Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB- “Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?”
- “Sudah, Alhamdulillah.
.
- Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?”
- “Ya.”
.
- Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?”
- “Tidak..”
.
- “Adakah ketika lidahmu menyebut ‘Allahu akbar’, hatimu turut membesarkan Allah?”
- “Tidak..”
.
- “Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir.”
- “….”
.
- “Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?”
- “Tidak..”
.
- “Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?”
- “Tidak..”

- “Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu.”
- “….”
.
- “Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului iman?”
- “Ya.”
.
- “Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu merasakan Allah melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?”
- “Tidak..”
.
- “Kalai begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud.”
- “…”
.
- “Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?”
- “Tidak..”
.
- “Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut kalau-kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabadian darimu?”
- “Tidak..”
.
- “Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak pula mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu”. Berhati-hatilah kerana Allah telah berfirman:
- ‘Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.’ (Al-Ma’un”: Ayat 4-5)
- “Astaghfirullahal azim…Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu.”
Sumber : Anis 2002



















salam.
terima kasih atas info dan
peringatan yg sgt berguna dan amat penting.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
June 2nd, 2010 at 11:27 pm
@salmi, manusia tu sering lupa maka sesekli harus juga diingat2kan..
.-= surihati_ku´s last blog ..Senarai Kabinet Malaysia 2010 (Kemaskini 2-Jun-2010) =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
thanks ingat mengingati antara satu sama lain…
.-= sharinginfoz´s last blog ..Malaysia Kalah Separuh Akhir Piala Thomas (Malaysia 0 China 3) =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
June 2nd, 2010 at 11:26 pm
@sharinginfoz, kami di sini pakarhowto sekadar ingat mengiganti antara satu sama lain..yang selebihnya atas usaha memperbaiki dir sendi.
.-= surihati_ku´s last blog ..Senarai Kabinet Malaysia 2010 (Kemaskini 2-Jun-2010) =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ya Allah, ampunilah aku atas kelalaian ku.. dan Kau terimalah segala solat serta doaku Allah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sesungguhnya solat itu mencegah kamu dari perbuatan keji dan mungkar,tapi bukan solat yang ‘main-main’. Artikel yang menyedarkan kita yang terlalai.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
huhu tima kasih mengingat kan hamba ini yang selalu leka dalam solat.. selalau solat lambat hu hu
.-= berita harian´s last blog ..Sheila berdakwah dalam drama =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
June 2nd, 2010 at 11:28 pm
@berita harian, biasakanlah selepas selesai azan solat cpt2 angkat wudk dan solat.semoga soalt kita sentiasa dirahmati olehNYA.Amin.
.-= surihati_ku´s last blog ..Senarai Kabinet Malaysia 2010 (Kemaskini 2-Jun-2010) =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
guru saya selalu berpesan (waktu sekolah agama masa kecik2 dulu) bila solat, bayangkan ALLAH itu ada di depan atau sedang melihat kita mengerjakan solat itu, bila kita merasakan ada sesuatu yang sedang memandang kita tentu kita nak buat yang terbaik..
Alhamdulillah sampai sekarang saya masih ingat pesan guru saya tu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
uhmm..sentiasa muhasabah diri n perbaiki diri ke arah yg lebih baik..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
setiap kali solat saya memang takut jika solat saya tidak diterima Allah.
Ya Allah terimalah solat hamba mu yang hina dan daif ini Ya Allah. Ya Allah kesiananilah hamba mu ini Ya Allah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Mendirikan solat perlu ada kekusyukan bagi memperolehi kemanisan iman..Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam…Jadikan lah kami hambaMu yg sentiasa MengingatiMu tidak kira di waktu senang maupun susah..mudah2an…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Terima kasih ngan peringatan yg amat berguna…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Mulakan dengan wudhuk yang sempurna diikuti solat penuh ikhlas, bkn hanya sekadar untuk mengambil syarat dah bersolat sahaja. Tidak perlu terburu2 dlm menunaikan solat hingga bacaan tidak sempurna dan tiada to’maninnah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
June 2nd, 2010 at 11:29 pm
@Leyna, terima kasih atas peringat sahabt tu..moga2 kita akan lebih berhati2 dengan solat kita yang akan datang.
.-= surihati_ku´s last blog ..Senarai Kabinet Malaysia 2010 (Kemaskini 2-Jun-2010) =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
minta maaf seandainya terdapat kesilapan dalam pertanyaan saya, artikel diatas adakah dipetik dari sunah atau mana2 hadith? Surah Al Maa’uun hanya menerangkan kecelakaan bg mereka yg lalai dalam solat.Oleh itu saya ingin tahu artikel tersebut di petik dari mana? “Sesungguhnya manusia itu benar2 berada dalam kerugian kecuali org2 yg beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran” Surah Al Ashr ayat 2 & 3
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
May 19th, 2010 at 5:32 pm
@abdul rahim,
Dialog itu dicipta untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas senario tentang orang yang lalai dalam solatnya. Ia tidak diambil dari hadith atau ayat quran. Ia hanyalah tulisan yang berbentuk peringatan. Mesejnya cuma adalah “KITA TAK BOLEH LALAI DALAM SOLAT” Sebab kelalain itu dimurkai oleh Allah. Harap maklum.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Alhamdulillah atas jawapan yg diberi, terima kasih pakar dgn penjelasan tersebut, muga kita semua insaf dgn peringatan yg diberikan dan perbetulkan solat kita insyaalllah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sukran jazirlan…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam..
bismillahirrahmaanirrahiim
yg saya belajar, surah al-ma’uun tu menggunakan perkataan
Allaziinahum ‘an solaatihin saahuun
iaitu maksudnya
yang mereka itu lalai terhadap solat mereka
apa yang saya nak tekankan di sini ialah perkataan yang digunakan adlh ” ‘an ” [tentang]
dan bukannya “fii” [dalam]
ianya lebih merujuk kepada waktu bilakah kita menunaikan solat kita, adakah di awal waktu ataupun di akhir waktu..
dan bukannya merujuk kepada khusyuknya solat kita
kalo nak buat dalil ttg kekhusyukkan solat, lebih elok guna ayat dalam surah al mukminuun
“allaziina hum fii solaatihim khasyi’uun”
yg nie baru boleh digunakan utk mengajak manusia agar khusyuk dalam solatnya..
-betulkan kalau silap-
Wallahu ‘alam
.-= Student´s last blog ..Bila Warkah Bisu Kembali Bersuara =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
insaf bile di bce….taubat nasuha…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
That is known that cash can make people autonomous. But what to do when somebody has no cash? The one way only is to try to get the loans and just auto loan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
terima kasih atas peringatan berguna..
sesungguhnya manusia hidup dlm kegelapan walaupun bercahaya terang!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar..tp kenapa masih ada yg melaku kn dosa dan maksiat sedangkan solat x tinggal..? ini lh yang dikata kan solat org lalai..x khusuk..x terbekas dihati. sama-samalah kita membaiki diri..
” Allah lindungi lah aku” amin
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ya Allah. Takutnye. Takut lah saye macam mane kalau Allah x terima solat yg saye lakukan. Hua. Nak nangis :’(. sape2. tlg bg tips2 khusyuk dlm solat. Sbb kadang2 mase saye tgh solat mmg x khusyuk. asyik mikir mend lain je! Ya ALLAH.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]