Fadhilat dan kelebihan penghulu istighfar

Share

Tahukah anda apa itu penghulu istighfar? Adakah anda sudah menghafalkannya? Apakah fadhilat atau kelebihan mengamalkannya?

Saya menyeru kepada anda dan diri saya sendiri khususnya. Mari kita sama-sama cuba untuk baca penghulu istighfar ini setiap hari sebanyak yang mungkin, dengan istiqamah.

Moga-moga Allah berikan pengampunan dan rahmatNYA kepada kita semua. amin.

Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

Maksudnya:


“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku.

Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan.

Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku.

Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”


Penjelasan:

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)

Jom hafal dan beramal dengannya. ;) (915)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

10 thoughts on “Fadhilat dan kelebihan penghulu istighfar

  1. Terima kasih.semoga semakin ramai beramal bukan sahaja istifar di atas malah banyak lagi zikir dan doa yang baik baik untuk perlindungan jiwa dan fikiran kita agar dijauhi bisikan iblis dan setan; yang 24 jam hidup kita diganggunya.Yakin dan percayalah,hanya kepada ALLAH sahaja kita menaruh selangit harapan untuk selamat di dunia dan di akhirat,hanya bila kita taat perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.Yakin dan percayalah, janji ALLAH itu lebih sejuta peratus benar.Terlalu banyak contoh yang benar dan baik itu kita terima dalam bentuk nikmat,apa lagi yang kita nak,terutama sekali orang Islam di Malaysia.Kesimpulannya, sayanglah diri, sayanglah keluarga, sayanglah kawan kawan,sayanglah masyarakat majmuk Malaysia yang indah agar kita dapat berkongsi segala isi hati,segala kehidupan ini hanya di Malaysia,semuanya kerana ALLAH juga yang terus memelihara kehidupan yang indah permai itu,ALLAH juga yang telah menyelamatkan kita semua dari goncangan tsunami,ribut petir, banjir kiamat,mati keluran, papa kedana,perang durjana.hanya kita semua hendak terus saling hormat menghormati agama,budaya, hati dan fikiran untuk terus dikongsikan bersama untuk memacukan Malaysia jadi negara yang maju dan luhur Islamnya.Semoga kita berprasangkan baik kepada para alim ulama dan paling baik ialah terhadap ALLAH azza wajalla dan Nabi besar Junjungan Muhammad s.a.w.Hanya kepada para alim ulama di Malaysia tempat kita merujuk dan bukan pak pop yang membinggungkan jiwa.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Salam Jumaat Penuh Berkat.

    Dari ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah:

    1) Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.

    2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.

    3) Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta‘ala dan untuk mencapai keredhaanNya.

    4) Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.

    5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan apa yang dilarangNya.

    6) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.

    Sumber:http://nurjeehan.wordpress.com

    http://ahmadzaki.wordpress.com/2008/09/29/kelebihan-istighfar/

    Makluman Khabaran:- http://www.mudah.my/Tutor+Quran+Diperlukan+Seluruh+Negara-10727023.htm

    Salam Selamat Kaya Manfaat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    herna Reply:

    as salam,.terima kasih ya..sya tlh copy..harap mndpt izin..syukran..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Mencari jalan sirooot?cuba dgr bayan dr sheikh hakeem tajudin alawwab bkenaan sunnah sirah rasolullah.mgk byk perkara blh drujuk selain kemusykilan ttg islam..perlu dketahui pengajisn tidak bersanad x akn mdot syafaat…jika x bguru spt bguru dgn syaitn…jika nk menulis hadis atau kaul allah taala dtgkan dgn kalimahnya bkn terjemahan…haram hukumnya jika kita mbaca kaul allah dgn tetjamahan…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam