Air Mata Di Malam Pertama

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Untuk mereka yang meminati cerpen, maka kami kongsikan cerita di bawah. Ia sebuah cerpen yang agak panjang. Namun, berbaloi untuk membacanya.

Air Mata Di Malam Pertama

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

“Ana dah jadi isteri!” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

“Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan.

Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

“Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

“Sayang.!” Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.

Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.

“Abang..!” Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.

“Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”

Bisikku perlahan.

Klik utk baca seterusnya…

Cerita Tentang Ayam Jalak

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.

Di sana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan
macho gitu) yang umurnya sudah lanjut dimamah usia (chewah-chewah cam ayat dalam novel percintaan la plak…hehe).

Kerana merasakan ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli
seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu dengannya.

jalak

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa dirinya tercabar. Lalu bibit-bibit cemburu dan hasad dengki menguasai dirinya, mulalah dia mengatur strategi. Lalu terjadi perbualan seperti ini :

Si ayam jalak tua :
“Eh, kamu ayam muda, jangan la konker dan serakah bolot semua kat ko. Ayam betina semuanya ada 25 ekor. Kamu boleh ambil 15 ekor, bakinya bagi la kat aku sama.”

Si ayam jalak muda:
“Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri. Hang tu dah tua dah, tak larat dah, so semua untuk aku sahaja.”

Si ayam jalak tua :
“Eh eh eh…kerek tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer).
Siapa kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh ko kang. OK lah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer). So apa kata kalau kita pertontonkan ke’macho’an kita iaitu dengan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini. Yang kalah, boleh blah. Tiada tempat bagimu.”

Klik utk baca seterusnya…

Kisah yang menyentuh hatiku…2

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Tersentuh pula hatiku apabila membaca cerpen ini….huhuhu

Seutas Gelang Zamrud.

(*Bacalah dengan penuh penghayatan)

Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari. Hari ini anak anaknya Sukinah dan Rosli siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu… malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.

Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang penuh ceria.

“Assalamualaikum. …..” kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.

“Abang! Walaikumsalam. ..” senyumnya melebar melihat Fadley dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Sapura. “Terperanjat Pura!Bila abang masuk? Pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?”. “Saje aje. Nak suprisekan Pura!” Fadley membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin Fadley beli “perfume” yang baru dari Penang , fikir Sapura.

“Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?” “By air…” ringkas jawapan Fadley. “Habis kereta abang?”. “Pada Mat Noor…” jawab Fadley. “Oh patutlah..” Sapura hanya menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin rakan kongsi mereka yang ke empat. “Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu….”
tanya Sapura.

Klik utk baca seterusnya…

Dunia kata pergi, kubur kata mari : bersediakah kita?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Awan sedikit mendung, ketika kaki-kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu isyarat merah ketika itu.

Baju merahnya yang agak lusuh melambai-lambai di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Tangan kanannya memegang ais krim , sementara tangan kirinya memegang erat tangan ayah yang memimpinnya.

Yani dan Ayahnya memasuki kawasan perkuburan awam Kg Haji Mat, berjalan menuju ke sebuah pusara tua lalu duduk berhampiran dengan sebuah batu nisan yang diatasnya tertulia “Hajjah Rogayah binti Muhammad 19-Okt-1915 :  20-Okt-1965″

“Nak, ini lah kubur nenek mu. Mari Kita berdoa untuk nenek mu yer”.

Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru ayahnya yang mengangkat dan menadah tangan ke atas . Yani juga turut memejamkan mata seperti ayahnya. Sia mendengar setiap patah ayahnya yang sedang khusyuk berdoa untuk neneknya…

“Ayah, nenek masa meninggal dunia, umur nya 50 tahun kan ayah?” .

Ayahnya mengangguk sambil tersenyum. Ayah memandang pusara itu  dengan penuh rasa kerinduan pada ibu nya.

“Hmmm, maksudnya nenek sudah meninggal 42 tahun kan ayah..?”

Kata Yani berlagak sambil matanya menerawang, berfikir membuat kiraan dan jarinya cuba menghitung.

Klik utk baca seterusnya…

Kisah disebalik hantaran al-Quran

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Kisah ini khusus ditujukan khusus kepada mereka-mereka yang ada niat untuk menjadikan al-Quran sebagai hantaran perkahwinan. Sama-samalah kita fikirkan dan muhasabah diri yer.

Bacalah kisah ini dan fahami lah mesej yang ingin disampaikan dari kisah ini.

Hantaran Perkahwinanku Senaskah al-Quran

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ…

Klik utk baca seterusnya…

Cerpen : Kasih Seorang Anak, Kekecewaan Seorang Insan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Berikut ini saya kongsikan sebuah cerpen hasil tulisan salah seorang pembaca setia blog pakar. Bacalah, semoga kita mendapat sedikit sebanyak manfaat daripadanya.

Kasih Seorang Anak, Kekecewaan Seorang Insan

Kedengaran panggilan haji berkumandang didalam tv juga radio, ramai orang kampung ku yang mendaftar dengan Tabung Haji dapat menunaikan haji tahun ini, sayu kedengaran sedih pun ku rasa gembira pun ku rasa apabila dapat menumpang kegembiraan jiran-jiran yang akan ke tanah suci.

Dalam ceritaku kali ini, sebuah keluarga ku tumpang simpati, apakan daya hendakku tolong ku pun kurang upaya.

Ku menulis ini bukan kerana nama, ku bercerita bukan menghina tapi ku menulis untuk kita sama-sama renungkan…..luahan Muaz kepada ku…………….sebagai jiran dan kawan karib.

Ia bermula apabila…………Pak Su ke Tabung Haji,

Lapang benar dada Pak su bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
dibuat,”beritahu pegawai itu lagi.

“Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Su.
Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

“Jah… oo..Jah!” teriak Pak Su sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Jah.

” Ada berita baik ni Jah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar
betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, ” cerita Pak Su dengan wajah berseri-seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.”

“Betullah Jah oii… saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-
lewatnya minggu depan.”

“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu
pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Jah merenung gusar wajah suaminya.
“Alah Jah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.”

Wajah Pak Su semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua
orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

“Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding,”cadang Pak su.

“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Jah tidak bersetuju dengan rancangan Pak su.

“Jah… Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Jah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Su, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

“Tapi bang?… “

Klik utk baca seterusnya…

Cerpen : Jubah Buat Ibu

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Sebuah lagi cerpen berunsur pendidikan untuk bacaan anda. Walaupun agak panjang, namun kisah ini mempunyai banyak pengajaran yang dapat kita pelajari. AWAS! Sediakan tisu sebelum baca…..huhu

Jubah Buat Ibu

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. ” Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Klik utk baca seterusnya…

Mulianya hati seorang anak (syahdu…)

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Mulai dari hari ini, pakarhowto akan juga menyajikan cerpen-cerpen dan kisah-kisah menarik dalam blog ini. Mungkin juga nanti akan diselitkan cerita-cerita lucu dan artikel yang berbentuk sedikit ‘hiburan’ agar blog ini akan terus hidup dan meriah adanya…

Diharapkan kepada mereka yang diluar sana tu, sekiranya mempunyai sebarang tulisan, cerita dan kisah yang ingin dikongsikan, sila hantarkan email kepada saya di pakarhowto@gmail.com

Sekarang mari kita hayati cerpen di bawah ini. Mungkin ada ramai yang dah baca, tapi cubalah baca lagi sekali. Anda pasti akan menemukan mesej dan pengajaran berguna daripadanya…

Mulianya hati seorang anak

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia Dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi Pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi TU. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah.

“Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong in bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik in Pah, nampaknya hajat Kita nak ke Mekah tahun in akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi Kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah TU dah melambai-lambai,”
Cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-Seri.

“Betul ke in bang? Baru semalam is Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak Ada dalam senarai.”

Klik utk baca seterusnya…

Switch to our mobile site