Kongsi artikel ni di FBAku tujukan entri ini buat seorang kawan… Harap ko baca mesej aku nih dengan hati yang terbuka yer.

Kawan,
Benar katamu kubur kita memang lain-lain.
Tapi harus kamu ingat di mahsyar nanti kita akan bersama juga.
Kawan,
Benar katamu tentang perihalmu itu memang ia urusanmu.
Tapi harus kamu ingat tanggungjawab pada agamaku itu adalah urusanku…
memberi tegur tentang salahmu pada syariat itu adalah urusanku.
Kawan,
Tolong dengarkan perkiraanku padamu ini ;
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: akhirat, hari hisab, hubungan dengan kawan, ikhwan, kubur, mati, maut, muhasabah, muzakarah, penghisaban, peringatan, pesanan buat kawan, silaturrahim, tangungjawab agama, tazkirah
Kongsi artikel ni di FBHari ni saya nak kongsi 1 lagi masalah rumahtangga yang diadukan kepada saya. Hati saya sentiasa berasa sesak dan sebak apabila membaca masalah sebegini. Apa nak jadi dengan institusi kekeluargaan kita sekarang ni? Begini terukkah konflik yang terjadi?
Sila baca masalah ini dengan penuh penghayatan. Bayangkan anda berada dalam situasi si pengadu.
Suami bahagia main kayu tiga, isteri tertekan hanya mampu mengalirkan air mata

Salam Pakar,
Semoga diberkati Allah SWT hendaknya..
Sebelum itu saya ingin kenalkan diri saya, nama saya Sofiyya (bukan nama sebenar) seorang ibu berusia 34 tahun dan telah mendirikan rumahtangga 14 tahun 19 hari saya mempunyai 3 orang anak lelaki, yang paling kecil berusia 10 tahun.
Mohon maaf jika email saya ini menganggu masa Pakar, tapi saya amat berharap agar Pakar sudi membacanya sehingga ke akhir…
Pakar,
Selama 14 tahun mendirikan rumahtangga sudah banyak kali hati saya disakiti.
Untuk pengetahuan Pakar sebelum ini saya dan suami saya hidup berjauhan, dia di kl dan saya di kuantan, mungkin kerana hubungan jarak jauh kami ini membuat dia mencari teman di luar, tapi Pakar sudah beribu kali saya minta suami saya untuk membawa saya dan anak-anak sekali ke kuala lumpur, namun suami sering memberi beribu alasan, tahulah saya yang suami saya ada mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: aduan rumahtangga, asam garam rumahtangga, hidup tak bahagia, institusi kekeluargaan, isteri teraniaya, isteri tertekan, kaunseling rumahtangga, konflik suami isteri, luahan hati isteri, masalah dalam perhubungan, Masalah Rumahtangga, mengadu masalah, pakar kaunseling, perihal rumahtangga, rintihan isteri, suami curang, suami curang apa patut dibuat?, suami main kayu tiga
Kongsi artikel ni di FBSalam Ramadhan hari ke-15. Separuh Ramadhan sudah berlalu, sudahkah kita memanfaatkan peluang beribadah yang Allah kurniakan kepada kita?

Orang Alim berpesan ;
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: fikir risau iman dan amal, iman dan amal, kelupaan dan kealpaan, Luahan Hati, muhasabah diri, muhasabah ramadhan, peringatan ramadhan, pesanan orang alim, pesta beribadah, ramadhan 2011, tazkirah ramadhan
Kongsi artikel ni di FBAdakah anda masih mempunyai ibu dan ayah? Adakah anda benar-benar menyayangi mereka? Apa bukti cinta anda kepada mereka? Adakah anda sudah cuba sebaik mungkin untuk berbakti kepada mereka? Sudah terbalaskah jasa mereka selama ini? (Soalnya, mampukah kita untuk membalas jasa-jasa mereka??)
Apa-apapun, beruntunglah bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah yang masih hidup.
Saya sudah kehilangan kedua-dua orang tua saya. Ibu saya telah kembali ke Rahmatullah pada 23 Nov 2010. Dan 4 bulan kemudiannya iaitu pada 24 Mac 2011, abah saya pula menyusuli ibu. Ketika ini, hanya Allah yang tahu betapa rindunya saya kepada mereka. (al-Faatihah untuk mereka. Semoga Allah ampunkan dan rahmati mereka. Semoga mereka bahagia di taman syurga sana. Amin)
 Arwah ayah dan ibu saya bersama cucu-cucunya
Dalam entri hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 1 catatan luahan rasa dari seorang anak yang terluka dengan sikap ayahnya. Pengirim @ penulis catatan ini ialah salah seorang pembaca setia blog PakarHowTo. Beliau meminta untuk dikongsikan pengalaman beliau agar kita semua dapat mengambil iktibar, pengajaran, teladan @ sempadan dalam perhubungan kita dengan kedua orang tua kita.
Saya dah baca luahan hati beliau dan banyak perkara yang saya dapat belajar dan ambil iktibar. Walaupun ibu dan ayah kandung saya sudah tiada, tapi saya masih ada ibu dan bapa mertua yang perlu saya hormat dan layani dengan sebaik mungkin. Setidak-tidaknya catatan luahan rasa ini dapat saya jadikan peringatan dan muhasabah diri.
Baca dan cubalah hayati catatan pengalaman dibawah ini (walaupun panjang). Semoga anda dan kita semua mendapat sikit sebanyak manfaat kisah ini.

Luahan hati seorang anak yang terluka
Ass’kum dan salam sejahtera drpd saya untuk semua, dengan sentiasa memohon kepada illahi agar dilimpah kurnia rahmatnya supaya hidup ini sentiasa di jalan yang benar dan juga memohon kepada illahi agar sentiasa diberikan rasa keredhaan dengan apa yang terjadi/berlaku.
Pada sekalian sekali lagi ingin saya mencoret rasa hati yang terluka yang telah dipendamkan disepanjang menjalani kehidupan ini. Rasa kesedihan, kepiluan dan kekecewaan yang amat sangat dan terkini ia membara lagi. Tapi membaranya benar benar mencabar keimanan. Biarpun usia telahpun melepasi 40an tetapi rasa kesedihan dan kekecewaan itu tetap disimpan dengan kemas dan herharap ia berkubur tanpa nisan. Tetapi tanpa diduga ia kembali membara dan mencabar keimanan.

Ayah jatuh sakit lagi, kali ini agak lama terlantar di hospital. Jika sebelumnya hanya 1-2 hari dan tidak memerlukan pengawasan yang rapi, tetapi kali ini ayah benar-benar tidak mampu mengurus dirinya, untuk mengangkat tangan pun tidak mampu apa lagi lah untuk berjalan. Kami adik beradik dan ibu bekerjasama dalam menjaga ayah walaupun masing masing telah berkeluarga dan bekerja. Kami tetapkan giliran untuk memastikan ayah berada dalam keadaan selesa.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: abah mak, anak yang terluka, ayah sakit, hubungan anak dengan bapa, ibu ayah, kasih ayah, kasih ibu, Kisah Benar, kisah teladan, kongsi pengalaman, Luahan Hati, luahan rasa, mak ayah, meluahkan perasaan, menjaga ayah sakit, tanggungjawab anak, tanggungjawab ibu bapa, tempat meluahkan perasaan, terluka perasaan
Kongsi artikel ni di FBSebelum ini, saya pernah kongsikan sebuah kisah rumahtangga yang tragis di blog ini. Kisah benar tersebut saya dapat dari salah seorang pembaca setia blog ini melalui email.
Semalam, sekali lagi, saya telah menerima email dari beliau. Email ke-2 tersebut adalah kesinambungan daripada email luahan hati beliau sebelum ini.
Banyak sekali pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah @ pengalaman beliau ini. Baca dan hayati apa yang ingin beliau cuba sampai dalam tulisan ini.


Luahan Hati Seorang Isteri
Assalamualaikum Pakar,
Terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah saya di ruangan blog pakar,saya simpati dengan pemergian emak dan ayah pakar,semoga ALLAH tempatkan mereka disisi orang-orang yang soleh.
Pakar,
Disini saya ingin berkongsi sama apa yang telah terjadi pada diri saya setelah suami saya meninggalkan saya dan setelah saya membaca komen-komen pembaca blog pakar,saya merenung dan mengkaji semula kisah-kisah silam saya,saya temui KENAPA ALLAH memberikan semua itu pada diri saya,saya terlalu hargai komen-komen dari pembaca blog pakar dan saya panjatkan doa kepada ALLAH semoga pembaca-pembaca yang memberikan komen ke atas kisah saya dilindungi ALLAH senantiasanya,hanya ALLAH yang maha kaya berikan ganjarannya pada kalian.
Pakar,
Kalau pakar tidak keberatan siarkanlah kisah ini untuk saya kongsikan kepada pembaca-pembaca lain dan menjadi tauladan kepada yang lain dalam menjalani kehidupan harian sehinggalah suatu masa kita tidak diberikan nafas lagi untuk hidup di dunia ini.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: asam garam rumahtangga, isteri solehah, isu rumahtangga, kaunseling rumahtangga, kebahagiaan dalam rumahtangga, kisah hidup, kisah rumahtangga, konflik rumahtangga, masalah dalam rumahtangga, Masalah Rumahtangga, petua hidup bahagia, petua hidup tenang, rahsia hidup tenang, rumahtangga bahagia
Kongsi artikel ni di FBSetiap hari, ada saja yang menghantar email mengadu masalah kepada saya. Macam-macam perkara yang diluahkan.
Saya terharu atas kepercayaan anda kerana mengadu masalah kepada saya. Namun, saya minta maaf sekiranya saya tak dapat nak mengulas panjang.
Sejuta kemaafan sekiranya saya tak sempat nak balas atau lambat untuk memberikan respon kepada setiap permasalahan yang dibangkitkan.
Apa yang boleh saya bantu, cuma berkongsi masalah anda di blog ini. Agar semua pembaca dapat memberikan pendapat dan pandangan masing-masing.
Semoga dengan perkongsian pandangan dan pengalaman dari semua pembaca sekalian, kita semua yang membacanya akan dapat manfaat bersama insyaAllah.
Baiklah, hari ini, saya kongsikan dengan anda 1 lagi masalah rumahtangga yang dihantar kepada saya.

Baca dan berikan pandangan anda. Semoga kita sama-sama dapat ambil pengajaran daripada apa yang dikongsikan.

Tawar hati dengan suami, apa patut dibuat?
Saya telah berkahwin hampir 8 tahun dan dikurniakan 3 orang cahayamata. Masalah bermula selepas saya dapat tahu pada tahun ke-6 usia perkahwinan rupa-rupanya suami curang pada saya semenjak mula kawin lagi. Rahsia ni terbongkar bila saya secara tak sengaja terjumpa telefon yang suami sembunyikan selama ini.
Betapa hancur luluhnya hati apabila mendapati terdapat banyak mesej antara perempuan tu dan suami. Pada mulanya suami tak mengaku tetapi setelah ditunjukkan bukti baru la dia mengaku.
Betapa bodohnya saya rasakan ketika itu sebab diperlakukan begitu. Macamana tak bodoh…untuk pengetahuan, saya bekerja syif. Syif saya memang tak menentu. Masa inilah suami menggunakan peluang untuk bertemu kekasih hati. Patutlah suami tak mahu jaga anak bila saya kerja syif malam dengan alasan anak kami meragam dan takut nanti kalut nak pergi kerja. Sudahnya anak terpaksa dihantar ke kampung.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: isteri curang, isteri kecewa, kaunseling rumahtangga, luahan hati isteri, masalah dalam rumahtangga, Masalah Rumahtangga, masalah suami ego, masalah suami isteri, mengadu masalah, punca rumahtangga tidak bahagia, rumahtangga tidak bahagia, suami curang, suami ego yang tinggi, suami main kayu tiga, tawar hati, tawar hati dengan suami, tempat mengadu masalah rumahtangga
Pertamanya, saya nak ucap SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua pengunjung blog ini.
Dah lebih seminggu saya tak update blog ini. Sebab saya bercuti selama seminggu sejak Sabtu minggu lepas.
Di kampung (Baling), tak ada internet. Kalau nak main internet kena keluar ke bandar. Tu yang leceh tu.
Apa-apa pun, mulai hari ini, saya akan aktif kembali. InsyaAllah lepas ini saya akan cuba update blog setiap hari.
Harap dapat sokongan daripada anda semua.
Baiklah, untuk hari ini, saya kongsikan 1 masalah cinta yang dihantar oleh seorang pembaca blog ini kepada saya tempohari.

Kalau anda ada apa-apa komen atau pendapat, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah tu yer. Terima kasih
Putus cinta – Kenapa begini nasibku?
Salam..
Saya telah bercinta hampir 5tahun dengan seorang lelaki yang dikenali secara kebetulan. Dia mendapat no telefon Saya melalui seseorang. Peringkat awal percintaan memanglah indah.
Namun panas tidak berpanjangan. Terlalu banyak dugaan dan onak dalam percintaan kami. Antaranya bekas kekasih yang dianggap adik sering menganggu dirinya. Saya telah mengundurkan diri demi memberi laluan kepada perempuan tersebut yang sangat cintakan dirinya. Namun dia berkali-kali menyatakan pada saya wanita tersebut hanyalah adik. Wanita tersebut pernah curang dan kini dia telah ada saya, wanita yang dia cari selama ini. Saya menerima dirinya kembali kerana perasaan cinta telah berbunga waktu itu.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: jodoh tak berjumpa, kaunseling keluarga, kecewa putus cinta, masalah cinta, masalah cinta remaja, masalah dalam percintaan, masalah dalam perhubungan, masalah perhubungan, masalah putus cinta, matlamat cinta, mencari cinta sejati, mencari jodoh, mengubat hati yang lara, pakwe dan makwe, putus cinta, tips putus cinta, tujuan cinta
Kongsi artikel ni di FBBelek punya belek. Aku ada terjumpa satu catatan yang aku tulis pada tahun 2006 dulu.
Bila baca balik catatan-catatan lama dulu, terasa macam bukan aku yang tulis la pulak. Terasa kelakar pun ada.

Apa-apa pun, ada mesej yang baik dalam tulisan aku itu. So, aku kongsikan dengan korang semua yer. Ini tulisannya…
Aku insan kerdil yang lemah
Langit tak selalu cerah. Awan pula tak selalu mendung.
Selepas malam, pasti datangnya siang. Selepas ujian, pastinya adanya nikmat menanti. Selepas musibah, insyaAllah turunlah rahmat.
Begitulah diri ku.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bersedih hati, hati sedih, hati yang tengah berkecamuk, koleksi sajak dan puisi, langit tak selalu cerah, Luahan Hati, luahan rasa, makhluk tak ada kuasa, masalah perasaan, motivasi turun, puisi semangat, rendah motivasi, sajak motivasi, sajak muhasabah
Setiap orang ada masa rajin dan ada masa malas nya.
Kalau masa rajinnya lebih panjang dari masa malasnya, maka kemungkinan besar dia adalah orang yang berjaya.
Jika sekiranya masa malasnya lebih banyak dari masa rajinnya, maka kemungkinan besar dia adalah orang yang selalu gagal.

Setiap orang memang tahu mana satu masa yang lebih panjang dalam hidup nya sehari-hari.
Kalau dia sedar yang masa rajinnya lebih panjang, maka sepatutnya dia gunakan masa rajinnya itu dengan sebaik mungkin.
Kalau dia rasa masa malasnya yang terlebih panjang, maka sepatutnya dia kena berusaha untuk memendekkan masa malasnya itu.
Continue reading »
written by pakar3
\\ tags: atasi rasa malas, buang rasa malas, buang sifat malas, cara kurangkan rasa malas, lawan rasa malas, malas bekerja, malas belajar, masa malas, masa rajin, perangai malas, sikap malas
Susah sangat ker nak berubah?
Kenapa masih gagal?
Apa yang tak kenanya lagi?
Sampai bila engkau harus begini?
Apa lagi yang masih belum mencukupi?
Susah sangat ker nak lawan nafsu sendiri?
Lemah sangat ker jati diri?
Dimana keazaman mu yang tinggi?
Apa yang hendak ditunggu lagi?
Apa yang hendak engkau takuti?
Halangan dan rintangan tu resam semulajadi.
Mujahadah lah buat pengorbanan.
Bukankah engkau memiliki daya tahan yang tinggi?
Bukankah darah pahlawan memang sentiasa mengalir dalam tubuhmu?
Habis?…Apa yang engkau lembik sangat?
Apa yang engkau dok lemah longlai lagi?
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: anak jantan sejati, kata-kata motivasi, kata-kata semangat, Luahan Hati, sajak motivasi, semangat, semangat anak jantan
|
Komen Terbaru