Tak Kenal Maka Tak Cinta…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Ok, hari ni sekadar panas enjin je.  Aku dah lama tak berblogging.  Online pun setakat check FB.  Jadi skill sudah tumpul.  Sekadar menyediakan buah tangan selepas raya, aku hadiahkan pembaca semua satu ujian yang aku design sendiri guna excel.

Idea asal oleh Florence Littauer yang menulis berkenaan ujian yang digelar ‘Personality Plus‘, satu ujian untuk mengenal personaliti diri sendiri yang aku rasa mampu memberi faedah untuk membangunkan potensi korang semua.  Kalau tak kenal kekuatan dan kelemahan sendiri, kita takkan mampu bergerak lebih jauh ke depan.

Ujian ini mungkin tidak 100% tepat.  Tapi secara optimis mampu memberi penjelasan paling dekat berkenaan kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita.  Yang baik kita jadikan tauladan, yang tak berapa nak baik kita jauh-jauhkan.

Klik utk baca seterusnya…

Cara buat diari guna notepad

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Siapa kat sini yang masih menulis diari pada setiap hari? Kata orang, orang yang suka tulis diari ni ‘jiwang’ dan selalunya ‘romantik’. Betul ker? Sebab saya pun termasuk dalam golongan orang yang menulis diari.

Tapi rasanya, saya takde lah jiwang atau romantik pun…huhu

Sebut pasal menulis diari ni, dalam post kali ni saya nak kongsi dengan anda cara bagaimana untuk membuat @ menulis diari menggunakan “Notepad” (aplikasi yang memang sedia ada dalam setiap komputer).

Sebenarnya dengan menggunakan Notepad, anda boleh membuat simple diary yang cantik dan tersusun. Macammana nak buat?

Begini caranya ;

Klik utk baca seterusnya…

Cara mudah mencari juzuk dalam Quran

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Pernahkah anda mengalami kesukaran mencari muka surat sesuatu juzuk dalam al-Quran? Tahukah anda ada formula mudah yang boleh anda gunakan untuk mencari juzuk-juzuk di dalam al-Quran.

Nak tahu formula mudah tersebut? Teruskan bacaan anda…..

Tip yang ingin dikongsikan kali ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama-sama kita belajar…

Klik utk baca seterusnya…

MENYIMPAN LEBIH UTAMA DARIPADA MELABUR

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

“ Bayangkan kalau kamu tidak melabur waktu muda akan meranalah kamu di waktu kita tua” pesan seorang ejen amanah saham.

Nasihat beliau boleh jadi bermanfaat dan tidak bermanfaat mengikut situasi kewangan peribadi. Soalan saya “Sudahkan kita menyimpan sebelum kita melabur atau mengambil takaful?”.

Sebenarnya menyimpan, melabur dan mengambil takaful mempunyai objektifnya tersendiri walaupun ia mesti diambil kira kesemuanya dalam dunia kewangan peribadi.

tabung-haji-bangunan

1. MENYIMPAN

Klik utk baca seterusnya…

Teknik Pemakaian Pemerah Pipi

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Salam petang untuk semua. Jutaan terima kasih kerana anda masih sudi menyinggahkan diri anda disini. Tegarkah anda? anda sendirilah yang tahu jawapan tersebut untuk selalu ke sini mencari ilmu. Syabas untuk diri anda sendiri kerana anda sering kali tidak pernah jemu dalam mencintai ilmu ini :) . Jika tidak masakan anda sudi meninggalkan jejak tapak kasut tulisan anda disini.

Sungguhpun blog ini baru meranggkan ke separuh masa akhir hehee.. namun Suri tetap akan menggagahkan diri juga untuk terus menjaringkan gol ilmu kepada anda demi minit-minit yang singkat kain ini ;) .

Ni dasar hati telah jatuh cinta pada mamad bebola bulat ke? hehee ya mungkin sekali. Baiklah Suri tak mahu nak buang masa. Hari ini Suri nak kongsikan tentang tips kecantikan berkenaan dengan pemerah pipi atau dalam bahasa englishnya di sahut sebagai Blusher.

Pemerah pipi atau blusher ini adalah sahabat setia kaum hawa. Haa.haa para lelaki jangan tak ambil tahu pula ya hehehe. Pada amnya pemerah pipi atau blusher ini di layarkan kepada dua bahagian tulang pipi kiri dan kanan si pemakain dengan hasil warna yang diinginkan. Lihat contoh seperti di bawah ya :-

applying-blush01

Ketika anda ingin mengoleskan pemerah pipi atau blusher ini ke pipi, anda digalakkan senyum ketika menyapu pemerah pipi tersebut ke wajah anda. Mengapa? Sebab dengan cara tersebut senyuman ini dikatakan mampu untuk menyerlahkan lagi kawasan tulang pipi anda yang menjadi daya tarikan fokus kepada wajah anda .

Bagaimana pula jika olesan atau sapuan tersebut tidak rata?
Setelah anda telah selesai mekap kedua belah bahagian pipi anda dan didapati sapuan tersebut tidak ada keserataan warna yang sempurna maka anda haruslah menggosokkan ia dengan menggunakkan tisu yang lembut. Sebab dengan cara ini kita akan dapat mengurangkan warnanya yang pekat atau merah itu sedikit demi sedikit.

Taraa! lihatlah hasilnya ;)
how-to-apply-blush01

Anda suka si dia bersolek? apa pandagan anda tentang wanita yang bersolek ini? cantik, suka atau sedap mata memandang atau sebaliknya. Luahkanlah pendapat anda disini ya :)

Memang wanita itu adalah hiasan dunia yang tiada tandingnya.

Wahai kaum wanita, aku tidak melihat dari suatu kaum (orang-orang) yang lemah akal (pemikiran) dan lemah agama lebih menghilangkan hati orang-orang yang sehat akal dan benaknya dari pada kamu (kaum wanita). Aku telah menyaksikan neraka yang penghuninya paling banyak kaum wanita. Maka dekatkanlah dirimu kepada Allah sedapat mungkin. (HR. Bukhari)

Teknik Elak Hamil Mengejut !

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

As-salam untuk semua harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah bagi yang tidak sihat pula itu mungkin sebahagian dari penghapus dosa-dosa kecil. Jadi bersabarlah akan dugaan yang diberikannya kepada anda.

Entri kali ini Suri ingin ketengahkan berkenan dengan jarak kehamilan anak atau bayi bagi mewujudkan sebuah kualiti keluaraga yang terancang agar anak-anak memiliki masa depan yang terjamin kelak berbanding dengan kuantiti dengan memiliki anak yang ramai akan menyebabkan sebahagian dari mereka akan terpinggir dengan kehadiran orang baru dalam keluarga anda..

Jarak kehamilan anak yang terlalu rapat mungkin akan membuatkan anda dan pasangan menjadi kelam-kabut?? Lebih-lebih lagi jika anda dan pasangan terpaksa pula keluar berkerja. Hurmmm, kepada mereka yang hendak merancang kehamilan dan kelahiran si manja ini Suri akan kongsikan teknik ini dengan anda.

Anak ibarat permata hati dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Anak juga mampu menyimpulkan erat ikatan kasih sayang antara suami dan isteri. Bahkan kehadiran seorang anak juga merupakan khabar gembira yang sentiasa dinantikan oleh kebanyakan pasangan yang telahpun mendirikan rumahtangga.

Oleh itu, sebaik-baik kelahiran si manja juga haruslah dirancang dengan baik mengikut tahap kekuatan psikologi disamping kestabilan ekonomi dalam sesebuah rumahtangga itu. Ketahuilah bahawa jarak yang sesuai antara satu anak dengan anak yahg lain akan mampu memercikkan sebuah karmonian dalam rumahtangga.

  • (1 ) SEMULA JADI

Kaedah ini menggunakan cara mengekalkan waktu subur seseorang wanita dan ia bergantung pada kitaran haid anda. Anda juga boleh menggunakan cara rhythm (mengira waktu kitaran haid yang terpendek, tolak 20 hari dan hari terakhir waktu subur ialah kitaran haid terpanjang ditolak 11 hari). Dengan kaedah ini , pasagan harus mengelakkan hubungan kelamin pada lebih kurang hari kelapan hingga ke 24 jika kiraan haid adalah 28-35 hari. Bagaimanapun, kaedah ini agak rumit untuk dikira dan mendatangkan masalah bagi pasagan kerana waktu untuk bersama pasagan tidak panjang.

  • (2 ) PIL PERANCANG

Tahukah anda bahawa pil perancang mengandungi estorgen dan progestogen serta amat popular di kalangan wanita di dunia dan seluruh dunia. Ia bertujuan untuk menghalang pengeluaran telur dati kilang ovari seseorang wanita serta akan menyebabkan lendir dari pintu rahim akan menjadi pekat sehingga menghalang kenaikan sperma masuk ke dalam rahim.

Pil ini dimakan setiap hari bermula dari hari pertama kitaran haid sehingga hari ke-21 dan diikuti tujuh hari rehat. Jika diikuti dengan betul, keberkesanan menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan kelahiran amat tinggi iaitu sebanyak 99.9 peratus..

Disamping itu terdapat juga pil yang hanya mengandungi progestogen, ia bagi mengelakkan kandungan dan akan menyebabkan dinding rahim nipis dan lendir akan menjadi pekat. Pil jenis ini tidak konsisten dan memerlukan dos yang tinggi. Ketahuilah bahawa hampir 50 peratus wanita menggunakan kaedah ini boleh mengeluarkan telur dari kilang ovari kerana jika masa makan ubat berubah-ubah melebihi tiga jam, ia boleh menyebabkan wanita itu akan hamil kelak.

Pada kebiasaanya pil perancang keluarga mempunyai beberapa kesan yang positif seperti mengurangkan kadar pendarahan haid dan mengurangkan penyakita seperti anemia (kurang darah) serta mengurangkan kesakitan sewaktu kedatangan haid. Selain itu juga ia turut mengurangkan risiko mendapat kanser kilang ovari dan endometrium melebihi 50 peratus apabila digunakan melebihi satu tahun.

Klik utk baca seterusnya…

Teknik mengatasi rasa malas ketika bangun tidur

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Malas adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang ada sifat malas dalam diri. Tak kiralah kita ni seorang perdana menteri ker, atau seorang bisnesman, atau seorang pelajar atau seorang pegawai kerajaan atau hanya seorang kuli saja. Sifat malas memang ada. Kerana apa? Kerana adanya sifat malas itu membuktikan manusia itu lemah dan tidak sempurna. Yang sempurna dan tidak lemah hanyalah ALLAH ta’ala.

Yang penting bagi kita ialah, bagaimana kita dapat mengatasi rasa malas tersebut? Bagaimana kita dapat mengambil manfaat atau hikmah dari sifat malas yang ada dalam diri kita?

Kita kena belajar melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza. Pandanglah sesuatu perkara itu dari sudut pandang yang lebih baik.

Adeh, malasnye den nak bangun....

Adeh, malasnye den nak bangun....

Malas itu bolehla kita ibaratkan macam iman kita juga. Ada pasang surutnya. Ada kalanya iman kita naik mencanak. Ada juga masa-masanya iman kita jatuh merudum. Tetapi, dengan amalan yang istiqamah, dengan usaha yang dilakukan terus menerus, iman boleh sentiasa meningkat. Atau setidak-tidaknya iman boleh dikekalkan dan tidak menurun.

Begitu jugalah dengan sifat malas ini. Ia boleh dikawal dan boleh diatasi. Ada cara bagaimana untuk mengatasi rasa malas ini. Dengan mengikut cara yang betul, praktikkan dengan disiplin yang teratur, dilakukan secara konsisten, insyaAllah, kita mampu mengawal rasa malas. InsyaAllah kita akan dapat mengatasi rasa malas. InsyaAllah rasa malas itu boleh berubah menjadi rajin.

Pokoknya, apakah cara atau teknik yang boleh diamalkan untuk mengatasi rasa malas ini??

Klik utk baca seterusnya…

3 Teknik Hebat Merancang Kerja

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Ada seorang pembaca setia blog pakarhowto tanya saya, apakah kerja saya? Kenapa saya ni selalu lambat balas email yang dihantarkannya kepada saya. Adakah saya ni sibuk sangat sehingga tiada masa langsung nak balas email atau mesej dia.

Baik, kepada yang masih tidak tahu kerja saya. Sila buka page `Siapa Kami?` di bahagian atas sebelah kiri tu. Haa dah tengok? Dah kenal siapa saya?

Mr Bee yang sibuk

Mr Bee yang sibuk

Sebenarnya saya tak mahu memberikan pelbagai alasan itu dan ini apabila saya `gagal` melaksanakan sesuatu perkara. Tapi dalam hal tidak menjawab mesej atau email-email pembaca blog ini, saya ingin berikan alasan saya.

Klik utk baca seterusnya…

Teknik Legakan Sakit Jantung

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Andaikan pada 6:15 petang, anda memandu pulang (seorang diri) selepas berpenat lelah bekerja seharian di pejabat. Anda merasa benar2 letih dan agak tertekan. Tambahan pula jalan jem teruk hari itu. Anda benar2 merasa tertekan dan tension….

Tiba2 anda mengalami kesakitan teruk di dada dan kesakitan itu mula merebak hingga lengan dan tulang rahang anda. Anda merasa begitu sukar sekali untuk bernafas. Kesakitan didada begitu memeritkan anda. Kesukaran bernafas begitu melemaskan anda. Pemanduan anda terganggu. Kini anda benar2 rasa tak larat dan rasa seperti nak mati. Anda telah terkena serangan jantung yang boleh membawa maut.

Haaa dalam keadaan begitu, apakah tindakan anda? Apakah yang perlu anda lakukan ??? Bagaimana mungkin anda dapat selamatkan diri anda daripada serangan jantung sebegini ketika anda berseorangan??

Anda mungkin telah diajar dan dilatih melakukan CPR. Tetapi anda tidak pula diajar untuk melakukan CPR pada diri sendiri kan? Mampukah anda melakukan CPR atas tubuh badan sendiri?

Ketahuilah, kebanyakan kes serangan jantung berlaku pada ketika kita berseorangan. Tiada siapa pun disisi kita.

Tanpa bantuan, seseorang yang degupan jantungnya tidak stabil, akan menjadi pitam. Seseorang yang terkena serangan jantung, hanya ada cuma 10 saat sahaja sebelum dia pengsan, tidak sedarkan diri. Jadi, apa yang boleh dibuat?

Apa yang boleh anda buat ialah ;

  1. Jangan panik, sebaliknya BATUK lah berulangkali dengan kuat dan bersungguh2.
  2. Tarik nafas dalam2, kemudian cuba batuk semula. Batuk sedalam2 dan sepanjang2nya seperti hendak mengeluarkan kahak dari dalam dada anda.
  3. Tarikan nafas dan batuk itu perlu di ulang setiap 2 saat tanpa henti hinggalah bantuan tiba, atau sehingga degupan jantung anda kembali normal.

Tarikan nafas yang dalam memberikan oksigen kepada paru2. Manakala pergerakan yang terhasil daripada perbuatan batuk itu, akan memberikan tekanan pada jantung sehingga pengaliran darah (oksigen ada dalam darah) pada jantung berjalan lancar seperti biasa. Himpitan dan tekanan pada jantung yang terjadi akibat batuk, membantu mengembalikan degupan yang normal. Dengan cara ini mangsa serangan jantung akan sempat sampai ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Saya harap anda semua dapat menyebarkan dan mewar2kan teknik ini kepada seberapa ramai orang yang boleh. Ia mungkin membantu menyelamatkan nyawa mereka. Jangan sangka anda bebas dari serangan jantung hanya kerana umur anda kurang dari 25 atau 30 tahun. Hari ini, disebabkan perubahan gaya hidup, serangan jantung tidak mengira umur.

Selamat mengamalkan gaya hidup sihat!

Cara nak tahu sebab anda memilih pasangan anda

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.

Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.

  1. Air mendidih kat dapur.
  2. Air paip melimpah kat bilik air.
  3. Bayi menangis.
  4. Telefon berbunyi.
  5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan ‘settle’ kan terlebih dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.
Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir…

Fikir…

Fikir…

Fikir…

Fikir…

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Baik, mari kita semak jawapan anda…
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

  • Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ‘si dia’ untuk membimbing anda.
  • Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
  • Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
  • Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
  • Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba.

Switch to our mobile site