Kongsi artikel ni di FBAda seorang kenalan saya pernah kata pada saya (dengan penuh bangga) ;
“Pompuan ni mudah jer bagi aku kalau nak tipu. Modalnye cuma air liur jer!”
Kenalan saya (nama dirahsiakan) tu, memang sangat terkenal sebagai Mat Romeo. Awek dia keliling pinggan. Lepas satu, satu awek dia, sering bertukar ganti.
Betulkah golongan wanita @ perempuan ni mudah sangat ditipu atau diperdayakan? Jenis wanita yang macammanakah yang mudah untuk diperdayakan lelaki?
Sila baca artikel di bawah ini dan ambil peringatan.
- 1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki
Sudah sayang, jadi apa saja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah 100 peratus. Bukan kena percaya pasangan separuh atau tidak sepenuhnya tetapi jangan mudah percaya membuta-tuli dan menerima apa saja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.
Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gajinya sebanyak RM1,000 sebulan bersih. Anda pula memang tahu status kewangan dan cara perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup saja.
Satu hari, dia belikan anda cincin emas berharga RM700. Anda tanya, mana dapat duit, dia kata lama menyimpan untuk memberi anda kejutan. Boleh terima.
Bila anda tengok pakaiannya pula, semuanya berjenama. Dia mula berbelanja sakan dan untuk anda pun, macam-macam barang dia belikan. Anda tanya lagi, mana dapat duit? Dia jawab, ada berniaga dengan kawan. Anda terus percaya.
Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya apa yang ditanya atau diragui pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan saja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa saja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?
Jadi, jika anda berasa ragu, tanya pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuai. Percaya sepenuhnya atau sebarangan boleh meletakkan anda dalam bahaya.
- 2. Wanita yang `terdesak’ untuk berkahwin
Klik utk baca seterusnya…