Enam langkah mencegah serangan jantung

Share

Ada enam langkah untuk memastikan jantung kita sentiasa sihat :

1. Berhenti merokok (jangan cuba, tetapi berhenti terus).

Biasanya rokok dikaitkan dengan kanser, terutama paru-paru. Bagaimana ia boleh menyebabkan serangan jantung pula? Menurut Perunding Kardiologi, Dr Lee Chiang Heng, lebih 4,300 bahan kimia berbahaya dalam asap rokok akan merosakkan sel badan yang penyebab kanser.

Pada masa sama, asap rokok ini merosakkan sel pada lapisan dalam (dinding) salur darah. Pada bahagian yang rosak inilah kolesterol akan melekat dan berkumpul. Lama kelamaan, penimbunan kolesterol ini menyempitkan arteri (salur darah) dan menyekat aliran darah.

Jantung adalah otot hidup dan memerlukan oksigen daripada darah. Bahagian yang tidak menerima darah akan mati dan ia boleh menyebabkan serangan jantung. Mungkin ada perokok menganggap masalah ini tidak akan berlaku kepada mereka kerana berasakan diri sentiasa sihat.

2. Amalkan pemakanan sihat.

“Kita sepatutnya makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Usus manusia yang panjang lebih sesuai untuk diisi dengan serat. Serat bertindak sebagai pelincir untuk mengeluarkan bahan buangan daripada badan. Perubahan corak pemakanan ke arah pengambilan lebih banyak daging dan lemak menyebabkan paras kolesterol meningkat yang boleh merangsang penyakit jantung.

3. Bersenam.

Senaman aerobik iaitu pergerakan sama yang berulang (seperti berjalan, joging, berbasikal dan berenang) selama 20 hingga 30 minit sehari perlu dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

4. Belajar mengendalikan tekanan.

TEKANAN sudah jadi satu perkara lumrah dalam hidup kita. Malah ada yang menyifatkan tanpa tekanan hidup akan jadi bosan kerana tiada cabaran. Sememangnya setiap perkara itu ada baik dan buruknya, terpulang kepada kita untuk menilainya.

Bagi individu yang optimistik tekanan tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya cabaran atau peluang untuk meningkatkan keupayaan dan mencapai kejayaan. Namun tidak semua orang mampu melihat tekanan sebagai perkara positif. Ia lebih dianggap satu masalah.

Bahkan ramai juga yang tidak sedar mereka sebenarnya berada dalam keadaan tertekan sehinggalah badan mula menunjukkan simptom seperti selalu resah, sedih, cepat panik, tidak selesa, emosi tidak stabil, sakit perut, pening kepala, sesak dada, alahan, sukar tidur atau merokok lebih banyak.

5. Sentiasa berfikiran positif dan mempunyai motivasi.

Sikap mempunyai tiga elemen penting: Pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Ia perlu berubah bersama-sama agar ketahanan diri positif dapat menjamin ke arah kecemerlangan. Seharusnya kita berusaha membentuk sikap yang baik kerana sikap bertindak sebagai pendorong kepada manusia untuk bertindak secara positif.

6. Jalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

Untuk mengelakkan penyakit jantung juga mudah iaitu dengan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan, terutama bagi individu berumur 35 tahun ke atas (lelaki) dan 40 (wanita) jika tiada sejarah keluarga mendapat sakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti.

(423)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

One thought on “Enam langkah mencegah serangan jantung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam