|
Jan
27
|
Hari ini, sekiranya kita bertanya kepada orang ramai ;
Adakah anda kenal siapa itu Siti Nurhaliza? Siapa itu Ekin? Siapa pula Stacy? Atau siapa itu Erra Fazira?
Maka, saya yakin, hampir 100% orang akan mengatakan bahawa mereka memang kenal siapakah nama-nama yang disebutkan diatas tu. Malah, jika ditanya lebih lanjut lagi tentang apa yang mereka suka, bila tarikh lahir mereka, apa kegemaran mereka? Saya percaya, ramai juga orang akan dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan mereka-mereka itu dengan tepat.
Pendek kata, apa jua perkara yang berkaitan dengan nama-nama yang saya sebutkan tadi, pasti ramai yang dapat mengingati dan menghafal maklumat-maklumat tersebut.
Namun, kalau kita tanya siapakah itu Khadijah Binti Khuwailid? Siapakah gerangannya Aisyah Binti Abu Bakar? Siapa itu Hafsah Binti Umar? Siapa pula Juwairiah Binti Harith? Siapa Mariah Qibtiah?

~Gambar adalah sekadar hiasan~
Bolehkah anda terangkan sekiranya ada orang bertanyakan tentang mereka?
Kalau anda tidak kenal atau tidak pasti siapakah nama-nama yang baru saja saya sebutkan tadi, maka apa kata anda terus membaca entri kali ini, dan cuba ingat atau hafal info-info yang saya kongsikan di sini.
Kepada mereka yang tidak tahu atau sudah terlupa, nama-nama tokoh di bawah ini adalah UMMAHATUL MUKMININ (Ibu kepada orang-orang mukminin). Mari kita baca, ambil tahu, ingat dan kalau boleh, hafal maklumat-maklumat asas yang penting ini.
Bak kata pepatah Melayu, “Tak kenal, maka tak cinta”. Kalau kita tahu siapa tokoh-tokoh penting ini, bagaimana mungkin kita dapat menjadikan mereka idola dan ikutan kita? Sedangkan merekalah ibu kepada orang-orang mukminin….
Justeru, saya benar-benar berharap agar kita semua cuba ingat nama-nama di bawah ini, dan cuba kenal siapa mereka dan apa significant nya mereka kepada kita semua.
- KHADIJAH BINTI KHUWAILID (Wafat 3 sebelum Hijrah)
Beliau adalah isteri Rasulullah yang pertama dan orang yang paling banyak membantu perjuangan Nabi di tahun pertama kenabian. Sebelum masa kenabian, beliau dikenali sebagai “wanita suci”. Rasulullah s.a.w menikahinya 15 tahun sebelum diangkat menjadi nabi. Putera dan puterinya dari Rasulullah ialah Qasim, Abdullah (kedua-duanya meninggal dunia ketika masih kecil), Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kalsum dan Fatimah. Beliau memberikan sokongan yang penuh kepada Rasullullah s.a.w dalam perjuangan menegakkan Islam, samaada dari segi sokongan moral atau material. Beliau wafat pada “aamul-huzni” (tahun kesedihan) dan dimakamkan di Hujun.
- AISYAH BINTI ABU BAKAR (wafat 25H)
Beliau dipersuntingkan oleh Rasulullah s.a.w pada tahun kedua Hijrah dan satu-satunya isteri baginda yang dikahwini ketika masih gadis. Beliau isteri yang paling dicintai oleh baginda dan yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. Beliau termasuk wanita yang paling pakar dalam ilmu agama dan etika. Wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi.
- HAFSAH BINTI UMAR (wafat 45H)
Semenjak Islam muncul, beliau terus memeluk agama Islam. Beliau bersama suaminya ikut berhijrah ke Madinah, suaminya meninggal dunia selepas Perang Badar. Rasulullah s.a.w melamarnya dari orang tuanya. Wafat di Madinah.
- JUWAIRIAH BINTI HARITS BIN ABU DHIRAR (wafat 56H)
Nama asal beliau ialah Burrah binti Harits. Beliau ditawan oleh kaum muslimin ketika peperangan Bani Musthaliq dan diberikan kepada Tsabit untuk menrbus kemerdekaannya dengan imbalan sejumlah harta. Beliau pergi menghadap Rasulullah s.a.w untuk meminta bantuan. Rasullullah s.a.w menawarkan kepadanya persetujuan untuk membayar sejumlah harta yang disepakati itu, kemudian setelah beliau merdeka, Rasulullah pun menikahinya.
- MAIMUNAH BINTI HARITS (wafat 50H)
Nama asalnya ialah Burrah, kemudian Rasulullah s.a.w menukar dengan panggilan Maimunah. Beliaulah yang menghadiahkan dirinya kepada Nabi, kerananya turun ayat yang bermaksud : “ Perempuan mukmin yang menyerahkan dirinya kepada Nabi…” (Al-Ahzab – 50)
- MARIAH QIBTIAH (wafat 16H)
Seorang wanita Mesir yang dihadiahkan oleh Muqauqis, iaitu penguasa Mesir kepada Rasulullah s.a.w pada tahun 7H. Setelah dimerdekakan, beliau dinikahi oleh Rasulullah s.a.w dan mendapat seorang putera bernama Ibrahim. Setelah Rasulullah s.a.w wafat, beliau dibiayai oleh Abu Bakar kemudian Umar. Wafat pada masa zaman pemerintahan Saidina Umar.
- SAUDAH BINTI ZAM’AH (wafat 23H)
Beliau memeluk agama Islam bersama suaminya dan turut berhijrah ke Abessina. Dalam tahun Kedua Hijrah, suaminya meninggal dunia. Kemudian dinikahi oleh Rasulullah setelah Khadijah wafat. Rasulullah membawa beliau berhijrah ke Madinah. Beliau termasuk dikalangan isteri Nabi yang sering memberi giliran harinya kepada Aisyah.
- SOFIAH BINTI HUYAI BIN AKHTAB (wafat 50H)
Sebelum Islam beliau adalah penganut Yahudi Bani Akhtab yang tertawan pada pererangan Khaibar. Rasululah s.a.w memilih dan memerdekakannya, kemudian beliau memeluk Islam. Lalu Rasulullah s.a.w menikahinya dan wafat di Madinah.
- UMMU HABIBAH BINTI ABU SOFYAN (wafat 44H)
Nama beliau yang sebenar ialah Ramlah binti Abu Sofyan, beliau ikut hijrah ke Abessina bersama suaminya, tetapi suaminya terpengaruh di sana, lalu murtad dan meniggal dunia sebagai penganut Kristian. Rasulullah s.a.w segera mengirim Amru bin Umaiah Dhumari untuk melamarnya untuk Rasulullah s.a.w. Najasyi, penguasa Abessina menikahkannya kepada Rasulullah dengan mahar 400 dinar.
- UMMU SALAMAH (wafat 57H)
Beliau ialah Hindun binti Umaiah, termasuk dalan kalangan sahabat wanita yang pertama memelik Islam. Beliau termasuk golongan yang ikut hijrah 2 kali (Abessina dan Madinah). Suaminya mati syahid dalam perang Badar, kemudian Rasulullah s.a.w menikahinya. Beliau termasuk wanita yang bijak, berakhlak mulia dan pandai menulis serta membaca. Beliau dikurniakan usia yang panjang. Wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi.
- ZAINAB BINTI JAHSY (wafat 20H)
Nama asal beliau ialah Burrah, sepupu kepada Rasulullah s.a.w. Bernikah dengan Zaid bin Haritsah. Setelah diceraikan beliau dinikahi oleh Rasulullah s.a.w dan diberi nama Zainab. Dikenali dengan “Ummul Hakam”. Beliau sangat warak dan kuat beragama serta banyak bersedekah.
Kalau kita boleh ingat dan hafal nama-nama artis, mengapa tidak kita ingat dan hafal nama tokoh-tokoh Islam yang jauh lebih penting ini. Kenapa tidak kita jadikan mereka sebagai idola yang patut kita contohi dan ikuti? Mengapa? Kenapa tidak?









January 28th, 2010 at 11:25 am
Tepat sekali.
mereka adalah contoh terbaik yang sepatutnya kaum hawa ikuti.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 28th, 2010 at 3:25 pm
@salmi,
salam salmi..
itulah yang harus dijadikan idoal bagi setiap wanita-wanita diluar sana tu..dan bukannya pada artis entah mana hala tujunya yang tak pasti..huhuh..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
January 28th, 2010 at 3:03 pm
Arigato..
boleh tak share buku2 rujukan pakar tentang riwayat Hidup tokoh di atas…
p/s:nak blaja jd pompuan baik..huuk hukk
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 28th, 2010 at 3:27 pm
@ocean,
cak! ocean
adus..nanti suri akan maklumkan pada pkar yer..al-maklumlah dia bz smajk dua ni..segala kesulitan amatlah dikesali..
jadilah orang baik kerna sudah pastinya ia satu perkara yang disukai Oleh Allah..dan Rasul kita
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
January 29th, 2010 at 8:02 am
tak sesuai guna nama idola, tukar ke ikon..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 29th, 2010 at 11:12 am
@ismadi,
hurm..lebih molek kiranya kita mengikuti contoh seperti ustazah siti nurbayah tu..lagi baguh..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Leyna Reply:
February 2nd, 2010 at 12:48 pm
@surihati_ku, sy mmg suke uztazah nur bahiyah…cara dia menyampaikan ilmu mudah diterima.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
February 2nd, 2010 at 7:36 pm
tq…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
February 6th, 2010 at 6:20 pm
thanks 4 this info….=)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
February 7th, 2010 at 1:04 pm
..mnarik…….t.ksih.. =D
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]