|
Sep
07
|
Akhir-akhir ini Malaysia dikecohkan lagi dengan kenaikan harga minyak. Mulai 1 September lepas, Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak sekali lagi. Selain itu, kerajaan juga telah menggantikan penggunaan minyak RON92 kepada RON95.

Berikut adalah senarai harga minyak terbaru (mulai 1 September 2009).
-
RON 97 : RM2.05
-
RON 95 : RM1.80
Tetapi tahukah anda apakah itu RON? Pernahkah anda semua tertanya apa bezanya minyak RON97, RON95 dan minyak RON92 tu. Kenapa kerajaan tukar penggunaan minyak RON92 kepada RON95? Apa signifikannya daripada penukaran itu? Minyak yang mana satukah yang lebih bagus? RON95 atau RON97?
Mungkin ada ramai yang mengatakan minyak RON95 adalah minyak yang tidak berkualiti. Sebab itu ia lebih murah. Ada pula mengatakan minyak RON95 mungkin akan mengotorkan engine anda dan ada juga yang mengatakan minyak RON95 kurang berkuasa berbanding minyak RON97.
Sebelum anda semua membuat tanggapan palsu,mari kita fahami apakah maksud sebenar RON.
RON adalah singkatan bagi ‘RESEARCH OCTANE NUMBER‘, dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda.
RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92. RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.
Tidak bermakna menggunakan RON95 itu tidak bagus untuk kereta anda. Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.
Oleh itu, ia sepatutnya tidak menjejaskan prestasi enjin. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa keperluan gred minima bagi enjin kereta anda.
Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded (tanpa plumbum) ataupun leaded (plumbum).
Apabila anda refer kepada manual kereta anda, kat situ ada ade tercatat minimum ron yang boleh digunakan. Kalau dia tulis ron 95, maknanya anda kena guna Ron 95 dan ke atas saja. Jangan pula guna minyak bawah ron95. Nanti rosak pula kereta anda.
Selain di dalam buku panduan, anda juga boleh melihat sticker Octane Rating minimum di lid penutup minyak kereta anda. Di situ pun biasanya ada di catatkan.
Secara asasnya memang lagi tinggi RON tu, maka lagi bagus minyak tu. Tapi perlu diingat, RON yang lebih tinggi tidak bermaksud ianya lebih berkuasa. Ia hanya bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan. Dan sebenarnya, setiap engine sesebuah kereta itu direka dengan minimum octane rating nya yang tersendiri.
Jadi, paling pentingnya ialah periksa manual kereta anda, apakah nilai minimum octane rating atau RON nya. Gunalah minyak paling minimum yang dicatatkan itu. Kalau RON95 maka anda boleh guna RON95 tanpa ada sebarang masalah. Dengan menggunakan minyak RON95, anda sebenarnya dapat menjimatkan duit anda kerana ianya lebih murah.
Namun, kepada mereka yang pakai kereta yang berkuasa tinggi contohnya kereta sport seperti evo, impreza, type R, skyline dan sewaktu denganya, maka adalah sangat disarankan supaya anda gunalah minyak RON97. Walaupun harganya mahal sedikit, tapi tidak mengapalah, janji anda puas hati. Nanti boleh la anda pecut kereta dengan lancar, tanpa semput-semput,he he he…
Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :










September 8th, 2009 at 4:54 pm
mekasih pakar bg info yang berguna pada kami…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
September 8th, 2009 at 6:22 pm
Tema kasih info ni, tapi semalam dah terbeli ron 97……rugi aku, pake moto kapcai je pakai minyak mahe.. ha,,ha,,haaaaa.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
September 9th, 2009 at 9:02 am
Bagus En. Pakar. Sebijik macam apa yang saya post di sini http://beautifulmindlife.com/what-is-ron.html
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
September 9th, 2009 at 11:01 am
Ada komen daripada rakan-rakan yang menggunakan Avanza mengatakan kereta mereka semput-semput apabila menggunakan RON95, sepatutnya Avanza juga boleh menggunakan RON95. Apa pendapat Pakar..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
September 9th, 2009 at 3:50 pm
thanks for the info. Boleh jimat cikit
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
September 10th, 2009 at 11:26 am
minyak ron 95 xleh gune kat kete naza bestari…..kete sy mati….x pick up….so,jadual nie ok x?????
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
September 10th, 2009 at 12:19 pm
thanks for the info..saya akan post ke blog saya untuk pengetahuan umum…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
September 11th, 2009 at 10:38 pm
kalau motorsikal macamana? di manakah kategorinya?
saya guna ron95
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
September 12th, 2009 at 10:58 am
Semuanya yes..
takde yang satu yes satu tak ke?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
September 23rd, 2009 at 11:30 am
itulah salah faham biasa orang ramai.. bagi mereka yang belajar dalam bidang petroleum, mereka lebih tahu dan arif..
~pelajar chem eng
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
October 15th, 2009 at 5:58 am
Very informative, kalau free lawati blog saya http://sharinginfoz.blogspot.com/
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
October 15th, 2009 at 10:20 am
Memang proton ada kesesuaian guna RON95 tapi ada masalah dari sudut pecutan. Minyak pun cepat habis lah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
December 3rd, 2009 at 3:42 pm
Macam mana pulak dengar motor..
Seperti Yamaha LC 135..?
Baik utk Ron 95 @ Ron 97?
Bagaimana pulak jika motor menggunakan V-Power?
Ada effect utk enjin?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
john Reply:
May 10th, 2011 at 6:41 pm
@AnJanG,
lihat list diatas
; Typer R takleh guna 95 sebab compression dia 11:1
LC plak compression dia 10.9:1
jadi compression LC hampir sama dengna Type-R.. jadi LC kena pakai RON 97
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
December 14th, 2009 at 2:19 am
minyak ajer yang naik…….Gaji tak naik-naik jugak
nak cari part time??????
tgk la kat sini http://y.ahoo.it/vypLdq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
December 14th, 2009 at 2:21 am
minyak dok asik naik jer……….
nak cari part time……
klik sini http://y.ahoo.it/vypLdq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
January 9th, 2010 at 10:01 pm
setakat ni pakai Ron 95 jah..huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
January 9th, 2010 at 10:03 pm
dengar2 bulan 5 ni minyak nak naik lagi…huhu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
February 26th, 2010 at 12:15 am
thanks pakar..akk tertnye2 gak perbezaan antara RON95 n RON97..sekarang dah tau..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]