|
Jan
26
|
Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Kisah benar atau tidak, wallahualam. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah S.A.W.: Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan
Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai- ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh
naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. ***a tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi
malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.
Pelajar : Tentu ada cinta secara Islam
Ustaz: Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ustaz: Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani
pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Ustaz:Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.
Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A’araf:ayat 19).
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Pelajar: Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.
Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?
Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? ganti bercinta.
Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. C uma menunggu masa untuk dikorbankan.
Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.
Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:
Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah an-Nur: Ayat 3).Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.
Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Pelajar: Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Ustaz: Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang ‘second hand’ sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Pelajar: Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab: ayat 35)
Pelajar: Bagaimana kami?
Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul.
Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.
Pelajar: Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana.
Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.









January 26th, 2010 at 9:11 am
menarik. thanks kepada syeikh syukri al-*****. hehehe. jgn marah ye
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 27th, 2010 at 10:14 am
@hakimi,
salam hakimi..
mungkin tak marah tapi oakr just mengukir senyum jerk
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
January 26th, 2010 at 9:30 am
syukran Khairan..
ERm..Cam Pernah Baca lah…tp kat mana yaa..
Aduhai REmaja…sering dikaitkan dengan Cinta,..
Agak payah jugak nak ketepikan perasaan Cinta yg dah bercambah..
Akal DAn Hati Bersatu..Luaskan Ilmu..banyakkan amalan..Teguhkan Iman..jadikan sempadan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 27th, 2010 at 10:16 am
@ocean,
salam manis ocean…
tidak kiralah dimana ia pernah ketemu ilmu itu tapi yang penting niat untuk mencurahkan..menyampaikannya itu adalah iklhas dan saling mengingati itu sudah memadai..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
January 26th, 2010 at 1:24 pm
bak kata guru saya … kalau minyak dan api asyik bertemu .. manakan tak terbakar suatu hari….
memang ada yg mengakui bahawa dalam seluruh alam percintaan mereka, mereka tak pernah berzina. tapi mereka lupa yang pegang tangan itu berzina juga… raba-raba pun zina, cium pun zina… ramas -meramas pun zina … walapun zina ini zina kecil tapi tetap menjerumus ke zina besar (persetubuhan haram)
bohonglah kalau kata pakwe takde “rangsangan” atau “nafsu berahi” bila duduk berdua-duaan dengan makwenya .. kalau dah namanya lelaki tetap dia akan “nak” dan tetap dia akan “berfantasi” .. kalau dia tetap kata dia langsung tak pikirkan apa-apa bila bersama dengan makwenya maka saya boleh merumuskan yang pakwenya itu samaada dia mati pucuk atau gay … malah gay pun boleh “naik” inikan kalau lelaki straight …
Maka amat pentinglah anak-anak diberi ilmu agama yang secukupnya, keluarga memberi bimbingan yang betul dan memantau gerak-geri anak-anak.. jangan main lepas aje.. esok lusa dah kembung baru nak menyesal tak kesudah… masyarakat pula perlu memainkan peranan .. jangan nampak ada yg project dalam kereta, kat taman buat bodoh aje .. tegur dengan cara baik dulu … insafkan mereka.. bawa ke jalan yang baik dan seterusnya dapat mengekang dari terjadinya zina..
Nasihat saya kepada pemuda-pemudi yang sedang bercinta :
Memang alam percintaan ini memang sedap dan mempunyai khayalannya sendiri .. tetapi ingat jagalah batasan-batasan yang telah ditentukan agama .. cinta tidah dilarang tapi bercinta cara Islam .. Syok zina sekejap aje .. 10min – 60 min … tapi kesudahanya amat perit !
Rafi
http://www.magicclickers.com
http://www.homestaymelaka.com
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 27th, 2010 at 10:18 am
@Rafi Ahmad,
salam pagi..Rafi
terima kasih dengan ulasan anda yang santai tu utnuk blog kami..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Rafi Reply:
January 27th, 2010 at 7:20 pm
@surihati_ku,
Terima kasih juga kepada Cik/Puan Surihati_ku, kerana menwujudkan blog yang sungguh bermanfaat untuk kita sama-sama menimba ilmu pengetahuan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 28th, 2010 at 9:24 am
@Rafi,
salam manis..Rafi
sama-sama kembali..
aedh..ini bukan blog saya daa.tuan punya blog ini adalah pakar..atau en syukri deh..huhu
Suri pun ada blog juga tapi nanti suri akan umumkan yer..huhu..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
January 27th, 2010 at 11:04 am
di zaman sekarang ni amat susah untuk manusia lari dari zina.
minta maaf ler, tengok gambar budak perempuan dengan budak lelaki kat atas tu pun buleh kira zina mata tak sebab budak tu tak tutup aurat. mungkin 1 hujah panjang pun buleh dibuat dengan poin ini jer. tapi nak buat macamana. manusia akhir zaman terlalu terdedah.
Cuma utk diri kita, kuatkan iman dalam diri untuk hadapi segala dugaan & hasutan syaiton durjana.
ni pendapat saya r..
nak lari dari macam2 zina yg datang dari cinta. kawin ler cepat2.. seawal usia 12 tahun =| mungkin..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 28th, 2010 at 3:32 pm
@mr.eims @ perfume,
Hik..hik..ya..benar tu selagi kita memiliki sapasang mata selagi itulah banyak zina tercipta untuk kita menatapnya sekalipun bukan dengan niat sengaja..
namun kutakanlah batas iman kita..rajin2 solat taubat sb kita manusia sering alpa pada kesalahan-kesalhan yang sering tidak disengajakan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
January 27th, 2010 at 11:51 am
Bukan remaja sahaja yang terdedah kepada situasi ‘menghampiri zina’, ‘bukan remaja’ pun boleh tahan jugak.. Semoga Allah s.w.t memberi kepada kita semua kekuatan iman yang tulin menjalani hidup di dunia pada zaman ini. Setidak-tidaknya isi post ini membuka mata kita terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita dan perlu dijadikan sempadan.. .
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 28th, 2010 at 3:37 pm
@MrIQ,
hai,MrIQ
ya,,benar juga akan olahan pandagan kamu itu semuga ia memberikan kita kesedaran bawa dunia sekarang makin jahil..
tapi umat-umatnya pula makin leka..asyik pada cinta duniawi semata-mata..hakikitnya bumi yang kita duduki ini sudah lama bersedih hati dengan tingkahlaku manusia yang seringkali lupa akan Kebesaran..Kekuasaan Allah s.w.t.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
January 27th, 2010 at 3:40 pm
Maka kerana itu tidak boleh jumpa berdua aje..mesti ada mahram. Melihat dan terpesona dgn kecantikkan wanita pun dh kira zina mata. Bila ada mahram bersama tak boleh pulak nak pandang lama2.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 28th, 2010 at 3:38 pm
@Leyna,
yah..itu sudah tentu wahai cik leyna manis..huuh..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
January 27th, 2010 at 6:54 pm
benar pengajaran dr kisah di atas..kita dilarang sama sekali brzina apatah lg mghampiri zina..namun sy merasakan tidak semua yg brcinta trdedah pd penzinaan jika dia masih mampu mengawal diri yg dibentengi dgn iman dan amal..namun sy sedar sekuat mana pun iman, pasti akn akn rapuh oleh pujuk rayu syaitan..
jika niat yg sebenar sekadar utk mengenali psgn dan ingin menetapkan hasrat utk ke alam perkahwinan, tidak slh utk mnjalinkan hubungan..tetapi biarlah hubungan yg halal dan direstui oleh pihak keluarga..
sy sndr msih bujang dan pengalaman yg lalu telah mgjar sy erci cinta yg sbnr..cinta yg hakiki adalah bkn kerana nafsu atau yg berada diluaran, tp cinta yg abadi adalah kerana Allah Taala..
hubungan yg dijalinkan dgn manusia adalah satu nikmat dr pemberian Allah dan merupakan pelengkap dlm kehidupan sebagai seorang jiwa khalifah dimuka bumi ini..
hargailah cinta yg mndtg dan bukan menganggap perbuatan cinta adalah sesuatu perkara yg sosial dan harus dielakkan sebaliknya banyakkan brdoa agar Allah sntiasa menunjukkan jln dan pilihan yg tepat buat kita dlm mncr psgn..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mann Reply:
January 28th, 2010 at 12:11 pm
@arerin.., arerin..betuah siapa dapat taut hati mu…mulia peribadi…insaf abang..untuk dapat gadis seperti arerin…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 28th, 2010 at 3:41 pm
@arerin..,
selamat petang arerin..
terima kasih atas pandagan anda itu.Suri setuju jua itu tapi apapun jagalah keperibadian kita sbg wanita dgn sebaik yang boleh kerna “Mahkota” wanita itu nntilah hadiah kepada si suami kelak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sherry Reply:
January 28th, 2010 at 5:14 pm
@arerin.., Akak setuju.cinta hanya pd Allah….kita tak bole trlalu taksub dengan cinta kpd org yg kita sayangi…sume itu akan berubah mgikut situasi yg mndatang…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 1st, 2010 at 12:17 pm
@sherry,
ya..ya..daku setuju jugak tu..hik..
peace no war..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
June 6th, 2010 at 9:51 pm
I received my first home loans when I was 32 and that aided my family a lot. Nevertheless, I require the sba loan over again.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]