Tafsiran Keperibadian Perempuan Mengikut Kitab Tajul Muluk

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Artikel ini adalah untuk bahan bacaan santai dan hiburan semata-mata, dan ia bukanlah fakta yang dapat dipercayai dengan mutlak. Kalau ada yang betul tu, mungkin semua itu hanyalah secara KEBETULAN saja.

Kitab Tajul Muluk

Kitab Tajul Muluk

Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia disebalik doa antara 2 sujud

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya ingin mengajak para pembaca semua untuk bermuhasabah mengenai solat yang kita lakukan saban hari. Selama kita bersolat ni, adakah kita memahami maksud ayat atau doa yang kita lafazkan? Tahukah anda bahawa, salah satu cara bagaimana untuk kita dapat solat dengan khusyuk adalah kita faham maksud setiap bacaan yang kita lafazkan?

Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda untuk menghayati ‘rahsia di sebalik doa antara 2 sujud‘ yang kita baca setidak-tidaknya 17 kali setiap hari.

Sedarkah kita betapa BESARNYA makna doa yang kita sering lupakan ini. Itulah doa semasa duduk antara dua sujud.

Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita…tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar menyebut dibibir, tetapi tidak tersentuh di hati, kerana kita gagal memahami maksud bacaan yang kita buat.

Marilah kita mula menghayati maksud doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.

Klik utk baca seterusnya…

Asal usul kejadian api di dunia

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Info yang berguna untuk semua. Baca dan ambil pengajaran daripadanya.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan mengenai asal usul kejadian api di dunia ini.

Diriwayatkan setelah Nabi Adam a.s. dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan (buah Khuldi), maka Allah SWT telah memerintahkan Malaikat Jibril a.s. supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s.

Maka Jibril AS pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

  • Jibril : Wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.
  • Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?
  • Jibril : Sebesar kurma.
  • Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa, nescaya akan cair lah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi akibat kepanasannya.
  • Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Di Sebalik Tujuh Ayat Fatihah

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Mari kita baca dan hayati artikel mengenai kelebihan dan keistimewaan 7 ayat dalam Surah al-Fatihah ini.

Subhanallah. Sesungguh Allah itu Maha Hebat dan Maha Bijaksana.

Rahsia Di Sebalik Tujuh Ayat Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan ‘mim’ dan ada ayat yang akhirnya dengan ‘nun’. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan.

Antaranya ialah:

  • 1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

  • 2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

Klik utk baca seterusnya…

Kelebihan Disebalik BISMILLAH

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Maaf, semalam blog PakarHowTo sekali lagi dilanda masalah bandwidth. Namun, Alhamdulillah saya dah selesaikan masalah tu. :)

Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda, sebuah artikel menarik bertajuk “Mukjizat di sebalik BISMILLAH“.

Bacalah untuk pengetahuan tambahan dan dapat diamalkan mana-mana yang boleh. Semoga dengan apa yang dikongsikan ini dapat menguatkan lagi keimanan dan semangat untuk kita beramal soleh.

Mukjizat dan Kelebihan disebalik “BISMILLAH”

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz “BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM” yang bermaksud: “Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Facebook dan 8 Cara Mengatasi Ketagihan Facebook

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Saya ada terbaca satu artikel yang saya rasa sangat menarik untuk dikongsikan dengan anda semua. Artikel ini adalah berkenaan dengan “ Bahaya nya Facebook dan 8 Cara Praktikal Bagaimana Untuk Mengatasi Ketagihan Facebook “.

Sila baca dan fikir-fikirkanlah. Tepuk dada tanya selera.

Kita mempunyai pilihan, maka buatlah pilihan sebaik mungkin.

————————————————————————————————

Hentikan penjajahan minda & penghambaan kepada Facebook

Pada mulanya rasa agak aneh saya menulis pasal ini. Walau bagaimanapun saya mula merasa betapa pentingnya untuk menulis artikel sebegini rupa. Memang diakui saya ketagih facebook (fb) setiap hari, jam dan saat. Ia telah menjadi sindrom yang tidak sihat. Memberi kesan kepada gaya hidup seharian yang mana terpaksa bergantung kepada Facebook untuk apa jua status update. Apakah ini satu bentuk ‘slave’ penghambaan dan penjajahan minda atau ‘mind control’ era baru ? Saya membaca banyak rencana dan social networking site spt Facebook, Twitter, Myspace, Friendster dan lain-lain telah memberi kerugian kepada produktiviti negara seluruh dunia yang bernilai berbillion ringgit.

Malah Ustaz Zaharuddin sendiri pun telah mengingatkan tentang sudut bahaya facebook jika disalahguna termasuklah membawa dosa kepada diri dan juga kepada orang lain. Ini memang rasa mcm dah jadi kebiasaan pada rakan-rakan kita letak photo yang x menepati syariat dan disebarkan kpd seluruh ummat di dunia. Sama-sama berdosa bila kita lihat, komen dan membenarkannya. Nauzubillah…

Klik utk baca seterusnya…

5 Rahsia Makanan Berkhasiat Tingkatkan Kualiti Hidup

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Salam kawan-kawan..
Harini Suri sibuk sangat di pejabat. Tapi walauapapun keadaan sempat juga Suri postkan satu artikel untuk semua. Kata orang selagi tak menjeguk blog ni..atau pun tak buat sesuatu darinya rasa macam kehidupan Suri kurang lengkaplah pulak huhu.. Tapi apa-apa pun kawan-kawan bacalah sahaja entri dibawah ini ya.

Siapa-siapa yang sayangkan dirinya sendiri, ahli keluarganya Suri saranan agar kawan-kawan amalkanlah 5 rahsia ini untuk kekal sihat sepanjang hari. Selamat membaca ;)

Blueberry
Tahukah anda buah Blueberry ini memiliki serat yang tinggi didalamnya di samping mengandungi kadar gula dan kalori yang rendah dalam tubuh badan manusia.

Bubur gandum/Oatmel
Sebaiknya anda bolehlah menjadikannya sebagai makanan menu harian anda. Ini kerana makanan oatmel merupakan sumber ‘essential‘ GLA makanan yang terbaik kedua di dunia. Tahukah anda makanan itu juga mempunyai serat serta protein yang amat diperlukan tubuh kita.

blueberries

Kobis
Disamping itu memakan makanan kobis juga mampu untuk mengelakkan seorang itu dari terkena sel -sel barah. Ini kerana zat yang terkandung di dalam kobis tersebut mengandungi zat ‘fitokimia‘ dimana ia boleh mengelakkan sel barah berlaku secara drastik.

Sayur-sayuran seperti bayam, kangkung
Sayuran yang berdau hijau seperti ini kaya dengan sifat antioksidanya.

Ikan sardin
Ikan sardin adalah makanan pilihan hampir semua golongan usia. Namun begitu tahukah ikan sardin ini memiliki unsurnya ‘hygienist’ sebegini yang sebenarnya kaya dengan kandungan omega 3 di mana jika kita makan ia mampu untuk menyihatkan jantung anda :) .

Suri suka makan sardin nak-nak bila buat sandwich sardin hehehe..
Anda ada rahsia makanan yang ingin dikongsikan di sini bersama Suri. Jom kita kongsi dan tinggalkan komen anda di bawah ini.

Rahsia Selembut Sentuhan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

As-salam dan salam sejahtera semoga kalian semua sentiasa berada dalam lindunganNYA selalu.

Terima kasih atas kunjungan anda yang tiada pasang surutnya membuatkan kami tidak jemu untuk membentangkan ilmu dimaya ini buat tatapan semua. Kedatangan anda benar-benar kami hargai. :)

Bailklah tanpa membuang masa hari ini Suri ingin kongsikan beberapa rahsia sentuhan yang penting bagi seseorang bayi yang baru dilahirkan. Apakah rahsia itu? Ayuh kita selami dan pelajarinya bersama-sama di ruangan maya ini.
boy

Sentuhan merupakan satu kuasa komunikasi di awal kelahiran seseorang bayi yang baru dilahirkan. Banyak kajian mendapati bahawa perkembangan bayi seluruh dunia amat mudah didapati melalui kuasa sentuhan dalam proses memberikan kesan yang positif kepada bayi .

Tahukah anda bayi yang baru sahaja dilahirkan sebenarnya mampu untuk merasakan kehangatan sebuah sentuhan hasil daripada ibu dan bapanya sendiri. Apakah sentuhan itu? Ia adalah sentuhan yang berbentuk belaian kasih sayang dimana apabila bayi tersebut di sentuh maka bayi ini secara automatiknya akan dapat merasai ketenangan ketika ia berada dalam keadaan zon yang tidak selesa.

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia kebahagiaan rumahtangga

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sejak dua menjak ni, ramai sungguh para pembaca blog ini menghantar email kepada saya meminta pendapat dan bertanya mengenai pelbagai perkara. Paling ramai adalah yang mengadu tentang konflik atau masalah rumahtangga yang mereka hadapi.

Saya bukanlah sombong untuk mengabaikan persoalan yang anda kemukakan, namun, ingin saya nyatakan sekali lagi, saya ni bukan lah seorang motivator atau pakar kaunseling. Saya hanya orang biasa yang juga kadang-kadang menghadapi masalah yang sama dengan anda semua.

Jadi, saya harap anda tidak kecil hati sekiranya saya tak dapat menjawab segala aduan dan pertanyaan yang anda berikan.

Namun apa-apa pun, dalam entri kali ini suka saya ingin berkongsi dengan anda satu tulisan yang saya kira, sangat bagus untuk kita baca, selami, fahami dan amalkan bersama. Semoga apa yang dituliskan dapat kita ambil manfaat dan amalkan untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Perbezaan Suami Isteri : Selesaikan Begini..

Memahami perbezaan sikap pasangan bukanlah satu formula terunggul untuk mencapai kebahagian dalam sesebuah rumahtangga. Namun ia boleh berfungsi untuk mengurangkan stress dan tekanan kepada pasangan.

Telah tiga kali, saya diminta untuk mengulas perihal formula kebahagiaan rumah tangga sepanjang berada di United Kingdom. Kali pertama di Ireland, kali kedua di Cumbria, sempena Kem Mithali anjuran komuniti Malaysia Manchester and terbaru di Sheffield pada 5 Jun 2010. Saya akui, saya bukanlah seorang yang specialist di dalam bidang ini walau telah berumahtangga selama 11 tahun. Walaupun begitu, mungkin atas kapasiti saya selaku seorang pendakwah dan berpendidikan agama, saya tidak henti-henti menerima email dan soalan berkaitan masalah rumah tangga, sebahagiannya tidak melibatkan hukum sama sekali. Ia hanya melibatkan kefahaman kaedah, teknik dan cara melayari bahtera rumahtangga.

Ada yang datang dari suami dan juga isteri, saya kira telah beberapa kali para suami yang menghubungi saya, menangis teresak-esak sewaktu menceritakan masalah berkaitan rumahtangga khususnya yang berkaitan dengan sikap isterinya. Ia adalah satu situasi yang sukar buat saya kerana saya bukanlah pakar bidang kaunseling rumahtangga.

Apapun, keadaan sebegitu mampu memberikan saya gambaran dan keadaan rumahtangga di Malaysia. Jika ketidakstabilan rumahtangga sebegitu berterusan, ia bakal menghasilkan anak-anak yang membesar dalam keadaan pincang dan serba kekurangan.

Menyedari kepentingan kestabilan rumahtangga, dari semasa ke semasa saya dan isteri berusaha memperuntukkan sedikit waktu untuk berfikir, meneliti rumah tangga sendiri, membaca buku berkaitan dan seterusnya menghasilkan cadangan-cadangan dan ulasan bagi manfaat ramai.

Sebagai salah satu usaha bagi mengurangkan tekanan dari kedua-dua belah pihak, suami dan isteri, melalui artikel ini, saya cuba memberikan fokus kepada kepentingan memahami perbezaan sifat lelaki dan wanita. Fikiran dan kehendak seorang lelaki dan wanita ada yang sama dan yang berbeza. Apabila tidak memahami perkara yang berbeza, ia akan sangat mudah mencetus sangka buruk, rasa disisih dan sebagainya.

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia murah rezeki dan hidup lebih tenang

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Maaf, sejak kebelakangan ini saya jarang update blog ini. Biasalah, alasannya ialah tak lain dan tak bukan, sebab saya sangat sibuk.

Ada orang persoalkan,

“Alah, orang lain pun sibuk gak. Orang lain pun ada banyak kerja gak. Tapi masih boleh lagi update blog. Masih boleh lagi layan email dan komen-komen pembaca blog. Tapi ko?? Sibuk jer memanjang.”

Kepada yang berkenaan, sepuluh jari saya susun, mohon ampun maaf atas kelemahan saya itu. Saya mengaku, saya memang jarang balas komen atau email yang dikirimkan pada saya. Saya minta maaf. Bukanlah niat saya untuk berlagak sombong atau apa. Cuma, saya ada banyak lagi tugasan atau perkara lain yang perlu saya utamakan.

Apa-apa pun, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda 1 ilmu yang saya dapat semalam. Ia adalah berkenaan dengan rahsia murah rezeki, hidup lebih tenang dan penyelesai masalah.

Semalam, saya singgah di masjid Taman Desa, Jalan Kelang Lama untuk solat maghrib. Kebetulan ada seorang ustaz memberikan pengajian tentang ‘fadhilat & kelebihan istighfar’.

Menurut ustaz yang memberikan ceramah itu (maaf, saya tak tahu siapa nama ustaz tersebut), ada 1 rahsia atau amalan yang boleh dilakukan supaya hidup kita jadi lebih tenang, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amalan ini beliau dapat dari tok guru beliau iaitu mufti Pulau Pinang.

Apakah amalan atau rahsia supaya hidup jadi lebih tenang, dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan itu? Senang saja amalannya. Cuma kita saja yang nak amal? Atau MALAS beramal?

Rahsia dan amalannya ialah ;

Switch to our mobile site