Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSetelah saya kongsikan artikel atau maklumat tentang Poco-Poco dalam entri yang lepas, saya menerima beberapa komen, pandangan dan kritikan mengenainya.
Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, saya sebenarnya tidak pasti sejauh mana benarnya artikel tentang tarian poco-poco tersebut. Saya kongsikan artikel tersebut sekadar berkongsi info dan maklumat yang saya ada sahaja. Saya hanya risau, kalau-kalau dek kerana keasyikan kita meniru tarian yang kita tidak tahu asal usul nya itu, kita tersesat menyalahi syariat agama kita. Itu yang saya risaukan. Sebab itulah saya kongsikan maklumat yang saya dapat.
Jika inginkan kepastian, tolong jangan tanya saya sebab saya pun tak pasti. Kalau nak tahu juga, anda kena la buat kajian dan selidik sendiri. Cubalah bertanya kepada ustaz ker atau mereka yang lebih arif mengenainya.

Walaubagaimanapun, dalam post kali ini, saya kongsikan sedikit info yang saya terima dari salah seorang pembaca setia blog pakar yang dikenali sebagai “Pang5 Silat” mengenai tarian poco-poco yang penuh kontroversi ini. Beliau telah mengambil inisiatif sendiri untuk forward artikel tentang tarian poco-poco kepada kawannya.
Dan berikut ini adalah penjelasan yang diterima oleh beliau daripada kawannya.
Salam..
Saya mendapat emel berkenaan tarian poco-poco daripa saudara/i. terima kasih. emel tersebut telah saya panjangkan kepada my senior officer yang aktif terlibat dalam tarian ini. dan setakat yang saya kenal senior tersebut seorang yang alim (dari segi sivik dan pandangan mata umum).
sy juga belum mempunyai masa yang ok utk exploere ttg benda ni. di sini sy frwd kan jawapan daripda my senior officer.
tq. salam..
—————————————————————-
Penjelasan dan Komen daripada seorang jurulatih tarian Poco-Poco
—————————————————————-Sesuatu yang menarik untuk diperhalusi, secara jujur sebagai Jurulatih Poco-poco(kini saya turut mengadakan latihan di hotel2 atau kumpulan dengan bayaran berpatutan) berpandangan berbeza.
Sesuatu aktiviti yang boleh membantu mempercepatkan kardovaskular serta senaman ringan wajar dikaji semula. Poco-poco yang didakwa berasal dari Filipina juga perlu dikaji kerana ‘street dancer’ merupakan nama lain pada poco-poco dan street dancer memang berasal dari Barat yang bentuknya hampir sama dengan poco-poco.
Huraian perlulah tepat kerana pergerakan poco-poco bukan hanya berteraskan seperti salib kerana banyak lagi bentuk sama ada individu atau berpasangan yang tidak disentuh. Tiada mentera atau bacaan tertentu dalam poco-poco berbanding yoga.
Kemungkinan kita boleh kreatif dengan mempelbagaikan gerakan poco-poco dari menafikan ia adalah aktiviti aerobik yang berkesan yang diperkenalkan oleh ATM.
Memang wajar kita sendiri mencipta aktiviti yang lebih berfaedah dari memandang sudut yang negatif seperti tarian lain yang kontemporari ataupun moden. sekarang nie tengah menghalusi shaffer plak..
wallahua`lam.
Sekarang, anda fikir dan nilaikanlah sendiri. Saya tidak berani untuk mengatakan tarian ini diperbolehkan untuk diamalkan, namun saya juga tidak berhak mengatakan tarian ini haram dan tidak boleh diamalkan. Yang pasti, adalah lebih baik bagi kita untuk tinggalkan perkara yang syubhah atau perkara yang kita tidak pasti.
Sekian.



















kalau was2 tak payah la menari.. banyak lagi aktiviti yang boleh buat.. jogging pun ok, sambil berjogging boleh nikmati keindahan alam ciptaan TUHAN..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Saya setuju sangat. Kalo ada fatwa atau pernyataan rasmi yang dikeluarkan bahawa poco2 ni tak betul , barulah stop..slagi ianya tak menyalahi ajaran agama boleh diteruskan..Tapi kalo masih lagi rasa gusar atau bimbang, senang sahaja berhentikan sahaja aktiviti ini dalam diri masing2.jgn ikut..
Bagi saya bende ni mmg bagus kerana ia senaman yang menyeronokkan disamping dendangan lagu poco2 and bukan mantera atau jampi2 mcm yoga..
Apapun tepuk dada tanyalah iman.
Yang baik itu datang dari Allah, yang kurang baik datang dari diri aku sendiri..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
gelugor Reply:
September 3rd, 2009 at 1:53 am
tak payah seronok……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya tak faham rakyat Malaysia memang suka mengagong2kan kalau budaya luar walhal Malaysia kan banyak tarian2 yang kita tau asal usulnya… kalau nak bersenam pun boleh guna tarian2 yang ada kat Malaysia ni.. Orang lain bangga dengan apa yang mereka ada.. Kenapa tidak kita?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
gelugor Reply:
September 3rd, 2009 at 2:23 am
Ini tarian asal daripada suku bantik (indonesia)….suku asal sangihe talaud ialah duduk%2
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Orang Malaysia memang suka mengikut budaya orang…tak kira ia datang dari mana, apa asal usulnya…entah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Shazman Reply:
August 26th, 2009 at 8:27 pm
Betul tu wan… org kita ni mmg suka mengikut lebih2 lagi benda yg dibawa drp org putih… semuanya betul….tanpa mengikut usul periksa
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam,
Betul salah satu hal, tapi kalau menari sama laki dan pompuan dah tentu tak boleh.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 26th, 2009 at 11:48 am
@Afandi,
yelahkan? sb bukan muhrim hehehe….;)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 26th, 2009 at 11:53 am
@Afandi,
yaaa setuju!
kebanyakan orang yang menari poco-poco ni
bukan nak bersenam sangat sebenarnya,
ia lebih kepada seronok2 dan hiburan syok sendiri.
bukanlah tak boleh berhibur,
tapi berpada-pada lah…
kalau kita boleh berjoget poco-poco 1 jam,
kenapa quran kita tak boleh nak baca 1 jam?
kenapa bab berjoget bukan main khusyuk dia buat,
tapi bila tiba bab solat terawih ker, malas bukan main?
bukankah itu double standard namanya?
sedangkan, amalan agama itu lebih aula (penting)
daripada menari poco-poco tu…
betul tak?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 26th, 2009 at 12:42 pm
@PakarHowTo,
CANTIKLAH!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
totok Reply:
November 9th, 2010 at 5:50 pm
@PakarHowTo,
agama di dulukan dan poco² ada lah aktibiti sambilan
naper tidak erobik di haramkan sedangkn erobik dn poco² seakan² sama tarian nya.
pernah tak anda kaji tarian melayu yg di tarikan berasal dari tarian hindu lama?
pikir lah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Emm … saya pernah join poco-poco dengan niat … bersenam. memang berpeluh laa … buat tanpa henti beramai-ramai selama 20 minit. Kalau kita anggap dia senaman, ia merupakan senaman yang paling mudah dan tidak menyakitkan. Salah step tidak jd masalah sbb dia cuma langkah ke kiri, ke kanan, depan dan belakang.
Tetiba timbul isu halal haram. Kalau fatwa sudah mengatakan haram, ikut aje la. Kalau dah ragu2, lebih baik jangan. OK?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
banyak lg cara lau nak jaga kesihatan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tak terfikir pun tarian ni ikut bentuk salib….. jahilnya…..ya Allah ampun kan hamba mu niiii…..
sedap jer menari… ttp boleh turun berat bdan…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ASKUM..
HEHE..SAYA PULAK MEMAG TAK TAHU LANGSUNG TARIAN POCO-POCO NIE..
TAPI..
OH.POCOT!
SELALULAH TERKENA GAK BILA SAYA BALIK KG..HEHE..
MEREKA SELALU MEMERANJATKAN SAYA..HHUHU..
SKG..
DAH TAK MAU GUNA BAHASA TU LAGILAH..
CAKAP “ALLAH”LAGI DAPAT PAHALA TAKALA MENYEBUTNYA…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..akak nak ambil N3 pasal poco-poco ni dan tepek kat blog akak..byk mak-mak dara suka amalkan poco-poco ni..tapi akak tunggu green light dari kamu dulu ye.. selamat berbuka puasa.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
@surihati_ku, nak ambil N3 masuk blog
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 28th, 2009 at 8:59 am
@kak ina,
aduh..jap yea..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 28th, 2009 at 9:21 am
@kak ina,
dipersilakan kak ina
tiada sebarang masalah
next time, nak tepek apa2pun dari blog ni, tepek ajalah.
tak perlu minta izin pun…
anda bebas untuk menepeknya…hehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 28th, 2009 at 10:19 am
@surihati_ku, anda bebas utk ‘copy&paste’ mana2 entri yang anda suka dan kongsikan di blog anda”
Tapi kalau boleh ‘credit’ kan lah alamat blog pakarhowto.com sebagai sumber maklumatnya.”
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Point utk halal/haramkan atas dasar tarian tersebut berasal daripada agama kristian tu boleh dikaji lagi. Maksud saya, kaji betul2 adakah ia benar2 berasal drp kristian, bahkan pakarhowto sendiri hanya “cut and paste” artikel tersebut tanpa dapat memastikan sendiri kesahihannya.
Tp perkara yang lebih pokok dalam isu ni adalah BAGAIMANA perlaksanaan tarian poco-poco tu sendiri.
1) apabila kita sebut tarian, maka semestinya ada lenggok2 yg sekiranya dilakukan oleh perempuan DAN dilihat oleh orang lelaki boleh menimbulkan syahawat. Dan ini sama sekali adalah terlarang (ie haram) dalam ISLAM.
2) Secara biasanya saya tgk, perlaksanaan tarian poco2 ni dilakukan dalam dua keadaan
a) tempat terbuka – yang mana lenggokan orang perempuan boleh dilihat laki
b) tarian beramai2 dalam satu kumpulan yg bercampur laki perempuan.
Maka 2 perkara inilah yg dilarang, ditegah, haram di sisi islam.
3) Dan secara kebiasaannya yg berlaku terhadap wanita islam hari ini, adalah penutupan aurat yg tidak sempurna – pakai seluar dan baju singkat yg menampakkan bentuk tubuh, baju ketat, tudung yg tidak menutup dada dsb.
Maka apabila ditambah lagi dengan lenggok2 dalam menari, dan mungkin ada juga yang menjerit2 dsb, maka inilah sebenarnya yg lebih kuat hujah menjadikan poco2 itu haram.
4) Adapun dari segi muzik, kita kena tgk la pula apa sebutan2 dia (adakah ada unsur2 pujaan – thdp makhluk (ie cinta2) mahupun terhadap tuhan selain Allah) dan siapakah pula penyanyinya (laki atau puan). Dalam perkara ini, boleh dibincangkan lagi.
—
Sekiranya point 1,2 dan 3 di atas dapat dijaga, maksud saya, poco2 tu dibuat hanya sesama wanita; di dalam kawasan yg tertutup bebas drp pandangan laki (juga utk jaga kehormatan wanita – mahukah suami2 yg isteri mereka diperhatikan oleh lelaki lain dgn penuh syahwat?; lagu yg dimainkan x melanggar syara’, dan yg paling penting tujuan dan niat aktiviti tersebut adalah selari dgn syara’, maka by all means, dipersilakan sepuas2nya.
Wallahu’alam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 28th, 2009 at 10:06 am
@jabalnurr,
alhamdulillah,
satu penerangan yang cukup jelas dan sangat baik.
terima kasih banyak atas komen tuan ini.
saya harap semua pembaca faham poin2 yang diterangkan tu yer …
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ct nor Reply:
April 1st, 2011 at 10:18 pm
Isu seperti ini sering menguji kesanggupan kita menerima apa yg sudah lama dilakukan yg pada awalnya tidak ada hukum halal & haramnya. Kini poco2 adalah haram .Poco2 pula sering dilakukan oleh golongan tertentu utk acara selepas majlis makan malam dgn alasan “hidupkan majlis” selain nyanyian/karaoke dilakukan di khalayak ramai. (lelaki & perempuan).
Mungkin ini tidak menjadi isu seandainya melakukan aktiviti poco2 / karaoke dlm bilik tertutup untuk hiburan wanita sahaja dan begitu jua bilik yang berasingan utk lelaki.
Kesedaran kita sebagai seorang muslim dlm berseronok harus diteliti.
Manakala pandangan peribadi saya sebagai jurulatih aerobik -poco2 adalah satu variasi dalam pergerakan senaman. Kreativiti seseorang jurulatih aerobik berbeza ketika senaman aerobik dilakukan. Seandainya pergerakan senaman itu boleh menimbulkan keadaan kurang sopan maka harus dielakkan kerana kita mempunyai adab walaupun dlm senaman. Pinggul digoyang atau pun gerakan bahagian dada boleh diketepikan dan banyak pilihan lain. Begitu juga dengan poco2.. banyak lagi pilihan pergerakan lain yg boleh menjadikan senaman aerobik itu menarik dan seronok tidak semestinya berpoco seandainya boleh menimbulkan keraguan perbuatan kita itu.
Pergerakan tangan atas paras bahu adalah salah satu cara menaikkan kadar dengupan jantung. (Cardiovascular exercise). Poco2 kurang berkesan dalam konteks ini melainkan dilakukan secara ‘vigorous’.
Apakah tujuan kita bersenam -adakah utk kesihatan jantung kita atau pun utk suka2?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Qea Reply:
September 7th, 2009 at 3:12 pm
@jabalnurr,
salam…………. saya pon baru terbaca berkenaan asal usul tarian poco-poco ni.. dalam banyak2 komen, saya tertarik dengan komen saudara….
pertama, syukran kerana telah memberikan hujah yang begitu mengena. untuk makluman, saya seorang penyelia asrama puteri dan telah menetapkan senaman poco-poco sebagai salah satu aktiviti asrama.
dalam hal pelaksanaan senaman ini, saya menitikberatkan tentang beberapa aspek agar tidak terpesong dari ajaran islam. bagi pemilihan lagu, saya lebih suka memilih lagu2 nasyid kontemporari dimana lagu2 tersebut lebih bersifat ketuhanan mengikut tempo poco-poco itu sendiri.
selain itu, senaman ini khas bagi warga puteri sahaja. dalam seminggu kami akan melakukan senaman poco-poco sebanyak 2kali dan jauh dari pandangan lelaki ajnabi. tidak sesekali bercampur antara bukan mahram.. iaitu lelaki dan perempuan kerana Islam amat menitikberatkan penjagaan diri kaum wanita.
selain penetapan lagu dan tempat senaman, pihak penyelia telah mencipta beberapa gerakan baru agar senaman poco-poco ini agar lebih bervariasi dan tidak hanya pada gerakan kekiri, kanan, depan & belakang shaja.
bagi pendapat saya, penetapan niat adalah penting dalam melakukan sesuatu… jika niat kita hanya untuk kesihatan, begitulah seterusnya… jika terbukti kesahihan bahawa poco-poco ini haram, saya juga tidak teragak-agak untuk berhenti….
saya berharap agar pihak berwajib mencari info yang kukuh dan bersegera dalam menentukan halal & haram senaman ini.
sekian….
wasalam
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kak zah Reply:
February 23rd, 2010 at 4:40 pm
@Qea, Daripada kita buat poco-poco lebih baik banyakkan solat sunat. Lagi bagus .Mana ada senaman yang boleh membantu pengaliran darah sampai kehujung saluran darah di kepala. Cuma ada dalam pergerakkan sujud dalam solat je.Kan lebih bagus tu kalau kita gandakan ibadat solat kepada Allah. Bukan hanya dunia kita dapat, Akhirat pun dapat. Insyaallah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Laaa.. Sekarang ni nak buat apa pun susah. Dulu yoga ini poco-poco pulak. Kalau macam tu duduk rumah buat senaman ikut orang kampung dulu-dulu berkurung dalam bilik. Jogging pun untuk perempuan tak bagus sebab bila berlari semua goyang. Jadi semua aktiviti luar tidak sesuai untuk semua wanita. Sememangnya semua jenis hiburan yang mengasyikkan tu haram termasuklah dengar lagu nasyid. Kalau semua nak di haramkan saya rasa lebih baik kaum wanita duduk dirumah sajalah dan buat semua aktiviti dalam rumah. Ladies bagilah space sikit….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mak minah Reply:
August 29th, 2009 at 3:10 pm
mula nak buat poco-poco sebab tak leh jogging, segan nak berlari2 keliling rumah. pernah juga buat jalan kaki keliling rumah tapi masa tak kena selalu free malam je takut pulak nak jalan2 kat luar. terminat kat poco2 sebab buat ramai2 dengan kawan, aktiviti tak lah aktif sangat tapi berpeluh. pernah jugak buat senam robik tapi tak daya banyak sangat pergerakanya. bukan apa doktor suh senam pasal nak elak sakit jantung sebab skrang ni dah ada darah tinggi n kencing manis. hmmm nak senam apa pulak nie kalau beli alat senam tu harganya ribu2 dah tu lum tentu suai atau tidak. nak gi gym atau kelas senaman mak oooi duit tu. harap check lah betui2 tentang asal usul tarian ni jangan main terpa je.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
FiFFy Reply:
November 21st, 2009 at 5:58 pm
@Siti Cantik,
salam siti cantik… jangan la macam ni… bukan tak boleh.. boleh lah… sapa kata tak boleh jogging??? pakai lah pakaian yang longgar… jogging takda masalah… yang bermasalah tu poco2.. hal ni kan kita sendiri tak pasti.. tuan punya site cuma nak sampaikan, agar kita sentiasa berwaspada… kan kita (muslim) dilarang mendekati perkara yang antara halal dan haram (syubha)..
Ni bukan masalah no space for ladies/women like us.. ^,^
there is a space for us…
kalau yang yoga tu plak.. memang la asalnya dari agama hindu.. kita kan belajar tamadun… jangan dilupakan.. ^,^ banyak sangat cara untuk kita bersenam.. solat satu senaman… kalau nak tenangkan diri.. kita berzikir, berwudhu… dan solat sunat.. hasilnya memang sangat mujarab…
Jangan kita obses sangat dengan ajaran orang lain sedangkan ajaran Nabi Muhammad sendiri kita tak dalami sungguh2… ^,^ banyak ikhtiar…
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih…
jangan terlalu mengeluh macam tu, nanti sampai satu tahap timbul perasaan yang islam ini susah dalam diri kita.. sedangkan islam itu agama yang terindah… segala amalan yang diajar islam memang sesuai dengan kehidupan harian kita…
jangan sampai macam tu.. kalau jadi macam tu parah kita…. ^^
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
ini pula adalah info yang dipetik drp ruangan forum tranungkite.net:
POCO POCO MEMBAWA MAKSUD UNTUK MENDAPAT RAHMAT YANG SEDIKIT DARI JESUS!!!!!!!!!
Tarian poco- poco adalah Agenda sulit Christian! Orang Melayu jenis Pak turut.
Agenda utama Christian untuk Melayu Malaysia
http://www.cdfm.org/
Tapi yang Pasti ianya dari Kamus BIBLE bahasa Spain. yang membawa maksud “KASIH yang sedikit”………..Maknanya puak puak joget ni mendapat Rahmat Dan Kasih yang sedikit DARI JESUS……..
Tertipu lagi melayu!!!!
Refer Italian Bible poco-poco
Lukas 7
http://www.mp3bible.org/spanish/bible/42_007.htm
47 Por lo cual te digo que sus muchos pecados le son perdonados, porque amó mucho; mas aquel a quien se le perdona poco poco ama.
47 Therefore I say to you, her sins, which are many, are forgiven, for she loved much. But to whom little is forgiven, the same loves little.”
7:47 Oleh sebab itu Aku berkata kepadamu, bahwa dosanya yang banyak itu diampunilah, karena kasihnya amat sangat; tetapi kepada orang yang diampuni sedikit, kasihnya juga sedikit.”
http://www.sabda.org/sabdaweb/bible/chapter/?b=42&c=7&version=tl&lang=indonesia&theme=clearsky
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 1st, 2009 at 4:47 pm
@PakarHowTo,
Subahanaalah..
Sampai begitu sekali maksud yang tersirat..tersuratnya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
lagu “intifadhah – rabbani” pun boleh guna untuk senam robik, tak mesti lagu poco-poco … hidup mencai redha ilahi.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Sejahtera:
Apa khabar anda semua ? Selamat Hari Raya Aidilfitri.Sebenarnya saya telah membaca hampir semua artikal mengenai Keharaman Tarian Poco-Poco dalam ruangan internet.Dan saya juga adalah salah seorang peminat dalam tarian poco-poco.
01-Dalam aktikal yg ditulis oleh kawan kita mengenai tarian poco-poco
tersebut berasal daripada Filipina dan bukan Indonesia,ini telah
menunjukkan bahawa penulis tidak mendapat matlumak yg sebenar.
02-Penulis juga pernah ceritakan ia pernah dipaksa oleh jurulatihnya utk
buat tarian poco-poco semasa PLKN,ini menunjukkan bahawa beliau
cari alasan atau jalan untuk menjatuhkan imej tarian poco-poco supaya
mungkin satu balas dendam,siapa yg tahu,tuhan saja yg tahu,saya pun
bukan menuruh penulis,tapi ini kebenaran bila seseorang itu tidak suka
sesuatu tambahan pula dipaksa.
03-Adakah penulis tahu bahawa tarian poco-poco yg diamalkan di negara
kita ini,menari mengikut langkah-langkah atau step-step senamrobik
asal NFC,iaitu double step touch,walk backward,walk forward,step touch,
heel touch,side tap,” L ” shape,V-step dan banyak lagi.Ia langsung tidak
bersifat satu tarian atau pergerakan yang boleh menimbulkan apa-apa
pandangan yang tak sihat pun.
04-Dan untuk pengetahuan,boleh dikatakan hampir 100% peserta poco-
poco dinegara kita akan berpakaian Track Suit iaitu baju T,Seluar
panjang dan juga kasut sukan untuk buat poco-poco.Ini adalah satu
pakaian sukan yang amat sesuai dalam masyarakat kita.
05-Dan untuk pengetahuan lagi,lagu yang digunakan untuk tarian poco
-poco ini adalah satu lagu ciptaan Arie Sapulette dan juga penyanyinya
iaitu Yopie Latul juga daripada Indonesia yang mana dalam kandungan
dalam lagu tersebut langsung tidak sebut apa-apa tentang keagamaan.
Lagunya hanya lagu biasa sahaja.Dan rentaknya pun sangat sederhana
yang boleh diikuti oleh semua lapisan kaum dan umur dan langsung
tidak ada unsul seperti lagu BLACK METAL,RACO & ROLL,DISCO,GOYANG
KEPALA,SUPERHIT atau lagu yg rentaknya terlalu kuat dan tak sesuai.
06-Dan kalau dikatakan tidak sesuai untuk buat tarian poco-poco
dikawasan terbuka kerana takut nanti ada lelaki yang kononnya nak
tenguk.Sebenarnya,itu terpulang kepada individual itu sendiri,kalau
ia berniat nak tenguk sesuatu benda,maka di mana pun dia akan
tenguk,lagi pun saya dah kata tadi,dinegara kita ini poco-poco yg dibuat
boleh dikatakan semua perempuan dan wanita yg ambil bahagian
hanya berpakaian sesuai,nak tenguk apa ? Kalau ada peserta yg nak
pakai yg SEXY,maka pandai-pandailah jurulatih atau rakan-rakannya
bisik-bisik kat dia supaya jangan buat macam tu,habislah cerita.
07-Dalam kelas poco-poco,lelaki dan perempuan pun boleh buat sekali,
pandai-pandailah jurulatih mengatur tempat,yang lelaki sebelah kanan,
yang perempuan sebelah depan,atau yg lelaki dihadapan dan yang
perempuan sebelah belakang,itu ok kan ?
08-Kalau nak dikatakan yang lelaki dan perempaun tak boleh buat poco-
poco sekali,maka ramai lagilah senaman atau tarian atau acara atau
majlis yang mesti buat berasinganlah.Semua itu terpulang kepada
bagaimana dan cara apa yang individual itu gunakan sahaja.
09-Kalau dikatakan tarian poco-poco itu asal daripada Filipina dan untuk
orang kritian buat sembahyang,maka adakah lojik ? Cuba anda fikirkan
dan menyaksikan orang-orang kita buat poco-poco,adakah mereka
macam dok buat ” Persembahan Keagamaan ” ? dengan menggunakan
pergerakan step senamrobik NFC ?
10-Dan adakah semasa mereka buat poco-poco mereka ada sebut apa-apa
perkatan yg menyentuh ” Keagamaan ” atau Tuhan ? yg saya tahu
jurulatih ada sebut double step ke kanan,ke kiri,2 langkah ke balakang,
ke hadapan dan pusing dan seterusnya sahaja.
11-Dan langkah yg mereka gunakan pun bukan 100% berbentuk Salib
kerana ia akan kekanan,kembali ke kiri,kebelang pula,kembali asal dan
perpusing dan banyak jurulatih yang membuat tambahan pergerakan
sampai ada yang mempunyai lebih daripada 50 jenis gerakanlah.
12-Dan kenapa penulis asal tidak pergi buat aduan ke Pejabat Agama
Islam untuk buat rujukkan terdahulu ? Atau lapor kepada Kementerian
Belia Dan Sukan atau PDRM,biar mereka buat siasatan dan kalau ada
bukti barulah pihak tertentu keluarkan arahan samaada poco-poco itu
HARAM dari segi ugama Islam atau tidak dan harus diberhentikan
segela atau tidak.Ini tidak penulis hanya buat kenyatan dalam internet
yang mana ia boleh menimbulkan banyak masalah bila ramai orang
membacanya.
13-Bagi orang yang tak tahu asal usul sebenar poco-poco atau ceritanya,
tentu akan dipengaruhi oleh si penulis,dan bagi yg ada sedikit atau
baru nak buat poco-poco tentu berasa takut nak buatlah.Dan bagi yg
selalu dok buat poco-poco dan khasnya jurulatih yang dok ajar poco-
poco lagi bermasalah besar,mereka rasa sebar salah bila baca aktikal
tersebut yang tidak ada bukti kukur,tidak ada asal unsur yang benar,
tidak mahir dalam tarian,lagu,gerak geri tarian tersebut lagi takut.
14-Saya tak nak cerita panjang,dan saya pun dah hampir 50 tahun makan
gula dan garam dalam dunia inilah dan telah banyak jalan yg pernah
saya laluilah.Fikirkanlah terlebih dahulu sebelum buat sesuatu
kenyatan,tambahan pula ia keluar dalam internet ynag mana satu dunia
boleh tahu.Kalau benar tidak mengapa,kalau hanya setakat nak cakap
atau bagi pandangan sahaja,berhentikan sikap tersebut,kerana ia akan
menimbulkan banyak masalah.
15-Bila cerita pasai agama,saya pun tak pernah mengutuk mana-mana
agama,dan kalaulah benar-benar ada bukti yg kukuh daripada pihak
yang tertentu seperti Jabatan Agama Islam atau Kementerian maka
saya pun setuju tarian poco-poco dibatalkan serta merta dinegara kita.
Tetapi kalau anda seorang Islam pula,tahukah ada satu hukum islam
yg berbunyi.
MENGHALALKAN PERKARA YANG HARAM,DOSA BESAR HUKUMANNYA.
MENGHARAMKAN BENDA YG HALAL PUN DOSA BESAR HUKUMANNYA.
Buatlah benda yang benar dan betul tanpa untuk kepentingan diri
sendiri yang bersifat balas dendam,menyatuhkan orang,menyakitkan
hati orang atau menimbulkan kemarahan mana-mana pihak termasuk
agama,bangsa dan lain-lain lagi,supaya anda akan rahmat atau pahala
didunia akhirrat nanti.
Sekian,saya memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya kenyatan saya
tersebut menyentuh perasaan hati anda,ini cuma pandangan saya
secara iklas sahaja.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Kak Ida Reply:
May 18th, 2010 at 8:24 pm
@Kenny, saya amat bersetuju dgn komen tuan kerana pada saya yang baru nk berjinak2 dlm senaman ini amat terkejut n kecewa dgn dakwaan penulis yang sedikit sebanyak menggugat keimanan saya. Pada saya yang berumur 40an utk ikut aerobik memang tak larat. saya dah ikuti aerobik ini beberapa sesi tetapi memang langsung tak sesuai kerana terlonjak sana sini dan terkinja2. Pada saya poco2 adalah salah satu alternatif senaman yang sesuai utk semua peringkat terutama umur seperti saya (terutama yg ada penyakit) sebagaimana penulis berkata `makcik2 pun berpoco2. Langsung tidak ada body contact dgn sesiapa, dilakukan dgn sopan dan saya rasa stress saya hilang bila menarikan poco2 ini. Apa yang penting niat kita, niat kita untuk bersenam dan kesihatan. seperti yang saya kata tadi, untuk ikut aerobik, tak larat, nak berjoging lagilah…. lagipun semasa menari poco2 ni pakai baju kurung pun boleh. tak ada masalah pun. Inilah orang melayu, mudah sangat mencari kesalahan orang, mencari cacat cela sesuatu budaya, mudah berprasangka buruk dan sebagainya. Tapi pada saya, kalau dah keluar fatwa yang mengatakan dan disahkan oleh jabatan agama islam bahawa tarian mudah ini adalah HARAM, maka saya akan akur dan barulah saya akan berhenti bersenam poco2 ini yang memang banyak mengeluarkan peluh bila dilakukan secara terus-menerus 30 minit.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Kita dah Allah bagi Anugerah akal dan fikiran.. Bumi kita luas, negara kita banyak bangsa, agama dan budaya… Rasa tak rugi kita tinggalkan poco-poco nih.. Takyah nak wat komen nak pertahan benda yg kita sendiri tak pasti.. Kalau ia melibatkan hal agama, dan jadi sensitif for who Muslim baik takyah buat..tak rugi pun tinggalkan. Tak da dosa pun kan? Takyah marah2.. Yesterday i have sukaneka kat my X-primary school…sambil rileks tunggu even seterusnya..ada ibu2 nih ambik masa tuh nak menari senaman.. So diaorg main lagu poco2 utk 1st songs.. After that diaorg main lagu combine tradisional muzik melayu yg digabung like zapin,inang,joget..n guna step tarian tradisional.. It’s fun dgr muzik tradisional yg rentak catchy bersenam.. Dan saya selalu tefikir kenapa kita tak pernah cuba nak gunakan kebudayaan kita sendiri utk mencipta tarian senaman kita sendiri yg mmg kita patut lebih hargaikan disamping dapat mengekalkan budaya asal kita yg semakin hilang.. Let’s our dancer yg glamer2 macam sehati berdansa create it dgn menggabungkan bentuk tarian jadi satu… Dengan itu kita tak perlu was2 nak bertekak2… Tak rugi meninggalkan dan tak rugi mencuba… Lu fikirlah sndiri..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Kita dah Allah bagi Anugerah akal dan fikiran.. Bumi kita luas, negara kita banyak bangsa, agama dan budaya… Rasa tak rugi kita tinggalkan poco-poco nih.. Takyah nak wat komen nak pertahan benda yg kita sendiri tak pasti.. Kalau ia melibatkan hal agama, dan jadi sensitif for who Muslim baik takyah buat..tak rugi pun tinggalkan. Tak da dosa pun kan? Takyah marah2.. Yesterday i have sukaneka kat my X-primary school…sambil rileks tunggu even seterusnya..ada ibu2 nih ambik masa tuh nak menari senaman.. So diaorg main lagu poco2 utk 1st songs.. After that diaorg main lagu combine tradisional muzik melayu yg digabung like zapin,inang,joget..n guna step tarian tradisional.. It’s fun dgr muzik tradisional yg rentak catchy bersenam.. Dan saya selalu tefikir kenapa kita tak pernah cuba nak gunakan kebudayaan kita sendiri utk mencipta tarian senaman kita sendiri yg mmg kita patut lebih hargaikan disamping dapat mengekalkan budaya asal kita yg semakin hilang.. Let’s our dancer yg glamer2 macam sehati berdansa create it dgn menggabungkan bentuk tarian jadi satu… Dengan itu kita tak perlu was2 nak bertekak2… Tak rugi meninggalkan dan tak rugi mencuba… Lu fikirlah sndiri.. Otherwise tiru dance Ayumi Hamasaki lagi best lagi cute…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
My goodness…vulnerablenya orang Melayu…cepat percaya apa sahaja yg ditulis di Internet, tanpa mahu buat research sendiri. Kaitkanla apa sahaja dengan Islam, sebarkan di Internet…confirm ramai yang akan percaya dan turut menyebarkan tanpa usul periksa. Ada pula yang megatakan lirik lagu poco2 dari bahasa Sepanyol!! Entah telinga apa yang digunakan untuk mendengar sehingga tidak tahu membezakan bahasa Sepanyol dengan bahasa yang digunakan dalam lagu poco2!!
Sila lihat this article…siap ada translation untuk the lyrics lagi.
http://taipingilmu.blogspot.com/2009/03/poco-poco-dan-sejarahnya.html
With a little effort, penjelasan tentang isu ini mudah diperolehi sebenarnya. Ramai org tulis komen yang panjang2 on this thread, tapi tiada seorang pun yang actually cari jawapan tentang asal usul tarian poco2 yang sebenar…tia pun yang menyoal sama ada ia benar2 tarian gereja atau tidak…tiada pun yang cari pengertian lirik lagu poco2. Why? Kenapa mudah sangat percaya everything you read on the Internet?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum.Untuk mengelakkan ramai lagi orang- terikut-ikut ,semua pihak haruslah memainkan peranan memberikan pendedahan yang sebenar tentang tarin poco-poco ini.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam sejahtera:
Kenapa kita harus tinggalkan sesuatu benda yang tak ada kepastian ?sekiranya sesuatu benda itu tak ada kepastian , tak ada kata putus daripada jabatan kerajaan atau pejabat ugama atau apa-apa undang-undang yang mengatakan benda itu Haram , tak boleh buat, tak boleh diikuti, barulah kita tinggalkan benda itu. Ini tidak , bila baca sahaja aktikal mengatakan ini haram itu Haram , terus ambil tindakan. kalau ada orang kata temen setia anda telah melakukan curam terhadap anda , adakah anda terus hukum dia tanpa buat siasatan dan mendapat kepastian terlebih dahulu.
Fikirlah sendiri………
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sahabat Reply:
March 29th, 2011 at 9:33 pm
link fatwa pengharaman tarian poco-poco:
http://murabbiy.com/?p=1660
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kebanyakan orang Melayu cenderung tidak mengkaji adat warisan bangsanya sendiri dan mengambil jalan mudah mengambil adat budaya orang lain. pokoknya, kebanyakan kita tidak gemar mengkaji sedangkan apa kurangnya adat warisan Melayu…
kalau dah takda, barulah ambil atau tiru budaya orang lain…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam……
pada pendapat saya, tarian apa pun jika dilakukan hingga melalaikan kita kepada mengingati Allah hingga melupakan waktu beribadah dan sebagainya adalah salah. Aktiviti tarian yang bercampur jantina dan mengghairahkan juga adalah tidak boleh begitu juga yang dilakukan di khalayak ramai yang mana penontonnya terdiri daripada jantina yang berbeza…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kalau dah tahu menyerupai benda haram baiklah ditinggalkan. jangan sampai kita menjadi ahli neraka yang kekal abadi. Nauzubillah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Pakcik Kenny tu agaknya cari makan dengan menjadi jurulatih Poco-Poco. Kenalah menegakkan benang yang basah. Kalau tak hilang sumber rezeki. Biasa laa.. cari seribu alasan nak menafikan hukum halal-haram yang terang-terangan. Yang menjadi isunya ialah perempuan (anak orang, bini orang, mak orang, nenek orang pun ada jugak) dok bergelek depan khalayak ramai bukan muhrim. teringat cerita zaman P.Ramlee a.k.a zaman jahiliah dulu memang banyak laa Perempuan Kabaret yang dok gelek-gelek depan orang ramai macam tarian poco-poco tu. Tak sanggup laa kalau ada anak perempuan ke, bini ke, mak ke atau neneak ke yang sama perangai dan perlakuan macam perempuan joget. Segan aiihhh nak tanya kat sini Pakcik Kenny dan rakan seangkatan dengannya tu agama apa ya? Sembah tuhan Allah pun belum tentu Islamnya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
poco-poco amat ketinggalan. sangat2 purba. bersedia untuk tarian poyo-poyo, dimana ke’poyo’an menjadi ciri2 utama didalam mengekalkan kesihatan umum dan sejagat.
apakah ke’poyo’an itu? iaitu tidak mengikut dengan mudah apa yang menjadi trend pada masa ia menjadi ikutan ramai.
ada akal? gunakan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Solat adalah senaman terbaik yang telah dikurniakan oleh Allah kpd umat Nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita sama2 jaga solat 5 waktu dan banyakkan solat sunat terutama solat di tengah malam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Saya tertarik dgn pendapat-pendapat kalian. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Bagi saya apa-apa yang kita buat mesti lah berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi. Saya bukanlah orang yang pandai berhujah mengenai agama tetapi saya rasa kalau kita tak pasti dan ragu-ragu hentikan lah. Dunia ini sementara sahaja. Kejarlah ganjaran di akhirat kerana itu yang lebih kekal. Wallahu’alam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam.. tak perlu bertengkar lagi..sudah keluar fatwa yg jelas bahawa tarian poco2 haram… hormati pndangan ulama’. ulama’ bukan org yg sembarangan.. mereka akan mengambil kira dari pelbagai persfektif/faktor untuk menentukan sesuatu itu haram or halal & juga berlandaskan al-quran dan sunnah.. bukan poco2 sahaja satu2nya senaman yg ada… kenali islam..be a muslim…bukan hanya islam pada nama. islam itu sebenarnya mudah.. banyk lg senaman lain…
link fatwa pengharaman tarian poco-poco:
http://murabbiy.com/?p=1660
semoga ALLAH melindungi & menjauhkan kita dari perkara yang mungkar.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
http://www.youtube.com/watch?v=9qgmItcqTbc
Tengok kat youtube ni. Ustaz Azhar ada bg penjelasan lengkap tentang Poco- Poco. Sangat Menarik!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Line Dancing After 3 PM Filipino Sunday Mass at Our Lady of Pompeii NYC Part 1
http://www.youtube.com/watch?v=4ctOebFkQiw
lebih kurang macam poco poco je gerakan dia…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]