Rahsia kebahagiaan hidup dunia dan akhirat

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Bila kita berjuang, kita akan diuji dengan pembohongan diri dan rasa keikhlasan.

Bila kita bertawakkal, kita akan diuji dengan kesangsian dan hilang keyakinan.

Bila kita berukhuwwah, kita akan diuji dengan ketulusan hati dan sejati.

Bila kita sakit, kita akan diuji dengan kesabaran dan redha.

Bila kita miskin susah, kita akan diuji dengan kekufuran dan hilang rasa bertuhan.

Bila kita kaya senang, kita akan diuji dengan kesombongan dan lupa diri.

Dan berbagai-bagai lagi ujian yang tak perlu kita sebut satu persatu…

Ketahuilah bahawa semua kurnian Allah itu ada dugaan dan ujiannya.

ujian hidup

Namun percayalah, apa jua masalah di dunia ini, ia sebenarnya bukanlah masalah. Tetapi ia hanyalah ujian iman dalam mencapai kasih Allah.

Dan fahamilah betul-betul bahawa masalah sebenar kita akan bermula selepas kita mati, bermula dari alam kubur kelak. (sudahkah kita membuat persiapan untuk menghadapinya…?)

Klik utk baca seterusnya…

Our Best Moments

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FB

Tadi saya ter’klik’ iklan Nuffnang kat blog ni. Kemudian dapat tahu pasal 1 pertandingan ‘Our Best Moments‘. So, apalagi…saya cuba saja lah. Mane lah tau ada rezeki ker. Dak gitu? Apakata anda tolong like gambor kami ni… ;)

http://www.ourbestmoments.com.my/photo-details/65421

Muhammad Nayyif Aasir

Sajer mencube nasib…. Just to try our luck.

So, tolong like  gambar kami yer…boleh?

Macammane nak like? Mudah aja dong. Klik Sini . Kemudian tekan like button yang ada dibawah sebelah kanan gambar. Pastikan jumlah like bertambah selepas anda tekan.

TQ very much for your support  ;)

Kata-kata semangat disaat ujian datang melanda

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Anda dilanda ujian hidup yang menekan jiwa? Anda tertekan emosi dek keperitan yang menimpa? Anda resah dan gelisah kerana cabaran yang melanda?

Bacalah kata-kata semangat ini wahai sahabat. Semoga dirimu tenang dan tabah sentiasa. Aamiiinn insyaAllah. ;)

Sahabat,

  • Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
  • Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
  • Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
  • Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
  • Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

Klik utk baca seterusnya…

Tazkirah Hati – Kita tidak suka, tapi kenapa kita buat juga?

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Salam semua sahabat ..

Harini agak kelewatan Suri mengupdate blog pakarhowto seperti hari-hari jumaat yang lepas.  Siang di pejabat terlalulah sibuk apatah lagi sejak ada blog sendiri disini pun kurang sekali Suri menjenguknya huhu..

aku-lagi

Maafkanlah Suri wahai tuan empunya rumah ini termasuk teman semua yang sudi melapangkan masa disini disebabkan kekangan masa dengan urusan harian membutkan Suri alpa kesini. Harap kalian tidak berkecil hati sekiranya Suri tidak dapat membalas kesemua komen-komen sahabat dalam satu jangka masa yang agak lama. Kali terakhir Suri membalas komen teman semua adalah pada minggu lepas. Itupun masih ada tersisa lagi. Insyallah Suri akan cuba membalasnya namun harus dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Waktu begini Suri ingin tarik perhatian sahabat dalam menyusuri tazkirah hati ini. Marilah kita renungkan bersama-sama semoga yang kurang akan dapat kita perbaiki, yang baik akan di permolekkan lagi yer.

Tazkirah Bagi Hati

  • Kita suka bila kita dipercayai, tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?

Klik utk baca seterusnya…

Pahlawan Neraka

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

As-salam untuk semua..

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.”

Klik utk baca seterusnya…

Empat Masa Di Dunia

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

As-salam semua..

Sabda Nabi s.a.w. memetik sabda Nabi Ibrahim a.s. maksudnya: “Sewajarnya bagi setiap orang berakal, selagi akalnya tidak hilang, ia patut membahagikan masanya kepada empat bahagian:

  • 1.) Masa untuk seseorang itu bermunanjat serta melafazkan zikirnya kepada Maha Penciptanya
  • 2.) Masa untuk seseorang itu bermuhasabah dirinya sendiri.

Klik utk baca seterusnya…

Lima Tempat Menjadi Tumpuan Malaikat

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Salam untuk semua..

Di pagi Jumaat yang mulia ini Suri ingin kongsikan satu kisah yang menarik untuk tatapan anda semua. Semoga sumber bacaan yang tidak seberapa ini akan membuatkan kita merenung sejenak siapakah diri kita yang sebenarnya dengan lebih mendalam lagi.

Moga-moga saki baki kehidupan ini akan kita pergunakan ia dengan sebaik yang mungkin. Amin Ya Rabal Alamin.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Setiap hari akan turun malaiakt ke bumi ini pada lima tempat iaitu Makkah, Madinah, Baitul Maqadis, perkuburan orang-orang muslim dan majlis kaum muslimin,”

Kata Malaikat yang turun ke Mekkah, “Ingatlah! sesiapa yang meninggalkan kewajipannya terhadap Allah, sesungguhnya ia akan terlepas dari RahmatNYA.”

“Kata Malaikat yang turun dari Madinah. Ingatlah! Sesiapa yang meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w., sesungguhnya mereka akan terlepas dari syafaatnya di akhirat kelak,”

“Kata Malaikat yang turun dari Baitulmaqdis. Ingatlah! Sesiapa yang memakan harta yang haram, sesungguhnya amalan yang dikerjakannya tidak akan diterima,”

Klik utk baca seterusnya…

Rahsia Syair Di Atas Perkuburan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Salam ramadhan untuk semua..

Seorang soleh bercerita bahawa pada suatu hari dia datang ke sebuah desa dan melihat tiga kuburan sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap ketiga-tiga kuburan tersebut kerana di atasnya ada tertulis beberapa rangkap syair.

Pada kubur pertama tertulis syair: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya merasa seronok dan lazat dalam hidupnya? Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya dan akan membalas baik orang yang baik amalnya Pada kubur kedua tertulis: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang meyakini kematian akan datang merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba kematian akan menghempapnya dengan kerajaan yang besar dan megah dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit sememangnya dia adalah calon penghuninya Pada kubur ketiga terdapat syair:

Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya wajah jelita yang yang dibanggakan akan lenyap serta merta tinggallah badan dan anggota menanggung seksa. Orang soleh tadi pergi kepada seorang tua yang banyak tahu tentang cerita desanya.

“Wahai Syeikh! Aku melihat sesuatu yang ajaib di dalam desamu ini.” kata orang soleh.

Klik utk baca seterusnya…

Tunduk Tandanya Hormat

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Tahukah anda sebenarnya tidak kurang dari 24 kematian telah direkodkan setiap tahun di mana berpuluh-puluh lagi kes telah berlaku ekoran daripada keretakan tengkorak serius yang sering melanda penduduk Jepun.

I7348411-33

Mengapa perkara ini berlaku keatas mereka? sedangkan negara lain tidak mengalaminya sedemikian rupa?
Ini berpunca daripada sikap rakyat tersebut yang suka mengamalkan budaya hormat menghormati antara satu sama lain sejak dahulu kala lagi.

Bagaimanakah perkara ini berlaku?
Perkara ini berlaku ekoran daripada amalan mereka yang selalu malah kerap terantuk kepala mereka dengan menundukkan-nundukkan kepala sebagai tanda hormatnya kepada seseorang.

Hurm..
Syukur Alhamdulillah kita dijadikan sebagai umat islam yang agamanya tidaklah sesukar mana untuk didalami sedalamnya dan tidak pula ia menyukarkan pergerakan kita sebagai hambaNYA. Sesungguhnya agama Islam itu indah dalam sagala peradaban kita.

Deringan Jam Kematian

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Kisah ini di ceritakan oleh Ustaz Amaluddin Mohd Dapiah semoga kisah yang Suri sampaikan ini dapat menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNYA. Amin. Marilah sama-sama kita hayatinya.

Sudah menjadi ketentuan Allah s.w.t. bahawa kehidupan seseorang manusia di dunia ini ada had, batasan dan waktunya yang tertentu. Ditetapkan juga ke atas dirinya ajal yang tidak mampu untuk kita menahannya. Ajal yang tidak tercepat atau terlambat walau sesaat pun. Tiada siapa yang terkecuali dari sunnatullah ini.

Firman Allah yang maksudnya:
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Al-A’raf:34)

Kata-kata syair:
“Kehidupanmu itu adalah nafas-nafas yang boleh dibilang. Setiap kali berlalu (dihembuskan) satu nafasmu, maka berkuranganlah sebahagian lagi daripada nafas-nafas itu.”

Mati itu datang secara tiba-tiba. Begitulah ungkapan yang selayaknya. Suka atau tidak, bersedia ataupn tidak, manusia akan pasti melalui saat ini. Ya, ianya akan tiba juga..percayalah..

Bila mana manusia itu leka menikmati kehidupannya, berhibur, bersuka ria, bermain, bertebaran kesana kemari melaksanakan rutin harian mereka maka sekoyong-koyong tanpa disedari kematian akan datang secara meluru, menerkam dan menyerangnya bagaikan serangan raja singa ke atas mangsanya.

usrah1

Takala itu tubuhnya serta-merta menjadi lesu dan lemah. Suaranya semakin hilang. Sendi-sendinya menjadi kaku dan kejang. Seluruh badannya dilanda kesejukan yang amat sangat.

Klik utk baca seterusnya…

Switch to our mobile site