Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBPernah tak anda rasa kena tindih masa tidur? Saya pernah sekali mengalaminya satu ketika dulu semasa tidur di rumah kakak saya di Alor Setar. Ianya satu pengalaman yang sangat mendebarkan. Saya memang betul-betul terasa badan saya ditindih oleh sesuatu sehingga saya tak dapat bergerak langsung, sukar bernafas dan badan saya berpeluh sehingga habis basah baju t’shirt yang dipakai.
Masa tu, memang saya ingat saya kena tindih dengan ‘hantu’. Selepas saya kena tu, keesokan paginya, terus saya minta izin daripada kakak saya untuk balik ke rumah mak di Pahang. Takut beb….huhu.
Masa terus berlalu. Hingga kini, saya dah dengar macam2 cerita dan pengalaman mengenai orang kena tindih dengan ‘hantu’ masa tidur.

Persoalannya, betul ker ‘hantu’ yang tindih? Atau, adakah fenomena ini hanyalah satu tindakbalas tubuh yang semua orang boleh mengalaminya?
Saya pun tidak pasti perkara yang sebenarnya. Adakah pengalaman kena tindih masa tidur ini hanya kepercayaan karut masyarakat melayu, atau ia benar-benar terjadi kerana adanya ‘makhluk halus’ yang membuat kacau?
Berikut ini saya kongsikan 1 artikel yang mengulas tentang perkara ini mengikut pandangan sains. Anda baca dan nilailah sendiri.
Pengalaman Kena Tindih Masa Tidur : Antara kepercayaan dan realiti!
Aku selalu baca segmen pengalaman menyeramkan dalam buku dan bahan bacaan lain. Banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni. Betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?
Orang ramai menyatakan bahawa, kena tindih ni adalah seperti tak dapat nak gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada, nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam ) dan sebagainya….
Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Aku pun jujur kukatakan, memang pernah ade pengalaman kena ‘tindih’ ni masa skolah menengah dulu. Ada la dalam 3-4 kali juga. Masa tu aku sedar. Boleh buka mata separuh, aku tau aku sedar. Tapi takleh gerak. Kadang2 panik juga, sebab takleh gerak. Pastu 5 minit baru la boleh bergerak. Aku dulu pun takut. Memang ingat kena hempap dah. Dalam hati, ‘hantu’ mana la pulak dok tindih aku ni.
Lepas boleh gerak tu, memang seram sejuk la kita dibuatnya. Tapi, setelah aku masuk U, belajar pasal tubuh badan manusia. Baru la aku tau kebenarannya.
Ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap atau kena tindih. Atau lebih tepatnya lagi disebut ‘sleep paralysis’ mengikut istilah medikal nya.
Sleep paralysis atau dimelayukan boleh la disebut sebagai ‘lumpuh waktu tidur’. Ia adalah keadaan yang menyebabkan paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time-time nak tidur (hypnagogic paralysis), atau baru2 bangun dari tidur (hypnopompic paralysis).
OK, kebiasaannya badan manusia bila dah tido, dan bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement), atau waktu tengah nyenyak, bijik mata kita akan bergerak2, otak akan bagitau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira akan jadi macam kena ‘switch off’ sekejap atau dalam keadaan REM atonia (tader muscle tone).
Kalau nak tahu, otak kita ni pun sebenarnya ada ‘switch off’ button juga. Ia dipanggil reticular activating system RAS. Bila otak dah ‘switch off’ badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal la ‘automatic function’ (degupan jantung, bernafas etc.) saja yang ON dan berfungsi. Kiranya macam keadaan ‘screensaver’ atau ‘hibernate’ la kalau ianya komputer.
So,bila kita bangun, RAS akan ‘switched ON’ balik. Kita sedar ‘fully awake state’. Tapi kadang2, ‘electrical signal’ tak di’activate’ kan oleh otak suruh ‘switch on’ balik badan kita. Maka masa tu laa badan kita akan jadi macam lumpuh seketika. Ia berlaku sebelum otak di aktif kan semula.
Haa bunyi cam menakutkan jer, tapi itulah kenyataannya. Tapi paralysis tu tak semestinya ‘complete’ atau ‘full’. Kadang2 keadaan lumpuh tu berlaku ‘partially’ atau sebahagian nya saja. Sebab tu la ada yang boleh gerakkan ibu jari, tapi bahagian2 lain menjadi seolah2 lumpuh dan tidak boleh bergerak.
Satu lagi, ‘sleep paralysis’ ni selalu jugak datang sekali dengan ‘hallucinations’ ( halusinasi la) samaada dalam bentuk ‘auditory’ (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau ‘tactile’ (deria sentuhan, terasa mender menindih/menghempap) dan sebagainya.
Antara Sebab2 atau mender2 yang boleh menyebabkan berlakunya ‘sleep paralysis’ ini adalah :
- Tidur dalam posisi terlentang yang terlalu lama
- Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
- Sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni…penat sgt)
- Stress yang banyak kat otak…masalah keluarga, kewangan dan lain2
- Pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal dan lain2)
- Orang yang ader penyakit ‘narcolepsy‘
So kesimpulannya, jangan laa kita kata fenomena kena hempap atau kena tindih masa tidur ni adalah perbuatan ‘hantu’ atau makhluk halus. Janganlah kita memandai2 tuduh hantu le, jin le, orang bunian le yang dok tindih kita masa tidur. Sebab tahyul jer semua tu. Hakikatnya, fenomena ini adalah satu fenomena biasa yang boleh terjadi pada sesiapa pun. Fenomena ini disebut sebagai ‘sleep paralysis’ mengikut istilah perubatan.




















yuuuhuuhu..
sy pon pernah kena juga..masa skolah dulu..
tapi jarang lah..
slalu kena kekejangan otot betis time tido..huhuh sakit woo
tu pon time aktif ikot olahraga..skg dah tak de..hehehh
blh tak pakar jelaskan..
kalu musim sejuk atau hujan ..sendi2 kaki sakit n kejang kekadang..
sy tak paham lah..sebab benda tu berlaku kat orang tua je kan..
kalu ngan orang muda pe hal plak..?
arigato..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hrmmm…. mmg ade logiknye juga kajian sains ni.. tp jangan lupa, di dunia ni makhluk ghaib juga wujud. dan saya tk kata 100% betul bhawa ditindih masa tidur ni adalah gangguan makhluk halus. Tetapi hati saya tetap meyakini bahawa ditindih semasa tidur tu adalah kerana gangguan berikut. Sebabnya ialah, sebelum tidur saya akan mendapat petanda yang menyeramkan dan menakutkan. biasanya terjadi bila sya tidur dlm kedaan yang tidak berdoa dan terlentang. Tp alhamdulillah, sekarang ni saya tidak lagi mengalami gangguan tersebut.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
aku salau kena tindih kt opis ni..time aku tido sekitar pukul 1-1.45 jer..yer mase kena tindih aku nmpk objek warna itam & b’bulu..aku da berubat so mmg yg tindih tu hantu raya..then benda tu da d nyah kn dr opis ni tp ntah cam ner benda tu tindih aku lg mase bln pose so skrg aku da jarang tido..tp aku still takot dok opis sorg²..mase raye kt kg pon aku kena gak mase tu da t’jaga tp saje nk sambung blk konon² nye last² kena mase tu pukul 6pm..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Virgos Reply:
February 19th, 2010 at 12:42 pm
@alia,
lain kali jgn tidur taw..
law xkne pada timenye..
jgnla tidow kat opis.. dia jeles kot awk tidow kat opis..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aku x penah kene tp x-roommate slalu la. kronik giler die kene tindih sampai satu mlm tu die mengucap kuat2. bile aku kejut die die ckp nmpk lembaga putih kat dpn mata. meremang aku…huhuh..tp bile bc artikel ni baru tau ade org buat kajian pasal ni…kajian sains ni penting sbb kite dpt tau sebab musabab berlaku sesuatu tp kene ingat jugak tak semua bende sains boleh terangkan…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Apapun sebelum tido kena cuci kaki & baca ayat kursi, 3 kul sahaja..;)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sebenarnya jika dikaji dengan mendalam pasti sains dan spiritual tidak akan bercanggah. Tapi bagi barat sudah pasti ideologi mereka hanya menitik beratkan soal sains sehingga kita umat Islam meletakkan kurang kepercayaan pada unsur-unsur spiritual, benda-benda ghaib dalam agama. Fikirkanlah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
itu la sebabnya nabi kita pesan, sunnah tidur mengiring sebelah rusuk kanan, dan sebelum tidur tu baca ayat2 suci…mana tau kot2 suis utama tak boleh nak ON balik…haaaa…innalillah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya pun pernah mengalami keadaan seperti ini….tapi yg musykil nya…saya dah sedar…dah terjaga pun…tapi bila nak lelapkan mata…’benda’ tu seolah-olah masih ada…asal nak tutup mata jer…jadi kaku balik….sampai takut nak tido balik..last2 berjaga sampai terlelap semula,,,,mcm maner tu…sains bleh terangkan tak???
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sya pun prnah mgalami keadaan sprti nie……
kdangkala tkut tido sorang2 hu3..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
December 18th, 2009 at 11:30 am
@wallzana,
mm..betol tu…
sampai skunk takut nk tido sorg2…huhu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
setiap org ada pndapat dn pandanganya tersndiri…Myb ada logik ttg fhaman sains..tpi xsume bnda mampu diterangkan melaui kaedah saintifik..bgi saya hakikat ditndih smasa sdg tido adalah krn mhluk trsbut…logik apa? e2lah kita xbole tido dlm keadaan yg trlalu letih…bacalah 4qul,ayat kursi n doa sblm tido insyallah psti dalam lindungan ALLAH…tepuk dada tnya iman..logik sains xdptmnandingi logiknya kekuasaan ALLAH..BAK KTA PEPATAH..”kita bole paksa kuda utk ke kolam , tpi kita xboleh paksa kuda 2 utk minum air kolam 2 @x!!!!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
manja Reply:
October 18th, 2009 at 1:41 pm
apa yang penting sebelum tido tu amalkan lah bacaan ayat2 suci … insyallah tdo nyeyak takde kena tindih da … yang penting tdo dlm keadaan yg tenang ….jgn dok pike bukan2 … basmallah selalu na
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya pn penah kena tindih jgk tp sebelum kena tindih tu, mesti mimpi jumpa hantu dulu..tp bila sya cuba ckp dgn dktr,mmg dktr kata kejadian tu berlaku sbb tubuh kita penat..jd salah satu cra utk elak benda ni, kena cukup tidor dan tuning balik timetable tido kita.wassalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya jg ada pengalaman pernah kena tindih.yang tindih tu adalah orang yang saya kenal.tapi sekarang orang tu dah meninggal.kejadian ni berlaku kira-kira sebulan sebelum kematiannya.semasa hayatnya orang ini pernah bermusuh dgn saya.juga saya tak tahu apa sebab dia buat saya musuhnya….sedangkan sebelum ini tak pernah pun saya berkasar atau mengumpatnya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mm..dulu selalu jer kena…hampir setiap hari…
first time kena tu..ingat da nk mati da time tu….huhu…
x ley brgerak…x ley bernafas…
selalu gak sedey bila teringt…
yela..kenapa kita y terpilih kena mghadapi ‘benda’ tu..huhu
bila duk umah kurang sket…bila balik hostel kena balik…
p skunk ni da kurang sket….
Alhamdulillah….
kwan2 selalu jer bagi ayat2 sbg pendinding…
ayat y power sket tuk halau benda tu…
Ayat Kursi la y selalu sy bace…huhuhu….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
huishhhhhhhhh xbley blah kalu kene kacau aka tindih beb!! cm gampang..aku nih kdg2 smpai tiap2 mlm dlm sebulan kene beb..gilaaa…tp aku wat derk je arrrr….ade yg dtg bercakap2 ngan aku…main2 radio lah,,tunjok muka la…main2 cak ciklot lah,,,pijak2 bdn aku lah….peliknye aku sblm tdo bc ayat kursi pun kene gak,,so pe cite beb??? pd aku sblm aku tdo aku ckp kat byg2 tuh,,,aku xkaco ko tp kolo ko nk kaco aku..ske ati ko la….jgn bg aku mati dlm tido suda…betol beb,,,,pk2 wat pe….dia maklok tuhan gak…haiiiii antu …antuuuuuu
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya slalu kena tindih, biasa jadi bila time letih dan tido ptg…..moral nya skrg sy cuba elakkan tido time ptg…..dan skrg sy takut nk tido sorang2…huhuhu…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
emm..memang real aku kna smalam..aku tido hospital..jg mak aku..dah tu aku tido kat lantai..sedar2 dlm kol 4 pagi..aku nampak bnda putih ngam2 ujung kaki aku..Masya’allah!!…pergggggh..aku ngah baring time tue..nak jerit tak ley..nak gerak tangan tak ley..mata aku je tbukak..memang rase cm nak mati beb!! dalam ati..aku selawat..n alhamdulillah..aku agak pas 2 minit cam tu barulah aku ley gerak..fuhh..lega..tup2 bnda tu ilang..memang ngeri..gileww..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tapi cam ne lak ngan abg saya ngan dia kata kena hempap ngan hantu xleh gerak..
bila bangun lak dari tidur darah mengalir kuar dari ibu jari kaki dia..
terkejut saya tau sbb tgh2 mlm buta ade org ketuk pintu bilik n beri salam..
minta tlg.. upe2nye abg saya dalam kesakitan slepas kakinya berdarah..
darah mengalir banyak.. bukan 2 je sebelum2 2.. ibu jari kaki dia selalu luka macam di gigit..
tapi xpernah lah berdarah macam hari 2..
banyak sgt.. tapi de 1 time 2 abg saya dpt mengawal perasaan dia nmpk tikus dkt ats katil dia.. dia halau tikus 2 tapi tikus 2 xnk blah sebaliknya semakin hampir dengan abg saya.. bila dia bangun dari katil terus dia xnampak da tikus 2.. nk kata ag saya mimpi xmungkin sampai kaki luka berdarah.. xde bnde tajam pun dekat blik n agy 1 nk kata bilik itu x di hiasi kalimah suci x jugak sbb abg saya seorg ustaz dulu sebelum dia bernikah.. pelik nie..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
…sy krg stuju law prkra dn stuasi ini 100% dsndarkn pda teori khbtan sains smata2…..sbb sy mmg dh almi smua nie,bknnye skali dua,,tp dh byk kali,mcm mne tue??dn kdaan sy mse mngalaminye itu adlah sgt2…….hm ssah sy nk hraiknnye,,,dn sy tk suka nk ingt kmbali..mse tue sy seolah2 brada d tmpat laen,,dn mmg ad ssuatu yg sperti ingin brbicara dgn sy,,dn sy ykin tue bkn mmpi dn ilusi smta2,,dh byk kli cmtu brlku pd sy,,adkh itu msih dpnngil”sleep paralysis”??…smpai skrg sy msih bntu mncri jwpannye……
..ape2 pn,,nce post,,t.ksih.. =)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Salam.terima kasih atas sumbangan artikel di atas.Selama ini saya tertanya-tanya dan tercari-cari apakah benar tidur tertindih disebabkan gangguan makhluk halus atau ada yg berpendapat ” roh nak keluar dari badan”.Ye la kan bila manusia tidur dikatakan roh akan keluar dari jasad manusia dan kembali apabila manusia sedar dari tidur. Biasanya untuk mengatasi maslah tidur tertindih ni saya mengamalkan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan an-Naas kesemuanya 3 kali, Bismillah 21 x, Ayat Kursi, selawat ke atas Nabi Muhammad shoLlahu ‘alayhi wassallam, mohon keampunan bgi diri dan kedua-dua ibu bapa dan doa tidur, baru la tak terasa ditindih.Tapi kalau tidur lewat pukul 2-4 pagi memang kena juga mungkin sebab badan letin.Anyway, thanks kerana berkongsi pengetahuan.wassalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya ada pengalaman sendiri tidur macam kena hempap susah bernafas time darjah 4 dulu… Entah ada hantu hempap atau kurang oksigen dalam badan? Kalau budak apalah yang diorang stress sangat kan?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mm..ok.me kena masa tido miring.kaedah sains hnya utk menyedapkn hati. tp alam misteri tetap ada..Me nk tnya.,ada ke switch leh ON/OFF kn jantung kita ni..SAINS pn Xda jawapan..so,fikir2 kn lah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya jugk slu alami kene tindih ni… kdg2 tu nampak cam rmi org berlari2 berpusu2 lalu depan sy.. smpi x dpt nk gerak bdn, kepala pening sgt.. sebenarnya teori sains kesihatan n gangguan makhluk halus saling berkait.. sbb kita x boleh nafikan kehadiran makhluk2 yg kite x nampak tu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aku pon slalu gak kene. aku sebelom btol2 nak terlelap tu boleh terase la sikit kalau mcm nak ditindih, rase suasana bising dan ade orang jerit2, pastu aku terus cergas kan badan basuh kaki ape semua pastu baru tido balik… .. kadang2 time syok tido pon ade gak, selalu mimpi seram2 skit pastu on the spot terjaga tapi tak ley gerak, yang tu mmg tak ley nak elak la. adoi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aku pun kena berapa kali. Entah la.. Bila dah baca artikel tersebut ade lega ckit. Aku umur 21 tahun.. Aku sering mimpi buruk tau. Sangat sangat buruk sehinggakan aku terbangun. Bila terbangun tengok jam 3 pagi. Alamak. Time time nie la aku tak suka. Lepas tu aku terdengar suara lelaki yang sangat garau memanggil aku sayang. Macam tak logik jer.. Bila cari cari.. zup.. terus badan rasa kena tindih.. Berpeluh2 aku dibuatnya. Bila dah okay, aku terus ketuk pintu bilik mak ayah aku. Aku tdo dengan diaorang.. Hmm.. seram gilerr.. Takut la nak tdo sorang.. nak akwen cepta la.. seupya ada teman tdo.. kuikui
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya pun dah kene beberapa kali. masa kene tindih nmpk ade byg itam. bila denga betul2 ade suare garau. em…pasal mimpi buruk, kita boleh “mengejut” diri kita ketika mimpi buruk. contohnya kalau kite kene kejar dgn makhluk ganas kita ingat nak keluar dari situasi buruk ni pastu kita pejam mata dalam mimpi tu dan paksa bukak mata, Insya-Allah terjaga. tapi biasanya kita akan bangun secara mengejut. kdg2 tak menjadi jgk pasal saya terlupa yang saya dalam mimpi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]