Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Kongsi artikel ni di FBSetelah saya berkongsi artikel tentang cara membunuh cicak di blog ini, ada beberapa pembaca yang meminta saya untuk menulis berkenaan dengan cara untuk menghapuskan lipas pula.
Baiklah, bagi memenuhi permintaan mereka, di bawah ini saya kongsikan dengan anda, bagaimana cara untuk menghapuskan lipas.
Harap ianya bermanfaat.
- Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.
- Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
- Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
- Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
- Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
- Selalu cuci bilik air.
- Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
- Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
- Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
- Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
- 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
- Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
- Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
*Ingat : MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
- Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat. Begitu juga di ceiling.
Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
- Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
- Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
- Dua bahagian tepung gandum
- Satu bahagian koko
- Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau.
- Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
- Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.
Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.
Sekian.
Artikel tulisan : HAFIZ ANUAR BIN ABDULLAH



















hmm.. mmg bagus step ni..
Kuih Raya Tunjuk – Tunjuk
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
info yg mudah n simple tuk dipraktikkan..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Bagusnyer..mesti cuba ni.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
memang terbukti petua ni,
saya try guna kaedah ni, memang cepat je lipas tu mati
.-= ietams´s last blog ..Saya Tau Anak Saya Nakal =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
sembur dgn air sabun, memang berkesan
.-= ietams´s last blog ..Saya Tau Anak Saya Nakal =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
tips ni bagus.. Ada info baru yang baru saya tahu.. Tips ni mampak biasa je dgn yang kita dah selalu buat tapi kalau tak praktikkan, memang selalulah kita akan jumpa lipas merayap kat rumah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
Tips yg sgt2 berguna dan simple.. lepas ni baygon dgn ridsect boleh tutup kilang kt Malaysia hihihi..
.-= Azwan Ismail´s last blog ..Tips Mengenalpasti Pengamal Ilmu Kebal Dengan Mata Kasar =-.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mana nak carik serbuk borik acid ni?.kat mana ada jual?.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
lipas kat rumah suka terbang waktu malam bila dah pagi mulalah bengkak sana bengkak sini sabar jelah emmmmmmmm…………………..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
mcm best je tips ni, tp saya ada kemusykilan lah…
kalau sembur air sabun tu, lipas tu truss mati ke atau mengambil masa yg lama nk tunggu die pengsan lalu mati..
sbb saya ni jenis mmng takut tahap fobia tgk lipas..tgk je tu… sbb lipas pernah trbang then hinggap mrayap2 kt muka…warghhh~~!!!! xsanggup nk ingat…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
sample stage btul tuk mngurng kan lipas kat umah ow…,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
info yg amat baik, saya akan mencubanya kerana banyak2 serangga,….lipaslah yang paling saya takuti.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
guna sabun mandi je rupanya.. murah dan jimat.. kat rumah saya ni, lipas kurang tapi labah2 plak banyak dok buat sarang.. tiap2 minggu nak kena bersihkan dinding dan siling buang sarang dia.. pakar kalau ada petua nak hapuskan labah2 ni boleh le kongsi..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]