Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBMengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.

siapalah jodoh ku....
Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:
1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.
3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.
4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.
5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”
(Koleksi ANIS / oleh zakaria sungib / dan juga ihsan Telaga Biru Sdn. Bhd. : VCD Forum Petua Mencari Jodoh di Bandar Baru Bangi)



















Betul.. panduan ni sangat berguna! Saya sedar semua ni tapi terlalu mengikutkan perasaan kadang2. Menyesal pon ade…
Apa2 pon, jom singgah ke blog assignment saya;
http://new-asian-dating-sites.blogspot.com/
huhu..ni assignment blog yg lecturer bagi
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Urm.. bercerita pasal jodoh nie teringat kat abg long sya… tahun depan usianya 40thn.. smlm die meluahkan hasratnya nak berkahwin tu pun thn depan..bila tanya mengpa terlalu lama mengambil masa utk mendirikan rumahtangga.. katanya.. belum ada jodoh?… heran lah.. masih tak de jodoh lagi ke?.. sedangkan wanita tu jugak lah yg bakal dikawininya nanti…. heran… entah apa yg dipikirkannya hingga usia begini baru la nak memikir pasal hal-hal mcm nie…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
julia Reply:
February 4th, 2010 at 1:48 pm
salam,samala kita punye situasi.. kakak saya sekarang umur 40tahun. tapi masih belum bertemu dengan lelaki pilihannyer.. kadang2 kesian saya tengok. kami adik beradik semua dah kahwin dan beranak pinak.. tapi dia masih sendiri..erm.. apa kata kita kenenkan je..hehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
Salam semua,
Kami ingin menjemput anda menyertai komuniti blogger terkemuka tanahair. Ianya mempunyai fungsi yang sama seperti Innit (Nuffnang) dan Digg. Pendaftaran PERCUMA!
Sertai sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]
Malaysia Boleh!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum..
saya ingatkan blog ni dah takde sbb dah lama saya tak dapat emel adanya posting terbaru..lama2 saya pon lupa..tah mcm mana ari ni tergerak hati nak bukak. Alhamdulillah blog ni masih berfungsi..terima kasih atas panduan yang diberikan mengenai mengapa lambat jodoh.. mungkin salah satu usaha saya masih kurang..insyaAllah saya akan terus berdoa dan berdoa diharapkan suatu hari nnti saya dipertemukan dengan orang yang akan sehidup semati dunia akhirat bersama saya..saya harap pakar dapat terus mengemail saya jika ada posting terbaru =)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 8th, 2009 at 1:10 pm
@KikuRi, as-salam.terima kasih kerana kikuri sudi melawati blog ini lagi.
kami masih lagi disini..dan teman-teman yang lain pun turut berkongsi segala macam cerita mahupun pendapat & pengalama untuk meluaskan ilmu pengetahuan masing-masing
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
panduan yg ckup bernas dan bermanfaat.. mmg btl sgt lah apeyg pakar ckp 2.. most of org2 yg lmbt kawin ni, dorg mmg actually blm bersedia and sy stuju sgt2 lah ngn point yg first 2.. usaha belm semprna..mslhnye mnsia cpt sgt nak berserah..kdg2 baru usaha 2 3 kali dah rse mcm byk sgt dah usaha 2..nabi yg dijamin akan diberi kesenangan oleh yg maha esa pn xputs2 berusaha apatah lagi kita manusia yg kdg2 hdup berselindung dcelah2 dosa yg kdg2 kita sendri pn xsedar..jdnyer, l;ambat sket la rahmat 2 nak sampai yer..
moral of the story, berusaha tanpa henti insyaAllah ada rezeki..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
no 7. terlalu memilih.. bukan tak de orang yang nak kat dia, tapi dia tolak sebab tak menepati ciri2 yang diidamkan.. walaupun yang nak kawin dengan dia tu, baik ahlak dan budi perketi, ikhlas terima dia seadanya dan macam2 lagi le kelebihan yang dia saja buat tak nampak.. sudahnya sampai sekarang tak kawin dan ada nada menyesal kerana tak terima orang2 yang sudi dan ikhlas nak kan dia dulu.. moral of the story, sesal kemudian tak berguna dan kawin la kerana ALLAH bukan kerana nak menunjuk kat orang… walau dengan siapa pun kita kawin, akan tetap diberi ujian dan masalah cuma jenis masalah je berbeza..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 30th, 2009 at 12:10 pm
@ct maliha, hehe..itulah dugaan dalam dlam pencarian jodoh..ada yang mudah dapat jodoh..ada pula yang lambat..itu semua Tuhan yang Maha Kuasa. Berdoalah slps solat..usaha.Insyallah PASTI ADA..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Artikel yang bagus dan boleh membantu. Terima kasih kerana memberi info ini kerana saya salah seorang yang termasuk dalam golongan ni . Saya pun dah lama tak membaca artikel dlm blog ni.Biasalah akibat kesibukan kerja. Harap dapat menghasilkan artikel dan info yang lebih bagus pada masa akan datang.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 30th, 2009 at 12:08 pm
@tanpa nama, sama-sama..kami disini akan cuba sebarkan maklumat yang berkualiti untk anda semua..
hope tanpa nama dan pengunjung yang lain berpuashati dengan info kami.
ada masa tinggalkanlah pandagan anda disini..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
thanks..blog nie memang banyak memberi motivasi kepada saya. saya juga bimbang sebab sampai skarang jodoh belum tiba. insyaAllah saya akan terus lakukan apa yang pakar2 cakap supaya suatu hari nnti saya akan dipertemukan dengan jodoh yang terbaik dunia dan akhirat. amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 30th, 2009 at 11:59 am
@azie, AMIN.MUGA jodoh akan datang kepadamu sahabat..bersabarlah..dan jaganlah mudah berputus asa ya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Kadang memilih itu perlu dan terlalu memilih kadang pun boleh merugi kan diri.saya sendiri sudah 34 tahun dan masih single.Bukan saya tak pernah suka kan sesorang tetapi dia yang tak suka saya dalam istilah lain kena reject dgn mamat tu dan masa tu saya baru 23 tahun dan selepas memang takda lelaki yang nak berkenalan dgn sy.Sehingga umur saya 29 tahun baru saya nikmat jatuh cinta buat pertama kali dan selepas 1 tahun lebih berdating tiba2 sy di kejut kan berita selama 1 tahun lebih dating baru sy tahu rupanya2 kami bermadu dlm cinta maksud sy dia sudah ada gf dan saya sama mcm scandal dia.Hancur hati saya masa itu kerana apa yang sy harap kan musnah dan dia tinggal kan sy,tapi kehidupan dia tidak pernah tenang selepas itu bermcm kejadian yang menimpa dia.Selepas 3 tahun berlalu pada tahun lepas masa umur sy 33 tahun sy kenali seorg duda anak 3 dan dia muda 2 tahun dari sy.Kami duduk berjauhan dia di ipoh dan sy singapura,sy kalau punya kelapangan masa akan datang ke ipoh utk bertemu dgn dia.Kalau utk dia datang bertemu sy di spura memang susah sbb anak2 dia masih kecil dan bersekolah tiada siapa yang dpt menjaga meraka dan tentu sekali cost ke sini memang mahal utk dia yang berkerja sebagai car salesman di ipoh dan walaupun kerja dia nampak lumayan tapi hakikat nya kalau ada sales adalah duit lebih dan kalau ada duit lebih pun dia kena settle kan hutang dia yg banyak.
Hingga 1 hari sy di khabar kan oleh adik lelaki dia konon nya bf sy ini punya hubungan sulit dgn perempuan indon di ipoh.Ya Allah masa itu hati sy benar2 hancur dan apa lagi perang sms saya dgn dia dan dia menafi kan dia kata bagaimana dia ingin punya perempuan lain sedangkan hutang dia banyak dan dia berkerja 24/7 utk settle kan hutang dia.Lagi dia kata sy cepat percaya dgn apa org lain kata dan dia kata lagi sy skg dah mcm janda dia dan inikah org yg ingin sy berkahwin lagi.
sy benar bengan dan kadang2 kalau andai sesuatu terjadi sy dgn dia hati sy mungkin sudah tertutup utk bercinta lagi.penat sangat2 dan usia pun bukan lagi 20an dan sy sendiri dah takda mak dan abah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 30th, 2009 at 11:56 am
@Norliza,
As-salam norliza..
peritnya melalui khdupan awak ni, ditambah lagi dugaan tanpa ketiadan kedua ibu bapa sdh suri mendegarnya..
hati wanita memang begitu..jika rasa sayang mula lahir pada seseorang bukan ke ipoh shja sanggup bjumpa si dia tapi lbih jauh dari itu pun akn mereka cuba turuti kata hati demi berjumpa dgan insan yang dicintai.
itu sebablah kebanyakan anak2 dara suka lari dari rumah sb ikut llki yang disukai.tapi bila hati disakit tiada siapa yang hendk ambil peduli.
ada juga kebenran katanya itu tapi terkadang kita juga tidak boleh mempercayai llki 100% sb takut akn makan diri kita sendiri.apa pun anda sebagai kekasih hatinya adalah wajar anda selidik akan kebenaran cerita tersebut.Bila ada bukti yg kukuh barulah anda bersemuka dengan dia.hah, dari situ anda buatlah keputusan yang rasional sama ada anda hendak meneruskan hubungan dg dia atau tidak.
mestilah kta sbg wanita akan sakit hati talaka ada insan yang berkata begitu pada kita tapi anda haruslah kuatkan semangat. jodoh lambat dgn cepat tu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Anda tak perlulah risau untuk menjauhkan Cinta Dari Hati anda SEBAB LAGI JAUH ANDA HENDAK MELUPAKANNYA MAKIN DEKAT PULA IA AKAN MENGHAMPIRI ANDA.
Cubalah anda ambil sdkt pengajaran dari kisah siti kahtijah ia pun berkahwin pada lewat umur juga.namun bila jodh telah seru maka dgn izin Allah beliau berkahwin dgn Nabi Muhammad S.A.W.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sassygirl8476 Reply:
January 11th, 2010 at 3:27 pm
@Norliza,
salam sy pun simpati ngn ngn nasib awk ni… setiap yg berlaku mesti ada himahnya… satu benda yg harus awk pegang adalah percaya pada cinta insyaallah cinta akan dtg pada awk…bukankah jodoh telah ditentukan oleh allah s.w.t..sy tau mesti sukar untuk awk mghadapi semua ini… jika berlaku pada sesiapa pun mesti hilang semangat untuk meneruskan hidup tanpa cinta… percayalah kepada qada dan qadar allah… jodoh pertemuan di tangan tuhan setiap manusia diciptakan berpasang pasangan…. xpela klu sidia bukan jodoh awk… besabarlah dan berdoalah jika awk cintakan dia… insyaallah tuhan akan berikan jalan yang terbaik 6ti… insyaallah
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kiki Reply:
March 8th, 2010 at 3:52 am
@Norliza,
Assalamualaikum..sy sgt bersimpati dgn saudari..sy amat bersetuju dgn sassigirl476..bhw stiap yg berlaku pasti ade hikmahnya..sy ingin berkongsi pendapat…seringkali kedengaran seseorg itu merintih mengapa dia xdpt ape yg diingini sedangkan dia amat memerlukannya dan menginginkannya dan seringkali diminta ketika berdoa??jwpnya:barangkali apa yg disukainya itu tidak baik utknya dan barangkali ape yg tidak disukainya itu adalh yg terbaik utknya..jadi nasihat sy buat saudari adlh pertamanya saudari harus bersyukur kerana Alllah telah menjauhkan sesuatu yg tidak baik buat saudari samada saudari menyedarinya atau tidak.
saudari,
jgnlah saudari cepat putus asa dari rahmat Allah..teruskan berdoa disamping berusaha menemukan jodoh..insyaAllah pasti satu hari akan berhasil. sy lebih suka utk menyarankan dan meng’highlight’kan bhw ape yg penting dlm hidup di dunia ini bilamana kita ditimpa suatu masalah yg bg kita amat besar…kembalilah kpd Allah..dlm ertikata sucikanlah diri,perbaikilah hubungan sesama manusia,byk beramal soleh,sedekah,solat taubat,solat tahajjud dsb..kerana ini semua akan menjadikan Allah kasih pada kita..dan jika Allah kasih pd kita sudah tentu makhluk2nya jg akan kasih pd kita..insyaAllah..
wallahua’lam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Aisyah Humaira Reply:
September 20th, 2010 at 5:00 pm
salam kepada ukhti Norliza,
byk kan istiqamah n bersangka baik terhadap allah s.w.t
ujian itu kemanisan iman bagi mereka yg mengerti akan kehidupan bersama allah.. norliza solat hajat n istiqarah di teruskan… jgn patah semagat.. islam mengajar kita sbar supaya kita tahusiapa yg berkuasa?? tiada yg berkuasa melainkan allah s.w.t
(mendekati allah hati akan tenang= zikir= membaca al quran)
solat taubat + minta reda kedua ibu bapa berumah tangga + berdoa minta keredaan allah+ solat hajat + solat istiqarah + tawakall ( berserah pd allah) + syukur
Doa bila kita sudah temui insan bernama suami
Ya Allah, bersyukurnya aku padaMu kerana dikurniakan aku seorang suami yang soleh. Kau tetapkanlah imannya, kekalkanlah ketaqwaannya padaMu, dan eratkan lagi kasih sayang yg telah Engkau berikan kepada kami. Ameen
Sy nak berkongsi doa untuk kalian semua…
“Ya allah.. jadikanlah aku dan zuriat2 ku diantara golongan2 yg rajin dan bersungguh2 untuk melakukan solat kepadamu. Ya allah perkenankanlah doaku.
Ya Rabb kami ampunilah aku dan kedua ibu bapakku dan seluruh orang mukmin pada hari terjadi hisab .”
dlm berusaha (persiapakan diri untuk jadi isteri solehah + ibu solehah kpd anak2)
allahu allah 7x
aisyah humaira
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam.saya suka dengan artikel ni.kadang2 hati selalu terdetik kenapa jodoh saya belum tiba, sedangkan rakan-rakan yang sebaya sudah beranak dan paling tidak pun sudah bertunang.
Setiap apa yang berlaku adalah dengan hikmah yang Allah tentukan, yang kita sendiri tidak tahu tentangnya.
Pada tahun lepas, saya telah dilamar dengan seorang lelaki yang saya rasa cukup sesuai untuk dijadikan suami. Entah bagaimana tanpa berfikir panjang saya telah menolak lamaran tersebut. Sehinggalah baru2 ini saya mula terfikir tentangnya dan bersedia untuk mencari pasangan hidup, saya telah menghubungi beliau dan mendapat tahu beliau bakal mendirikan rumahtangga dalam beberapa hari lagi dengan gadis pilihan.
Hati ini menangis dan menyesal namun tiada apa yang boleh dilakukan.
Yang bermain2 di fikiran saya smpai sekarang, kenapa hati ini buta untuk menerima keikhlasannya dulu?Sampai sekarang saya tercari2 hikmah di sebalik ujian ini..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 10th, 2009 at 9:43 am
@azza84,
itu maksudnya dia bukan jodoh awak.
takper lah, cuba cari yang lain.
banyak lagi kumbang diluar sana.
don’t worry yer.
berdoalah pada Allah agar dipertemukan jodoh yang terbaik.
all the best
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kiki Reply:
March 8th, 2010 at 4:06 am
@azza84,
sy jg pernah ade pengalaman yg sama..agk down jgk pd mulanya..tapi mujurlah sy sempat tersedar bhw mengapa sy perlu melihat terlalu lama pd pintu yg dah pasti tertutup..barangkali Allah nk memudahkan kita utk memilih sbb itu saudari tolak dia mentah2 pd mulanya..dan selepas ini saudari harus belajar dr kesilapan lalu iaitu jgan terlalu cepat menolak..buatlah pertimbangan sebaik-baiknya..buat solat istikharah..pasti tau nk tolak ke nk terima..jgn sedih2..hidup ini kalo sedih2 kita akan terus larut dlm kesedihan dan byk bahayanya..redakan emosi dan bersemangatlah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mm…bg sy…sbb ape lum jumpe jodoh…
sbb…belum sampai mase nye…
jodoh tu mmg ader…
cuma lmbt atau cepat jer…..^^
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum…sy masih lagi belajar..tp,kadang2 sy selau berfikir pasal hal jodoh2 nie..mmg la time belajar xperlu pk hal jodoh nie sume,tp sy sudah mencecah 22tahun dan sbg seorg perempuan,lumrahnye akan memikirkan,siapakah yg akan sudi mendampingi sy dunia dan akhirat….erm…tidaklah menafikan qada’ dan qadar…tp,sekadar memikirkan…cuma,timbul kesayuan memikirkan semua itu…namun,sy pasrah kpd Allah…bagaimana 4,5 thn akan dtg??akankah sy masih memikirkan hal sebegini??mudah2 an saya sabar harungi segala kemungkinan…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya rase sunyi sgt2… lagi2 la.. sume kwn2 saya dah kawin…
.. saya x mencari. jodoh.. ade mengatakan… jodoh x kan ade depan mata … tanpa di cari… tapi saya x nak cari kat mane erk? x tau nak cari kat mane skrg nie?? … ade lelaki tu… wajah nampak innocent… tapi perangai so scary…. nak amek kesempatan kat kite… saya x bagi can langsung… bagi saya buat ape ??? no point… memang la seronok bile kat dunia… bile kat akhirat nanti x de seronok nye…. hidup pun x tenang bile diselubungi dosa… saya x nak mcm tu… saya selalu pk positf..ini sume rahsia allah… DIA yg mengetahui… segalanya… ape yg terjadi… ade hikmah sebalek ape yg berlaku
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mann Reply:
January 20th, 2010 at 12:16 pm
@sweetie_jb, tahniah cik sweetie_jb…
mmg le lelaki2 ni ramai yg jahat dan amik kesempatan..tapi tidak kah ada lelaki sehebat ayah sweetie?sehebat abg mann?hahahaha..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sweetie_jb Reply:
January 20th, 2010 at 2:23 pm
@mann, of course la… ayah sweetie nie hebat… x jumpe lagi lelaki sehebat dia… abg mann nie hebat ke….hhehehe
abg mann kan one of the lelaki .. so what do u think? what is your suggestion for me in order to get future husband… only idea… just for general knowledge… bole x?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kiki Reply:
March 8th, 2010 at 4:20 am
@sweetie_jb,
saudari kt saudari sunyi??tp x mencari jodoh??..itulah masalah problemnya..bak kate pepatah kalo tak dipecahkan ruyung manakan dpt sagunya..hehehe..bagi saya jodoh perlu dicari tp bkn secara yg dikatakan terhegeh2 tp secara persediaan..persiapkanlah diri seolah2 mmg betul2 nk kawen..mesti ade punya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ingin tahu…bgaimana nk buangkn faktor metafizikal d khuatiri ade dlm diri..
hrap maklum
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sweetie_jb Reply:
January 23rd, 2010 at 11:56 pm
@rossmanita, maaf ye.. faktor metafizikal tu ape ye…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
rossmanita Reply:
January 26th, 2010 at 10:57 am
d bwah ni adalh ptongan artikal yg sye bace..part ni lh yg ste mksudkn..
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kiki Reply:
March 8th, 2010 at 4:15 am
@rossmanita,
sy bknla arif sgt hal2 sihir ni..tp sememangnya kalo rase ade cepat2 la berubat..lagi lame simpan lagi teruk..berdosanya sape yg buat tu..nasihat sy carilah pengamal perubatan islam yg boleh dipercayai..selamat berusaha..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum..berbicara soal ni mmg akn buat hati sedih,sy sendiri berusaha mncari jodoh,namun blm bertemu lg,mgkin jg usaha sy itu masih xsempurna@mgkn jg doa xdimakbulkan,namun sy sekali2 xkn berputus asa,terdetik dihati sy mgkn status sy sbg mahasiswi buat org lelaki xde hati nk berkahwin dgn sy,maklumlah,xdpt nk membantu dlm ekonomi rumahtangga,tp usia yg dah nk mencecah 25 thn,sape yg xberkeinginan…susahnya nk mencari teman hidup yg sygkan kita kerana Allah..yg memandang kepada agama dan akhlak,bukan memandang harta dan paras rupa…mg ada jodohku nanti..amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sy pernah chat dgn seorang student sebuah u tempatan..sy cuba usha dia la..tp jwpn dia mdh je..dia kta kemungkinan bakal suami dia dh mati sblm smpt mengenali dia.. logik tk kenyataan mcm tu.. mcm pts asa je kan bnyinyer.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ade org kta jodoh ni sbnarnya dkt dgn kita cuma kita je yng tk perasan..kadang2 bila jumpa yg berkenan,kita plk yg tk yakin dgn diri..last2 yang berkenan dikebas org..kalu dh ade tu,cpt2 la buat mjlis,tp ajk la sy skli..blh mkn free..heheheh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
@faiz,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam..
saya berserah jer..DIA yang tentukan segalanya..saya ni pun dh 30 thn ni..jodoh tak coming2 lagi..adik dh 2 orang kawin..saya ni anak sulong..
tapi jodoh telah ditentukan untuk kita, cuma cepat dan lambat ajer..so, b anyak2 la berdoa, solat hajat, solat istikharah..Insyaallah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ok
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam , soal jodoh ni memang sukar. saya dah berumur 31 tahun tapi belum bertemu dengan lelaki yang boleh dijadikan teman hidup. Sebenarnya tak de lah tension sangat bile fikir ada kerjaya yg dah stabil, dah ade kereta rumah sendiri….tapi sampai bile…. agak nya aku lah antara salah sorang penghuni rumah orang-orang tua 30 atau 40 tahun lg (eee..scary). Kekadang bukan nya tension kerana tak kahwin tapi bila orang tanya “kenapa tak kawin lg?”. So jawapannya “tak jumpe Mr right lg”lah dan macam2 versi lagilah. dah tu diorang cakap tu lah pasal memilih sangat. so skarang bile orang tanye saya hanya tersenyum…. Bile fikir apa orang kata kita yang sengsara. Jangan fikir orang kata yang penting jangan putus asa banyak kan doa, sembahyang istikharah dan hajat moga-moga Allah akan makbulkan. Insyallah…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
yuki_ana Reply:
July 16th, 2010 at 1:20 am
salam..baca trs tertarik.syabas..tp sbnrnye sy hdapi maslah yg sama. skrg sy terlalu sunyi.bila trg org dgn family, ada anak sy rasa sedih….kadang2 tertekan gak.Pg pasaraya org bawa anak, kita duk bw handbag je..sedih sgt. Byk knlkan kt sy tapi ada je yg tak kena.entah.mak sedih sgt,kekadang tak tahan tgk mak sedih….kawan2 tlgkan saya.semoga sy lbh kuat.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith di atas.
Bagi mereka yang merancang ingin mendirikan rumahtangga muslim yang bahagia, aspek pemilihan jodoh yang tepat adalah sangat penting. Ini kerana, perkongsian hidup yang lahir nanti akan menentukan nasib sesudah berumahtangga dan menentukan corak hidup dalam masyarakat sama ada mendapat keredhaan Allah SWT atau sebaliknya. Bagi mereka yang bijak, sudah tentu akan mengutamakan calon isteri atau calon suami yang beriman kepada Allah SWT. Apa gunanya hidup kita, sekiranya kehidupan selepas berumahtangga menjadikan diri kita lebih jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan panduan dalam memilih jodoh dengan mengutamakan calon isteri solehah atau suami yang soleh itu? Hikmahnya ialah dengan mempunyai nilai keagamaan itulah seseorang itu dapat memiliki akhlak yang baik, menjadi contoh tauladan kepada anak-anak dan saling bantu membantu dalam rangka untuk membina rumahtangga yang diredhai Allah SWT. Alangkah bahagianya pasangan suami isteri apabila kehidupan alam rumahtangganya sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi persoalannya di manakah letaknya kebahagiaan rumahtangga tersebut?Adakah dengan mempunyai kekayaan dan memiliki segala-galanya, kehidupan seseorang itu sudah dianggap bahagia? Berapa banyak sebenarnya kes penceraian yang berlaku setiap tahun di kalangan mereka yang kononnya mempunyai kemewahan hidup semakin ketara? Jadi di manakah kebahagiaan itu sebenarnya ?
Sebenarnya kebahagiaan rumahtangga yang bahagia itu telah jelas ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri. Segala-galanya bermula dengan niat yang ikhlas sebelum mendirikan rumahtangga iaitu membina rumahtangga itu adalah semata-mata ingin mencari keredhaan Allah SWT, bukan disebabkan faktor atau dorongan yang lain. Tetapi berapa ramai yang menjadikan matlamat hidup ini untuk mencari keredhaan Allah SWT? Di mana letaknya keberkatan dalam berumahtangga? Apakah pasangan itu sekufu dan apakah neraca yang digunapakai dalam penentuan sekufu atau tidak?
Sekufu di sisi Islam adalah sekiranya pasangan suami isteri mempunyai kefahaman Islam dan matlamat hidup yang jelas, tahu akan tanggangujawab masing-masing bahawa membina rumahtangga muslim itu adalah suatu ibadah, saling merindui rumahtangga yang dirahmati dan diberkati Allah SWT, suami isteri yang saling nasihat menasihati antara satu sama lain dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT, cuba mewujudkan suasana rumahtangga yang harmoni, suami yang memberikan didikan agama kepada isteri dan ingatlah isteri yang solehah boleh membawa suami ke syurga.
Apakah rahsia membentuk rumahtangga muslim yang bahagia? Ingatlah para isteri yang dikasihi Allah SWT, antara ciri-ciri sifat isteri yang solehah itu apabila dia taat kepada Allah SWT, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan suaminya. Selain itu, menjaga sembahyang lima waktu, berpuasa dan menjaga maruahnya. Maka masuklah dia ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang disukainya. Berazamlah untuk menjadi isteri yang solehah. Sebaik-baik pemberian ke atas sesebuah rumahtangga itu ialah isteri yang solehah agar dapat membina keluarga sakinah.
Begitu juga, para suami yang soleh, mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga, mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah agar tidak membiarkan isteri mereka berada dalam kejahilan. Suami yang soleh juga akan memberikan makan, minum, pakaian, kemudahan tempat tinggal, memberikan perlindungan dan melayani isteri dengan baik. Suami juga perlu banyak bersabar, menunjukkan contoh yang baik, memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada isterinya, mendidik, menegur isteri dengan penuh berhikmah, saling berlapang dada dan pemaaf.
Namun, apa yang dibimbangi ialah janganlah disebabkan apabila seseorang selepas alam berumahtangga membuatkan dirinya semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semasa bujangnya beliau terkenal dengan kuat sembahyang sunat, puasa sunat, berzikir dan bersedekah telah berubah. Kehidupannya berubah menjadi seorang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri, bekerja keras untuk mengumpul harta dan mengejar kemewahan semata-mata untuk keluarga. Alangkah ruginya hidup yang fana ini sekiranya apabila memasuki gerbang rumahtangga itu menjadikan dirinya semakin jauh dari Allah SWT. Titik tolak kebahagiaan rumahtangga adalah bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam…
aisyah_humaira2010@yahoo.com
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith di atas.
Bagi mereka yang merancang ingin mendirikan rumahtangga muslim yang bahagia, aspek pemilihan jodoh yang tepat adalah sangat penting. Ini kerana, perkongsian hidup yang lahir nanti akan menentukan nasib sesudah berumahtangga dan menentukan corak hidup dalam masyarakat sama ada mendapat keredhaan Allah SWT atau sebaliknya. Bagi mereka yang bijak, sudah tentu akan mengutamakan calon isteri atau calon suami yang beriman kepada Allah SWT. Apa gunanya hidup kita, sekiranya kehidupan selepas berumahtangga menjadikan diri kita lebih jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan panduan dalam memilih jodoh dengan mengutamakan calon isteri solehah atau suami yang soleh itu? Hikmahnya ialah dengan mempunyai nilai keagamaan itulah seseorang itu dapat memiliki akhlak yang baik, menjadi contoh tauladan kepada anak-anak dan saling bantu membantu dalam rangka untuk membina rumahtangga yang diredhai Allah SWT. Alangkah bahagianya pasangan suami isteri apabila kehidupan alam rumahtangganya sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi persoalannya di manakah letaknya kebahagiaan rumahtangga tersebut?Adakah dengan mempunyai kekayaan dan memiliki segala-galanya, kehidupan seseorang itu sudah dianggap bahagia? Berapa banyak sebenarnya kes penceraian yang berlaku setiap tahun di kalangan mereka yang kononnya mempunyai kemewahan hidup semakin ketara? Jadi di manakah kebahagiaan itu sebenarnya ?
Sebenarnya kebahagiaan rumahtangga yang bahagia itu telah jelas ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri. Segala-galanya bermula dengan niat yang ikhlas sebelum mendirikan rumahtangga iaitu membina rumahtangga itu adalah semata-mata ingin mencari keredhaan Allah SWT, bukan disebabkan faktor atau dorongan yang lain. Tetapi berapa ramai yang menjadikan matlamat hidup ini untuk mencari keredhaan Allah SWT? Di mana letaknya keberkatan dalam berumahtangga? Apakah pasangan itu sekufu dan apakah neraca yang digunapakai dalam penentuan sekufu atau tidak?
Sekufu di sisi Islam adalah sekiranya pasangan suami isteri mempunyai kefahaman Islam dan matlamat hidup yang jelas, tahu akan tanggangujawab masing-masing bahawa membina rumahtangga muslim itu adalah suatu ibadah, saling merindui rumahtangga yang dirahmati dan diberkati Allah SWT, suami isteri yang saling nasihat menasihati antara satu sama lain dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT, cuba mewujudkan suasana rumahtangga yang harmoni, suami yang memberikan didikan agama kepada isteri dan ingatlah isteri yang solehah boleh membawa suami ke syurga.
Apakah rahsia membentuk rumahtangga muslim yang bahagia? Ingatlah para isteri yang dikasihi Allah SWT, antara ciri-ciri sifat isteri yang solehah itu apabila dia taat kepada Allah SWT, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan suaminya. Selain itu, menjaga sembahyang lima waktu, berpuasa dan menjaga maruahnya. Maka masuklah dia ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang disukainya. Berazamlah untuk menjadi isteri yang solehah. Sebaik-baik pemberian ke atas sesebuah rumahtangga itu ialah isteri yang solehah agar dapat membina keluarga sakinah.
Begitu juga, para suami yang soleh, mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga, mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah agar tidak membiarkan isteri mereka berada dalam kejahilan. Suami yang soleh juga akan memberikan makan, minum, pakaian, kemudahan tempat tinggal, memberikan perlindungan dan melayani isteri dengan baik. Suami juga perlu banyak bersabar, menunjukkan contoh yang baik, memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada isterinya, mendidik, menegur isteri dengan penuh berhikmah, saling berlapang dada dan pemaaf.
Namun, apa yang dibimbangi ialah janganlah disebabkan apabila seseorang selepas alam berumahtangga membuatkan dirinya semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semasa bujangnya beliau terkenal dengan kuat sembahyang sunat, puasa sunat, berzikir dan bersedekah telah berubah. Kehidupannya berubah menjadi seorang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri, bekerja keras untuk mengumpul harta dan mengejar kemewahan semata-mata untuk keluarga. Alangkah ruginya hidup yang fana ini sekiranya apabila memasuki gerbang rumahtangga itu menjadikan dirinya semakin jauh dari Allah SWT. Titik tolak kebahagiaan rumahtangga adalah bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
salam semua..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salaam.. saya jarang sgt nk surfing blog. tp arini saya agak free jadi terjumpa blog nih..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
*nunpang lewat..
“ughhh.. malam minggu gk ada pasangan, bingung..? atau jatuh bangun mengejar pasangan tp ternyata dia tidak memilih kamu…” Jangan sedih karna blm tentu dia itu cinta sejati kita yg mau hidup semati berdua sampe kakek nenek. Jd klo malam mingguan sendirian dan bosan blum pnya pasangana… Coba dech gabung d club jodoh kita… siapa tau cinta sejati menemukanmu dsini.Segera ketik REG JODOH#P(untuk pria) , REG JODOH#W(untuk wanita) kirim ke 9789(khusus pengguna telkomsel yach..) Jgn prnh takut dan ragu untuk mencoba… Sapa tau dia JODOH, kamu!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
slm…
cam x setuju pula dgn – mak x redha lg sbab x dpt jodoh. seharusnya kasihanilah anak mereka terutamanya bg umur yg dah lanjut.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
part mak x redha lai tu MCM sy jer..mcm ler…tp pikir gk..ade ke calonnya?..huh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam semua…..best tajuk!
saya umur 28,mmg ada jugak sbilangan org tanya pada saya bila nak kahwin,bila nak kahwin,lalu saya pun mendiamkan diri ,dan saya dgn rendah diri menjawab,nak kahwin macam mana sorang gadis pun saya tak dapat adjust lagi,niekan pulak nak cari untuk teman hidup sehingga ke akhir hayat.ada pulak bebiilangan yg kata,unur 28 tu muda lagi….muda lagi? habih kalau umur mak bapak pun dah 50 lebih ,diorang masih tak dapat menantu,letih macam nie.bayangkan lah umur mcm nie(28) ,masih tak ada teman wanita lagi,gila gila gila…..bila tgk org bercinta cemburu kow2 punya.dah berdoa banyak dah minta adakah jodoh,tapi tak jugak ada,rasa mcm tuhan tak makbulkan doa aku lah kot agaknya ,nak kata aku tak berusaha,dah 4,5 org perempuan aku adjust,semua tak dapat….aku sedih betul lah,kecewa2 sgt3…..kalo lah ada sapa yg dapat bantu,alangkah seronoknya,dah boring sebenarnya hidup sebatang kara,28 tak ada teman wanita,ada jugak aku fikir baik jadi GAY macam nie,kalau payah2 sgt,tapi homoseks tue,dah keje gila,fikir2 balik baik jadi crossdress je,jadi ala2 pond*n tue,jgn kerat anu sudah ,buat camne pompuan biasa buat,tapi itu pun dah gila jugak…aku dah tak tahan lah hidup macam nie,kengkawan lelaki ramai belambak2,kengkawan pompuan seorang pun takde lagi especially teman wanita,sedih betul,sedih3……tu yg jadi bila tgk org bercinta aku benci,serius aku aku tak suka org kahwin,aku benci org kahwin,aku akan hadir mana2 majlis perkhwinan,baik sedara2 mara atau kawan2…aku tak suka….sbb aku sakit mata n hati tgk diorng bakal megecapi kebahagian,sedangkan aku,melarat hidup sensorang diri.mmg kahwin itu sunnah Rasulullah SAW tetapi aku umat baginda nie,melarat hidup senssorang diri,dah cuba jadi baik,tak ada jugak org nak,nak jadi jahat karang,mmg lah belambak2 ayam,perempuan jalanan,pompuan GRO,dan yg sejenis itu aku boleh rembat,tapi sementara saja,dah tak sesuai pun dgn aku,untuk jadi jahat macam itu…..tak faham lah kenapa ,apa masalah aku,dalam hiruk pikuk kebisingan org2 disekeliling aku,aku boleh terasa sepi,dalam beribu2 org di K.L nie,aku berjalan sorang diei,kesepian….kadang2 terbercakap sorang2,kan dah macam org gila,eh mmg ,mmg aku gila……separuh…..
ah!….entah dunia tidak adil pada aku,sampai bila harus aku tunggu keadaan begini berlanjutan,org lain ada tempat untuk nak luahkan perasaan dan berkasih sayang aku,berkasih sayang sgn tiang,besi,signboard,cermin,pintu dan mcm2 lagi….nak suruh cermn diri,cermin diri apa lagi…dah bosan untuk cermin diri,dah larat lagi dah ,buat gaya cool,stylor mcmmana pun tak ada org minat,buat selebet lagilah ,tak ada org nak…ah fuck lah ini maacam,marah lah aku nie….umur aku mcm nie,perasaan begini semakin menjadi2…sakit hati,kecewa,cemburu,benci terhadap keadaan org yg nampak bahagia (tak taulah bahagian ke tidak),yg bakal bertunang esok lusa nie,dan yg berumah tangga,bapak aku umur 24 dah kawin ,umur 25 aku dah ada di muka bumi ini,aku umur 28,sorang pompuan pun aku tak dapat,ini kan pulak nak kahwin nikah…..inilah dia…sampai bila nak tunggu,nak tunggu ,nak tunggu langit runtuh agknya kot baru blh dapat…..
dah itu je…ada sape blh beri komen silakan ,amat dialukan jugak elok pulak kena dgn tajuk nie
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
saya berumur 33 tahun…masih single, pompuan plak tu. sy memikirkan mcmn nak usaha cari jodoh sdgkan diri ini x menarik berbanding org lain tp x de la teruk sgt, malu plak nk offer diri atau tackle seseorg…lg pn lelaki di luar sn mesti nk yang muda pilihan kan byk..buntu!buntu! sebenarnya sy dh bsn mmikirkan soal jdh tp takut juga sbb jdh x sampai2…terutama nk hdpi kata2 n pdgn org lain kpd yg berstatus”andartu”..fuhhh! payah..malu pun ada gak..solat hajat n doa spy Allah bka jalan utk pertemuan dgn mr right ade buat, tp mgkn blm ade rzki sbb sy x jp mana2 lelaki yg sesuai utk di usahakan mjdi psgn hdp sbb de suami org, de x minat pada kita (x kan nk pksa), de yg sgt muda…yg kwn2 tln cri pun mslhnyer x nak pompuan berusia cm sy ni…so mcmne????
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
tapi saya percaya atas usaha dan doa serta sudah ditetapkan allah atas jodohnya……
sahabat 2011´s last [type] ..Cerita Unik dan Lucu Part 01
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
dhah Reply:
December 18th, 2011 at 11:04 pm
jodoh telah ditetuken ..aku pun dah 28 xder pakwe pun..tapi still hapy..walaupun kadang rasa sunyi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..sy agk malu tuk brtnya, ttp kalau sy xtny,sy xkn dpt jwpn..skrg ni sy ad minat kt seseorg,xthu lh ianya sekdr meminati atau cinta, ttp sy xthu adkh dia pn mempunyai perasaan yg sama dgn sy atau tdk..sy hnya lihatnya dri jauh shj…kdg2 mata kami akn sama2 brtentangan..kdg2 sy juga akn brmimpi tntg dia.knp agkny yer?sdgkn sy xknal pn dia apth lgi untuk brckp dgnnya.sy anggap ianya hanyalah mainan perasaan shj..ttp bila sy cuba tuk lupakanny, dia akn muncul di dpn sy juga dlm mimpi sy..sy agk keliru..apkh disebalik kisah sy ini?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
saya sukar dapat bf.. maybe sbb sy ni hodoh.. org tak nak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]