalau kita ada buat salah, bersikap kurang ajar atau menyakiti hati orang tua kita, bersegeralah memohon ampun maaf dari mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan.
Marilah kita ubah sikap, tingkah laku dan perangai buruk kita mulai dari sekarang. Marilah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh, menghormati, dan beradab sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa kita. Sentiasa lah patuh pada mereka, merendah diri dan melayani mereka dengan sebaik mungkin.
Semoga saya dan sahabat-sahabat semua akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Kepada yang sudah kehilangan ibu dan ayah, panjatkanlah doa buat mereka. Minta pada Allah supaya mengampunkan dosa dan merahmati mereka. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh, akan diterima oleh Allah sebagai amalan soleh dan pahala bagi amalan ini dapat membantu ibu bapa kita di alam sana insyaAllah.




















tq pakar howto..sebak ati ni membaca artikel nih…
ntah lah sehingga kini ..perasaan tidak puas hati tentang layanan dan perhatian ibu tidak adil.. cuba jugak tuk pujuk hati nih.. buat yg terbaik tuk ibu.. tapi masih lagi berkira dan rasa tidak puas hati tu tak boleh padam..
p/s:( … dah bosan makan hati.. jd anak sulung (T_T)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
puteri Reply:
April 14th, 2010 at 9:02 am
@ocean, Puteri pon rasa tersentuh gak bila baca. Kepada Ocean..pada pendapat puteri, apa pon yg ibu lakukan terhadap kita walaupon ianya salah..kita x patut berdendam & membalasnya.. puteri faham keadaan ocean.. tapi buangkan rasa tidak puas ati tu dengan berkata di dalam ati,”jika ibu tidak lahirkan kita didunia ni, kita tak kan dapat rasa seperti pada ari ini walaupon dlm keadaan susah sekalipon”, yg penting kita bersyukur..insyaallah..suatu ari nanti sesiapa yg telah lakukan kesilapan akan sedar akan silapnya..pandang ke depan & berdoa… biar org lain menyingggung perasaan kita, kita jgn menyinggung perasaan org lain…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 14th, 2010 at 9:49 am
@puteri,
Terima kasih banyak selalu tinggalkan komen2 dan pandangan yang bernas pada setiap post di blog ni.
Padangan tuan puteri semuanya bagus2 dan banyak membantu para pembaca semua.
Kami di PakarHowTo sangat2 menghargainya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aman Reply:
June 17th, 2010 at 8:20 am
syurga dibawah telapak kaki ibu.sayangilah mereka selagi belum terlambat
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
agak lama juga saya ikuti lamanj ini.hari ni baru ada rasa nak tulis di sini kerana kisah nya ada sedikit persamaan dengan saya.sesungguhnya jagalah hati kedua orang tua kita jangan sampai terguris.apapun tahniah kepada pakarhowto.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 14th, 2010 at 9:47 am
@zamrimat9,
Haaa, macam tulah bro.
kadang2 tuliskan lah komen2 sepatah dua cam ni.
barulah meriah skit blog ni.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
syukurlah jika anak2 menyedari dimana kedudukan mereka….
sesungguhnya bebanan seorang ibu walau berapa berat pun
tak mahu rasanya ia membebankan bahu anak2…
tapi berapa ramai yg MELIHAT bebanan seorang ibu….
insaflah anak2 masa yang diberikan….
bahagiakan ibu kamu selagi ada usia mereka…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih atas entry ini…. semoga anak2 semua akan berbakti pada ibu dan ayah selagi mereka ada….. sy pun seorg ibu.. sy doakan juga anak2 sy tidak lupe js org tua mereka… dan juga mereka sentiasa mendoakan org tua… tqsm!
.-= nanahana´s last blog ..Aurat Wanita =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…
..tetiba teringat pula dekat lagu “oh Ibu”.. “IBU”…bukan hanya seorang emak, sahabat, teman, tapi di dalamnya tersimpan seribu satu perkara yang kita tidak akan pernah habis untuk memahaminya sebagai seorang anak. Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja kerana anaknya..apa sahaja..sehinggakan kita sebagai anak tidak pernah terfikirpun untuk buat perkara yang sama pada ibu kita. sebagai anak, jujurnya aku tidak pernah atau tidak mungkin dapat membalas jasa ibu yang terlalu banyak dan tidak terhitung..sampai mati, jasa ibu padaku tidak akan dapat terbalas…mana mungkin untuk aku meminta balasan dari ibu, kerana aku masih “berhutang” dengan ibu… semoga ibu sentiasa sihat dan gembira selalu..begitu juga dengan ayah.. love u all forever.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam….
huhuhuhuhu… aku terpiker cm ne laaa kt mak aku t if aku dpt sambong blajr… aku laaa ank laki tinggal sorng kt umah nie… semua krje aku buat… pagi g pasa bli sayur.. kemas umah.. meracun tpi umah tebas rumput… kekadang anta mak aku g chak kt ospital… mlm aku laaa tman kn mak aku kt umah… biase laaa org tua mlm kt umah sorng2 tkot… tp esok if aku x de sape nak buat?? sape nak tman kn mak aku mlm2 cian mak aku … rase sedh nak tinggal kn mak aku… aku arp t aku x de ade ar org laen dpt tolng mak aku…n aku arp sngt t aku x de mak aku dlm keadaan sehat… i love u mak….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
perkongsian yang amat baik.cayalah blog owner!!!!
skdr melontar apa yg ada dlm pikiran :
“mak/abah,saya lahir ke dunia ni bukan kehendak saya tapi kehendak mak/abah.mak/abah yang mahukan anak dari hasil perkhawinan.saya x mengkehendaki apa2.cuma skrg, result SPM sy layak utk pergi ke over sea,sy nak berlajar di sana.itu je…” (apa aku dgn isteri aku nak jwb kalo ayat tu keluar dr mulut anak aku…)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih pakar how to.terkesan gak baca entry ni.manala tau kot2 saya pn ada melukakan hati ibu saya..mesti minta maaf ni..harap2 blog ni terus maju dgn entry2 yg bagus2.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Terima kasih sangat2 post kan artikel peringatan yang berguna ni. Mungkin secara tidak sedar kita memang banyak buat salah dengan mak..Mak…ampunilah anak mu ini…Amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Terima kasih kerana postkan artikel yang berguna ni…Ampunilah anak mu ini mak…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam…artikel yang menarik…13 tahun saya mgajar d Terengganu, selepas anak sulung meninggal 2008, tahun ni dapat bertukar ke Sabah, sedih yang amat sangat sempat 2 minggu jaga mama, tukar pampes, urut badan dengan losyen…minggu ke tiga mama tenat…Syukur pada Allah beri kesempatan untuk saya mandikan dan kafankan mama…itu hajat mama selama ini…tapi saya amat sedih…sedih dengan ujian Allah yang bertimpa…tapi tak apalah pujuk hati…Allah sayangkan saya ….kasihkan saya…Semoga roh anakku dan ibu bapaku dirahmati dan diampuni Allah…tempatkan mereka di Syurga…dan semoga Allah kembalikan mereka pada ku di akhirat nanti…amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
t.ksih………….kerna bt htyku trsntuh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ermm…kite mmg kena always mintak ampun ngn mama n abah….
i love my mum n abah….tak apa-apa membawa maksud yang banyak….
.-= toru´s last blog ..?kurus tapi tinggi kolesterol? =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam.
Apa yang dikatakan oleh Pakarhowto memang betul, Redha Allah terletak pada Redha ibu dan bapa kita tp sy musykil cktlah kalau perempuan apabila dah kawin Redha Allah s.w.t terletak pada suami kan? Macam mana dengan ibu-bapa si perempuan, tak perlukah kita dengar pada mereka lagi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih yg x terhingga kpd pakar
kerana b’kongsi kisah ni,
sy rsa terharu dan akn brusaha jg hati ibu sy,
lgpun hnya sy yg tgl dgn ibu krn ayh sdh lme mninggalkn dunia fana ni..
insya’Allah sy akan buat yg terbaik buat ibu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
As Salam
Satu kisah yg baik utk dijadikan iktibar..sayangi dan jagalah hati kedua orgtua selagi mereka masih ada…thanks pakar
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mmg menyentuh hati..sya pn pernah bertngkar dgn mak sya dan mak sya menangis dengan kata-kata sya tu..lps tu dia tk tgr sya..dia buat tk tau jer..ms tu sy pelik knapa mk sy tk tgr sy..hati sy pn tk tenang,asyik trpkr psl mk sy..sy pn cba tnya dia dan dia jwb pertnyaan sya..dn msa tu jgk sya mtk maaf dgn dia..slps tu sy sgt tenang dn hbngan sy dgn mk sy kmbali mcm biasa..jd saranan sy jagala hati mak kita,jngan lukakan hati dia..
.-= faiz manik´s last blog ..macam mana cara nak hilangkan tekanan kerja =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aku betol2 insaf wei… selama ni aku rase aku mmg bny sakitkan hati mak aku…. tapi bukan aku x sayang, sayang giler tu kat mak aku, aku sggup gadai nyawa sekalipun….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 22nd, 2010 at 10:35 pm
@rina,
klu kita rasa kita banyak sakitkan hati ibu kita,
maka eloklah kita pohon ampun maaf pada dia.
cuba sukakan hatinya…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya pernah diserang rasa berdebar tiba2 dan tidak tahu punca..mungkin ini petanda ibu saya ada memendam rasa pd sy..astagfirullah..mgkn tanpa sedar ada tindakan sy yg mengguriskan hatinya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tanpamu ibu siapalah anakmu ini..
.-= fauzi´s last blog ..SABUN BUKAN SEKADAR SABUN!! =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya juga masih sukar untuk melupakan kenangan pahit semasa kecil sehingga remaja. saya tidak tahu kenapa saya sukar lupakannya.
mungkin kerana saya ini sangat nakal kerana itu saya tidak diperdulikan ibu.
tapi yang paling saya ingat, layanan ibu saya pada akak sulung saya sangat istimewa. walaupun akak melawan cakap ibu, ibu tetap puji akak depan saya. ibu ceritakan keburukan saya kepada kawan-kawan dia, sebaliknya puji akak….sebab tu sampai hari ni..bila saya nak bermesra dengan ibu..nak buat baik…kenangan tu datang balik…dan menjadi penghalang untuk saya menjalinkan hubungan yang harmoni. semoga saya berjaya cucikan hati saya dari segala dendam..dan dapat berbakti kepada ibu saya. jika ditakdirkan saya memiliki anak suatu hari nanti, saya tidak akan memilih kasih kerana seorang kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian yang seimbang daripada adik beradik yang lain,akan cenderung memendam rasa, dendam, rendah diri, murung, pemarah dan sebagainya. semoga Allah ampunkan dosa saya yang saya tidak sedar lakukan kepada ibu sehingga saya diuji sedemikian rupa. amin…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..emmsedih jer dgr citer ni. sy pun ade byk wat dosa ngan mama sy…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.. terima kasih kpd pakarhowto kerana sudi kongsi cerita ni…
cerita nie betul2 buat saya sedar… kadang2 dalam mengejar keperluan hidup ni… kita mngabai/letak tepi akan perasaan ibu… mmg x terniat nk melukakan hati ibu… tapi tanpa sedar perbuatan kita menyinggung perasaan dia… lepas tu x reti nk minta maaf… kita ingat kerja keras sekarang… bila berjaya nnt boleh menyenangkan ibu/jaga ibu… tapi berjaya tu bila??? adakah masa kita senang nnt ibu masih ada??? kalau masih ada mase tu alhamdulillah… klu dh x der???
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam,
sekadar peringatan bersama.
Menjaga hati ibu,berkhidmat kpdnya seikhlas yg mungkin,mengembirakannya,mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya, selain akan membuka pintu rezeki kpd kita, insyaallah ia adalah jalan utk kita mendapat taufik dan hidayah dp Allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Dan untuk para ibu, kenalah ingat juga anak itu amanah, kena jaga seikhlas hati janganlah harapkan dia akan balas jasa suatu hari nanti. Anggaplah Allah swt yang akan balas jasa tu semua, anak-anak kena layan sama rata. Bila anak mahukan sesuatu redhalah sebab tidak Allah ciptakan sesuatu itu melainkan ada sebabnya. Kenalah ingat wahai para ibu, redha kamu sangat penting untuk anak-anak, sekalipun anak berlaku biadap terima saja dan berdoa, insyaallah Allah maha mendengar.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih dgn kisah yg dipaparkan,sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu,wlu senang mcmmna kita hidup tp klu derhaka dgn ibu…di dunia lg Allah akn bls………..renung2kan dan selamat beramal
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
pengalam sakit ketika bersalin mengingatkan saya tentang KEMATIAN dan pengorbanan IBU… sayangi, sanjungi, dan hormatilah IBU kita selagi beliau ada…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
I guess that to get the loans from creditors you ought to present a good motivation. Nevertheless, one time I have received a secured loan, because I wanted to buy a car.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hargai ibu anda semantara dia masih bernyawa..
harini anda derharka pada orang tua,
sok lusa anda akan kena.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hargai ibu anda.ibu rakan anda,ibu jiran anda..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
perkongsian yang baik..terima kasih..ia sebagai peringatan pada yang membaca..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
selepas baca ni, saya seperti dikejut kan dari sesuatu…terimakasih kepada anda yang sudi berkongsi kisah ini..dan saya igin berkongsi keadaan saya…
saya skrg seperti berada didalam kegelisahan kekeliruan dan mungkin kegelapan…maksud saya….saya adalah pelajar tahun akhir di universiti terkemuka tercinta tanah air…n i used to be an excellent student..tp akhir2 ni sy seperti dihalang oleh sebuah tembok besi besar daripada menyiapkan tugasan thesis saya…ada shaja perkara yg muncul sehingga akhirnya saya terpaksa mengulangi sem saya…ramai kawan2 dn lecturer saya terkejut dengan keputusan saya…saya selalunya menyiapkan tugasan2 yang diberi dengan baik..tetapi…hmmm sekarang….i dont know whats wrong with me..gelisah..tak dpt fikir dengan baik….but i always try to put a positive mind and attitude….smpilah saya penat dn tak mampu untuk berfikiran positive lagi…saya seperti hilang haluan dn harapan…..i kept myself in d dark from my friends and my family….i talk less to any of them and i distance away from my family…coz i dont want them to worry n ask why u ulang sem?…n this time im the one who said..”tak dek pape…” parent saya risau and keep asking…but i keep my bloodymouth shut!nothing…zip!zero!
but then i jumpe artikel ni…i cried so hard today…daridape petang tadi sampai sekarang i tak dpt berhenti nangis lagi….no actually it was from noon…i start crying from the moment artikel ni tulis…guru mengaji tuuu suruh balik ngn pegi check ngn mak kite if kite ade lukekan hati die…n i rase kite kene check ngan ayah kite sekali…..epic betul artikel ni…and that moment….it was like a movie moving backwards so fast…yet so clear that i can seee….my god..allah yang maha besar….yes i did let my parents down….i dh buat diorg kecewe n sedih tampa i sedar…and its huge….sebelum masuk tahun akhir saya praktikal di sekian2 tempat yg berdekatan ngn rumah sedare saya…n one of my cousins ask myparents if i could help them with some design (my major related to arts and design) n i agreed!!!and i think thats the cause!!!!i agreed…..im so deng and dang at that point….dipendekan cerita…keakhirannye i cant keep to my word…my work was like gunung kinabalu..n im sellfish in finishing my work first….n i bgtau sedare saye sory tak dpt tolong…i didnt see anything wrong with that…mase tu saye jahil..huuuu…seday…sedare saye kate “tak pela takde pape” and parents i kate nape dh janji nk tolong tp tak tolong…i jawab balik..”saye bnyk kejela…die pn kate tak pe(sedare saye)” saya rase itulah highligh segalenye ketidakredaan parents saye ngan kerja saya ngn pelajaran saya….saya terlalu pentingkn kerjapelajaran sehingga saya abaikan kepentingan keluarga…saya abaikan ibu dan bapa saya…saya jarang telefon rumah…saya jarang berkongsi suka saya duka saya dengan parents saya…then itulah dose besar yg telah saye buat…i rase my parents kecewe ngn sikap saye sambil lewe niii…ngan sikap saya yg tak share ape2 perassan ngan diorang……tapi sy care n saye sayang diorang….cume saya dh abaikan perasaan diorg…
mungkin bagi sesetengah org artikel ni dgn komen2 yg diberi oleh pembace kelihatan simple….tp bagi saya setiap huruf yg tertulis didlm artikel ni memberi 200+++ribu makna n kesedaran kpd saye…n i keep giving new tears to the comments from other readers….
saya mesti mendapatkan keredaan diorang n minta maaf n berterusterang if diorg kecewa n tersinggung ngn sikap saya..n most importantly we must show our love….selame ni saya telah mengabaikan perkara paling penting dan simple yg perlu saya buat iaitu berkongsi cerita,masalah dgn parent saya dn same2 memahami antara satu sama lain….daripada artikel niiii kemaafan dan keredaan ibudan bapa adalah kunci kepada kejayaan dan segala-galanya…..insyallah…semoga allah mengampunkan saya…..
terima kasih diatas kesedaran ini akhirnya saya telah jumpa jalan memecahkan tembok besi dihadapan saya….=)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
TQ..cerita ini byk menyedarkan saya tentang dosa2 sy pada mak sebelum nie..sedih.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
TQ..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
awang kamarul Reply:
December 24th, 2010 at 11:04 pm
@nurul, sama2 lah kita mernunginya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cerita ini amat pnting pada yg berglar anak
jngan lah kmu darhaka kepada ke 2org tuamu
krna surga ada di telapak kaki ibumu..tq krna membri tunjuk ajar pada ku…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]