Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Saya lihat, entri-entri di blog PakarHowTo yang berkenaan dengan diet dan tips kuruskan badan mendapat begitu banyak respond dan feedback dari para pembaca. Tak kurang juga yang menghantar email kepada saya bertanyakan macam-macam perkara.

Ingin saya nyatakan sekali lagi bahawa, saya ni bukanlah perunding kesihatan atau pakar diet yer. Saya ni cuma insan biasa saja yang berkongsi info yang saya ada. Jadi, saya tak dapat la nak jawab semua persoalan yang dibangkitkan dalam email.

Namun, untuk tidak menghampakan mereka yang telah bertanya tu, di sini saya kongsikan beberapa lagi tips yang mungkin boleh diamalkan untuk berdiet dan kurangkan berat dengan berkesan.

JANGAN BUAT

  1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi (ni pantang besar), roti, meehon, keow teow atau mee.
  2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.
  3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.
  4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh, kopi dan coklat. Kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.

CUBA BUAT

  1. Anda kena minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  2. Anda kena banyakkan makan sayur dan makanan yang berasaskan soya.
  3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tapi ingat, jangan makan nasi atau roti!
  4. Anda digalakkan sangat-sangat untuk bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari (berjalan kaki pun OK)
  5. Sebelum tidur, katakan pada hati dan minda anda bahawa anda akan mengurangkan berat badan. Kalau boleh, usap-usapkan bahagian-bahagian yang banyak lemak seperti perut, peha (usap seperti seolah-olah kita mahu memujuk), sambil mengatakan bahawa ; “Wahai lemak, aku mahu kurangkan kamu supaya badan jadi lebih ringan untuk beribadah pada Allah. Susutlah kamu kerana Allah.
    Rajin-rajinlah usap dan bisikkan kata-kata ini pada tempat-tempat yang banyak lemak. InsyaAllah, berkesan.

Sekian, selamat mencuba.

Artikel lain yang best-best :