Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSeorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.
“Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?”, tanya pelanggan kepada penjual telur sambil menunjukkan genggaman tangannya.

Cuba teka, apa yang ada didalam genggamanku ini...?
“Cuba berikan aku bayangannya”, pinta si penjual telur.
“Baiklah, benda ini bentuknya bulat seperti telur.”, ujar pelanggan tadi.
“Tips lain?”, tanya penjual telur.
“Warnanya seperti telur juga.”
“Bayangan lain?”, rayu penjual telur lagi.
Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata : “Belum cukup lagi?”
“Baiklah, jika ia dimasak rasanya seperti telur. Isi kandungannya adalah cair dalam keadaan biasa, tetapi apabila dipanaskan ia akan berubah menjadi pepejal.”
Penjual telur masih terpinga-pinga. “Tolonglah berikan lagi pembayang atau tips yang lebih details lagi.”
“Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!”
Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit dengan yakin, “Aku dah tahu jawapannya. Ia adalah sejenis kuih! Betul tak?”
“Laa ish ish ish”. Pelanggan menggeleng-gelengkan kepada. Lantas membuka genggamannya…
Yaaa, ia adalah sebiji telur! Telur yang si penjual telur tu jual.
Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Kita sebenarnya seringkali menjadi “BUTA” dan terlepas pandang dengan apa yang terlalu hampir atau dekat dengan diri kita. Sedar atau tidak, kita selalu meminggirkan dan mengabaikan orang yang paling hampir dengan kita. Kita hanya akan sedar kehilangannya apabila orang itu telah tiada di sisi.
Memang benar, sesuatu perkara itu kita tidak nampak kelebihan dan keistimewaannya bukan kerana jauhnya ia, tetapi kerana terlalu dekatnya ia dengan kita. Justeru, kita sewajarnya sentiasa menghargai dengan apa yang ada disekeliling kita.
Sumber Artikel : Majalah Solusi No.16 (Sebuah majalah yang sangat baik dan perlu dimiliki oleh semua orang. Maklumat lanjut, sila dapatkan majalah solusi di pasaran. TQ)



















assalamualaikum
saba al jamal
menarik cete di atas.kita selalu alpa dan tidak menghargai sesuatu yg ada pada kita contohnya yg paling dekat dan hampir dgn kita setiap hari iatu ibubapa kita,hargailah perngorbanan mereka terhadap kita,patuhilah dan taat akan mereka semasa hayat mereka masih ada di dunia ini,jgn ingkar jika mereka sudah tiada kita akan kesunyian dan menyesal kerana tidak berbuat baik terhadap mereka.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 23rd, 2010 at 3:43 pm
@salmi,
benar tu, bahagiakanlah ibu bapa anda kerna mereka juga berhak untuk merasai kebahagian itu dari anak-anaknya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
..ckup mmberi pngjaran ksah ini,, dhrap smua dpt mngambil iktbar mlaluinye yee…t.ksih… izinkn sy copy yee… =)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 23rd, 2010 at 3:43 pm
@ndia,
salam ndia..
ya, dipersilakan..tapi krdtkan dimana sumber anda dapatkan yer.. TQ
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
..ckup mmberi pngjaran ksah ini,, dhrap smua dpt mngambil iktbar mlaluinye yee…t.ksih… izinkn sy copy yee..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
..ckup mmberi pngjaran ksah ini,, dhrap smua dpt mngambil iktbar mlaluinye yee…t.ksih…
izinkn sy copy yee..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
hehe..aper ler.. suruh bagi hint, pelanggan tu bagi jawapan lagi. tapi bila penjual telur tu jawab, salah juga.. :p
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 23rd, 2010 at 3:45 pm
@mr.eims @ perfume,
Huu..
jadi berfikiran secara kritis tu penting bagi malahirkan insa yang cerdik, berilmu..matang dalm sesebuah kehidupan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Sungguh sy terkesan dgn pengajaran citer ini.. sedar atau tidak, kita selalu meminggirkan dan mengabaikan orang yang paling hampir dengan kita. Kita hanya akan sedar kehilangannya apabila orang itu telah tiada di sisi. itulah yang pernah sy alami yg menyebabkan sy menyesal hingga ke hari ini..di mana beberapa thn sblm ni ade sorang nenek yg selalu nk tumpang sy sewaktu pegi keje..dlm seminggu ada 2-3 kali dia mahu tumpang untuk ke rumah anaknya utk mengajar anaknya yg dh tua tp sibuk dgn urusan dunia membaca Al-Quran.
Masuk sebulan kesabaran saya mula teruji dgn karenahnya yang sentiasa lambat sedangkan saya mengejar masa..maklum la nenek tua yg sudah berusia 80 thn, jln pun dh lmbat, nk naik kete lambat, nk turun lambat..selalunya mengambil masa 15 minit utk selesai..dlm hati mula timbul rase x puas hati pd anak nenek tu yg senang lenang duk kt umah..apa salahnya jika dia pegi umah ibu dia ..bkn jauh sgt pun..ibunya bersungguh2 nk mengajar..supaya dia tdk terus leka dgn urusan duniawi.
Oleh kerana tekanan masa maka pd satu hr sy ckp pd nenek tu yg sy x blh tumpangkan dia lg..sbb sy dh selalu lewat masuk ofis..minta la si anak dtg ke rumahnya.
Seminggu kemudian nenek tu meninggal..mase tu sy rase seolah2 gelap dunia..terasa bersalah yg amat sgt..jika dpt diputar masa saya sanggup tumpangkan nenek itu biarpun lewat ke pejabat..adakalanya sy menangis mengingatkan betapa zalim sy pd seorg nenek tua yg ingin mengajar Al-Quran.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
February 23rd, 2010 at 3:50 pm
@Leyna,
salam Leyna..
keinsafan tu akan sering Tuhan uji buat kita krna ia akan mengajar kita lebih mghargai pada org di sekeliling kita yang benar2 memerlukan bantuan..mahupun perhatian
perkara yang lepas jadikanlah suatu ingatan agar kita tdak akan mengulangi kesilapan tersebut untuk kesekian kalinya..lampirkanlah doa buatnya..semoga rohnya akan sentiasa tenag disana..
pihak kami ingin mengucakpan terima kasih kpd anda kerana anda sudi berkongsi kisah anda disini..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sedih laaaaaaa…
teringat kat arwah. dia ni happy go lucky n sorg yg nakal gak… brp bln b4 dia meninggal ada gk jumpa cos nak jumpa sgt2 dgn sy. n seminggu pasti dia ada sms g tau tak balik k.l. yang sy dok ingat smpai masa ni sms dia…
“aku stay kat *** je, tak balik k.l. mungkin aku nak… *some text missing*”
pastu sy tak dapat sms dia…apa yang dia nak tu? smpai sekrg dok ingat.
sedih cos sy salu ignore dia gak. bila dia takde rs nak ulang je masa2 lalu…
. nak layan dia baik2, nak ambik gmbr byk2 dgn dia… ;(
smlm pun teringat kat dia n sy menangis…n mlm mimpikan dia…(sy sedekah al-fatihah bila sedar).
sekrg ni sy rasa mcm hilang suami. cos dia mcm tak layan jer. hurm,sy tabahkan hati…sy taknak kehilangan dia tp, krn mslh dia mcm moody je…mangsanya anak.sy marahkan anak.mmg kdg2 terfikir gak mcm artikel kat atas. taknak mengabaikan mereka…doakan sy yg terbaek…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 3rd, 2010 at 4:36 pm
@some1′,
salam some1′..
sabarlah yang pegi tetap akan pergi..layarkanlah doa buat mrka Insyallah pasti dia tidak akan merasa kesunyian dgn hadiah doa dari anda..
kami di pakarhowto akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda dimana jua anda berada
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
kita selalu “take things for granted” dan tak menghargai sesuatu yang ada depan mata kita. seperti ibu kita yang tak kering tangan mencuci pakaian kita, mengemas dan kemudian bekerja lagi. apalah salahnya pada hari ibu kita jadikan ibu kita permaisuri….layanzzz…macam permaisuri..belikan hadiah, masak untuknya dan sapukan losyen tangan untuknya..”ibu…kalah ratu hati ku”..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 3rd, 2010 at 4:38 pm
@Fisha Ronggeng,
hai..Fisha Ronggeng
ya..kasih ibu dimana kita berada pasti akan terkenang jua..hargailah ibu kerna dia adalah antara insan yang mulia dimuka bumi ini selain dari bapa..adik brdik kita yan lain..
marilah kita mencintai ahli keluarga kita
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
assalamualaikum
ya benar……..ibu kaulah syurgaku…..
jgn tunggu hari ibu,hari utk ibu dan bapa
adalah setiap saat,setiap detik,setiap hari dan selamanya,
mereka adalah cahaya hidup kita.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 3rd, 2010 at 4:39 pm
@salmi,
semarakkanlah hari ibu dgn menggembirakannya hatinya..kerna tika kita berbuat baik pada ibu…bapa ibarat segunng emas hatinya melaut gembira pada anak2nya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mmg lumrah hidup..terasa kehilangan yg amat sgt bilamana ia tlh tiada..hanya doa sebagai tanda ingatan juga menebus kesalahan kita di masa lalu…agar perkara yg sama tidak berulang lagi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cam kelakar pun ader..
p bila bace pengajaran..
hurm…ader benarnya….huk3
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 3rd, 2010 at 4:40 pm
@Asma’,
setiap yang dibaca jadikanlah pengajar..semoga ia kan menginsafkan kita kembali..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
March 7th, 2010 at 1:45 pm
@surihati_ku,
mm..InsyaALLAH….
sbg pengajaran…..=)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
huhuuhu..
Thanks ,…
terhibur sedikit ngan post di atas…hehehh
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 3rd, 2010 at 4:41 pm
@ocean,
sama-sama ocean..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
aman Reply:
June 17th, 2010 at 8:27 am
simpleje cternye tp ade pngajaran yg bermakna…..baguih2
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
nmpk sgt la kita ni sng kena tipu dah sah2 tu telur mn ada benda selain telur so after wards jgn mudah caya kt org kdg2 org cuba perbodohkan kita walaupn kecik org lain anggp just main2 jek
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
wah..tahniah jadi ayah sekarang!
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]