Seorang pembaca setia blog PakarHowTo menghantar cerita di bawah ini untuk tatapan anda semua.
Sekadar untuk berkongsi cerita suka-suka dan hiburan semata, katanya.

Lelaki kena kahwin 3 baru OK?
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.
- Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH
Isteri : Kenapa pula?
- Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!
Isteri : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”.
 "Kalau dua, ia adalah plural"
- Suami : Berkenaan apa tu?
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: berkongsi kasih, cerita hiburan, cerita kelakar, cerita lawak, hiburan, kahwin dua, kahwin tiga, kisah kelakar, kisah lawak, kisah lucu, kisah menarik, lawak jenaka, nak mampus, poligami, sekadar hiburan
Sungguhpun blog PakarHowTo ini dibina untuk berkongsi pelbagai info dan maklumat berguna kepada anda, namun saya rasa tak ada salahnya kalau saya selitkan juga beberapa kisah jenaka untuk ‘hiburan’ para pembaca semua, kan?
Maka dengan itu sukacitanya saya ingin berkongsi dengan anda mengenai sebuah ‘Kisah di suatu malam yang hening‘. Bacalah, semoga anda semua mendapat sedikit hiburan.

Adalah dikisahkan di suatu malam yang hening. Telepon di rumah seorang pustakawan telah berdering.
“Kring kring…Kring kriiinngggg….Kring kringgg…”

- “Hello. Maaf mengganggu encik di tengah malam begini. Saya nak tanya, pukul berapa perpustakaan akan di buka yer?” seorang pemuda di hujung talian bertanya.
“Pukul 9 pagi encik. Ada apa hal yang penting sangat, sampai encik menelefon saya tengah-tengah malam buta nie?” tanya pustakawan tadi dengan nada geram.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: cerita jenaka, cerita lawak, cerita lawak jenaka, Kisah Benar, kisah jenaka, kisah yang menghiburkan hati, kolej, lawak jenaka, miss communication, pelajar, pengalaman pustakawan, peranan pustakawan, pustakawan, telefon, telefon berdering, tersalah maklumat, tugas pustakawan
Kali pertama saya baca cerita ini, tersengih-sengih saya dibuatnya. Agak lawak dan menghiburkan juga la kiranya. Hehehe
Saya tujukan cerita ini kepada mereka yang sudah berumahtangga, khususnya kepada mereka yang baru saja melangsungkan perkahwinan.

Cerita ini hanya sekadar hiburan. Paling penting ialah ambil pengajaran daripada mesej yang ingin disampaikan.

Kisah Jenaka Untuk Pengantin Baru
Adalah diberitakan bahawa, sepasang pengantin baru telah mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.
“Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya, kalau nak ‘bersama’ hanya dua kali seminggu sahaja. Jangan lebih dari itu. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu,” saran doktor dengan bersungguh-sungguh.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: 18sx, cerita 18sx, cerita bahaya, cerita jenaka, cerita lawak, cerita lawak dan menghiburkan, cerita rumahtangga, cerita yang menghiburkan hati, cerpen lawak, hubungan seks, hubungan seks suami isteri, kisah 18sx, kisah jenaka, kisah lawah, kisah pengantin baru, kisah untuk golongan muda, kisah yang menghiburkan hati, kisah-kisah jenaka, koleksi cerita lawak, koleksi kisah jenaka, lawak jenaka, ragam suami isteri, rumahtangga bahagia, sandiwara
Baca, hayati dan ambil pengajaran dari kisah di bawah ini.

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bertaubat sebelum terlambat, cara bertaubat, cerita dakwah, cerita islamik, cerita motivasi, cerita yang memberikan iktibar, cerita yang memberikan pengajaran, dakwah kepada Allah, hidayah Allah, hidayah daripada Allah, jalan menuju syurga, jalan-jalan syurga, kerja agama, kerja dakwah, Kisah Benar, kisah motivasi, menyebarkan risalah agama, panduan taubat, tabligh, taubat, taubat nasuha, tugas pendakwah, usaha dakwah
Terus terang saya cakap, cerita di bawah ini agak bangang, tapi disebabkan ada mesej pengajaran yang baik diakhirnya. Maka saya kongsikan juga. Kalau siapa ada masa lebih tu, boleh lah cuba baca yer.
Selepas baca, jangan marah saya pula. Yang penting, ambil pengajaran dari mesej positif yang di akhir perenggan itu yer.

Kisah Sebuah Pengalaman Paling Ngeri
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: cerita bangang, cerita lawak, cerita lucu, cerita yang menghiburkan, cerita yang penuh pengajaran, iktibar dari cerita, kemalangan paling ngeri, kisah lawak, kisah lucu, lawak jenaka, lawak ker?, lucu ker?, sebuah kemalangan ngeri, sebuah pengalaman ngeri
Sejak blog PakarHowTo menyelitkan juga post-post yang berbentuk hiburan (kisah-kisah lucu), ramai para pembaca memberikan respon yang baik. Ada yang menghantar email meminta saya untuk memperbanyakkan cerita-cerita dan kisah-kisah lucu. Sebab ia menjadikan blog ini lebih meriah, kata mereka.
Setelah berfikir, saya rasa ada benarnya juga kata mereka. Kalau post-post di blog ini semuanya berbentuk serius belaka, nanti bosan la pulak kan?
So, mungkin ada baiknya kalau saya selitkan beberapa kisah lucu untuk anda semua. Harap anda suka.
Kisah Pak Pandir Dengan Tahi
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: cerita lawak, cerita lucu, gambar tahi, gambar taik, Kisah Benar, kisah lucu, kisah pak pandir, koleksi cerita lawak, koleksi cerita lucu, lawak jenaka, pak pandir dengan tahi, pak pandir dengan taik, tahi, taik
Nah ni sebuah kisah untuk cuci minda anda. Saya tahu, ramai yang suka cerita yang macam ni kan?
So, enjoy…
Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…
Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!
Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?
Percaya atau tidak…
Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bunyi hon, cerita lawak, cerita lucu, cerita yang membuatkan kita suka, gila-gila, hiburkan hati, hon kenderaan, kisah hon, kisah lucu, kisah yang menghiburkan, koleksi cerita lucu, koleksi kisah jenaka, lawak di bulan puasa, lawak giler, lawak jenaka, suka duka
Senda Gurau di bulan Ramadhan…semoga terhibur…huhuhu… (^_^)
“Kisah Mee Bandung”
Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina … Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung …
Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana …
Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun …

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan “Mee Bandung” dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti …
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: cerita hiburan, cerita lawak, gambar mee bandung, kisah jenaka, kisah mee bandung, kisah suami isteri, lawatan ke bandung, senda gurai di bulan ramadhan, senda gurau, trip ke bandung
Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”
“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.
“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: Allah maha pencipta, bijaksana, kebijaksanaan, Kisah Benar, kisah motivasi, kisah professior, majalah solusi, pengayuh sampan
Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.
“Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?”, tanya pelanggan kepada penjual telur sambil menunjukkan genggaman tangannya.
 Cuba teka, apa yang ada didalam genggamanku ini...?
“Cuba berikan aku bayangannya”, pinta si penjual telur.
“Baiklah, benda ini bentuknya bulat seperti telur.”, ujar pelanggan tadi.
“Tips lain?”, tanya penjual telur.
“Warnanya seperti telur juga.”
“Bayangan lain?”, rayu penjual telur lagi.
Continue reading »
written by PakarHowTo
\\ tags: bersyukur, hargai apa yang ada, isah benar, kisah motivasi, kisah pengajaran, kisah penjual telur, telur ayam
|
Komen Terbaru