Doa untuk mudah bangun tengah malam (tahajjud)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Baru-baru ni saya ada dengar 1 ceramah di Radio IKIM. Penceramahnya ialah seorang Syeikh dari Negara Arab. Maaf, saya tak berapa ingat dia punya nama.

Dalam ceramah tu, Syeikh Arab tu ada berkongsi 1 amalan yang jika diamalkan akan memudahkan kita untuk bangun malam untuk bertahajjud.

Saya kongsikan dengan anda amalan tersebut.

Klik utk baca seterusnya…

TAK NAK Rokok! Tapi NAK duit free…

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Lihat dan perhatikan FAKTA ini betul-betul. Mahukah lagi anda merokok selepas membaca fakta ini??? Lu fikirlah sendiri…huhuhu

  • Harga rokok (purata) : RM10 (sekotak) x sehari
  • Jumlah sebulan : RM10 x 30 hari = RM 300
  • Jumlah tahunan : RM 300 x 12 bulan = RM 3,600
  • Tempoh merokok (5 tahun) : RM 3,600 x 5 tahun = RM 18,000

Yaa, kalau anda merokok, dalam masa 5 tahun, anda sebenarnya telahpun MEMBAKAR WANG anda sebanyak RM18,000.

Itu baru 5 tahun. Kalau 10 tahun? Kalau 20 tahun…?

tak nak rokok

Maka…kesimpulan yang boleh dibuat ialah :

Klik utk baca seterusnya…

Orang HEBAT vs Orang BIASA

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Maaf, sejak minggu lepas, saya sibuk bebenar. Biasanya hampir setiap hari saya akan menulis di blog ni. Tapi minggu lepas, cuma 2 entri saja dapat saya kongsikan.

InsyaAllah dalam minggu ni, saya cuba untuk tulis setidak-tidaknya 3 artikel bermanfaat untuk anda semua. Nantikan…

Untuk entri hari Isnin ni, saya nak kongsi dengan anda 1 artikel dari rakan cyber saya iaitu WarkahSiber. Beliau adalah salah seorang penulis jemputan di blog PakarHowTo ini.

Entri ini ialah mengenai Orang Hebat Vs Orang Biasa. Jom layan tulisannya…

Takrif GAGAL: Orang HEBAT vs Orang BIASA

“Aduh, fail”..“Aaaah, rugi,rugi”.. “Gagal lagi”..

Itulah antara keluhan yang sering kita dengar apabila apabila kenyataan yang diharapkan bertukar menjadi malapetaka. Pastinya ketidaksampaian harapan atau ringkasnya GAGAL, baik dalam apa jua pekerjaan mahupun sebagai pelajar mencetuskan pelbagai perasaan. Kecewa. Marah.Bengang. Sedih. Putus asa. Paling memeritkan apabila segala wang, kudrat, masa dilaburkan namun keputusannya bukan memihak kepada kita. Terasa segala pelaburan itu bagaikan sia-sia sahaja.

Namun, apa sebenarnya erti GAGAL? Kenapa ada mereka yang mampu bangun dengan gemilangnya walaupun sebelumnya GAGAL? Dan, kenapa ramai lagi mereka yang GAGAL, langsung tak terbangun selepas kejatuhan mereka? Kedua-dua golongan ini GAGAL dan dilanda keperitan yang amat sangat, namun apakah yang membezakan dua golongan ini?

Klik utk baca seterusnya…

Cara mudah bagaimana untuk mengenali orang yang berkualiti

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Dalam memilih sahabat atau kawan, kita kena la pilih orang yang baik dan berkualiti. Sebab kawan kita tu nanti akan mempengaruhi perangai dan sikap kita. Kalau pilih kawan yang buruk perangai, sikit sebanyak perangai kita pun akan turut jadi buruk. Sebaliknya, kalau pilih kawan yang baik-baik, selalu pergi masjid contohnya, kita juga akan terikut-ikut jadi seperti kawan kita tu.

Tapi persoalannya ialah :

Macammana kita nak kenal seseorang itu baik? Macammana nak kenal seseorang itu berkualiti atau pun tidak?

Salah satu cara yang paling mudah untuk mengenali seseorang itu berkualiti atau pun tidak ialah, lihat kepada TUTUR BICARA atau PERKATAAN YANG DIUCAPKAN setiap hari.

tutur bicara

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari &Muslim).

Jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.

Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada 4 tahap, berdasarkan kualiti tutur bicaranya.

Klik utk baca seterusnya…

Jampi Berkesan Untuk Kurangkan Migrain

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Siapa selalu sakit kepala @ migrain? Kalau anda migrain, apakah yang anda buat untuk kurangkannya? Makan ubat? Telan panadol? Baring dan tidur? Ada tak rawatan alternatif yang anda pernah cuba?

sakit kepala

Dalam entri kali ni saya nak kongsi dengan anda 1 cara rawatan untuk menghilangkan migrain mengggunakan ayat-ayat Quran. Ia adalah rawatan Islam yang berkesan dan mujarab insyaAllah. Dengan syarat, anda mesti benar-benar yakin pada keberkatan ayat-ayat suci al-Quran dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, Tuhan sekalian alam, yang Maha Pengasih.

So, bagi yang sakit kepala (migrain), sila cuba cara rawatan ini. Amalkan ayat-ayat berikut :

Klik utk baca seterusnya…

Mengapa kita perlu puasa pada hari ‘Asyura?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Salam hormat buat anda. Dalam entri kali ni, saya sekadar mahu mengingatkan anda semua. Jangan lupa untuk berpuasa hari esok  (Isnin 5 Disember 2011) dan lusa (Selasa 6 Disember 2011) yer.

“Eh sebab apa pulak nak puasa esok? Apa yang bagusnya?”

Kepada yang tak tahu, atau mungkin terlupa, atau mungkin tak perasan, esok dan lusa ialah 9 dan 10 Muharam.

“Laa apa istimewanya 9 dan 10 Muharram plak?”

Untuk makluman atau peringatan, 9 Muharram disebut sebagai Hari Tasu’a dan 10 Muharram pula disebut Hari Asyura. Dan Rasulullah SAW menggalakkan umatnya (kita semua) untuk BERPUASA pada hari Asyura.

puasa asyura

 

Mengapa kita puasa pada Hari Asyura?

Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

Klik utk baca seterusnya…

Penjelasan Dari Syarikat Ramly Tentang Isu DNA Babi (Mesti Baca)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Setelah saya post kan entri bertajuk “AWAS! Hot Dog Ramly Ada DNA Babi??” dalam blog ini semalam, saya menerima banyak email dan komen dari para pembaca. Ramai yang ingin mengetahui kesahihannya.

Ada pembaca yang begitu emosional dalam hal ini. Tapi tak kurang juga yang bijak dan berhemah dalam memberikan pandangan. Apapun, saya hormati pandangan dan komen anda semua.

Saya melihat respon yang diberikan dalam isu ini dari sudut yang positif. Ini menunjukkan masyarakat dan pengguna sekarang ini semakin prihatin tentang soal halal haram ni. Alhamdulillah, pada saya ini satu perkembangan yang baik.

Pada awalnya, sebelum saya post kan entri AWAS! Hot Dog Ramly Ada DNA Babi?? semalam, saya berasa ragu-ragu juga. Saya bimbang ianya akan menjadi fitnah dan mengakibatkan ada pihak yang akan teraniaya.

logo syarikat ramly

Tapi atas dasar prihatin dan memikirkan hak-hak pengguna, maka saya post kan juga artikel tersebut. Demi Allah, tidak terdetik pun di hati saya untuk memburuk-burukkan atau memfitnah syarikat Ramly. Tapi tujuan artikel tersebut ditulis ialah supaya pihak yang berkenaan dapat ambil perhatian dan memberikan penjelasan tentang perkara ini. Saya lihat begitu banyak kecelaruan yang timbul dikalangan rakan-rakan facebook saya mengenai isu DNA babi ini disebabkan tiadanya penjelasan daripada pihak yang berkenaan.

Klik utk baca seterusnya…

Zikir Mujarab Untuk Diamalkan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Dalam entri kali ni, saya nak kongsikan dengan anda 1 zikir mujarab yang sangat bagus untuk diamalkan. Zikir ini dinamakan dengan Bismillah Enam. Ada banyak kelebihan dan fadhilat zikir Bismillah Enam ni.

bismillah enam

Jadi, saya nak ajak anda semua untuk kita sama-sama hafal dan amalkan sebagai zikir harian kita.

Berikut ni adalah beberapa kelebihan atau fadhilat Bismillah Enam ;

Klik utk baca seterusnya…

10 Surah Penting Yang Banyak Kelebihan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Saya nak ajak kawan-kawan semua untuk amal baca semua surah-surah ini dengan istiqamah. Bacalah surah ini sebanyak mungkin setiap hari. InsyaAllah kita pasti akan merasai kesannya. Semoga Allah menilai amalan kita sebagai ibadah yang diterimaNya dan menjadi bekalan di ‘hari sana’. Aamiiin.

bacalah quran sebanyak mungkin

10 Surah Yang Banyak Kelebihan

Klik utk baca seterusnya…

Apakah maksud hidup anda?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Mengapa kita hidup atas dunia ini? Apakah tujuan dan matlamat hidup kita? Apakah maksud hidup kita? Apakah yang kita kejar atas dunia ini? Apakah yang patut kita lakukan sebaiknya atas dunia ini?

maksud hidup

Sama-sama kita fikirkan. Dan cuba hayati sajak di bawah ini. Mungkin anda akan dapat jawapan daripada persoalan yang dilontarkan diatas.

Sajak : Menuju Syurga Abadi

Masa terus berlalu pergi

Menghampiri ke hari mati

Tapi manusia leka dengan mainan duniawi

Terus enak dibuai mimpi

Mengejar dunia yang tidak pasti,

Sampai terlupa akhirat yang kekal abadi,

Allah dan Rasul terus kita sakiti

Maksiat bersepah sampi ke hujung negeri

Nikmat Allah langsung kita tak hargai

Muka tak malu mengaku Ummat nabi,

Dosa bertimbun tak tertampung dek lori

Tapi muka celaka boleh senyum lagi!

Boleh bergelak ketawa lagi!?

Biarpun dosa sebesar matahari

Biarpun dosa seluas langit dan bumi

Berkata dia dengan bangga sekali..dengan angkuh sekali

Nak buat macam mana tak sampi seru lagi

Katanya aku punya pasal mu jangan peduli

Klik utk baca seterusnya…

Switch to our mobile site