Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB

Setiap orang punyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Namun, apabila ditanya tentang kekuatan tersebut, ramai yang ragu-ragu dan tidak pasti tentang kekuatan yang mereka miliki.

Apabila di ajukan soalan seperti ; “Apakah kelebihan atau kemahiran yang anda miliki?” Maka ramailah yang tergamam, terpinga-pinga dan terkebil-kebil memberikan jawapan. Ini menunjukkan masih ramai lagi diantara kita yang masih belum kenal kekuatan dan tidak tahu tentang kelebihan sebenar diri sendiri.

Justeru, bagaimana mungkin kita dapat asah dan gilap bakat/kelebihan/kekuatan yang kita sedia miliki tersebut, sedangkan kita tidak mengetahuinya? Kenal pun tidak, masakan hendak bercinta?…gerhhhh!

Bagi membantu anda dalam mengenalpasti bakat dan kekuatan sebenar diri. Maka saya akan ajarkan kepada anda satu cara mudah dan cepat bagaimana untuk mengenalpasti kekuatan dan kelebihan yang ada dalam diri anda.

  1. Ambil sebatang pen dan sekeping kertas kosong
  2. Di atas kertas kosong itu, cuba catatkan seberapa banyak kebolehan/kemahiran yang anda miliki. Senaraikan apa saja perkara yang anda enjoy dan confident dalam melakukannya. Anda tak perlu tapis-tapis. Tuliskan saja semuanya yang terlintas difikiran anda. Apakah kebolehan dan kemahiran yang anda miliki yang anda merasa seronok dan confident untuk melakukannya? Jangan risaukan sangat samaada apa yang anda catatkan itu satu kemahiran sebenar atau hanya satu hobi yang biasa. Yang penting anda suka dan yakin buat perkara itu. Contohnya, saya sangat seronok dan enjoy menulis, membaca, bercakap dengan orang, public speaking, surf internet, bersukan, buat graf guna excel, memasak dan sebagainya.
  3. Peruntukkan kira-kira 1 ke 2 minit untuk menyenaraikan kebolehan anda tersebut. Senaraikan sebanyak mungkin.
  4. Setelah selesai senarai, cuba menilai kembali semua perkara yang anda telah catatkan tersebut. Caranya ialah, anda banding setiap perkara yang anda tulis tersebut antara satu sama lain.
  5. Ambil senarai tadi, banding setiap satu kemahiran/kebolehan yang anda tulis tu satu persatu. Tandakan X pada kemahiran/kebolehan yang anda rasa paling confident dan paling minat berbanding yang kemahiran/kebolehan yang satu lagi. List anda tu kemungkinan akan jadi macam ini lah lebih kurangnya ;

Menulis – X Membaca
(Sekiranya anda lebih enjoy ‘Membaca’ berbanding ‘Menulis’, maka letakkan tanda “X” pada ‘Membaca’)
X Menulis – Bersukan
(Jika lebih minat ‘Menulis’ berbanding ‘Bersukan’, maka ‘Menulis’ dapat tanda “X”)
Menulis –
X Surf Internet
(Lebih minat ‘Surf Internet’ berbanding ‘Menulis’)
Menulis – X Bercakap dengan orang
(Lebih enjoy ‘Bercakap dengan orang’ berbanding ‘Menulis’, maka letak tanda “X” pada ‘Bercakap dengan orang’)

Selepas habis membandingkan kebolehan pertama dengan kebolehan yang lain, bandingkan pula kebolehan kedua dengan yang lain-lain sehingga habis seperti yang dilakukan pada kebolehan pertama tadi.
Contoh :

X Membaca – Bersukan
X Membaca – Surf Internet
Membaca – X Bercakap dengan orang lain

Setelah anda habis membandingkan kesemua kebolehan/kemahiran antara satu sama lain, maka jumlahkan keseluruhan bilangan “X” yang anda dapati pada setiap kebolehan/kemahiran.

Maka ketahuilah bahawa, kebolehan/kemahiran yang mempunyai jumlah bilangan “X” terbanyak itu adalah KEKUATAN/BAKAT SEBENAR yang ada dalam diri anda.

Asahlah bakat itu. Gilaplah kekuatan anda supaya ianya menjadi asset berharga buat anda.

Semoga Berjaya.

Artikel lain yang best :