Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Cara Berkesan Untuk Melembutkan Hati Anak dan Suami

June 20, 2011 By: PakarHowTo Category: "How To", Petua

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Suami anda panas baran? Pemarah? Ego tinggi? Kaki pukul? Tak boleh dibawa berbincang?

Atau…

Anak anda degil? Tak mahu dengar kata? Melayan cakap orang tua?

Nah ni saya kongsikan cara berkesan bagaimana untuk melembutkan hati suami atau anak. InsyaAllah sekiranya diamalkan dengan istiqamah (secara berterusan), seisi keluarga anda akan lembut hatinya dan mudah mesra. Suami boleh dibawa berbincang, anak boleh mendengar kata. Amin… InsyaAllah…

Melembutkan Hati Anak dan Suami

Ketahuilah bahawa setiap makhluk ciptaan Allah itu mempunyai roh (perasaan) nya yang tersendiri. Termasuklah beras yang ditanak menjadi nasi.

Kita sebenarnya boleh menggunakan nasi sebagai perantaraan kita untuk mendapat barakah.

Caranya, mudah saja. Ketika kita membasuh beras, letakkan tangan di atas beras yang mengandungi air dan berselawat ke atas Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W. sebanyak 7 kali (atau lebih dengan bilangan yang ganjil).

Kemudian berdoalah…

“Ya Allah dengan berkat selawat kepada junjungan besar kekasih-Mu ya Allah, maka Kau lembutkanlah hati anakku dan suamiku sepertimana lembutnya beras menjadi nasi.”

Cubalah amalkan cara i ni (dengan istiqamah). InsyaAllah, berkesan. Yakinlah bahawa ALLAH pasti akan memperkenankan doa kita.

* Tambahan : Cuba juga amalkan zikir asmaul husna ; “Yaa Latiff” (Yang Maha Lembut). Memperbanyakkan memanggil dan menyeru nama Allah (al-Latiff) ini.

Sebutlah “Yaa Latiff…Yaa Latiff….Yaa Latiff…” sebanyak mungkin samaada ketika membaca doa ker, ketika memasak ker atau bila-bila masa saja.

Amatlah digalakan jika dapat berzikir sebanyak 1000x sehari (kalau mampu), tetapi kalau mampu buat lebih adalah tersangat digalakan. Yang penting, amalkan…dan dengan istiqamah. ;)

Selamat beramal…

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

11 Comments to “Cara Berkesan Untuk Melembutkan Hati Anak dan Suami”


  1. wahhhh bagusnyer tips nih..terima kasih berkongsi..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. lalakey says:

    good info…sumber amalan daripada siapa ni?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. alhamdulillah…info yg sgt berguna…minta izin c&p yea…terima kasih

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Info bagus.. minta c&p jugak ye..
    Tambahan: Amalkan juga baca surah at-Taha ayat 1-7. Untuk anak yg degil /nakal. Masa anak tidur, baca dan tiup kat umbun umbun. Insya Allah anak jadi mendengar kata dan hormati kita. Amalkan selalu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. klu isteri yang degil,panas baran,keras hati boleh amalkan tips yg ni jugak ke?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. mengkudu says:

    Islam agama yang syumul,telah melengkapkan umatnya dengan pelbagai persediaan,baik untuk di dunia apa lagi bekalan akhirat.Hanya tepuk dada tanya selera,sama ada kita mahu mengamal dan terus menimbakan ilmu yang tersimpan rapi dalam kitab suci Al Quran dan membongkar segala khazanah dalam amalan hidup Rasullullah yang maha indah sifat peribadinya. Usah mencari jalan mudah meminta bantuan daripada manusia menggunakan perantaraan jin dan syaitan yang pernah kita dengar; yang nantinya, lebih membawa keburukan daripada kebaikan itu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Perkongsian ilmu yang sangat besar maknanya.
    Terima kasih tuan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. Alhamdulillah. terimakasih kerana berkongsi. subhanallah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. terima kasih atas panduan. Saya ada satu masalah yang agak membebankan saya sehingga ke hari ini. Suami saya sangat malas solat. Puas saya menasihatinya tetapi tidak berkesan. Ada apa2 tips yang boleh saya lakukan?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. bagus3x….mari kita amalkan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. kalau mak yang keras hati boleh jugak amalkan ea? mak saya tu jenis hati keras, malas solat. bila marah anak2 suka mrah yag bukan2 , mencarot2 dekat saya / adik2 saya, tpi saya sabar je sebab saya hormat dia, macam mana yer?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11