|
Sep
29
|
Hari ini pula saya ingin berkongsi dengan anda tentang 1 artikel mengenai hukum menghias kubur (orang Islam). Bacalah, semoga ada manfaat nya. Jika inginkan kepastian mengenai perkara ini, sila bertanya kepada ustaz atau imam yang selayaknya. Terima kasih.
Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti kan?
Tapi tahukah anda, menghiasi kubur seperti ini hukumnya adalah HARAM. Mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Sila baca hadith di bawah ini ;
Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)Dan membawa bunga-bungaan atau jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan, walaupun ia telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka.
Ia tidak dibenarkan kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.
Diterima melalui email daripada: Zaiton Aziz (zaiamin@hotmail.com) menulis)















September 29th, 2009 at 2:52 pm
salam ,
mintak izin nak forward ngan kengkawan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
September 29th, 2009 at 3:21 pm
@ocean,
hai! ocean,
anda bebas utk ‘copy&paste’ mana2 entri yang anda suka dan kongsikan di blog anda”
Tapi kalau boleh ‘credit’ kan lah alamat blog pakarhowto.com sebagai sumber maklumatnya.”
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
September 30th, 2009 at 10:59 am
salam.. bleh tak britau sumber2 hukum ni.. sebab ia nya sgt penting sebelum disebarkan pada yg lain.. terima kasih
selamat hari raya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 3rd, 2009 at 1:41 pm
@bintul fsna,as-salam..utk pengetahun bintul fsna suri dapt maklumat ni melalui email daripada: Zaiton Aziz (zaiamin@hotmail.com) menulis)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
September 30th, 2009 at 4:09 pm
tima kasih kongsikan ilmu ini..
dh lama x masuk blog pakar
rupenya dh byk article baru yg menarik
nnt sy nk bace satu persatu
thanks
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 2nd, 2009 at 1:12 pm
@mas, SALAM CERIA MAS,
terima kasih suri ucapkan kerana anda sudi singgah disini..
ada masa tinggalkanlah komen anda disini..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
September 30th, 2009 at 7:49 pm
Tahniah!!Blog yang bermaklumat!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
October 2nd, 2009 at 1:15 pm
@Editor MajalahSains.Com,
hehe..terima kasih wahai editor majalah sains. com..semuga anda juga berpuas hati dengan penyampaian kami didalam bloh nie
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
October 6th, 2009 at 5:59 pm
Salamun ‘alaikum, begitulah manusia, kebanyakan mereka amat suka mengikut tanpa usul periksa dan kemudian menambahkan lagi yg kononnya utk lebih baik. Sebenarnya mereka semakin dekat kearah kemurkaan Allah. Dan jika dilihat pada hari ini, lebih ramai manusia menuju kehancuran agama berbanding yang mencari keredaan Allah SWT yg sebenar. Lebih ramai menyukai majlis2 lalai dan amat sedikit yg meletakkan diri di rumah Allah SWT. Mereka masih berkeliaran mencari dunia yg sementara walau seruan tuhan (AZAN) sudah dikumandangkan. Mereka bermohon bermacam perkara baik kebaikan dunia mahupun akhirat dari Tuhan Semesta Alam, tetapi amat menyedihkan kerana ada di antara mereka hanya tahu memohon dgn tidak melaksanakan suruhan tuhan. Mereka lebih senang menghirup nikmat tetapi begitu sulit melaksana kewajiban. Jika lakukan pun seumpama perlaksanaan si munafik. Jadi dimanakah letakkan rasa sebagai makhluk. Adilkah manusia itu , hanya tahu mengambil tanpa tahu bersyukur. Kemudian memandai2 mengadakan hiasan2 yg sebenarnya menjatuhkan martabat agama. Tidak mustahil sedikit hari lagi akan diletakkan foto si mati pada kuburan tersebut seperti yg dilakukan oleh agama yg lain. WALLAHU A’LAM BISSAWAB.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
October 15th, 2009 at 10:37 am
Assalamualaikum…
Saya ingin mengajukan bebrapa pertanyaan disini mengenai pengharaman menghiasi kuburan..Bagaimana jika kita dah buat dan baru mengetahui tindakan begitu tidak digalakkan..dan apakah harus kita lakukakan..
Terima Kasih.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 3rd, 2009 at 1:46 pm
@Amin Makmur, waalaikumussalam Amin..berkisar dengan persoalan awak di atas tu suri minta maaflah sb tidak dapat menjawabnya sb suri bukanlah ahli/guru agama yang boleh di beri pandangan tanpa asas yang kukuh..lebih2 lagi ia hal agama
apa yang suri bentangkan ilmu didalam blog ini hanyalah utk perkongsian ilmu bersama2 utkl kita fikir2kan..renung2ka.mana yang baik kita ikutilah mana yang buruk kita jauhilah..sb ia tidak akan mendatangkan kebaikan utk diri kita jua..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
October 16th, 2009 at 6:17 pm
As-Salam & Waalikumussalam%2
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
October 19th, 2009 at 3:45 pm
Ai, cantik2 semua kubur kat atas nih. Kalau aku jadi sbhagian dari famili pemilik kubur kat atas tu, sumpah aku xpergi baca doa kat kubur tu lg. Malu doh. Bukan sbb anak derhaka ke ape, tapi nampak sgt aku jahil pi hias kubur pak mak aku sampai sebegitu rupa.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 3rd, 2009 at 1:53 pm
@ahmad, hai ahmad..perkara yang lepas baiarkanlah ia berlalu..takan anda mahu perkuburan tersebut diganggu lagi..sudah tentu mrka akan terseksa..apapun anda mintalah pendapat ustaz agama yang pakar hal2 begini..
yang penting anda layarkanlah doa buat mereka selepas anda selesai solat fardu..itu sudah memadai buat mereka kerana anak yang soleh adalah harapamn kedua ibubapa mu.
suri amat simpat keatas pemergian kedua ibu bapa ahmad..moga roh2 mrka ditempatkan gologan yang beriman disisiNYA. AMIN
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
October 19th, 2009 at 5:51 pm
As-Salam. Tak mustahil suatu hari nanti, kubur org Islam akan diletakkan foto simati seperti yg dilakukan oleh sesetengah agama di negara kita ini. Dan Tidak mustahil suatu masa nanti ada orang buat kubur sebagai tempat tinggal seperti yg berlaku di Filipina. Wallahu a’lam bissawab.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
December 20th, 2009 at 11:39 pm
As salam
Terlebih dahulu tkasih diucapkan dgn kiriman artikel ni…sy ade jgk pertanyaan yg hendak diajukan..tetapi sebaik2nya kita rujuk kpd mereka yg lebih arif berkaitan hukum mencantikkan kubur….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
January 29th, 2010 at 11:44 am
Gambar ni kat mana mungkin kat indonesia sebab artikel tu nampak macam indonesia.
mmg masalah ni banyak terjadi juga lebih2 lagi di kawasan kuburan di bandar2 besar dimana org2 kaya. yg seperti ingin berlumba. kubur keluarga siapa lagi cantik.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
May 13th, 2010 at 3:59 pm
Dah lebih kurang pertunjukn kereta berhias..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
May 18th, 2010 at 11:28 am
Salam… kalau betul-betul sayangkan arwah, bacakanlah Quran. Bukannya arwah-arwah tu tahu dan harapkan kubur dorang tu cantik.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
iman86 Reply:
May 21st, 2010 at 7:43 pm
@Dina Islamiah,
Maaf mencelah. Mengenai komen dia atas, kurang tepat sekiranya kita mengatakan bahawa membaca Al-QUran di perkuburan dapat memberi faedah kepada si mati. Sabda Rasulullah “apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala hubungannya dgn dunia kecuali 3 perkara; Doa anak soleh @ solehah, sedekah jariah, dan ilmu yg bermanfaat yg ditinggalkannya (yg diamalkan oleh org lain.)” Terima kasih.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
November 29th, 2010 at 8:30 am
Salam, pernah juga saya dengar certa, emak kpd seorang jiran yg telah kembali kerahmatullah bagi mimpi pda anak menantunya supaya jgn dibuat cement atas kubur nya (lebih kurang macam gambar kubur kat atikel ni lah) arawh tu kata kubur dia berat, mungkin juga rasa siksa kot, kasihan ye… wallahualam..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
June 7th, 2011 at 11:32 am
emm actually kubur yg simen2 ni dah byk org islam kita di malaysia sendiri buat (kecuali kubur2 lama lah)..camne ek nak sebar2kan kpd saudara2 kita diluar sana ttg perkara ini? jika ada forum yg official ataupun majlis fatwa malaysia yg kemukakan dan sebar2kan perkara ini kepada org awam dgn lebih mendalam adalah lebih bagus..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
November 5th, 2011 at 7:06 am
assalammualaikum…camne dgn batu bata yg warna merah yg diletakkan disekeliling kubur???dan batu nisan???adakah ianya dikategorikan hiasan juga???ini kerna saya lihat batu nisan cantik2….boleh sesiapa tanya kan pada ustaz yg alim x tentang soal hiasan nie…supaya saya tahu dengan lebih terperinci….tq
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]