Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBApabila aku membaca artikel tulisan terbaru Ustaz Zaharuddin ini, aku termenung sebentar. Berfikir dan terus berfikir.
Adakah aku ikhlas dalam berblogging ni??
Hmmm, sukar aku nak nyatakan jawapannya…
Ni tulisan Ustaz Zaharuddin tersebut. Aku kongsikan di sini agar kita semua dapat ambil manfaat daripadanya.
Baca dan cubalah muhasabah diri kita masing-masing.
‘Bohong’ Yang Diketahui Allah
Sebuah hadis yang sangat memberi kesan kepada jiwa, sejak dahulu lagi, amat baik untuk mengingatinya dan dikongsi bersama keluarga, rakan dan taulan. Iaitu :-
Maksudnya (ringkasan terjemahan) :
Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid
Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar “SANG BERANI”
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : “Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran”
Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar “QARI”
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : “Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu”
Dijawab semula : “Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar “DERWAMAN”
maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)
Semoga kita semua dijauhkan kita semua dari racun hati oleh si musuh Allah yang sentiasa bekerja keras untuk istiqamah atas landasan ikhlas yang sebenarnya. Bagi sesiapa yang telah berjaya ikhlas, tiba-tiba dipuja dan puji oleh manusia atas sumbangan dan kebaikannya, segala itu tidak memberikan kesan kepada kecintaan dan niatnya yang ikhlas kepada Allah. Mereka itulah yang disebut dalam hadis:-
Ertinya : Ditanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang yang berbuat amal kebaikan, tiba-tiba manusia memujinya?. Jawab baginda : Itulah ganjaran gembira yang didahulukan buat para mukmin. ( Riwayat Muslim)
Ibn Qayyim pernah berkata berkata : “Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat.”
Benarlah, bahawa ikhlas bagi adalah satu ujian yang lebih malah sangat sukar bagi seorang pendakwah dan mukmin. Pelbagai medium yang diceburi pendakwah termasuklah seni, drama, nasyid dan lain-lain lagi. Namun semua akan menghadapi cabaran besar ikhlas, ia sebuah cabaran yang sangat sukar…
Sekian
Sumber artikel : Ustaz Zaharuddin
Semoga artikel ini menjadi peringatan buat kita semua.
.




















salam..
besarnya impak ikhlas di akhirat kelak.. moga kita semua memiliki hati yang iklas.. amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tie Reply:
June 15th, 2010 at 11:59 am
9836″>@ct maliha,
kadang2 kita cakap ikla di mulut… tapi di hati Tuhan yang lebih tahu… hati selalu berdetik… iklas ke aku ni…??? Moga kita menjadi org yg benar2 iklas kerana Allah..aamin.. Ya ALLAH.. lindungilah hamba dari bisikan syaitan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ikhlas ni ada kaitan dgn hati..Niat masa memberi mmg dah baik..ikhlas, tapi tu laa..bila dah campur dgn perasaan, nafsu dan segala macam..maka ikhlas nak jadik macam nak menunjuk pulak.Selalu kan kita sendiri berkata atau dengar org lain kata..”eh..aku mmg ikhlas bagi derma tu, bukanlaa nak citer kat org, cuma nak cerita jerrrr..:-) ” .
“cuma nak cerita jer..” itulah..hati dah ikhlas memberi..tapi nak cerita jugak, nak jugak org tahu..macam tak cukup Allah jer tau. Kenapa? mungkin dalaman tak kuat, dan kerana kita nih manusia biasa..
mmg ramai gitu..skrang lagi ramai nak bantu org lain kaya..tapi sebenarnya diri sendiri yang nak lebih kaya..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Semoga kita digolongkan dikalangan orang-orang yang ikhlas di akhirat kelak…
.-= Laduni´s last blog ..ADAB BERBICARA DALAM ISLAM =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]