Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBRealiti yang berlaku, kita menyaksikan sebahagian umat Islam yang berpuasa masih ada yang melakukan maksiat di dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar itu, bahkan berlaku juga rasukan jin dan syaitan di dalam bulan Ramadhan, termasuk yang dirasuk itu di kalangan umat Islam yang berpuasa.
Jika begitu keadaannya, apakah maksud hadith Nabi saw yang menyatakan syaitan itu dirantai dan dibelenggu dalam bulan Ramadhan ? Nabi saw bersabda:
Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai melakukan fitnah kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.
al-Syeikh ‘Atiyyah Soqr menyebut beberapa ulama yang mensyarahkan hadith ini menyatakan yang dimaksudkan dibelenggu ini ialah tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat sebagai memenuhi sabda Nabi saw :
Maksudnya : “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji, maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkannya.” (HR al-Bukhari)
Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil/melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith :
Maksudnya : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/melampau.”
Ada pula yang berpendapat ianya membawa tanda para malaikat masuk ke dalam bulan Ramadhan sebagai membesarkan dan memuliakannya bagi menghalang para syaitan menggoda orang-orang mukmin. Ia boleh juga membawa isyarat kepada banyaknya pengampunan dan balasan pahala yang diberikan di dalam bulan Ramadhan menyebabkan syaitan menjadi seolah-oleh dibelenggu. Ini dikuatkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Yunus daripada Ibn Syihab di sisi Muslim :
Maksudnya : “Maka dibuka pintu-pintu rahmat.”
Maka dibelenggu syaitan itu adalah perumpamaan melemahkan syaitan dalam menyesatkan umat Islam dan menghiasi syahwat mereka.
Al-Imam al-Qurthubiy pula berkata : “Maka jika dikatakan bagaimana kita boleh melihat beberapa kejahatan dan maksiat berlaku dalam bulan Ramadhan secara banyak, jika dibelenggu para syaitan sepatutnya perkara itu tidak berlaku.
Maka jawapannya ialah : “Sesungguhnya semua itu kurang berlaku pada orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang memelihara syarat-syaratnya dan meraikan adab-adabnya, atau (yang dimaksudkan) dibelenggu sebahagian syaitan, iaitulah syaitan yang degil/melampau, (sebaliknya) bukan semua syaitan seperti yang terdapat di dalam sebahagian riwayat (hadith), atau maksudnya mengurangkan kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ternyata berlakunya kejahatan dalam bulan Ramadhan itu lebih kurang berbanding bulan yang lain, demikian juga tidak semestinya dibelenggu kesemua syaitan tidak berlakunya kejahatan dan maksiat, kerana ada juga sebab lain selain syaitan (yang membawa kepada kejahatan) seperti jiwa yang sememangnya jahat, dan kebiasaan yang jelek dan syaitan manusia.”
Al-Syeikh Muhamad bin Soleh al-Uthaimin ketika ditanya tentang persoalan ini menjawab :
“Di dalam sebahagian riwayat hadith (maksudnya) : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/derhaka.” Atau (dengan lafaz) Tughallu di sisi al-Nasaie atau yang seumpamanya yang termasuk dalam perkara ghaib yang mana hendaklah kita menerima dan membenarkannya, dan kita tidak membicarakannya lebih daripada yang itu, sesungguhnya inilah yang lebih selamat bagi agama seseorang dan lebih baik untuknya…. kemudian secara zahir dibelenggunya syaitan itu (adalah membawa maksud dibelenggu) daripada memesong atau menyesatkan manusia disebabkan banyaknya kebaikan dan (mereka banyak) kembali (bertaubat) kepada Allah dalam bulan Ramadhan.”
.



















Terima Kasih atas info yang diberi
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 26th, 2010 at 1:03 pm
@jamilah,
sama sama
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamu’alaikum w.b.t.
Salam Ramadhan buat seluruh saudara islam.
Berhubung “Perihal Syaitan di bulan Ramadhan”. Pada saya semua pendapat Para Ulamak kita di atas adalah sungguh benar sekali, kerana Ilmu Allah itu terlampau luas, bagaikan lautan yang tak kan pernah kering jikalau ianya dirubah menjadi dakwat lalu seluruh pohon-pohonan digunakan sebagai pena buat mencatit keseluruhan Ilmu-Ilmu Allah. Dan sesungguhnya faham yang tertitis dan timbul atas hati serta fikiran yang suci (mereka yang berkhidmat untuk agama Allah), yakni ilham-ilham yang dikurniakan Allah kepada para Ulamak dalam berijtihad bagi kemaslahatan ummat ada yang berkebetulannya sama dan ada pula yang berlain-lainan, namun bibitnya tetap lahir dari satu serta menuju arah yang satu, kerana itu di kalangan mereka para Ulamak itu menerima baik dan menghormati pendapat masing-masing, Alhamdulillah!
Setiap dosa-dosa yang dilakukan samaada disengaja atau tidak akan melahirkan 1 titik hiam pada muka hati yang asalnya putih, lalu hati itu pasti terhijab sedikit demi sedikit dari merasai manis (zhauk) dalam ibadah dan mengenal erti budi kebaikan yang hasil dari akhlak Al-Mahmudah. Selagi seseorang tidak memohon ampun secara ikhlas kepada Allah dengan beristighfar serta mengulang-ulanginya dengan hati yang tawadhuk, maka titik tersebut tidak mungkin tanggal. Kebanyakan titik-titik hitam itu lahir disebabkan perbuatan dosa yang dikerjakan secara berterusan serta perbuatan yang tersebut itu kerap-kali diulang-ulangi sehingga ia menjadi sebati dengan jiwa seseorang. Dosa-dosa yang saya maksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil yang seringkali dilupai dan tidak diendahkan oleh kebanyakan manusia, jika terbiasa dan sudah menjadi tabiat, maka ia dilakukan dengan disengajai. Dosa-dosa ini kebanyakkannya bersarang di hati, disebut dengan dosa “Syirik Khafi” pada istilah Ulamak Tasawuf, seperti : Cinta Dunia, Takut Mati, Sangka Buruk, Berbohong, Mengumpat, Memfitnah, Mengadu, Tamak, Iri Hati dan banyak lagi. Selain itu, dosa-dosa yang dilakukan dengan anggota-anggota 7, seperti mata yang melihat perkara maksiat, telinga yang mendengar perkara yang maksiat, tangan yang memegang sesuatu yang maksiat, kaki yang berjalan ke arah tempat yang maksiat dan lain-lain (Zina Anggota). Dan yang lebih utamanya disini adalah dosa kelalaian yang disebut “Ghoflah”, yakni dosa lalai di dalam mengingati Allah di dalam hati serta fikiran sebagai seorang Hamba-Nya. Apabila hati itu lalai tidan mengingati Allah, maka Allah akan menghadirkan Syaitan pada hati itu, atau hati itu akan mudak dimasuki Syaitan. Maka, segala faktor-faktor yang di atas itu adalah penyebab bagi lahirnya titik-titik hitam pada muka hati yang akhirnya hati akan menjadi tertutup keseluruhannya dengan jaringan titik-titik tersebut, yakni menjadi selaput hitam yang tebal serta keras. Dan dari itu juga, ia akan menjadi mesra dengan segala karat-karat Zulmah yang pelbagai dan sangat sukar untuk dipulih-baikkan kembali menjadi putih sepertimana asal. Paling penting di sini yang ingin saya nyatakan ialah akan terbentuk atau terwujud pada hujung jantung (sudut hati) itu sejenis darah keghaiban yang hitam pekat tampaknya jika dilihat dengan “Mata Basiroh” (Penglihatan Dalaman) yang disebut dengan “Darah Iblis”. Ia terwujud dan menjadi kekal bertapak di sudut hati itu kerana dosa-dosa yang dilakukan tanpa taubat dan istighfar yang patut serta benar-benar menyedari kesilapan (insaf). Ia lah yang menjadi sarang dan rumah “Mazmumah” (Kejahatan), menjadi tempat Syaitan sangat bermaharaja-lela masuk menguasainya, memberi bisikan serta waswas yang berpanjangan, lalu jadilah hati yang cemar itu bekas yang menerima ajaran-ajaran buruk daripada Iblis dan Syaitan. Ia menjadi tempat singgah-sana dan istana kerajaan Iblis di dalam diri-diri manusia. Maka, seandainya Para-Para Syaitan LaknatulLah ‘Alaihim dan Kepalanya Iblis ditambat dan diikat-rantai sekalipun, maka sudah tentulah manusia itu masih dapat melakukan dosa kemungkaran, bahkan kadang-kala lebih mudah serta berleluasa pula dilakukan setiap kali tibanya waktu bulan Ramadhan. Hati yang mempunyai Darah Iblis tersebut akan menguat dan membesarkan lagi sifat-sifat Keinginan Nafsu manusia, terutama apabila ia berhadapan atau berkemestian menerima sesuatu yang sangat berlawanan dengan kehendak dirinya, yakni perintah-perintah Agama yang mewajibkan setiap manusia itu mentaati segala peraturan-peraturan yang ditetapkan Allah sekaliannya tanpa ada terkecuali dan tolak-ansur. Sifat hati yang berdarah Iblis akan mewujudkan Sifat Utama Iblis, yakni Ke-Egoan Diri “Aku” (sifat ke-Akuan yang sangat besar seperti merasa diri bagaikan seorang raja yang bebas bertindak dan menentukan). Bila “Aku” ini timbul menetap di dalam hati seseorang, maka Ego dirinya akan menjadi yang cukup besar bertambah-tambah, yakni lahirnya Sombong, Takabur, Marah dan sebagainya lagi, sepertimana ciri-ciri sifatnya Sang iblis itu, ketua kepada segala Syaitan-Syaitan : “Syaitan Jin” dan “Syaitan Manusia” (Syaitan manusia itu adalah mereka yang telah mewarisi “Darah Iblis” atau hati yang bergumpalan tebal dengan selaput hitam dosa-dosa dan yang jatuh menimpa padanya itu kekotoran darah hitam yang kotor, serta mewarisi pula manusia itu sifat-sifat Iblis). Sekian, Wallahu A’lam, Wassalam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mohd hayye ismail Reply:
September 8th, 2010 at 8:04 am
@penyeru, jazakallah, kerana mmberi pndgn yg mndlm ttg syaitan, .mnusia bleh mnjdi lbih jht drp syaitan , dlm surh attin Allh berfrmn, ?? ????? ???? ?????? , mksdnya, kmudian kami kembalikannya(mnusia) kpd srendah2 drp mrk yg rndah, kecuali mrk yg brimn n braml soleh.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih… sesungguhnya syaitan akan terus menghasut manusia ke arahnya..sama2 la kita berdoa agar dijauhkan dari fitnahnya
.-= faiz manik´s last blog ..RAMADAN AKAN TINGGALKAN UMAT ISLAM =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Slm, maksudnya sahlah gangguan n rasukan syaitan akan terus berlaku wpun bulan ramadhan, tempat2 perubatan assyifa akan terus beroperasi spt biasa. mula2 tak brp yakin yg manusia masih dirasuk syaitan dlam bulan ramadhan, ttpi stlh mdpt infa hari ni rasanya yakin. cuma kalau masih ada mklmt ttg jin, syaitan n iblis tlg sent ke sy. jazakallah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]