Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBAwan sedikit mendung, ketika kaki-kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu isyarat merah ketika itu.
Baju merahnya yang agak lusuh melambai-lambai di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Tangan kanannya memegang ais krim , sementara tangan kirinya memegang erat tangan ayah yang memimpinnya.
Yani dan Ayahnya memasuki kawasan perkuburan awam Kg Haji Mat, berjalan menuju ke sebuah pusara tua lalu duduk berhampiran dengan sebuah batu nisan yang diatasnya tertulia “Hajjah Rogayah binti Muhammad 19-Okt-1915 : 20-Okt-1965″

“Nak, ini lah kubur nenek mu. Mari Kita berdoa untuk nenek mu yer”.
Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru ayahnya yang mengangkat dan menadah tangan ke atas . Yani juga turut memejamkan mata seperti ayahnya. Sia mendengar setiap patah ayahnya yang sedang khusyuk berdoa untuk neneknya…
“Ayah, nenek masa meninggal dunia, umur nya 50 tahun kan ayah?” .
Ayahnya mengangguk sambil tersenyum. Ayah memandang pusara itu dengan penuh rasa kerinduan pada ibu nya.
“Hmmm, maksudnya nenek sudah meninggal 42 tahun kan ayah..?”
Kata Yani berlagak sambil matanya menerawang, berfikir membuat kiraan dan jarinya cuba menghitung.
“Ya,nenekmu sudah di dalam kubur selama 42 tahun … ”
Yani menolehkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, memandang sekeliling, melohat banyak kuburan di sana-sini.
Di sebelah kubur neneknya, ada sebuah kubur tua yang sudah berlumut tertulis “Muhammad Zaini : 19-Feb-1882 : 30-Jan-1910 ”
“Hmm… Kalau kubur itu, orangnya sudah meninggal dunia 106 tahun yang lepas kan ayah?”, jarinya menuding ke arah sebuah nisan betul-betul di sebelah kubur neneknya.
Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya mengusap-usap kepala anak tunggal yang sangat di sayanginya itu.
“Yaa betul lah tu, kenapa adik bertanya begitu?” kata si ayah sambil merenung mata anaknya.
“Hmmm, kelmarin kan ayah ada beritahu selepas adik mengaji quran dengan ayah, bahawa kalau kita mati, tapi kita banyak dosa dan tidak sempat bertaubat sebelum ajal kita, maka kita akan disiksa oleh Allah di neraka kelak” kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.
“Betul kan ayah?”
Ayahnya tersenyum, mendengar celoteh anaknya yang bijak itu.
“Yaaa, jadi apa yang adik fikirkan?”
“Iya lah… Kalau nenek banyak dosanya, bermaksud nenek sudah disiksa di kubur ini sejak kira-kira 42 tahun yang lalu kan ayah? Tapi kalau nenek banyak pahalanya, bermaksud, sudah 42 tahun lah nenek berehat dan berasa aman tenteram di dalam kubur. Begitu kan ayah?”
Yani terkelip-kelip memandang wajah ayahnya menunggu jawapan kepada pendapat yang dilontarkannya.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak sedikit berkerut di keningnya, tampak seolah-olah dia agak terganggu dengan soalan anaknya itu.
“Yer nak, betul lah apa yang kamu katakan. Kamu memang seorang anak yang bijak” jawab ayahnya pendek.
Balik dari menziarah kubur, ayah Yani tampak begitu gelisah di atas sajadahnya. Dia begitu terkesan dengan kata-kata anaknya siang tadi. Dia memikirkan apa yang dikatakan anaknya dengan penuh keinsafan. “42 tahun hingga sekarang. Kalau kiamat datang 100 tahun lagi…142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur ….” Lalu si ayah tertunduk …menitiskan air mata keinsafan…
Kalau dia meninggal dunia .. tetapi membawa banyak dosa …dan kiamat pula 1000 tahun lagi belum tentu terjadi, bermaksud dia akan disiksa di dalam kubur lebih dari 1000 tahun?
“Innalillaahi wa inna ilaihi rooji’un”. Air matanya semakin banyak menitis. Sanggupkah dia diseksa selama itu? Itu kalau kiamat akan datang lagi 1000 tahun, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu dia terpaksa menderita disiksa menunggu kiamat tiba di dalam kuburnya.
Apa selepas azab kubur, akan menjadi lebih baik? Bukankah akan jadi lebih parah lagi?
Tahankah aku? Padahal terkena percikan minyak panas pun sudah meronta-ronta menjerit kesakitan. Sakit gigi di malam hari pun terasa dunia seperti sudah tiada maknanya lagi dunia yang ada. Maka tahankah aku dengan siksaan kubur dan api neraka?
Ya Allah ampunkan segala dosa-dosaku selama ini. Si ayah semakin menunduk, air matanya berlinangan, menitis hingga ke janggutnya.
“Allahumma as aluka khusnul khootimah…” Berulang kali dia mengucapkan DOA itu hingga serak suaranya. Merintih merayu memohon keampunan kepada Tuhannya.
Dia berhenti sekejap ketika terdengar batuk anaknya Yani yang tidur berhampiran tempat solatnya.
Dihampirinya Yani yang tertidur lena di atas katil, mungkin disebabkan keletihan mengikutnya menziarahi kubur tadi. Si ayah lalu membetulkan selimut anaknya.
Yani terus tertidur…. tanpa mengetahui, betapa si ayah sangat terkesan dengan kata-katanya. Si ayah sangat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya akan erti kehidupan yang sementara ini. Sesungguhnya dunia ini hanyalah permainan yang menipu daya.

“Tuhan leraikanlah dunia,
Yang mendiam di dalam hatiku,
Kerana di situ tidakku mampu,
Mengumpul dua cinta…
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh”
“Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku…”



















Saya juga turut terkesan dengan kata2 Yani.. Suatu peringatan yang bermanfaat untuk umum
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 10th, 2009 at 1:44 pm
@Leyna,
benar tu leyna apapun ia satu pengajaran untuk kita meneliti diri kita dgn lebih dekat lagi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Mohon petunjuk dariNYa…“Allahumma as aluka khusnul khootimah…”
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum. Dalam situasi akhir zaman ni rasanya makin hari makin takut bila sebut tentang kematian. Bagaimanalah keadaan kita ketika mati. Mudah-mudahan kita mati dalam keadaan yang baik. Kematian adalah satu kepastian.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 10th, 2009 at 1:46 pm
@Motivasi Kerja,
salam.kematian satu kemestian ynag akan menjemput kita kelak.Persiapkanlah bekalan agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman.AMIN.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Salam…kadang-kadang sebagai ibu bapa kita akan sentiasa beringat yang kita akan pergi dahulu dan anak-anak mendoakan kita, tetapi apa yang terjadi pada kami anak yang pergi dahulu, tidak pernah terlintas difikiran tentang kematiannya..apa yang saya yakini sebagai hambaNya yang amat hina, Allah menyediakan yang terbaik untuk kami, walaupun kadang kala begitu terhiris dan amat pilu kami gagahkan semangat bahawa Allah tidak pernah menzalimi kami,kami sentiasa bersangka baik pada Allah, anakku sedang berehat daripada dosa-dosa, dilayan oleh bidadari bidadari syurga, bermain di taman-taman syurga, berenang dalam air yang tenang dan damai…seperti mana dia datang dalam mimpi-mimpiku…ummi…jangan sedih kawan abang semua orang Islam, alhamdulillah abang mati awal.Begitulah ungkapan yang pernah aku dengar…macam semalam ummi dengar dengan jelas haziq baca Al-Quran ditelinga ummi…semoga roh anakku dicucuri rahmat…Ya Allah Engakau ambil anakku ketika dia khatam Al-Quran…Terima kasih kerana Engkau memberi dia padaku..semoga diakhirat nanti Engkau kembalikan dia padaku…amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 10th, 2009 at 1:49 pm
@emma,
salam emma,
tabahkan hatimu wahai ibu yang tabah…Tuhan mengerti akan gusar dijiwamu..Tetapaknlah berdoa untuk yang trsayang..semoga anda dan dia akan ketemu disana kelak..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
Membaca artikal ini mengenangkan saya peristiwa sedih dan hari kematian. terima kasih atas ingatan ini. Sedih mengingatkan perginya insan tersayang dalam hidup kita. Nenek saya meninggal masa saya tingkatan 3. Tapi sampai sekarang saya masih merasakan kehadirannya. Masa malam selepas dikebumikan saya bermimpi nenek dan dia berkata yang dia akan jaga saya sampai bila2. Saya bangun dari tidur dan masih ternampak wajahnya dengan senyuman yang manis. Setiap kali hari raya saya akan buatkan air sasahan ( air untuk disiram kat kubur ). Saya berharap satu hari nanti. Apabila saya tiada ada orang yang mengingati untuk menyiram air dipusara saya. Amin.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Assalammualaikum
Cute gambar budak lelaki tu. Sukanya
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 10th, 2009 at 1:50 pm
@ainie, oho, gambar yang sebelah kanan tu ye.suri rasa pakar nak anak llki kot.ehehe..;)
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Ya Allah… Ya Muqollibal qulubi sabbit qulubina ala dinika…. Amin…
Rabbana zolamna anfusana wa illam taghfirlana wa tarhamna lana kunanna minal khosirin…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
astaghfirullah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
semakin dekat kita dengan kematian…
semakin dekat kita denganNYA…..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sakaratul nal mautttt
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Baca kisah kematian ini saya terkenang tentang kematian kakak kesayangan saya pada 8 Ogos 2009 yang lalu. Kakak saya ini amat rapat dengan saya. Semasa mendapat berita dia masuk hospital saya rasa tak senang duduk. Setelah urusan pejabat dan anak saya uruskan saya dan suami terus gi menziarah dia hospital selayang. Sakitnya taklah teruk sangat cuma doktor yang merawatnya menyatakan dia disyaki denggi. Pada mula saya anggap biasa aje. Bila dia melihat saya dtg menziarahnya dia kata apa tau “dtg juga kamu ziarah alang ya” kami sekeluarga memanggilnya alang sebab dia anak yang nombor 3 dalam keluarga. Pada sebelah malamnya sya menunggunya dihospital sehingga pukul 8.00 mlm.
Sementara itu dia menyatakan kakinya lenggung jadi saya ambil minyak panas saya urut kakinya. Alangkah terkejutnya apabila saya dapati kakinya telah sejuk tapi hati kecil ini berkata tidak mungkin secepat tu dia akan pergi.
Pada keesokan hari kul 6.30 pagi di tel.anaknya minta bawakan makanan dia kata dia lapar.Blm sempat kami spai hospital,polis telah dtg kerumah untuk memberi tahu dia tidak sdarkan diri. Kami bergegas ke hospital dan saya terus membacakan surah yassin dan membisik ketelinganya untuk mengingati Allah. Dia masuk hospital hari Sabtu dan meninggal hari Jumaat berikutnya.
Saya rasa betul-betul kehilangnya kerana dia tempat saya mengadu masaalah dan tempat bergurau senda.Hilang sudah tempat mengadu. Setiap kali selepas solat saya doakan dia semoga Allah tempatkan dia ditempat orang-orang yang solih. Amin….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]