Kongsi artikel ni di FBAdakah anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari? Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan air yang mencukupi dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada tubuh badan, antaranya :
- Mencegah penyah hidratan (mencegah masalah kurang air)
- Membersihkan tubuh
- Menggalakkan proses penyembuhan
- Membantu mengawal berat badan

Berapakah jumlah air yang sepatutnya anda minum?
Jumlah air yang seseorang itu perlukan sebenarnya adalah berbeza bergantung kepada berat dan tahap aktiviti seseorang itu. Walaupun kita disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari, tetapi ada satu formula yang dapat menentukan pengambilan air yang disyorkan khusus sesuai dengan tubuh badan anda.
Ini formulanya :
Berat badan (dalam kg) di BAHAGI kan dengan 30
(Contohnya, jika berat anda 70kg (70/30 = 2.3 ). Bermakna, tubuh badan anda memerlukan sebanyak 2.3 liter air sehari)
Sekiranya anda sukar atau ada masalah untuk minum air, sila lakukan 6 tips mudah berikut.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: banyak minum air masak, berapa liter perlu minum air, faedah minum air masak, gambar minum air, kebaikan minum air masak, kelebihan minum air, masa minum air, minum air, minum air masak, panduan minum air, tips minum air
Kongsi artikel ni di FBKita dah masuk bulan kelahiran Rasullullah sollallahu ‘alaihi wasallam (robi’ul awal) dah lebih 5 hari. Cuba muhasabah diri, dah berapa banyak kali kah kita mengucapkan selawat ke atas Nabi kesayangan kita???
Ayuh kawan-kawan. Sempena bulan maulid ni, mari kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda sollallahu’alaihiwasallam.

Tips supaya dapat banyak membaca selawat atas Nabi sollahu’alaihiwasallam.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: cara berselawat, faedah berselawat, kelebihan berselawat, kelebihan selawat, memperbanyakkan selawat, selawat, selawat atas nabi, selawat atas rasul, tips memperbanyakkan selawat
Kongsi artikel ni di FBAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Minta maaf sebab dah lama tak update blog ni. Macam biasa lah. Saya sibuk sangat. Sibuk macam dunia ni ana yang punya…huhuhu.
Maafkan hamba ni deh.
Hari ni, saya ada satu artikel nak kongsi dengan korang. Artikel ni, saya ditulis oleh Penulis Tetamu blog ini iaitu Cik LOGAMAYA. Ia berkenaan petua anti penuaan.
Menurut Cik Logamaya, artikel ni ditulis berdasarkan pandangan pakar, Dr Selvaraj ketika dia menghadiri seminar beliau. Dr Selvaraj sendiri mengamalkannya setelah mengalami pelbagai simpton kesihatan, rambut gugur, resdung dan alergi yng teruk dan penuaan..he took at least 5 years untuk mendapat kesannya..younger than his age..wow..
Cik Logayama kata dia rakam seminar Dr tu…dan mencatatkan poin-poin penting untuk dikongsikan dengan pembaca blog PakarHowTo. Cik Logamaya berharap dengan apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat beri manfaat kepada korang semua.
Sekarang, mari kita baca, fahami dan amalkan tips-tips bagi Anti-Penuaan seperti yang diterangkan oleh Dr Selvaraj.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bagaimana untuk cantik, Dr Selvaraj, pakar anti penuaan, pakar awet muda, Panduan, panduan kecantikan, petua cantik, petua kecantikan, Tips, tips anti penuaan, tips awet muda, tips untuk cantik
Kongsi artikel ni di FBAir kalau diminum betul pada masanya, dapat memberikan manfaat pada tubuh. Saya kongsi dengan anda bagaimana cara dan bilakah masa yang seelok-eloknya kita minum air.

Tips Minum Air Terbaik
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bila masa untuk minum air, cara minum air, kebaikan minum air, masa minum air paling baik, minum air, minum air masak, panduan minum air, selalu minum air, tip minum air, tips minum air, tips minum air terbaik
Kongsi artikel ni di FBAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Kawan-kawan yang saya hormati sekalian…
Dalam kita menyusuri sepanjang liku hidup ini, pasti banyak suka dan duka kita lalui. Beribu onak dan duri kita rasai. Pasti ada ketika kita tersungkur kerana silap percaturan.
Kawan-kawan…
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan, lautan yang mana tak dilanda taufan. Setiap insan pasti diuji dengan pelbagai ujian.
Renungi dan fahamilah firman Allah SWT dalam Surah Al’Ankabuut ,ayat 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta.”
Waktu diuji kita selalunya bersedih, kadangkala menangis sendirian kerana begitu beratnya ujian. Dunia terasa sempit menghimpit perasaan, kita mula hilang pertimbangan. Tidak semena mena menunding jari kepada insan di sekeliling kita dengan pelbagai tuduhan.

Malah ada juga yang berkali kali menyalahkan diri sendiri hingga memperosokkan diri sendiri dalam dimensi kekecewaan. Ada juga tidak segan silu merintih dan memarahi takdir illahi kerana dirinya terpilih untuk diuji sedemikian rupa.
Bukankah kita ini terlalu mengikut perasaan?
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: aduan masalah, aduan masalah rumahtangga, apabila ujian menimpa, artikel motivasi, bila ditimpa ujian, kaunseling masalah hidup, masalah hidup, masalah peribadi, motivasi, motivasi diri, musibah dan ujian, pakar kaunseling, panduan menghadapi ujian, suka duka, suka duka kehidupan, tips menghadapi ujian, ujian dalam kehidupan, ujian hidup
Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.
Antaranya kawan kita boleh menjadi :
- tempat kita meluah perasaan
- teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
- boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
- boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
- boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
- dan banyak lagi laaa…
Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!
Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.
Cuma persoalannya sekarang ialah ;
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita?
Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: berkawan biar seribu, berkawan dalam islam, berkawan kerana Allah, cara untuk kekalkan hubungan, hubungan dengan kawan, jaga hubungan, kawan, kawan makan kawan, kawan sejati, kawan-kawan, kawanlah, panduan berkawan, persahabatan, sahabat, sahabat sejati, sahabat selamanya, tips berkawan, tips kawan, tips kekalkan hubungan
Kongsi artikel ni di FBDalam memilih sahabat atau kawan, kita kena la pilih orang yang baik dan berkualiti. Sebab kawan kita tu nanti akan mempengaruhi perangai dan sikap kita. Kalau pilih kawan yang buruk perangai, sikit sebanyak perangai kita pun akan turut jadi buruk. Sebaliknya, kalau pilih kawan yang baik-baik, selalu pergi masjid contohnya, kita juga akan terikut-ikut jadi seperti kawan kita tu.
Tapi persoalannya ialah :
Macammana kita nak kenal seseorang itu baik? Macammana nak kenal seseorang itu berkualiti atau pun tidak?
Salah satu cara yang paling mudah untuk mengenali seseorang itu berkualiti atau pun tidak ialah, lihat kepada TUTUR BICARA atau PERKATAAN YANG DIUCAPKAN setiap hari.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari &Muslim).
Jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.
Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada 4 tahap, berdasarkan kualiti tutur bicaranya.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bagaimana untuk mengenali seseorang, bual bicara, cara nak kenal orang yang baik, cara pilih kawan yang baik, kata-kata, kata-kata hikmah, mengenal orang berkualiti, mengenali orang baik, orang berkualiti, perkataan yang diucapkan, pilih kawan, tips dalam perhubungan, tips memilih kawan, tutur bicara
Kongsi artikel ni di FBSalam Maal Hijrah 1433 buat semua pembaca blog ini. Saya doakan semoga anda sentiasa mendapat rahmat daripada Allah dan mengecapi kebahagiaan hidup. Aamiinn.

Sempena tahun baru Hijrah 1433 yang baru saja bermula ini, saya ingin berkongsi dengan anda 5 tips berkesan untuk melakukan perubahan diri.
Lakukan 5 tips dibawah ini dengan istiqamah, insyaAllah saya yakin sesiapa saja mampu berubah menjadi lebih baik.
written by PakarHowTo
\\ tags: 1433 hijrah, aktiviti maal hijrah, awal muharam 1433, awal muharram, berubah, berubah menjadi lebih, cara untuk berubah, ceramah maal hijrah, hijrah 1433, logo maal hijrah 1433, maal hijrah 1433, perarakan maal hijrah, perubahan, petua untuk berubah, salam maal hijrah, sambutan maal hijrah, tahun hijrah, tazkirah maal hijrah, tips untuk berubah, tips untuk membuat perubahan
Kongsi artikel ni di FBBerdasarkan kajian oleh pakar rumahtangga dan perhubungan suami isteri, ada 5 tanda yang menunjukkan sesebuah rumahtangga itu goyah dan bakal musnah.

Mari kita check satu persatu apakah tanda-tanda tersebut.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: aduan rumahtangga, kaunseling rumahtangga, kaunselor rumahtangga, kisah rumahtangga, masalah perhubungan, Masalah Rumahtangga, masalah suami isteri, rumahtangga, tanda kemusnahan rumahtangga
Kongsi artikel ni di FBAda orang tanya saya. Macammana nak ubah sikap dengan mudah? Dia kata dah puas dia berusaha untuk berubah. Tapi tak berjaya sampai sekarang.
Bagi saya, untuk ubah sikap tak begitu mudah. Kita perlu tekan nafsu, lawan perasaan. Dan ini bukan kerja mudah.
Walau tak mudah, tapi tak juga susah. Dengan cara befikir dan tindakan yang betul, insyaAllah sesiapa saja mampu ubah sikap menjadi lebih baik.

Baiklah, saya kongsikan dengan anda beberapa (30) tindakan yang boleh anda buat untuk ubah sikap anda.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bagaimana untuk ubah sikap, berfikir positif, cara ubah sikap, cara ubah sikap dengan mudah, fikir positif, jadi positif, perubahan sikap, tips ubah sikap, ubah perangai, ubah sikap, ubah sikap jadi lebih baik, untuk berubah, untuk jadi positif, untuk ubah perangai
|
Komen Terbaru