Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBPada 20 Oktober 2009 lepas, salah seorang pembaca setia blog pakarhowto telah bertanya kepada saya berkenaan dengan “AQIQAH”. Berikut adalah kandungan email yang beliau hantar kepada saya.
Maaf menganggu saya tau pakarhowto sibuk sangat tapi tolong saya boleh tak, saya sedang info tentang aqiqah…………. wajib buat ke? Untuk baby saja ke atau untuk semua orang? Tujuan aqiqah? Banyak info saya search tapi menyelirukan la… TQ. Bye
Kebetulan, isteri saya pun sedang mengandung dan saya pun bakal menjadi seorang bapa. Jadi, persoalan mengenai Aqiqah ni, mahu tak mahu, kena ambil tahu juga. Anda bagaimana? Tahu apa itu Aqiqah? Apa tujuannya? Apa hukum kita melakukan amalan Aqiqah ni? Dan apakah hikmat disebaliknya?

Baiklah, saya kongsikan beberapa info yang saya dapat mengenai Aqiqah ini hasil pembacaan saya.
Maksud Aqiqah
Dari segi bahasa :
- Rambut yang berada di kepala bayi yang baru dilahirkan
- Bererti “pertolongan”
Dari segi syarak :
- Menyembelih kambing atau biri-biri untuk bayi yang baru dilahirkan
- Kadang-kadang, kambing yang disembelih itu juga disebut sebagai Aqiqah
Hukum Aqiqah
Menurut kebanyakan ulama, hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD (sunat yang sangat dituntut). Ia adalah salah satu sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW.
Dalil daripada hadith Nabi SAW
“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama”.
(Hadith riwayat : Ahmad dan Tarmizi)
Tujuan Aqiqah
- Sebagai salah satu tanda syukur kepada Allah SWT.
- Untuk mensyukuri kelahiran seorang anak sebagai anugerah kurniaan daripada Allah SWT kepada kita.
- Bertujuan untuk menjauhkan anak daripada gangguan syaitan.
- Untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT.
Cara melakukan Aqiqah
- Bagi bayi lelaki : Menyembelih dua ekor kambing (jantan atau betina)
- Bagi bayi perempuan : Menyembelih seekor kambing (jantan atau betina)
- Penyembelihan Aqiqah hendaklah dilakukan SEBAIK-BAIKNYA ketika anak berumur 7 hari.
- Kalau tak dapat dibuat pada hari ke-7, maka boleh dilakukan pada hari yang ke-14
- Kalau tak dapat buat pada hari ke-14, maka buatlah pada hari yang ke-21.
- Dan kalau tak dapat juga dibuat pada hari ke-7, 14 atau 21, maka diharuskan ungtuk buat pada bila-bila masa pada hari-hari lain yang mampu dibuat.
- Sebelum melakukan penyembelihan, adalah disunatkan untuk cukur dulu rambut bayi dan timbang rambut tersebut dengan perak. Kemudian, nilai rambut tersebut hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin.
- Semasa proses sembelihan dilakukan, adalah disuruh untuk kita menyebut nama anak yang ingin di Aqiqahkan itu.
- Penyembelihan sunat dilakukan sesudah matahari terbit.
- Daging sembelihan Aqiqah disunatkan untuk dimasak dan dijamu atau disedekahkan masakan itu kepada orang lain.
- Masakan yang dibuat jangan terlalu pedas, sebaliknya buatkan ia sedikit manis.
- Tidak dibenarkan untuk memecahkan tulang binatang yang disembelih. Contohnya nak buat sup tulang ker, adalah dilarang.

Aqiqah di zaman jahiliyah
Masa zaman jahiliyah pun rupanya dah ada amalan menyembelih kambing. Apabila adanya kelahiran anak, orang jahiliyah akan menyembelih seekor kambing dan menyapu darah sembelihan tu pada kepala bayi.
Aqiqah di zaman kedatangan Islam
Apabila adanya kelahiran, orang Islam akan menyembelih kambing, mencukur rambut dan menyapu bahagian kepala bayi dengan za’faran atau kunyit.
Adakah hanya kambing saja binatang yang boleh dibuat Aqiqah?
TIDAK, selain kambing, ada juga binatang lain yang boleh dijadikan Aqiqah. Menurut ulamak, berikut ini adalah binatang yang boleh dijadikan sebagai Aqiqah.
- Unta (berumur antara 5 ke 6 tahun)
- Lembu atau kerbau (berumur 2 ke 3 tahun)
- Kambing atau biri-biri (telah berumur 2 tahun atau dah bertukar gigi)
- Kibas (dah berumur 1 tahun atau dah bertukar gigi)
* Binatang yang dipilih untuk Aqiqah juga disyariatkan mesti yang TIADA KECACATAN.
Hikmah dan kebaikan melakukan Aqiqah
- Sebagai bukti kesyukuran dan rasa gembira atas kurniaan dan anugerah daripada Allah serta diiringi dengan doa agar anak menjadi insan yang soleh.
- Menjadi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa atau orang tua supaya sanggup berkorban dan bersusah payah demi anak-anaknya.
- Melepaskan penghalang pada bayi untuk memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka kelak.
- Melindungi anak daripada gangguan syaitan
- Dengan daging sembelihan Aqiqah, orang-orang miskin dan jiran tetangga dapat berkongsi kegembiraan atas anugerah kurniaan anak tersebut.
Peringatan!
Jika seseorang mengetahui bahawa ibu bapanya belum menyembelih Aqiqah untuknya, maka adalah digalakkan baginya untuk melakukan Aqiqah. Nabi SAW juga telah mengadakan Aqiqah untuk diri Baginda setelah diangkat menjadi Rasulullah SAW.
So, anda dah buat Aqiqah? Kalau tak pasti, tanyalah kepada ibu bapa anda. Kalau masih belum buat Aqiqah, maka adalah sangat-sangat digalakkan untuk anda buat aqiqah sepertimana sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW.
Sekian, begitulah sedikit sebanyak info yang sempat saya catat dan rumuskan untuk rujukan kita bersama. Lain-lain hal berkenaan dengan Aqiqah, sila bertanya dengan mana-mana ustaz yang lebih ‘alim.
Semoga anda dapat sikit panduan daripada artikel ini.



















salam…
kat atas Pakar ada menyatakan “Jika seseorang mengetahui bahawa ibu bapanya belum menyembelih Aqiqah untuknya, maka adalah digalakkan baginya untuk melakukan Aqiqah”…manakah yg lebih afdal buat aqiqah atau korban…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
October 23rd, 2009 at 10:13 am
@Najwa,
Setahu saya, aqiqah adalah lebih afdal sekiranya aqiqah masih belum dilaksanakan. Apa2pun, cuba tanya ustaz yang lebih layak menjawabnya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Pakarhowto,
As Salam, terima kasih.
semoga Allah memberi pahala, rezeki, kebahagiaan di dunia dan di akhirat untuk semua ilmu-ilmu yang dicurahkan disini….. Amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
October 23rd, 2009 at 10:14 am
@neesah,
Amiinnn….semoga Allah perkenankan doamu itu.
Sama2lah kita membaca dan menambah ilmu di dada.
Dan pastinya, jangan hanya sekadar baca,
tetapi yang lebih penting adalah amalannya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tul jugak tue..sy pun lum pasti mk ayah dh buat aqiqah blm utk sy..pasni kena tnya diorang..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tima kasih for the info. saya dah buat korban. tp aqiqah tak lagi…anak2 pun tak buat lagi. Boleh tak ganti gan lembu untuk 1 keluarga (3 lelaki & 1 perempuan).
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 9th, 2009 at 11:14 pm
@azlina k,
boleh…dengan lembu pun OK.
rujuk ustaz untuk lebih detail macammana nak buat aqiqah.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam Pakar,
Terlebih dahulu tahniah diucapkan buat pakar n isteri kerana bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi….Mmg betul setiap amalan yg dianjurkan dlm islam ada hikmah tersendiri dan aqiqah merupakan salah satu drpd amalan yg dilakukan sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran ank.
Adik Nani pon nak buat aqiqah utk ank die masa Raya Haji yg bakal tiba tak lama lagi…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 9th, 2009 at 11:13 pm
@Nani,
salam….dan terima kasih…doakan smoga semuanya selamat2 belaka yer.
haa elok benarlah buat aqiqah tu kalau masih belum buat…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
salam pakar,
saya nak tanyer saya nak aqiqah utk anak saya kat johor tp leh ke saya sembelih kambing dari kl kemudian bawa daging yg blum masak ke johor dan masak di johor?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam
Saya akan melakukan aqiqah untuk anak perempuan saya selepas raya. Ayah mertua saya ingin men’sponsor’ kambing utk majlis tersebut. Soalan saya, apakah hukum / status ibadat aqiqah tersebut? perlukah saya membeli kambing tersebut daripada ayah mertua saya?
Terima Kasih
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]