Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Saper nak ikut saya gi krabi thailand 29oct sampai 1nov ni…hanya RM700 untuk 4 hari 3 malam termasuk flight, hotel, transportation, makan, city tour, island tour naik speed boat dan snorkeling(betui ke aku eja snorkeling ni huhu)…keterangan lanjut sila lihat dibawah…tenkiu

Semasa MATTA Fair bulan puasa yang lepas, saya ada menempah pakej percutian ke Krabi, Thailand selama 4 Hari 3 Malam untuk 2 orang. Tarikh pergi ialah 29 Oktober 2009 hingga 1 November 2009 ini.

Berikut adalah jadual perjalanannya.

29 Oktober (Khamis)

  • Menaiki bas Shuttle Air Asie dari KL Central ke LCCT.
  • Bertolak dari LCCT menaiki Air Asia ke Krabi. Masa berlepas ialah pada pukul 12:25 tengahari. (Sampai di Krabi jam 12:25 tengahari)
  • Sampai di Krabi, kita akan dibawa untuk menyertai “City Tour” melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar Krabi. Makan tengahari disediakan.
  • Makan malam disediakan (Buffet di hotel)

30 Oktober (Jumaat)

  • Makan pagi disediakan (buffet di hotel)
  • Selepas makan pagi, kita akan mengikuti “4 Island Tour” menaiki Long Tail Boat dari pukul 8:30 pagi hingga 4 petang. Island tour ini termasuk melawat ke Poda, Tub, Chicken Island, Pranang dan membuat aktiviti snorkeling. Minuman, lunch box dan buah-buahan disediakan untuk santapan.
  • Setelah habis tour ini, kita bebas membuat aktiviti lain seperti bershopping, bersantai di tepi pantai atau berehat-rehat di bilik hotel. Terpulang pada anda.
  • Makan malam tidak disediakan. Kita boleh pi makan di mana-mana restoran di Bandar Krabi yang majoritinya adalah masyarakat Islam.

31 Oktober (Sabtu)

  • Makan pagi disediakan (buffet di hotel)
  • Selepas makan pagi, kita akan menyertai “Phi Phi Island Tour” menaiki Speed Boat. Kita akan dibawa melawat ke Maya Bay (tempat lokasi filem penggambaran filem Hollywood “The Beach”), Loh Samah Bay, Pilay Bay, Monkey Beach, Bamboo Island dan Hin Klang. Kita bebas melakukan aktiviti snorkeling di sana. Peralatan untuk snorkeling disediakan. Makan tengahari juga disediakan. Masa adalah dari 8:30 pagi hingga 4:30 petang.
  • Selepas tour ini adalah aktiviti bebas sehingga ke malam.
  • Makan malam tidak disediakan. Kena makan sendiri di mana-mana restoran.

01 November (Ahad)

  • Makan pagi disediakan (buffet di hotel)
  • Sehingga sampai waktu penerbangan pulang, boleh la shopping di Bandar Krabi membeli souvinier untuk dibawa pulang.
  • Bertolak balik ke KL menaiki Air Asia. Masa berlepas ialah pada pukul 12:50 tengahari. (Sampai KL 3:05 petang)
  • Dari LCCT kita akan menaiki bas shuttle Air Asia ke KL Central.

Pakej ini termasuk tiket penerbangan pergi balik KL-Krabi, tempat penginapan di Hotel AO NANG VILLA (Bilik Superior), transportation dari KL Central-LCCT dan Krabi Airport-Hotel, makan pagi tengahari dan malam serta pakej mengikuti “city tour”,”4 island tour”, “phi phi island tour”. Bayaran nya cuma RM700/seorang. Ianya sangat murah dan berbaloi. Kalau pergi sendiri, harga tiket saja mencecah hampir RM400. Belum termasuk penginapan, makan2 dan tour lagi. Pakej ini termasuk semua hanya RM700.

Tawaran ini adalah sangat TERHAD. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan keterangan lanjut dan berminat untuk ikut saya pergi bercuti ke Krabi, sila email kepada saya di pakarhowto@gmail.com

Terima kasih.

-GH Syukri-

Artikel lain yang best :